♥ Mood : Happy Weekend ♥

Monday, May 16, 2011

Weekend (Ahad), banyak sangat aktiviti yang dibuat. Banyak berjalan-jalan boleh betul. Hahaha.. 1st agenda, pagi menghabiskan masa di Pasar Sehari dekat Stadium Shah Alam tu, mak aihhh...besar giler! Sangat penat nak pusing semua gerai. Siap singgah makan pagi + tengahari, makan nasi sup daging. Lepas tu boleh sambung berjalan lagi. Memang best, lain kali kalau nak pergi, kena pergi awal-awal...baru syiok berjalan, x panas!

Ok, selepas habis 1 pasar sehari pusing, Mr.Yogi berhajat nak bawa Yanfie ke Jalan Kenanga, tempat yang sangat fofular dengan barang-barang yang murah tu kan, besela kat c2 semua kedai pemborong, mestilah harga murah. Tapi dukacita, rupa-rupanya kedai semua tutup pada hari Ahad. Dengan mood yang sedih lagi redha, terpaksa membatalkan niat untuk bershopim. Hahaha....

Next agenda, menghabiskan masa di KLCC. G minum petang di Starbucks Coffee, masa tu semua table penuh. Terpaksalah tgu turn.. Kitaorang order Espresso Frapuccino (Blended) + Low Fat Carrot & Apple Muffin (pilihan Mr.Yogi) + Club Sandwich & Salad (pilihan Yanfie). 1st time try Club Sandwich, boleh tahan jugak, ada egg ommelette & chicken slice. Lepas tu pergi cuci² mata, sampai lenguh² kaki.

Kerana mood berjalan yg sangat tinggi juga lah, 2 hari berturut-turut jugak dinner di Mali's Char Keuy Teow, di Taman Bunga Raya, Setapak, KL. Feberet Yanfie....urm, kalau gerai tu sebelah rumah, tiap² malam jadi pelanggan tetap lah. Sangat sedap...pinggan besar RM5.00, pinggan kecik (RM4.00) dan special (RM6.50)! Kebiasaan wajib amik yang besar lah... Dibuka setiap hari, jam 5.30 petang sampai la 4.00pg/5.00pg. So, sesape yang nak try, bolehlah pergi.. Dijamin x menyesal...tapi kena pergi dengan hati yang tabah lagi kuat lah, coz memang wajib kena beratur panjang okeiii...

Alhamdulillah, sangat kenyang dan berpuas hati seperti biasa. Jam lebih kurang pukul 7 petang, kami otw home, kononnya nk balik awal. Dalam perjalanan.....

Yanfie : Rasa macam nak beli kamera lah, kamera biasa je, bajet dalam RM500-RM600. Boleh x?
Mr. Yogi : Boleh je, jomlah kita pergi beli sekarang, kita pergi Alamanda.
Yanfie : (Terkejut) Biar betol sekarang.
Mr. Yogi : Betullah...
Yanfie : Ok

Dan setelah dipersetujui, kami ke Alamanda. Terus ke kedai Nikon, mata melilau cari Digital Camera (Compact) yang biasa tu aja...survey², ok harga memang kena dengan bajet, RM598. Siap mintak akak promoter yang cantik tu explain, siap demo lagi. Memang dah berkenan, tambah² memang kaler pink tersedia... Duk pk², adoi...berkenan yang kat atas tu lah pulak... Harganya dalam RM898.00. Setelah bertimbang tara, akhirnya Yanfie buat keputusan untuk pilih model Coolplix L120, campur² accessories tambahan, total semua dalam RM1,058.00. Function nya macam camera digital biasa je...cuma design nya yg cantik cket, ala-ala Mini DSLR. Nak beli DSLR? Tunggulah lagi 2,3 tahun kot.....hahahaha!!

Sangat berpuas hati dengan pilihan tersebut. Orang² photography taw lah nak bezakan yg mana ok, yg mana x ok... Tapi untuk Yanfie, klu gambar dah ok tu, on jerk. Hahahaha.... Excited dapat camera baru, Yanfie pun ajak Mr.Yogi utk test power kamera tu. Dan ini lah hasil kerja COOLPLIX L120.


Tenkiu Mr.Yogi, kerana menghabiskan masa hujung minggu bersama Yanfie. Hahaha.... Nak taw camne design Coolplix L120? Google sajalah... ^_______^



You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. wah yana ade kamera baru!
    bile nak ambik gambar ktorg kat ofis ni
    hehehe

    ReplyDelete
  2. @Cik Jari Tembam
    Hahaha....kamera murah saja kak...utk suka2!!! Nanti sy bawak, sy p snap pic akak & tyra banyak2 yer...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe