Follow Me @snm.yana

Tuesday, May 31, 2011

♥ Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru ♥

Tuesday, May 31, 2011 9 Comments
Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru


Hye semua! Dah lama x meng'update' Yanfie's Cottage. Malas yang amat untuk menulis entri. Tapi pagi ni Yanfie nak siapkan dulu segmen ni. Yanfie telah ditag oleh Bidadari-Kayangan a.k.a Cik Jari Tembam. Terima Kasih kak ^_____^

Syarat segmen ni tersangatlah mudah! Asalkan korang blogger baru, 'you in'. Blogger baru kah Yanfie ni? Erm...nak cakap baru, x la baru sangat. Yanfie dah start berblogging since 2009, tapi hanya sekadar tarikh, lepas tu x aktif until last year, so..Mas, kira Yanfie pun newbie okeh!!!

Di sini, Yanfie ingin menge'tag' :


Jom sama-sama join, tarikh tutup : Malam ni ^______^ ♥


Tuesday, May 24, 2011

♥ Anugerah Pekerja Cemerlang 2010 ♥

Tuesday, May 24, 2011 6 Comments
24 Mei 2011 ~ Setelah 3tahun 5bulan bekerja, akhirnya Yanfie mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Cemerlang ker? Hahaha.... Apa pun, alhamdulillah sebab dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t. Bersyukur sangat, x sangka dapat secepat ini. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YB Dato' Sri Peter Chin, Fah Kui, Menteri kami, disaksikan oleh bos saya, YB Puan Noriah Kasnon, Timbalan Menteri, YBhg. Datuk KSU dan semua staf KeTTHA.


Tapi x sempat nak snap gambar tadi, kena tunggu gambar daripada photographer lah nampaknya. Yanfie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk majlis ni. Terima Kasih juga kepada bos saya yang telah mencalonkan staf 'kesayangan' beliau ini. Hahaha... Hopefully, tahun depan dapat Anugerah Khas KSU pulak (berangan....). Tahniah Yanfie ucapkan kepada semua rakan sekerja yang sama-sama naik ke pentas dan menerima anugerah hari ni. Tahniah semuanya ^________^


♥ I Need Help ♥

Tuesday, May 24, 2011 2 Comments
Sebenarnya tatau camne nak tanya soalan ni okai!!! Hahaha..ok, hopefully dengan bantuan gambar yg Yanfie upload kat bawah ni akan memudahkan blogger lain faham apa yang Yanfie cuba nak tanya.

Gambar1

Gambar2

Mungkin masalah ni tak berlaku pada org lain, mungkin berlaku pada Yanfie je... Korang boleh nampak tak, ape perbezaan kedua2 gambar ni? Perbezaan adalah pada petak merah yang Yanfie lukis tu. Kalau dulu, setiap kali nak buat entri baru, mesti keluar semua fungsi seperti Gambar 1. Tapi sejak bila ntah, bila nak buat entry baru, fungsi yg banyak tu, x lagi keluar, ia keluar macam Gambar 2. So, x banyak fungsi yang Yanfie boleh guna. Salah 1 fungsinya adalah seperti Gambar 3 di bawah, iaitu utk ubah saiz gambar @ letak caption pada gambar, just klik pada gambar... Tapi skrg dah x ada...

Gambar3

So, Yanfie tertanya-tanya lah camna boleh bertukar macam tu kan. Kalau boleh, nak jadi balik macam Gambar 1, banyak fungsi. Boleh sesape bagi pendapat? Segala pendapat & cadangan amatlah dihargai. ^________^








Monday, May 23, 2011

♥ Pemilihan Untuk Bloglist Heart of Beauty ♥

Monday, May 23, 2011 3 Comments
Tadi tengah BW untuk sesi petang ni, sekali ter'terjah' belog Heart of Beauty, milik Cik Aishah Norrifin, kira pangkat adik lagi ni sebab beliau baru berusia 14 tahun. Dan kebetulan beliau sedang menganjurkan pemilihan untuk bloglist beliau. Dan Yanfie tertarik untuk join sebab macam ter'suka' dengan personaliti beliau. Kalau nak taw personaliti macamana yang Yanfie maksudkan, boleh la cuba terjah belog beliau okai.

Dan Yanfie ingin menge'tag' 3 orang kawan Yanfie iaitu : Cik Jari Tembam, Cik Aneesz, Puan Oyat.

Pemilihan bloglist ni ada 4 kategori, dan Yanfie telah pilih kategori Blog Kemas n Simple. Jomla sama-sama join untuk memeriahkan bloglist beliau. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2011. Kalau berminat, sila klik Pemilihan Untuk Bloglist Heart of Beauty



♥ Tupperware Malaysia @ KakakShop GA ♥

Monday, May 23, 2011 5 Comments

Hari Isnin dah bermula ^______^. Buat permulaan, Yanfie nak join GA Tupperware ni. Yanfie dijemput terus oleh penganjur GA iaitu KakakShop. Terima kasih kak... Sebenarnya banyak jugak syarat-syarat untuk masuk GA ni, tapi Yanfie cuba buat jugaklah, mencuba nasib. Lagipun mesti hadiah nya special kan. Yanfie juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Suami & Baby KakakShop...semoga panjang umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t buat Kakakshop sekeluarga. Tapi x pasti lah umur suami Kakakshop, maybe dalam tengah/akhir 30an kot...

Checklist :

  1. Letak 1 gambar Tupperware Kakakshop di FB anda & tag 5 orang rakan - Done
  2. Jadi friend kakakshop@yahoo.com di FB - Done (tapi blom diapproved)
  3. Tulis 1 entry bertajuk "Tupperware Malaysia @ Kakakshop GA" - Done
  4. Letak banner ni di entry tersebut & di sidebar anda serta linkkan ke blog ini - Done
  5. Wish Happy Birthday - Done
  6. Teka umur suami Kakakshop - Done
  7. Tinggalkan nama anda link penyertaan, ID follower & nama facebook anda diruang komen. - Done
Kalau ada sapa² yang nak join, jomlah! Pergi ke GA Kakakshop sempena Hari Lahir suami & anak beliau. Tarikh tutup 24 Jun 2011 ♥


Friday, May 20, 2011

♥ Special 4 Tyra ♥

Friday, May 20, 2011 1 Comments
Dear Tyra a.k.a Princess Emo. I made dis, special 4 u... Tapi jangan nanges k, xmo p nanges sorang² dalam toilet, jgn tiru Fyqa Weeqa... (T___________T) ♥

Tyra

Sila klik gambar untuk baca k...
Sengaja dikecilkan! Motif? Let's keep it as secret...
^_____________^



Thursday, May 19, 2011

♥ Serabut & Kusut ♥

Thursday, May 19, 2011 6 Comments
19052011 ~ Hari ni pagi-pagi lagi, mood : serabut dan kusut! Betol² x ada mood untuk kerja. Tulunnn...saya nak balik!!! Xtaulah kenapa....haishhh!! dah suruh si serabut & si kusut ni p maen jauh², tapi dorang xmau!

Terbaca kisah seorang sahabat tentang perjalanan hidup beliau, membuatkan Yanfie tiba-tiba ingin menilai diri saya sendiri! Okay, Yanfie insaf sekejap... Tiap-tiap hari dikelilingi dengan macam² ragam manusia, ada yang penuh dengan masalah, ada yang excited, ada jugak yang ter'over' excited, ada yang biasa² aja, dan ada jugak yang macam xada perasaan! Semua tu hanya luaran semata², di dalam? Hanya diri sendiri yang tahu...kan3? Lumrah hidup manusia, x pernah lekang daripada masalah...

Yanfie sendiri pun penuh dengan masalah! Tapi...biarlah, fikir positif je, setiap orang ada masalah dan rahsia tersendiri! Xkan semua nak bercerita kat orang kot...itu bukan Yanfie okeiii... Yanfie lebih suka pendam masalah sendiri, tapi dalam masa yang sama berusaha untuk cari jalan penyelesaian... Lain orang, lain caranya kan... "What the contributing factors of stress and how to cope your stress?" Ermmm....Yanfie boleh jawab tu, tapi nak buat tu, bukan senang ^_______^



Wednesday, May 18, 2011

♥ Segmen : Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan ♥

Wednesday, May 18, 2011 0 Comments


Segmen ni telah dianjurkan oleh Abang Ben Ashaari kita ni... Hurm, bila baca info segmen ni, hanya 5 pendapat lelaki dan perempuan akan disenaraikan. So, macam xada harapan lah nak bertuah kan! Tapi saja jelah, sebab nak jugak bagi pendapat dalam isu ni....

"SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ?"

Pendapat Yanfie lah, setuju 100%. Hahaha.... Memang pihak lelaki lah yang patut keluarkan duit untuk dijadikan hantaran. Lagipun pihak perempuan pun memang ada kuarkan duit juga, untuk majlis sebelah pihak perempuan.

Mengikut adat di tempat Yanfie, mas kahwin dianggap sebagai wang hantaran. So, dalam perkataan lain, xada wang hantaran di tempat kami, hanya ada mas kahwin je kerana mas kahwin dicampur dengan wang hantaran. Maknanya pada hari akad nikah, kena bawak lah duit mas kahwin tu, perlu ditunjuk pada tok kadi/tok imam. So, di tempat kami, duit hantaran tidak boleh diberi lebih awal sebelum majlis. Kalau mas kahwin/wang hantaran RM10k, maknanya pada hari akad nikah, perlu bawa RM10k lah, samada cash/cek/dsbg.

Jadi, untuk wang hantaran, memang wajiblah disediakan oleh pihak lelaki sebab pihak perempuan pun sudah mengeluarkan duit untuk kenduri sebelah perempuan. Tetapi perlu ingat, pengantin perempuan pun, kenalah ikut kemampuan pihak lelaki, tak boleh mintak lebih² okaiii...

Apa pun, semua keputusan bergantung pada perbincangan dan persetujuan di antara kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Berbincang tu sangatlah penting. ♥

Apa pun, saya masih vote Abang Ben...kerana saya mengagumi beliau di dalam dunia berblogging... Sila lah vote di sini. PEACE ^__________________^


♥ Apa nak buat dengan MALWARE ni??? ♥

Wednesday, May 18, 2011 3 Comments


Tiba-tiba nak masuk ke belog Yanfie's Cottage, automatik akan keluar warning ni.... Mesti ada yang teragak-agak untuk masuk ke belog Yanfie kan??? Yanfie pun x pasti kenapa...tengah bertanya pada yang pakar lah ni... Sebenarnya mana ada virus apa2 pun...korang leh tekan dekat Yanfie bulatkan kat atas tu....

Harap-harap boleh settlekan dengan segera...berharap pada yang pakar lah!!!



Monday, May 16, 2011

♥ Fast Entry ♥

Monday, May 16, 2011 2 Comments

Teringin lah nak buat Segmen Review, macam En.Arif Azmi buat tu...tapi nanti ada ke orang nak direview oleh Yanfie...kehkehkeh! Entri ni adalah entri ringkas sebelum tamat opis hour ni... Selamat bercuti semua ye... ^______^




♥ 1st Blog Anniversary Oyat Cerita Contest ♥

Monday, May 16, 2011 3 Comments
Terima Kasih Kak Oyat, sebab organized Contest ni...and tahniah kepada Belog Oyat Cerita sempena ulang tahun ke-1. Hihi...td BW belog² Shayam Yanfie, dah salah satunya adalah Oyat Cerita... So, ternampak contest ni...dah saja jelah nak meramaikan contestant!!! Hahaha... Okla, straight to the point....nak kena ikut syarat-syarat contest lah kan, iaitu :

