Petua-Petua Tradisional (Part 1)

Friday, June 25, 2010

Hye Readers. Entri kali ini mengenai petua, tp yg pastinya petua ni berkaitan dengan 1 menda jer. Klu sebelum ni readers pernah baca entri sy yg lepas, pasti readers semua akan tahu ape masalah saya kan??? Saya bermasalah dengan jerawat. Jerawat ni mmg wajib tumbuh pada setiap minggu. Itu yg membuatkan saya stress sgt2, padahal dulu saya kulit wajah saya lgsg x bermasalah, dan jerawat pun mmg liat untuk tumbuh di wajah saya. Oleh kerana itu, saya cuba kumpul sebanyak yg mungkin petua-petua yg sy dapat drpd semua bloggers. Niat saya ingin berkongsi, dan ingin mencari 1 cara yg paling muda untuk mengatasi masalah ni. So, klu ada readers yg berminat untuk mencuba, leh la try c0z semua petua-petua yg bakal saya saya tulis adalah petua tradisional.

  1. Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus

  2. Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

  3. Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

  4. Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

  5. Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

  6. Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

  7. Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

  8. Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

  9. Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

So, untuk entri kali ini, setakat ini sahaja k, tp saya akan sambung ke Part 2 apabila saya kumpul petua-petua yg baru dah mudah. Semoga semua bloggers sudi untuk mencuba. Bagi bloggers yang ingin dapatkan maklumat lanjut, bolehla ke LUBUK PETUA WARISAN.


You Might Also Like

3 person(s) poked me!

  1. waaa... bagus2 petua ni.. nanti nak cuba juga ;)

    ReplyDelete
  2. penah guna petua nk ilangkan parut guna kayu manis..pedih...(--") serik, xmo da

    ReplyDelete
  3. ardini : semua bagus² kan, tambah² lak petua tradisional, x berisiko...

    duniakuabstrak : yeker? sy x pernah ag cuba petua tu, pedih tp ada nampak kesan x??? hehehe....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe