Follow Me @snm.yana

Wednesday, June 29, 2011

♥ Coretan Seorang Sahabat ♥

Wednesday, June 29, 2011 1 Comments


KISAH BENAR : ^________^


Percayalah, cinta itu tersangat2 indah jika kita menemui Cinta Sejati...
Tapi hakikat sebenar, cinta itu ada pahit manis, pasang surut...
Pertama kali merasainya? Memang tersangat indah, seperti kata orang..tidur x lena, mandi x basah, makan pun x kenyang...asyik teringat si dia saja!
Semakin lama, cinta boleh jadi semakin menebal @ menipis.
.
.
.
.
.

Kalau dulu, pantang aku merajuk, kau akan terus pujuk... Takutnya kau kalau aku merajuk dengan kau, takut aku xnak bercakap dengan kau, xnak balas msj, xnak jawab call kau...
Kini, setiap kali aku merajuk...kau cepat2 larikan diri, cepat2 letak fon, atau buat2 xtahu je. Alasannya, nak bagi aku masa untuk tenangkan diri, xnak memburukkan lagi keadaan. Tapi betol ke? Atau adakah kau sudah jemu memujuk aku????

***
Kalau dulu, aku menangis, kau yang lebih gelisah, takutnya melihat air mata aku mengalir, walau setitis sekalipun... Cepat2 kau sapu air mata aku tu.
Kini, kau hanya tengok je aku menangis dengan pandangan kosong, paling kuat pun, kau hulurkan tisu utk aku sapu air mata sendiri. Kau dah penat @ letih nak lap air mata aku ker???

***
Kalau dulu, aku buat salah, cepat2 kau maafkan aku, katanya bukan salah aku, tak sengaja pun kan, dan kadang2 sanggup mengaku tu silap kau...
Kini, kalau aku buat silap, tak sah kalau kau x membebel berbakul2 kat aku. Kalau aku mintak maaf sekalipun, kau tetap akan perbesarkan hal tu, membebel 10 bakul dulu baru nak maafkan aku. Tu pun aku tak pasti ikhlas ke x, mungkin terpaksa je memaafkan aku, sebab jelas nampak hati kau tetap panas dan terserlah rasa tidak puas hati kau!

***
Kalau dulu, setiap kali keluar 'dating', excited sangat. Sepanjang masa keluar bersama, kau hanya tersenyum lebar. Gembiranya dapat berjumpa aku, bila nak hantar aku balik, selalu bagitahu aku, kau x puas keluar dengan aku lagi, rasa masa macam cepat je bergerak... Kalau boleh tiap2 hari nak jumpa & 'dating' sama-sama....
Kini, setiap kali nak kuar 'dating'...hurmm, kadang2 rajin, kadang2 terpaksa datang sebab aku yang suruh kan. Dan setiap kali jumpa, mesti akan tercetus pergaduhan @ salah faham di antara kita, samada kecik @ besar... Akan keluar ayat "menyesal keluar hari ni..."

***
Kalau dulu, sehari tak terkira berapa banyak SMS, call daripada kau. Walau sibuk macamana pun kau belajar @ kerja, ia tetap jadi rutin harian kau kan. Kalau x dapat SMS @ call aku, hidup kau x lengkap kan... Nak buat apa-apa pun, mesti nak bagitau aku kan.
Kini, walaupun pakai bill 1+5 plan sekalipun, dapat free SMS @ call sekalipun, boleh dikira berapa kerap SMS @ call daripada kau... Kau nak buat apa, nak pergi mana, aku orang last yang kau bagitau. Kadang2 kau lgsg lupa nak bgtau aku. Bila aku dapat tahu? Kita akan gaduh lagi...

***
Kalau dulu, time suka duka aku? Kaulah teman setia... Kaulah orang pertama yang aku ingat selepas mak ayah aku. Kaulah orangnya yang aku ingin berkongsi semua suka duka hidup aku.
Kini, perasaan keterujaan tu dah berkurang. Berita gembira? Berita sedih? Keinginan untuk bercerita pada kau dah tak ada lagi.

***
Kalau dulu, setiap apa yang aku lakukan, kau teringin nak tahu. Kau sokong setiap apa yang aku nak buat.
Kini, kau tak teringin nak tahu pun.. Kalau aku bercerita sekalipun, kau macam dengar x dengar je kan. Kau malas nak melayan omongan aku.

***
Kalau dulu, walaupun kau ada masalah di tempat kerja, kau akan tetap tersenyum di depan aku. Sebab xnak aku risau.
Kini, emosi di tempat kerja terbawa-bawa dalam hubungan kita. Setiap kali kau ada masalah di tempat kerja, pantang aku salah cakap @ buat, kau akan tengking aku. Akulah tempat kau melepaskan kemarahan kau pada orang lain...
.
.
.
.
.
DULU, segala-galanya indah dengan adanya kau dalam hidup aku.
KINI, hidup aku suram, kerana aku bukan lagi orang penting dalam hidup kau. Mungkin salah satunya, kerja lebih penting daripada aku. Setiap kali teringatkan kau, air mata menjadi teman setia. Setiap malam, hanya air mata menjadi pengubat hati. Tapi sampai bila aku harus begini?

Adakah ini nasib seorang perempuan? Adakah benar, lelaki itu mudah berubah? Ketahuilah wahai kaum Adam, sesungguhnya hati seorang perempuan itu tersangatlah rapuh & sensitif, kerana perempuan itu dilahirkan dengan penuh sifat berkasih sayang sejak azali lagi..
Jika kehadiran aku tidak diperlukan lagi, kau lepaskanlah aku, biarkan aku pergi, relakan aku pergi dari hidup kau untuk selama-lamanya...



Tuesday, June 21, 2011

♥ My Badmood Day ♥

Tuesday, June 21, 2011 3 Comments

Hari ni hari "my badmood day"... Huhuhu! Sedey.. Macam banyak benda jadi sekaligus. Saya suka berada di ofis, atleast kat ofis ada member² yang boleh bersembang dan bergelak tawa. Bila balik je umah, terus jadi stress. Jadi macam orang asing di rumah sendiri. Kalau boleh balik, nak terus pejam mata, dan tido!


Arghhh...lately suka terkurung je dalam bilik. Macam x hepi dengan life sekarang. So bored!!! Xde benda interesting yang boleh dibuat. Tiap² hari hanya rutin harian biasa je.. Xde aktiviti tambahan pun! X enjoy pun dalam menempuhi hari² yang tiba. Cehh..ada gaya macam ayat orang dah puas hidup x?














Mode :
Rasa nak amik cuti 1/2 bulan tanpa gaji dan balik
kampung. Agak² bos bagi tak??? (T________T)



Friday, June 17, 2011

♥ Result Dah Keluar ♥

Friday, June 17, 2011 1 Comments
17 Jun 2011 (Jumaat) ~ Alhamdulillah, akhirnya penantian yang ditunggu sejak bulan lepas lagi dah pun selamat ditempuhi dengan jayanya. Kalau korang student UiTM, korang mesti taw kan. Result peperiksaan yang sepatutnya keluar pada 02 Julai 2011 dipercepatkan ke hari ni.


Actually, semalam tido lewat gara² tgu jam 12.00am sebab excited nak check kan, sekali buka emel...x dapat²! Last sekali, pasrah je..lepas tu terus tido! Pagi ni bangun dengan bersemangatnya, terus on BB dan check emel. Ada pun, emel tu received jam 2.06am semalam. Nasib baik x tunggu sampai ke pagi. Hahaha...

Apa pun, bersyukur sangat² coz lulus semua subject. Sebelum ni agak berdebar coz subjek Eco tu yang memang rasa macam "gerenti failed", tp lulus dan lagi 1 subjek Office, yg tu x confident sebab Prof. tersangatlah strict okaiii... Tp alhamdulillah, coz semua lulus walaupun bukan dalam kategori cemerlang. Not bad la utk 1st sem, atleast lepas 3.0 pointer.

Tapi langsung xleh compared dengan result masa Dip dulu, pejam mata pun boleh dapat 3.5 above. Usaha sdiri taw, x pernah nak bodek² lecturer ^_____^. Tapi kena faham lah, dulu full time study, x heran la kan. Sekarang belajar part-time, byk faktor yang menghalang. Silap² klu x kuat semangat, boleh berhenti di tengah jalan r...

Apa pun, tahniah kepada member² yang dapat result cemerlang tu. Jumpa lagi bulan September ni taw. Gain more effort for next semester ♥

Thursday, June 16, 2011

♥ Myvi 2011 ~ Launched 16 Jun 2011 ♥

Thursday, June 16, 2011 4 Comments
Actually sebelum ni ada terdengar dah pasal Myvi Edisi Terbaru 2011 ni. Rupa²nya dilancarkan hari ni di PWTC oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (info ni baru tahu). (^^,) Adakah saya tidak peka? Oraitt..bkn nak bercakap pasal peka ke x peka kan, just nak buat review sikit pasal Myvi baru ni.

Ada 3 pilihan model : Standard, Premium & Elegance.

Eh², nape ada Elegance? Bukan dah ada Persona Elegance? Macam xada nama lain da nak guna. Ok, ignore it. Tapi kesemua model ni masih menggunakan enjin macam Myvi lama, enjin dengan kapasiti 1.3L. Myvi Elegance kompom² yg paling mahal coz paling lengkap dengan semua aksesorinya. Yanfie nak review pasal Elegance sebab macam berkenan yg ni kan. Harga bermula daripada RM53,900.00 dan boleh mencecah hingga RM57,908.00. Boleh tahan mahal jugak kan? Tapi berbaloi lah dengan aksesori yang disediakan.

Pilihan Warna Bagi Myvi Elegance :
Mystical Purple (Metallic),
Ebony Black (Metallic)
Ivory White (Solid)

Jom Review Pixca Myvi Elegance 2011...




(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔====═════════════════╗
FURTHER INFO : MYVI ELEGANCE
╚====═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo

♥ Giveaway From Moscow by Miszlullaby ♥

Thursday, June 16, 2011 9 Comments
Macam dah lama x update Yanfie's Cottage. Busy? Xdela sangat...klu busy pun time office hour jelah memandangkan Sidang Parlimen baru start kan, bos pun asyik suh wat ni suh wat tu. Kat rumah? Hihihi...itulah, klu nak seribu daya, xnak seribu dalih kan? ALASAN paling logik adalah rajin malas. Lately xde mood nak meng'update'. Macam banyak benda nak fikir...

Okla, malam ni Yanfie nak join GA From Moscow. Wow...tajuk pun dah special kan. Hadiah nya mmg special lah, import dari Moscow. Sebab tuan empunya GA ni iaitu Miszlullaby akan meninggalkan Moscow x lama lagi. Thanks pada adik Hazirah Mahadzir yang telah menge'tag' Yanfie.


Nak kena tag 5 orang yer. Calon² mangsanya adalah seperti berikut :

Kepada sape² yang x ditag, klu berminat nak join, pergi ke Giveaway From Moscow By MiszLullaby. PEACE ♥

(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
Tarikh Tutup : 30 Ogos 2011 (MAYBE)
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
|__|__|
|| ||
ooO Ooo

Tuesday, June 14, 2011

♥ Akibat Pakai Blackberry (BB) ♥

Tuesday, June 14, 2011 18 Comments
Sumber : BBM Partner...telah rancak dihebah²kan kepada semua pengguna Blackberry Messenger (BBM).

  • (01) Naik kete asik kene hon, sampai disarankan pasang sticker di belakang kete "harap sabar, BlackBerry user"
  • (02) Mata jadi agak rabun.
  • (03) Pening waktu tidur kerana menunggu pasangan chat sambil BB di tangan.
  • (04) Suka senyum2 sendiri, agak konsisten kerja, bangun pagi, yang pertama dicari BB dulu bukan yang lain.
  • (05) Jarang marah tp sering dimarah org kerana diajak sembang xnak menyahut.
  • (06) Kalau di tempat umum suka panik. Baterry nak kong!!!!!
  • (07) Sering lupa tekan butang lift. Yang naik kadang2 turun.
  • (08) Kalau dlm bank pakai no.giliran, no. dipanggil di speaker x dengar. Tp kepala tgk screen BB, x kisah ambik no.giliran lg.... tetap tenang.
  • (09) Langganan majalah dan novel baru masih tersusun rapi x terbaca pon.
  • (10) Selalu tersandung batu sbb kalo jln...mata tertuju kt screen BB.
  • (12) Tangan semakin jarang berehat. Kalau x chatting, BB msti ade je kt tangan! X sempat nk simpan dlm casing. Kalo boleh.. Nak kene jahit BB dengan tangan tu.
  • (13) Kalau tertinggal dompet x panik,tp kalo tertinggal BB... Mcm nak kiamat dunia.
  • (14) Ditanya nombor IC, langsung dia sebut pin BB.
  • (15) Kalo nak tidur, ganti status ввм : tidur dulu ah.
  • (16) Mengalami kematu di hujung jari. Lbh baik byr bil tepon utk BB drpd beli snek ringan.
  • (17) Jiwa kacau kalau Track Ball / Track Pad sangkut. Pdhal nk cpt balas comment.
  • (18) Doa cuma kejap je.. sdh tu...amin. kalau BB bole layan berjam2, taubat woii.. taubattt.
  • (19) Kusyuk baca risalah ni sampai x sedar kalau point no.11 tak ada sbnrnya!!!!
  • (20) Yahhh.. dia sibuk gerakkan cursor cari. no 11.
  • (21) Kalau dh sedar senyum2 sendiri.
  • (22) Abis baca ni berpikir utk kirim ke org lain ╋╋ム ╋╋ム ╋╋ム =))