  1. Jadi follower : Of coz, dah berzaman jadi follower Kak Oyat.
  2. Buat entri : Ni tengah buat lah ni... ^_____^
  3. Tempek Banner : Dah tempek atas tu....
  4. Jawab Soklan : Bila Tarikh Anniversary, 18 May 2011 (betul ker? maen teka jer! Kalau salah jangan marah erk K.Yat)
  5. Tag 3 blogger : Luveika, Mimiey Farhana & Lovelyshasha
  6. Contest ni hanya untuk girl okay....

Okay....sudah siap. Tarikh tutup contest 18 Jun 2011. So, sape² yg nak join, boleh ke Oyat Cerita Contest yer... ^_____^



♥ Mood : Happy Weekend ♥

Monday, May 16, 2011 2 Comments
Weekend (Ahad), banyak sangat aktiviti yang dibuat. Banyak berjalan-jalan boleh betul. Hahaha.. 1st agenda, pagi menghabiskan masa di Pasar Sehari dekat Stadium Shah Alam tu, mak aihhh...besar giler! Sangat penat nak pusing semua gerai. Siap singgah makan pagi + tengahari, makan nasi sup daging. Lepas tu boleh sambung berjalan lagi. Memang best, lain kali kalau nak pergi, kena pergi awal-awal...baru syiok berjalan, x panas!

Ok, selepas habis 1 pasar sehari pusing, Mr.Yogi berhajat nak bawa Yanfie ke Jalan Kenanga, tempat yang sangat fofular dengan barang-barang yang murah tu kan, besela kat c2 semua kedai pemborong, mestilah harga murah. Tapi dukacita, rupa-rupanya kedai semua tutup pada hari Ahad. Dengan mood yang sedih lagi redha, terpaksa membatalkan niat untuk bershopim. Hahaha....

Next agenda, menghabiskan masa di KLCC. G minum petang di Starbucks Coffee, masa tu semua table penuh. Terpaksalah tgu turn.. Kitaorang order Espresso Frapuccino (Blended) + Low Fat Carrot & Apple Muffin (pilihan Mr.Yogi) + Club Sandwich & Salad (pilihan Yanfie). 1st time try Club Sandwich, boleh tahan jugak, ada egg ommelette & chicken slice. Lepas tu pergi cuci² mata, sampai lenguh² kaki.

Kerana mood berjalan yg sangat tinggi juga lah, 2 hari berturut-turut jugak dinner di Mali's Char Keuy Teow, di Taman Bunga Raya, Setapak, KL. Feberet Yanfie....urm, kalau gerai tu sebelah rumah, tiap² malam jadi pelanggan tetap lah. Sangat sedap...pinggan besar RM5.00, pinggan kecik (RM4.00) dan special (RM6.50)! Kebiasaan wajib amik yang besar lah... Dibuka setiap hari, jam 5.30 petang sampai la 4.00pg/5.00pg. So, sesape yang nak try, bolehlah pergi.. Dijamin x menyesal...tapi kena pergi dengan hati yang tabah lagi kuat lah, coz memang wajib kena beratur panjang okeiii...

Alhamdulillah, sangat kenyang dan berpuas hati seperti biasa. Jam lebih kurang pukul 7 petang, kami otw home, kononnya nk balik awal. Dalam perjalanan.....

Yanfie : Rasa macam nak beli kamera lah, kamera biasa je, bajet dalam RM500-RM600. Boleh x?
Mr. Yogi : Boleh je, jomlah kita pergi beli sekarang, kita pergi Alamanda.
Yanfie : (Terkejut) Biar betol sekarang.
Mr. Yogi : Betullah...
Yanfie : Ok

Dan setelah dipersetujui, kami ke Alamanda. Terus ke kedai Nikon, mata melilau cari Digital Camera (Compact) yang biasa tu aja...survey², ok harga memang kena dengan bajet, RM598. Siap mintak akak promoter yang cantik tu explain, siap demo lagi. Memang dah berkenan, tambah² memang kaler pink tersedia... Duk pk², adoi...berkenan yang kat atas tu lah pulak... Harganya dalam RM898.00. Setelah bertimbang tara, akhirnya Yanfie buat keputusan untuk pilih model Coolplix L120, campur² accessories tambahan, total semua dalam RM1,058.00. Function nya macam camera digital biasa je...cuma design nya yg cantik cket, ala-ala Mini DSLR. Nak beli DSLR? Tunggulah lagi 2,3 tahun kot.....hahahaha!!

Sangat berpuas hati dengan pilihan tersebut. Orang² photography taw lah nak bezakan yg mana ok, yg mana x ok... Tapi untuk Yanfie, klu gambar dah ok tu, on jerk. Hahahaha.... Excited dapat camera baru, Yanfie pun ajak Mr.Yogi utk test power kamera tu. Dan ini lah hasil kerja COOLPLIX L120.


Tenkiu Mr.Yogi, kerana menghabiskan masa hujung minggu bersama Yanfie. Hahaha.... Nak taw camne design Coolplix L120? Google sajalah... ^_______^



Thursday, May 12, 2011

♥ Bloglist Cik Cempaka ♥

Thursday, May 12, 2011 1 Comments

Terima kasih kepada Cik Cempaka kerana telah datang menerjah Yanfie's Cottage buat pertama kalinya. Semalam dah p terjah belog Cik Cempaka, tapi ari ni baru sempat nak join & buat entri Bloglist Cik Cempaka ni.

First time melawat CC di belog beliau, dan belog CC sangat comel...siyes! X tipu okey, kalau u ols x caya, boleh tengok sdiri, sila picit di sini. Yanfie ni kan memang over excited kalau ternampak something yang comel. Ada pakai doodle jugak. Belog beliau simple je, tapi sangat nice, dan jelas menunjukkan personaliti pemilik yang kreatif.

Xde kritikan setakat ni untuk CC, tapi kalau ada Yanfie akan update dari masa ke semasa okeiii, CC pun sudi² lah meng'komen' Yanfie's Cottage okeiii T____T. Jomlah beramai² join BLOGLIST CIK CEMPAKA ni, tarikh tutup 30 Mei 2011.

Yanfie sudah follow CC jugak, keep in touch! Have a nice day CC & nice to meet you! (^_________________^)




♥ Nota Misteri ♥

Thursday, May 12, 2011 2 Comments
Yanfie ada 1 cerita nak share, kejadian ni berlaku tadi, lebih kurang jam 11.00malam. Jam 6.00petang Yanfie 'check out' dari opis untuk balik ke rumah. Sampai je kat rumah, dari jauh lagi dah nampak ada kereta Saga BLM Silver (JLJ ****) telah merembat parkingku. Suka suki dia je nk rembat parking orang. Dalam hati memang dah sumpah seranah r, balik penat2, ada org cari pasal lak, x ke hangin kan. (Nasib la ko..). So, Yanfie block jelah kete tu, biar dia xboleh keluar... hahaha!!!

Masuk umah, sempat ag bersembang dengan housemate (Farah). Pastu Yanfie gtaw dia, ada kete mana ntah curi parking Yanfie. Rupa²nya Farah balik ke rumah tengahari td, then masa tu memang dia nampak pemilik kereta berkenaan. Orang tu baru pindah ke sini, dengan lori angkat barang lah semua. Lepas tu lega la cket, dalam hati cakap "aku maafkan dia, mungkin dia orang baru, dia tatau peraturan kat cni lagi".



