Mentimun...oo...Mentimun

Monday, May 17, 2010

Dah lama x update aku punya bl0g.... hurm...quit busy lately... Tapi bila ada kelapangan, aku mesti amik peluang utk update bl0g aku... Mesti korang pelik teng0k aku punya tajuk post tu kan.. Pe lalk kaitan ngan MENTIMUN...ha3...Xdela, nak dijadikan cerita, kbetulan pagi tadi, aku khatam majalah RAPI keluaran ke-2 untuk Bulan Mei 2010. Dan aku tertarik untuk berkongsi sedikit inf0 dengan k0rang semua. Rupa2nya, MENTIMUN ni byk khasiatnya, bermula daripada daun sampai la ke akar. Kat sini ada sedikit inf0 untuk k0rang. Selamat membaca :


DAUN :
Digunakan untuk mengubati bekas gigitan serangga

KULIT :
Kaya dengan serat, vitamin A, kalium, magnesium dan asid folat yang membantu mencegah kerosakan otak pada bayi yang baru dilahirkan

BIJI :
Ia mengandungi vitamin E untuk melambatkan proses penuaan dan alkaloid hypoxanthine untuk mengubati masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak

AKAR :
Membantu melancarkan saluran kencing


Tips :
  • Kebanyakan mentimun telah dilapisi lilin. Jadi, bersihkan mentimun di bawah air mengalir atau kupas kulitnya sebelum dimakan;
  • Pilih MENTIMUN yang tidak lembik, berwarna hijau atau hijau gelap. Jangan pilih mentimun yang berwarna kuning dan lembik;
  • Potong kedua2 hujung agar MENTIMUN tidak pahit. Gosok dengan cara memutar sehingga keluar getah berwarna putih. Cuci dengan air bersih;
  • MENTIMUN sgt sensitif pada panas. Jangan simpan pada suhu bilik atau terkena cahaya matahari kerana ia boleh membuatkan MENTIMUN layu. Letakkan dalam peti ais dan ia boleh bertahan sehingga seminggu;
  • Jika anda ingin mendapatkan rasa dan kesegaran maksima, sebaiknya gunakan dalam tempoh 1-2 hari selepas membelinya;
  • Untuk menyimpan lebihan MENTIMUN yang dipotong, simpan di dalam plastik atau bekas kedap udara agar MENTIMUN tetap segar dan tidak mengalami kekeringan;
  • Makanlah beberapa hiris MENTIMUN selepas menggosok gigi. Ia akan membuatkan nafas anda terasa segar dan dijadikan penyegar mulut.
Sumber : Majalah RAPI


You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. ishk...nape la x makan sayur??? sayur kan baik utk kesihatan... tambah2 sayuran hijau!!

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe