Follow Me @snm.yana

Wednesday, March 30, 2011

♥ Bento ♥

Wednesday, March 30, 2011 15 Comments
30032011 ~ Petang ni sebelum balik, Yanfie sempat lagi BW!!! Yanfie sempat singgah di belog wajib jenguk adalah Belog Cap Ayam. Haha...so, terbaca entry terbaru beliau pasal Impian Terpendam! Dengan tekun Yanfie telek², pastu ternampakla pasal BENTO.

Owh.....menda ni pun Yanfie dah lama minat, mmg selalu berangan nak buat benda ni...tp x reti!!! Cuma baru taw namanya BENTO. Kalau sebelum ni hanya taw panggil 'Lunch Box' jer. Tengs Cik Amar Amirah, kalau x, saya xkan taw namanya BENTO. Korang taw x ape tu Bento??? Hahaha...kalau sape² big fan Korean @ Japan Drama/Movie macam Yanfie, wajib pernah tengok la menda alah ni. Kompom taw.. Maksud bento secara specificnya tatau nak explain, tapi korang leh tengok pic ni k, kompom korang taw kan....


*
*
*
*
*
*
*
*




Semua gambar² ni, Yanfie pinjam dari belog Bonita's Cooking & Bento Wonderland yang di'link'kan dekat Belog Cap Ayam. Perghhhh...sume Bento² yang dia buat comel² sangat... Kalau ada depan mata, kompom rasa nak frame jer, sayang nak makan sebab terlalunya comel. Miss TataBonita, boleh tlg ajarkan??? Anda sangat kreatif taw! I admire u ♥ Hahahaha....teringin nak buat & makan BENTO nih!!!


Monday, March 28, 2011

♥ Naughty Kiss ♥

Monday, March 28, 2011 6 Comments
Naughty Kiss/Playful Kiss/Mischievous Kiss...Ehem²! Ok..gempak je tajuk entri ni. Tapi xde sensor² @ versi 18sx kat sini ok, sila jangan salah faham @ silap tengok..haha! Okla, sebenarnya nak bercerita pasal Korean Drama ni. Best wehhh!! Cite ni tayang kat 8tv, setiap hari Sabtu, jam 6.30petang - 8.00malam. So, sekarang ni setiap hari Sabtu memang wajib tengok cerita ni (kalau ada kat rumah la kan).

Pelakon cite ni adalah Kim Hyung Joong (Baek Seng Jo - BSJ) dan heroinnya adalah Jung So Min (Oh Ha Ni - OHN). Ok, cerita ni pasal Oh Ha Ni ni seorang student yg sangat 'clumsy' orangnya!!! Comel sangat dia dalam watak ni..character dalam cerita ni sangat sesuai dgn dia. Dia jatuh cinta dengan Baek Seng Jo yg sangat sombong & dingin orang nya! Mesti korang dah boleh bayangkan camne penerimaan Baek Seng Jo kat Oh Ha Ni ni kan...

Satu hari, rumah OHN runtuh sebab gempa bumi, so, kebetulan ayah OHN ni mmg kawan baik dengan ayah BSJ. Mulai hari tu, OHN dan ayah dia tumpang rumah family BSJ. Wahh...peluang baik untuk OHN mendekati cinta hati dia. Mak BSJ sangat sukakan OHN, coz dia dah lama nakkan anak perempuan tapi..kebetulan jugak mak OHN ni dah lama meninggal dunia. So, mak BSJ layan OHN dgn baik² sgt. Tapi dapatkah OHN dapat melembutkan hati BSJ??? Nantikan.....

Mmg banyak part yg kelakar! X sabar nak tengok part BSJ jatuh cinta dengan OHN... hahahaha~
Korang nak taw x? Kim Hyung Joong ni baru berumur 24 tahun, dah Jung So Min ni baru je berumur 22 tahun. Masih muda² sumenya. Dan yg paling penting, dorang ni mmg bercinta (dalam mimpi Yanfie la...) Xboleh bla...siap mimpi sebab addicted sgt ngan cite ni. Hahaha~ So sweet ♥

♥ 100th Follower ♥

Monday, March 28, 2011 2 Comments
28032011 ~ Ok, hari ni dah boleh start berblogging balik even secara passive coz blom betul2 merdeka untuk menghabiskan masa yang ibarat emas tu... hahaha! Okla, hari ni nak bercerita pasal follower ni.

Macam terharu gak sebab walaupn bukan blogger yang aktif, tapi ada gak org yg sudi pollow² Yanfie's Cottage ni. Kali ni baru genap 100 org follower kat Yanfie's Cottage ni. Follower ke 100 yang bertuah tu adalah CempakaDelaila. Mekacih ya coz sudi follow, saya udah pollow CempakaDelaila balik... Hahahah!!!

Again, thanks kepada semua followers di Yanfie's Cottage yang sudi pollow dengan rela hati. Rajin² lah singgah kat sini lagi k dan jgn jemu² untuk membaca entri yang x seberapa infonya tu. Tapi Yanfie's Cottage masih berada di landasan yang btol yer, tujuan kelahiran Yanfie's Cottage adalah sebagai Personal Blog. Love u ols...muahaaa ♥


Monday, March 21, 2011

♥ Cuti Ber'blogging' ♥

Monday, March 21, 2011 4 Comments
Dear ols...huhu, sedih la nak kena mengurangkan cket time untuk ber'blogging' ni. Atau mungkin terpaksa cuti terus drpd meng'hupdate' Yanfie's Cottage untuk sementara waktu. Tapi persoalannya mampu ker? Mesti buhsan hidup ni....

Bukan ape, bulan Mac & April asyik busy dengan assignments yang berlambak², quizzes & tests every weekend, and final exam @the end of April. Wawawawa....x tahan rasa! Kepala otak leh jem, final nanti agak² nye otak terus collapse!!!

Nak kena study....jadi mcm girl comel ni kan! Baca buku je... Yanfie lak part kena baca membaca ni mmg fail la...plg x suka!!! Adoi.... Terpaksa berkorban la demi masa depan! Yang penting xleh nak give up sekarang! E-PJJ masih panjang! Hoho....chaiyok² to Yanfie. Hopefully pengorbanan ni sentiasa diberkati oleh-Nya & dibalas dengan kejayaan! A+, A+, A+....I want A+ ♥ Amin~



Saturday, March 19, 2011

♥ Faceblog ♥

Saturday, March 19, 2011 2 Comments


Hye geng....ni adalah entry yg terakhir untuk malam ni, tapi yg pertama utk 19/03/2011. Haha..pening baca erk? Xdela, Yanfie nak share something ngan korang! Petang tadi Yanfie telah di add oleh Hazirah Mahadzir di FB. So, tanpa berfikir 2x, Yanfie terus approved sebab dia girl kan. Hahaha.... Tengs for adding me ye dik!!!

Dan masa tgok wall FB Hazirah ni, Yanfie ternampak pasal THE FACEBLOG ni... Lepas baca The Faceblog ni, baru la taw ape fungsi dia kan... Rupa2nya tu tempat mengumpulkan semua blogger kat Malaysia ni. Theme Faceblog ni pun pink.....wahhh!!! I loikee...!!! So, mohla kita bersama-sama utk meramaikan ahli dalam The Faceblog ni ok. For further info jom ke THE FACEBLOG


Friday, March 18, 2011

♥ My 1st Giveaway by Shida dan Esya ♥

Friday, March 18, 2011 2 Comments
Sudah jam 5.40petang, baru sekarang ada masa untuk buat entri pasal 'My 1st Giveaway by Shida dan Esya'. Yanfie telah di ngetag oleh Miss Aneesz (SweetyPage). Mekacih yer dear! Okla, skarang masa untuk melengkapkan semua syarat² & menjawab soklan² yang berkenaan. Let check out da T&C :



Saya suka buat blog kerana :
Saya boleh tulis ape je yang saya nak tanpa menyentuh isu² yg sensitipppp...;
Saya suka berkawan, sbb jarang keluar...so terpaksa berkawan dgn lappy & menghupdate Yanfie's Cottage;
Dapat baca banyak info² yg menarik & yang paling penting...banyak ilmu pasal blog boleh dipelajari hanya di hujung jari dengan blog;
Sangat gumbira apabila di'ngetag' oleh member untuk award, contest, giveaway & etc.
Kalau ikutkan banyak lagi sebabnya....tapi cukup stakat ni jela yerp..hahahaha ♥

Okey...skarang saya perlu mengetag 5 orang kawan :
Emoprincess
Bidadari Kayangan
Fyqa Weeqa
Hazirah Mahadzir
Cik Cammy Lia

Kepada yang telah dingetag, sila jalankan kewajipan anda okeiiii! Kalau nak tengok info lanjut, boleh tengok sini yerp ♥


♥ BHS Bloglist ♥

Friday, March 18, 2011 3 Comments
Tadi BW kat SweetyPage ~ Cik Aneesz! Ternampakla pasal Bicara Hati Semalam New Bloglist. Haha...so, ape lagi, nak nyebok gak! Saya! Saya! Saya nak join gak... Cik Diah, saya nak join jugak..hihihi! Sebab nak join, maka terkeluarlah entri ni sbb ni salah satu syarat kan.

Kalau korang ada yg nak nyebok nak join gak, boleh pergi sini okey!!! Saja meramaikan geng blogger. Korang join la BHS New Bloglist ni dulu... Nak letak gambar miaow gak!!!


♥ Bos Masuk Ofis ♥

Friday, March 18, 2011 1 Comments
Hurm...satu2nya perkara yang x suka apabila Sidang Parlimen bermula ialah bos akan berada di ofis setiap hari Jumaat! Waduhhh....dahla hari Jumaat rehat 2 jam! Tetapi kalau bos besar ada di ofis, confirm2 xboleh la nak kuar bersosial tengahari ni... huhu~

Sepatutnya meeting hari ni ditangguhkan, wahh....bukan main happy dapat berita tu! Tapi x sampai setengah jam, dapat berita lagi, meeting still on! Itu bermakna bos pun akan memunculkan diri di ofis hari ni...

So, apa nak buat....2jam tengahari ni terpaksa dihabiskan dengan 'melangok' kat ofis kan... Tidakk!!! Bos masukla lambat, kul 2.30ptg baru masuk k... Kalau x nanti saya xleh keluar bersosial.... Saya akan jadi macam gmbar di bawah ni okaiiii?!?

Thursday, March 17, 2011

♥ Congratulations ♥

Thursday, March 17, 2011 2 Comments
Malam ni terasa macam nak update lak! Tataula kenapa hari ni suka sgt duk godek2 Yanfie's Cottage ni. Dan yang paling penting, masalah pada entry sebelum ni dah selesai!!! Rupa2nya ada error tang post footer tu! Adoiii...gara2 nak bagi cantik post footer, jadi error plak. So, terpaksa la balik kepada yang asal. Next time la cuba lagi tutorial tu.

Okla...berbalik pada tajuk entri malam ni. Yanfie just nak congratulate pada semua kawan2 yang baru bertukar status... Ni kan musim cuti sekolah, so ramai sgt yg berebut nak kawen! Hahaha... Ramai jugak kawan2 Yanfie yg baru kawen last week. Dan Yanfie dapat banyak jemputan ke majlis kawen tu. But unfortunately, semua kenduri Yanfie x dapat pergi!! Sorang kat Utara, Selatan, Barat, Timur...jauh² sume...

Terima Kasih di atas jemputan tersebut, dan minta maaf juga sebab x dpt menghadirkan diri ke majlis korang k... Stiap hujung minggu, Yanfie ada kelas, lgpun kelas plak sebok dgn assignment, test, quiz and etc. Apa pun, Yanfie dari jauh sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang k...

Special love for:
♥ Nur Azlina Nuriza a.k.a Pingu
♥ Adaa Mazlan
♥ Annes Rus-Idayu
♥ Chu Pluto a.k.a Yana
♥ Norazimi a.k.a Mimi
♥ Kerol
♥ Cik Narisa a.k.a Nana
♥ Dan member² lain yang x disebut namanya di sini. X ingat coz terlalu ramai kan.... =)

Ni beberapa keping gambar yg Yanfie kidnap daripada FB, sori ye gurls, saja nak siarkan walaupun tnpa kebenaran!!! Hahahaha......

Semoga berbahagia, selamat menempuh alam perkahwinan & belajar la menjadi suami/isteri yang baik ok. Bila la majlis untuk Yanfie plak yer? Haha...insyaallah kalau dah sampai jodoh & waktunya. X perlu terburu-buru, sbb kita perlukan yang terbaik untuk hidup kita. Yang terbaik di dunia akan menjanjikan yang terbaik di akhirat. Amin~ PEACE ♥


♥ Introduce... ♥

Thursday, March 17, 2011 4 Comments
Selamat petang... Dalam masa 5min saki baki yg tinggal sebelum melangkah keluar dari ofis, Yanfie just nak share sedikit kemajuan dan menjadi kebanggaan kepada diri Yanfie sendiri. Hahaha, sila jgn kutuk k... 1st time try buat header yg transparent & cursor sendiri.. Dan ini hasilnya sepertimana yang korang boleh tengok kat Yanfie's Cottage ni....


Dan ini plak rupanya cursor buatan sendiri...


Baru je nak belajar, so x berapa nak cantik sangat la kan... Tapi ape pun bangga sebab usaha buat sendiri... Yanfie x ada software Photoshope, so Yanfie just guna Photoscape & GIMP. Guna ape yg ada jer ♥


♥ bX-tuaf45 ♥

Thursday, March 17, 2011 0 Comments

Ape ni...Ape ni..... bX-tuaf45. Alamak.....template dah jadi error! Ape nak buat ni... Adoi!!! Banyak benda sgt buat hari ni... X pasti yg mana satu yg sebabkan jadi error! Tadi ok je... Sebelum save apa² mmg preview dulu, check samada ada error atau x... Tapi tiba² keluar error! Tang mana xleh nak detect dah... Huhuhu... Polis tolong.....


♥ Kenapa x Menjadi??? ♥

Thursday, March 17, 2011 0 Comments
Hari ni x ada apa nak cerita pun sebenarnya... Hahaha!!! Cuma pagi tadi sempat BW pagi, so terjumpa 1 tutorial yang memang dah lama Yanfie teringin nak buat kan. Tutorial tu adalah tutorial mcmna nak letak status Twitter dekat header tu! Tutorial tu Yanfie terjumpa di blog Nieysa Syahirah.Alahai...comelnya blog dia. Klu perasan kat header dia ada status Twitter.

So, Yanfie try la buat ikut step yang dia ajar tu kan! Tapi dah byk kali cuba, tapi x menjadi pun.. Ni hasil yang Yanfie dapat lepas buat tutorial tu..

Hasilnya...header blog Yanfie jadi double lak... Huhu, so upset sebab x berjaya!!! Dah hantar komen minta pendapat Nieysa ni, hopefully dia dapat tolong...Tolong ye dikkk.....♥ Hihihi~

Friday, March 11, 2011

♥ Lunch @Secret Recipe ♥

Friday, March 11, 2011 6 Comments
11032011 (Friday) ~ Hari ni sepatutnya bos masuk ofis....so pagi² dah ter'post' dalam kepala otak..."tengahari ni nampaknya xboleh kuar lunch! 2 jam duk opis jela...adoiii". But thanks God sebab bos x jadi masuk..... Horeeee... Ape lagi kan, sebab hari ni hari Jumaat, tempat wajib pergi adalah Alamanda! Hahaha~

Tapi Incik Hubby call ajak kuar lunch skali. So, terpaksa membatalkan date ngan my girl-friends untuk pergi merended kat Alam sama²... Bukan saja² nak mungkir janji k... Memandangkan waktu bersama² Incik Hubby dah suntuk sangat. You all mesti u all tertanya² kan kenapa??? Sbb ni last week dia kat cni, dia akan mula kerja di Terengganu, so lepas ni terpaksa berjauhan dengan Incik Hubby! Ok, sedih sangat²....uhuk²!!!
Ok, so dat day...Yanfie kuar lunch ngan dia. Destinasi pilihan?! X jauh pun, sbb masa keluar, jam dah hampir kul 1. Kitaorg pergi je dekat Giant Seri Kembangan, sebab ada barang nak beli barang cket. Banyak juga barang, sume stok barang makanan! Hahaha...Incik Hubby takut sangat makwe dia ni kelaparan kan, sbb dia dah xada di sisi!! Xpela, yg penting Incik Hubby yang tolong bayarkan, barang² makan saja sudah mencecah almost rm100.. Dah ciap shopim², baru kitaorg g lunch. 

Ok, Yanfie belanja Incik Hubby makan, so Yanfie pilih untuk makan di Secret Recipe.... Nyum²...sedap ♥
Thai Fried Rice + Caffe Latte (Incik Hubby)
Noodle Tom Yam Kung + Apple Juice Kasturi (Yanfie)

Lastly, sempat hadiahkan Incik Hubby a slice of Moist Chocolate Cake... Yummy²..Incik Hubby asyik tersengih je..hakhakhak!!! Tapi syg nya x sempat nak snap pic...Tapi nak upload gak pic ni.....♥
♥ Pinjam daripada Mr. Secret Recipe


Saturday, March 5, 2011

♥ Hurmm...No Idea ♥

Saturday, March 05, 2011 0 Comments
Sudah terlalu lama Yanfie x menulis ape2 entry... Arghhh...kemalasan yg melampau. In fact, terlalu byk benda yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ni juga! Boleh dikatakan nasib ni agak malang je kebelakangan ni. Bermacam² dugaan yang datang menjengah! Adoiii...xtaw la kenapa Allah menurunkan segala ujian² ni kepada hambanya yg lemah ni. 

Mungkin Dia taw Yanfie boleh hadapi semua ujian tu, tapi diri ni rasa terlalu lemah nak menghadapi semua tu. Semua org ada masalah masing² kan... Tapi tu la org cakap.. 'sudah jatuh, ditimpa tangga pula'... Bertubi² masalah datang. Terlalu personal untuk diceritakan semuanya di sini...

Yanfie cuma boleh berharap, agar orang² disekeliling Yanfie akan terus berada di sisi, kerana mereka lah sumber kekuatan Yanfie. Semoga Allah akan terus mmberikan kekuatan dan ketabahan kepada diri ini....Amin~