Malam plak nak keluar untuk celebrate besday Mr.Yogi, bukan celebrate ape pun, just belanja makan. Hihihi... Sampai je Mr.Yogi di bawah blok rumah, beliau call Yanfie. Ikuti perbualan ini :

Mr.Y : Sape amik parking awak?
Saya : Tatau, x kenal pun.
Mr.Y : Dia baru parking hari ni ker?
Saya : A'ah, petang tadi saya balik, dia dah ada....
Mr.Y : Dah xpela, saya dah tulis nota kat dia.
Saya : Lah..yeker? (dalam hati gelak² da...)
* perbualan ditamatkan..

Turun bawah, Yanfie sempat baca nota tersebut, nasib baik agak berbudi bahasa. Hahaha.. So, kami keluar dgn gembiranya. Lepas makan, jalan² jap, pastu terus balik memandangkan esok kerja. Masa nak masuk parking tu, ternampak 1 nota, siap bertampal kat divider tu, mungkin dia xnak kertas tu hilang sebelum Yanfie sempat baca.

Bunyinya lebih kurang macam ni lah, "Mohon maaf Cik sebab telah ambik parking Cik. Kalau sudi, bolehla kita berkenalan (019*******)." Sebelum sempat habis baca no.fon tu, nota tersebut telah selamat direnyukkan oleh Mr.Yogi. Hahahaha.... Nampak riak 'jelous' di situ okey, sambil berkata "Camna dia taw ni parking pompuan?". Tatau nak jawab & no komen.

Tamat Sudah ^______^


Tuesday, May 10, 2011

♥ Tolong Carikan Idea ♥

Tuesday, May 10, 2011 4 Comments
10052011 ~ Dari minggu lepas lagi memikirkan hadiah untuk 11 Mei 2011 (esok). Hadiah yang bersesuaian untuk besday My Love Mr.Yogi. Hurmm..tiap² tahun pasti pening untuk pk nak bagi hadiah apa! Susah untuk orang lelaki ni, klu hadiah untuk orang perempuan, xdela complicated rasanya.

Kalau ikutkan, nak belikan jacket je untuk beliau. Jacket yang beliau memang inginkan! Haruslah bajet dalam RM300++. Yang menjadi masalah adalah, x pandai la nak pilih size untuk beliau, hahaha... Kalau bawa tuan punya badan, kompom² x surprise dah. Korang ada idea x? ^_______^ Kekompiusan + Kefeninan nih ♥


Monday, May 9, 2011

♥ Hobi Lama Kini Kembali ♥

Monday, May 09, 2011 4 Comments
Apa hobi lama yang korang dah lama ditinggalkan??? Hurmm....salah satu hobi lama Yanfie yang telah lama ditinggalkan adalah membaca NOVEL! Okay....dulu sangat addicted dengan novel, masa nak meningkat remaja...dulu kan suka berangan²...hahaha!!! Tahun yang paling banyak membaca novel adalah pada tahun 2005 (tahun untuk Exam SPM).

Sengal kan....hahahaha! Siyes cakap, time nak exam penting tulah, paling sibuk membeli & meminjam novel². Dan hasilnya dapat result yang cukup² makan untuk masuk 'U'. Tapi x apply 'U' pun, apply Politeknik jer, dalam tempoh tu sempat merasa masuk ke Form 6 selama 3minggu. Sempatlah masuk ke Tingkatan 6 (Biologi). Lepas dapat offer Poly, terus masuk Poly lah.

Eh², berbalik pada tajuk entri ok. Kenapa tiba² mengigau nak baca novel balik??? Mentang²lah final exam dah abih, sem baru lak lambat lagi nak start. So, tiba2 teringin nak mula balik hobi ni. Dan begitu excited nak g kedai buku untuk mencari novel² ni :



Korang perasan x apa persamaan di antara ketiga² novel ni? Cepat jawab ^_____^ Jawapannya adalah penulis yang sama iaitu AREILA SAHIMI. Harap² Eila x baca entri ni...hahaha! Saja jelah nak jadi silent reader beliau. Actually, Areila Sahimi ni adalah classmate Yanfie di UiTM, so teringin nak baca hasil penulisan beliau. Sape nak mintak otograp beliau? Cepat angkat kening...Yanfie leh tolong !(@______@)!. Hope beliau dapat terbitkan novel baru beliau tahun ni. Keep going dear ♥


♥ Wedding Angah ~ 29042011 - 01052011~ ♥

Monday, May 09, 2011 9 Comments
30 April 2011 yg lalu adalah hari bersejarah bagi K.Ngah Yanfie, iaitu Hari Perkahwinan beliau dan pasangan!!! Pada 29 April 2011 (Jumaat), selepas solat Jumaat, beliau selamat diijabkabul, dah sah sebagai Isteri orang. 30 April 2011 (Sabtu), kenduri di rumah kami dan pada 01 Mei 2011 (Ahad), Rombongan menghantar menantu (kenduri sebelah lelaki). Sangat cepat prosesnya kan, sekali harung jer...

Wedding ni jugak sebab utama Yanfie perlu balik ke kampung, last 2 weeks. Walaupun dengan keadaan agak busy dgn final exam, tapi terpaksa balik jugak lah! Lagipun no more next time, sekali seumur hidup di hari penting beliau. Jom view beberapa keping pixca beliau & pasangan pada hari tersebut.




Beliau dah selamat menjadi isteri orang. Yanfie jugaklah yang terpaksa menjawab soalan m.cik² & sedara² yang teringin nak taw giliran Yanfie pulak! Hadoiii...malas tol nak menjawab!!! Yanfie x pk pun lagi pasal ni ok, sekarang lebih fokus pada kerja & study... Kalau seru dah sampai tu, Insyaalah akan ada lah tu... Hihihihi @_____@

Apa pun, Yanfie nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kak Ngah & Abg. Imat (Abg.Ipar), semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga ke hujung nyawa! Dan kepada Abg.Imat, selamat datang ke keluarga kami. Kami menerima kamu dengan hati yang terbuka ^_________^



Friday, May 6, 2011

♥ The Royal Wedding ♥

Friday, May 06, 2011 3 Comments
The Royal Wedding - dah lama tunggu nak tengok ni...last², live show pada 29 April 2011 (Jumaat). So, x berkesempatan nak tengok c0z masa tu berada di kampung! Terpaksa membatalkan niat utk tengok Live Show, dapat tengok siaran ulangan jelah di Tonton.com! Sangat teruja, tiba² terfikir...bertuahnya Catherine Middleton (Kate)! Dan alangkah bagusnya kalau saya ni adalah kawan baik Kate...hahaha!! Dapat merasa masuk ke Westminster Abbey & Buckingham Palace!

Banyak sangat gambar-gambar yang cantik sepanjang The Royal Wedding ni, pinjam jap 3,4 keping daripada website The Royal Wedding 2011.





Memang suka follow cerita Keluarga Diraja Britisn (England) ni, sejak zaman sekolah lagi, sebelum Princess Diana meninggal! Adore gile dengan Princess Diana, kerabat Diraja yang berjiwa rakyat, raja kesayangan rakyat! Sekarang Prince William & Prince Harry banyak mewarisi memiliki sikap beliau, dan banyak jugak kerja-kerja amal yang diteruskan oleh mereka berdua!

Yanfie siap beli DVD William & Kate : The Movie (The Real Story). Cerita ni dilakonkan oleh Nico Evers-Swindell (William) & Camillia Luddington (Kate). Movie ni menceritakan semula detik perkenalan antara William & Kate sehinggalah membawa ke pertunangan mereka. Tengok pixca ni, lebih kurang sama kan @_____@


Semoga perkahwinan Prince William ♥ Kate Middleton berkekalan! ^_______^