p/s : Ada rasa macam terkena tak? Ia hanyalah sekadar hiburan / lawak / jenaka semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup @ yang telah meninggal dunia. PEACE ♥

Friday, June 10, 2011

♥ Segmen : Blogging Itu Aku Suka ♥

Friday, June 10, 2011 7 Comments
Permulaan untuk pagi Jumaat yang mulia ni, penghulu segala hari.... wajib join segmen ni c0z Yanfie telah di'tag' oleh Cik Jari Tembam. Terima kasih sebab tag saya kak (✿◕ ‿ ◕✿). Segmen ni simple je, sangat senang okaiii. So, jom sama² join segmen ni. Semua yang join segmen ni, bakal di-review oleh owner segmen ni iaitu SyaimzHebatz.


Jangan ditunggu², ditangguh² lagi, jom join ramai-ramai. Kalau berminat boleh klik sini "BLOGGING ITU AKU SUKA". 


Nak tag : FyqaWeeqa & Mama Adam.


         (0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
   
Tarikh Tutup : 15 Jun 2011
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
             |__|__|
             || ||
              ooO Ooo



Wednesday, June 8, 2011

♥ Susulan Segmen Exchange Link BA ♥

Wednesday, June 08, 2011 6 Comments
Semalam (07/06/2011) semua bloggers kebanyakannya dah join Segmen Ben Ashaari Ajak Tukar Link kan? Ekceli segmen ni sangat berkesan,  memudahkan kita untuk menambah pelawat ke belog kita kan?! Ini bukan semata-mata untuk menaikkan trafik belog. Macam Yanfie, berblogging bukan untuk mendapatkan trafik, tapi untuk berhibur dan mengisi masa lapang. Sama jugaklah kita ber'FB'/Twitter/Fs dsbg. Betol x? Seronok sangat bila ada yang datang melawat.

Terima Kasih kepada semua yang sudi bertukar² link dengan Yanfie semalam. Hari ni pun masih ada yang datang melawat. Yanfie hargai sangat². Jemput datang lagi bila² pun yerk.. Link korang pun, Yanfie dah masukkan dalam Bloglist Exchange Link BA. Semua bloggers yang dah termasuk dalam bloglist, Yanfie pun dah follow korang taw. Hoppefully xada yang tercicir lah, kalau ada..tlg bgtaw okaii ^______^

Yanfie nak share pixca yang Yanfie sempat snap setelah seharian BB di'off' semalam, gara² xda bateri. Bukti keberkesanan segmen ni. Tqvm buat Abang Ben Ashaari yang buat segmen ni. Yanfie perasan Abg.Ben ada buat segmen lain hari ni, tapi x sempat nak joinlah sebab hari ni busy. Apa pun, jom tengok ni....



Ada nampak x? Haha...sila bulatkan mata korang klu korangg x nampak yer. 07Jun2011, jam 11.48pm, notifications di BB saya menunjukkan jumlah "606". Itu setakat 11.48pm je...tapi lepas tu bertambah² lg sehingga mencecah 900++. Yanfie saja biarkan sebab tgok angka tu, mak aihhh...gile malas nak delete sume. Percayalah, 95% daripada jumlah tu adalah berkaitan segmen ni. Terbaekkkkkk lah...

Sekarang kalau berminat, jom kita ramai² memeriahkan Segmen : Link Exchange Bergambar Fahmi. PEACE ♥

         (0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
   
SELAMAT MALAM SEMUA 
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
             |__|__|
             || ||
              ooO Ooo


♥ Segmen : Jom Join Link Exchange Bergambar Fahmi ♥

Wednesday, June 08, 2011 1 Comments
Selamat Petang kepada semua. Hari ni Yanfie busy sangat, busy dengan keje yg menimbun² kat ofis ni. Lagipun hari ni bos masuk ofis, so...keje mmg non-stop! X sempat nak hupdate pape pagi tadi. Petang ni baru ada masa... Smlm pun teramatlah busy, tp bkn busy kerja, busy sebab join "Segmen Ben Ashaari Ajak Tukar Link". Malam ni Yanfie ada nak ceritakan sumtim pasal segmen ni. Tungguuuu...

Tapi sekarang Yanfie nak join Segmen baru ni. Tengs kepada Fahmi yang sudi singgah di belog yg comel x berapa nak banyak ni, comel cket je. ^_______^ Jom join...







Yanfie join segmen ni sebab....salah satunya sebab dijemput sendiri oleh tuan punya owner segmen ni a.k.a Muhammad Khairul Fahmi. Yang ke-2 sebab nak meramaikan blogger dalam segmen ni. Sebab lain ialah nak tambah kenalan blogger, semoga ada lagi orang yang sudi singgah di Yanfie's Cottage yer.. Klu nak cakap, leh buat list sebab banyak sangat, tp cukup lah ye setakat ni.

Cakap lebih x guna, jom kita pakat² join segmen ni ^______________^ PEACE.


Tuesday, June 7, 2011

♥ Majlis Pertunangan Elly Mazlein (Video) ♥

Tuesday, June 07, 2011 2 Comments
Tahniah kepada Elly Mazlein & Pasangan (Azmi Hata). Selamat Bertunang! Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Baju Pertunangan Elly Mazlein sangat cantik, siap ada kereta kuda lagi. Kahwin nanti lagi cantik lah, naik kereta apa pulak agaknya ye...Porsche kot! ^_______^







♥ Trip to Kuantan ♥

Tuesday, June 07, 2011 0 Comments
Cerita ni dah agak basi kerana telah berlaku pada 25 & 26 Mei 2011 yang lalu. Tapi still dalam tahun ni, so..saya nak bercerita jugak! Nak share beberapa keping pixca yang sempat di'snap' sepanjang trip tersebut.
Gambar ni di'snap' pada 25 Mei 2011. Destinasi kami yang ke-2 setelah sampai di Kuantan. Setelah hampir 3tahun saya meninggalkan Kuantan, tempat yang paling nak singgah adalah East Coast Mall (ECM). Tahun terakhir di Kuantan (2007), ECM di belum wujud pun. Masa tu hanya ada Berjaya Megamall. Sempat juga jejak ke Berjaya Megamall, tapi sekarang semua dah tertumpu di ECM, Berjaya Megamall pun dah 'x berapa nak hidup' dah, nyawa2 ikan jer... Banyak kedai dah tutup, x meriah macam dulu. Bak kata pepatah "habis madu, sepah dibuang"... hahahaha~

Next, dinner di Tanjung Lumpur! Xde pixca utk dikongsi. Menu dinner, Ikan Siakap Bakar, Tomyam, Nasi Putih, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin... Berselera, sangat sedap!

Ini adalah tujuan utama trip ni, untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Mr.Yogi di Dewan Jubli Perak SAS. Akhirnya, beliau dah dapat diploma setelah bertungkus-lumus belajar (semata² nak sama taraf dengan saya...btol ke Mr.Yogi?). Yang pasti itu bukan sebab utama, tapi salah satu sebab kecil nya. Btw, Congratulations Dear. Lepas ni mula la nak jeles ngan saya balik, berebut sape akan dapat Degree dulu. Saya sudah selangkah ke hadapan, anda bila lagi Mr.Yogi ^______^

Singgah makan 'goreng²' di gerai kegemaran Mr.Yogi.. Sedap btol & sangat murah, berbaloi²... Lepas tu terus ke tempat makan feberet Yanfie plak, di Pantai Batu Hitam... Jalan² cari makan!

