♥ Segmen : Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan ♥

Wednesday, May 18, 2011



Segmen ni telah dianjurkan oleh Abang Ben Ashaari kita ni... Hurm, bila baca info segmen ni, hanya 5 pendapat lelaki dan perempuan akan disenaraikan. So, macam xada harapan lah nak bertuah kan! Tapi saja jelah, sebab nak jugak bagi pendapat dalam isu ni....

"SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ?"

Pendapat Yanfie lah, setuju 100%. Hahaha.... Memang pihak lelaki lah yang patut keluarkan duit untuk dijadikan hantaran. Lagipun pihak perempuan pun memang ada kuarkan duit juga, untuk majlis sebelah pihak perempuan.

Mengikut adat di tempat Yanfie, mas kahwin dianggap sebagai wang hantaran. So, dalam perkataan lain, xada wang hantaran di tempat kami, hanya ada mas kahwin je kerana mas kahwin dicampur dengan wang hantaran. Maknanya pada hari akad nikah, kena bawak lah duit mas kahwin tu, perlu ditunjuk pada tok kadi/tok imam. So, di tempat kami, duit hantaran tidak boleh diberi lebih awal sebelum majlis. Kalau mas kahwin/wang hantaran RM10k, maknanya pada hari akad nikah, perlu bawa RM10k lah, samada cash/cek/dsbg.

Jadi, untuk wang hantaran, memang wajiblah disediakan oleh pihak lelaki sebab pihak perempuan pun sudah mengeluarkan duit untuk kenduri sebelah perempuan. Tetapi perlu ingat, pengantin perempuan pun, kenalah ikut kemampuan pihak lelaki, tak boleh mintak lebih² okaiii...

Apa pun, semua keputusan bergantung pada perbincangan dan persetujuan di antara kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Berbincang tu sangatlah penting. ♥

Apa pun, saya masih vote Abang Ben...kerana saya mengagumi beliau di dalam dunia berblogging... Sila lah vote di sini. PEACE ^__________________^


You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe