(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)
Starbucks LIMITED EDITION Signing Card | 19.11.19 Nice date haaa!!! Phewwww......pagi² dah buat kita x senang duduk ni. Buka IG keluar post ni dulu...adui mana x menggelupur nakkan kad ni. Siapa yang boleh tolong belikan? Huaaaa....masalahnya dijual hanya di 2 singning store jer which is di SB Bangsar Village 2, KL & SB Burma Road, Penang (Launching today) dan hanya untuk 1000 pelanggan pertama sahaja!!! For sure laku keras macam pisang goreng panas.
Actually saja nak 'matchie²' dengan salah 1 tumbler yg memang Yana selalu guna ni...
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)
I'm Officially Turned 32 | As I turned 32 yesterday, I’m still learning to love myself. Never perfect. Always changing. Always making new mistakes that beg new forgiveness. Always choosing growth.
17.11.2019 ~ I’m officially +1 year older indicate +1 a little mature. Throughout dis year, there have been many ups and downs. This year was a difficult one, with many struggles and hardships. I got through it, though!
.
My praises to الله SWT. He gave me peace in times of troubles, soothes my pain, paint a smile on my face during my sad days n also gave me sunshine in my cloudy days.
.
I’m grateful for the blessings of the past, and I look forward to more blessings in the coming year. Dear self, u have really done so good and so well and u really deserve all the good things that come your way.
.
Last but not least, thanks 4 all the wonderful, lovely n warm birthday messages, prayers n hope u guys continue to have a blessed life.
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)
Comeback Giveaway by Farah Farhana | Harini nak join GA daripada Farah Farhana. Btw, congratulations sempena cecah 200 followers. Semoga terus istiqamah berblogging ye dik. Kalau korang pun nak join...klik je banner GA kat atas tu okay (^^,) Mana tahu bertuah dapat hadiah, tapi yang lagi penting dapat merapatkan ukhwah sesama bloggers tu okay.
Yana akan letakkan link adik Hana ni di bloglist Yana juga, sebagai ucapan tahniah mencapai 200 followers. Blog adik sangat cantik taw....so, teruskan berblogging okay.
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)
Muliakan Kucing, Asbab Rezeki Melimpah - Ustaz Azhar Idrus (UAI) | Siapa pencinta kucing? Yeayyy...kita geng! Yana nak share 1 video ceramah daripada UAI. Masa tengok video ni rasa nak menangis, tapi macam biasa lah UAI ni setiap kali ceramah dia x pernah xada lawak jenaka. Semoga kepada sesiapa sahaja yang menyayangi dan tidak sesekali menzalimi binatang (bukan sahaja kucing) di dunia ni, rezeki kita akan sentiasa melimpah ruah, dan dikurniakan doa daripada malaikat (yang tiada hijabnya) dan seterusnya mendapat keredhaan dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah SWT. Amin...InsyaAllah. Jom tengok...
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.
Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda:“Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Hadiah Birthday Dari Prudential Dah Sampai
-
Rabu lepas hadiah birthday dari Ika dah selamat sampai ke tangan. Cun cun
je sampai 3/3, cun jugak dengan tarikh birthday 3 haribulan tapi September
lah ...
Adab Kian Terhakis Di Dada Pelajar
-
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Sejak
dua tiga hari lepas ada viral satu gambar yang mana pelajar sekolah
meneng...
Review Drama Korea 365 : Repeat The Year
-
[image: Drama Korea 365 : Repeat The Year, Korean Drama Drama Korea 365 :
Repeat The Year, Info dan Sinopsis Drama Korea 365 : Repeat The Year,
Korean Dram...
Birthday Giveaway by Eksplorasilea
-
Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 blogger yg dihormati sekalian? Abam Kie
sihat2 aje. Sekarang ni menghabiskan sisa2 cuti sekolah sambil mengajar
dari r...
Topic Makan
-
assalamualaikum
baru je plan nak update blog hari2
semangat sekejap je
pastu beberapa hari malas
ada ke yang cam aku??
heheee
kerja agak busy juga lately...
Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran
-
Assalamualaikum wbt..
Cara pernafasan yang betul dapat membantu si ibu melalui tempoh bersalin.
Teknik yang betul bukan saja dapat memaksimumkan kadar kan...
Giveaway Sii Nurul
-
[image: Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)]
Hello. Kali ni nak join giveaway di blogger Sii Nurul. Apa yang menarik
tentang giveaway ...
Promosi Shaklee Februari 2021
-
*Promosi Shaklee Februari 2021 *| Promosi kali ini lebih kepada promosi *Keahlian
Shaklee* dan *Penghantaran* secara *PERCUMA*
Sungguh, sangat menjimatkan ...
OCTOBER FAV :)
-
Assalamualaikum . . .
Hai korang . Apa khabar .? Haishhh , sebulan sekali nak menaip pun tak
sempat . Sebab hari nie ada waktu free dekat office , aku p...
#PRAY FOR BEIRUT, #PRAY FOR LEBANON
-
#PRAY FOR BEIRUT, #PRAY FOR LEBANON | Beberapa hari lalu dunia digegarkan
oleh letupan besar yang melanda negara Lebanon. Ianya satu musibah besar
dan du...
Lagu | AMYLEA X KAER - Selalu Denganmu
-
Lagu : Selalu Denganmu (OST Adellea Sofea)
Artis : AMYLEA X KAER
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Amylea
*LIRIK*
Tidak semuanya
Dapat ku fikirkan
Bila ti...
Pemenang Comeback Giveaway Jatuh Kepada...
-
Assalamualaikum. Hai semuaaaa~
Nampak tak hari ni I terlebih excited nak taip post kali ni. I excited
sebab I dah tahu siapa pemenang giveaway I. Yeay Fina...
Admit wad pembedahan
-
Assalamualaikum w.b.t Selamat siang. Gambar tiada kena-mengena dengan
tajuk. Gambar ni diambil dekat tandas Hospital Tuaran Macam yang Ennor
janji hari t...
My dearies, thank you for stopping by @snmofficial. It's truly remarkable what can happen when we let go of our fears and jump for what we love. I hope my content will cherish yols and sparks excitement. click here →