Last Destination, Teluk Chempedak! Wahhh...dah lama sangat x g pantai! Duk melepak kat situ, rasa macam xnak balik je... Nasib baik esoknya kami kerja, so terpaksa jugak balik malam tu. Apa pun, banyak tempat yang belum kami x sempat pergi. Kenangan manis & pahit, sume bermula di Kuantan. Mr.Yogi, bila kita nak pergi Cuti-Cuti Malaysia kat Kuantan lagi?! T________T



Sunday, June 5, 2011

♥ Fall In Love ♥

Sunday, June 05, 2011 2 Comments
Ehem3...I'm fall in love? Dengan sape pulak nih??? Bukan fall in love with someone okeh, cukup dengan Mr.Yogi sorang jerk ^_______^


Yanfie jatuh hati dengan cerita ni ha.... Nora Elena! Alah...cite yang tengah famous kat TV3, Isnin-Khamis, jam 7.00petang. Dulu Yanfie x pernah follow pun cite2 bersiri macamni. Tapi orang sekeliling asyik duk bercerita pasal drama ni, termasuklah Mr.Yogi. Jadi Yanfie pun try lah tengok hari Senin lepas. Sekali tengok, alamakkk...dah tersangkut! Suka2 sangat cite ni, tambah2 lak sebab Aaron Aziz yang berlakon. Drama ni adalah adaptasi daripada novel "Kasih Yang Suci", karya daripada Meen Zulaikha, keluaran Alaf 21 (Tahun 2007). Best sangat... Hari Khamis lepas terpaksa balik lambat, sebab bos ada kat ofis, 7.40pm baru sampai rumah! Malam tu terus tengok ulangan di tonton.com.my, episod 16. Fuhh...rasa xnak miss cite ni, even 1 episod pun.

Lagi 1, nantikan drama Ombak Rindu... Cite ni mmg Yanfie dah lama tunggu, novel karya Fauziah Ashaari ni memang dah hampir 10x khatam baca (masa sekolah menengah dulu lah...). Yang lagi best, sebab Aaron Aziz berlakon jugak! Hahaha...


Friday, June 3, 2011

♥ Yanfie's Cottage Bloglist ♥

Friday, June 03, 2011 1 Comments
03 Jun 2011 ~ Dah masuk bulan Jun, cepat nya masa berlalu. Hari ni 03 Jun 2011, bersamaan 1 Rejab 1432H. Bulan ni mesti ramai yg amik peluang untuk berpuasa, puasa sunat, puasa ganti, semua ada! Next week kot saya pun nak puasa gak! Al-maklumla bulan Rejab yang mulia ni, salah satu bulan yang banyak keistimewaannya dan pahala lebih untuk beribadat! Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Okla, berbalik pada tajuk entri, dalam 2,3 hari ni agak sibuk, bukan sibuk dengan keje pun. Ada orang perasan x? Saya dah keluarkan semua widget bloglist saya di sidebar tu. Kalau ikutkan hati, memang nak letak semua bloglist, tapi terlalu banyak. Sebab tu saya membuat keputusan untuk mewujudkan Yanfie's Cottage Bloglist. Belog ni fungsinya hanya untuk meletakkan semua list blog yang saya dah follow. Lagipun Yanfie's Cottage kan dalam proses 'diet'...hahaha! Nak mengurangkan 'lemak' yang tepu ni...kena lah kurangkan sebanyak mungkin widget yang ada...


Tapi ruangan ni masih dalam pembinaan ye, belum siap sepenuhnya. So, banyak lagi bloglist yang belum dimasukkan. Jemput semua untuk meramaikan dan membanyakkan bloglist Yanfie ye. ^______^. Yanfie sempat belajar buat banner, hasilnya...


Tak adalah cantik sangat, 1st try. Hopefully lepas ni boleh buat yang lagi cantik. Btw, jom Exchange Banner di Yanfie's Cottage Bloglist ye!


♥ Al-Fatihah ♥

Friday, June 03, 2011 4 Comments
Ucapan takziah kepada sahabat saya yang tersayang, Cik Yanzue April dan keluarga, kerana baru kehilangan ayahanda tercinta pada minggu lepas.

Semoga Zue tabah k..banyakkan bersabar. Walaupun awak xada di depan saya, tapi saya boleh terbayangkan wajah awak yang sedang menangis, setiap kali awak merindui arwah.. Sebak dan sayu bila teringatkan awak... Kalau awak nak nangis, awak boleh nangis sepuas²nya, sebab saya taw ia boleh melegakan kerinduan awak pada arwah.

Semoga arwah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.
~ Al - Fatihah ~