♥ Coretan Seorang Sahabat ♥

Wednesday, June 29, 2011



KISAH BENAR : ^________^


Percayalah, cinta itu tersangat2 indah jika kita menemui Cinta Sejati...
Tapi hakikat sebenar, cinta itu ada pahit manis, pasang surut...
Pertama kali merasainya? Memang tersangat indah, seperti kata orang..tidur x lena, mandi x basah, makan pun x kenyang...asyik teringat si dia saja!
Semakin lama, cinta boleh jadi semakin menebal @ menipis.
.
.
.
.
.

Kalau dulu, pantang aku merajuk, kau akan terus pujuk... Takutnya kau kalau aku merajuk dengan kau, takut aku xnak bercakap dengan kau, xnak balas msj, xnak jawab call kau...
Kini, setiap kali aku merajuk...kau cepat2 larikan diri, cepat2 letak fon, atau buat2 xtahu je. Alasannya, nak bagi aku masa untuk tenangkan diri, xnak memburukkan lagi keadaan. Tapi betol ke? Atau adakah kau sudah jemu memujuk aku????

***
Kalau dulu, aku menangis, kau yang lebih gelisah, takutnya melihat air mata aku mengalir, walau setitis sekalipun... Cepat2 kau sapu air mata aku tu.
Kini, kau hanya tengok je aku menangis dengan pandangan kosong, paling kuat pun, kau hulurkan tisu utk aku sapu air mata sendiri. Kau dah penat @ letih nak lap air mata aku ker???

***
Kalau dulu, aku buat salah, cepat2 kau maafkan aku, katanya bukan salah aku, tak sengaja pun kan, dan kadang2 sanggup mengaku tu silap kau...
Kini, kalau aku buat silap, tak sah kalau kau x membebel berbakul2 kat aku. Kalau aku mintak maaf sekalipun, kau tetap akan perbesarkan hal tu, membebel 10 bakul dulu baru nak maafkan aku. Tu pun aku tak pasti ikhlas ke x, mungkin terpaksa je memaafkan aku, sebab jelas nampak hati kau tetap panas dan terserlah rasa tidak puas hati kau!

***
Kalau dulu, setiap kali keluar 'dating', excited sangat. Sepanjang masa keluar bersama, kau hanya tersenyum lebar. Gembiranya dapat berjumpa aku, bila nak hantar aku balik, selalu bagitahu aku, kau x puas keluar dengan aku lagi, rasa masa macam cepat je bergerak... Kalau boleh tiap2 hari nak jumpa & 'dating' sama-sama....
Kini, setiap kali nak kuar 'dating'...hurmm, kadang2 rajin, kadang2 terpaksa datang sebab aku yang suruh kan. Dan setiap kali jumpa, mesti akan tercetus pergaduhan @ salah faham di antara kita, samada kecik @ besar... Akan keluar ayat "menyesal keluar hari ni..."

***
Kalau dulu, sehari tak terkira berapa banyak SMS, call daripada kau. Walau sibuk macamana pun kau belajar @ kerja, ia tetap jadi rutin harian kau kan. Kalau x dapat SMS @ call aku, hidup kau x lengkap kan... Nak buat apa-apa pun, mesti nak bagitau aku kan.
Kini, walaupun pakai bill 1+5 plan sekalipun, dapat free SMS @ call sekalipun, boleh dikira berapa kerap SMS @ call daripada kau... Kau nak buat apa, nak pergi mana, aku orang last yang kau bagitau. Kadang2 kau lgsg lupa nak bgtau aku. Bila aku dapat tahu? Kita akan gaduh lagi...

***
Kalau dulu, time suka duka aku? Kaulah teman setia... Kaulah orang pertama yang aku ingat selepas mak ayah aku. Kaulah orangnya yang aku ingin berkongsi semua suka duka hidup aku.
Kini, perasaan keterujaan tu dah berkurang. Berita gembira? Berita sedih? Keinginan untuk bercerita pada kau dah tak ada lagi.

***
Kalau dulu, setiap apa yang aku lakukan, kau teringin nak tahu. Kau sokong setiap apa yang aku nak buat.
Kini, kau tak teringin nak tahu pun.. Kalau aku bercerita sekalipun, kau macam dengar x dengar je kan. Kau malas nak melayan omongan aku.

***
Kalau dulu, walaupun kau ada masalah di tempat kerja, kau akan tetap tersenyum di depan aku. Sebab xnak aku risau.
Kini, emosi di tempat kerja terbawa-bawa dalam hubungan kita. Setiap kali kau ada masalah di tempat kerja, pantang aku salah cakap @ buat, kau akan tengking aku. Akulah tempat kau melepaskan kemarahan kau pada orang lain...
.
.
.
.
.
DULU, segala-galanya indah dengan adanya kau dalam hidup aku.
KINI, hidup aku suram, kerana aku bukan lagi orang penting dalam hidup kau. Mungkin salah satunya, kerja lebih penting daripada aku. Setiap kali teringatkan kau, air mata menjadi teman setia. Setiap malam, hanya air mata menjadi pengubat hati. Tapi sampai bila aku harus begini?

Adakah ini nasib seorang perempuan? Adakah benar, lelaki itu mudah berubah? Ketahuilah wahai kaum Adam, sesungguhnya hati seorang perempuan itu tersangatlah rapuh & sensitif, kerana perempuan itu dilahirkan dengan penuh sifat berkasih sayang sejak azali lagi..
Jika kehadiran aku tidak diperlukan lagi, kau lepaskanlah aku, biarkan aku pergi, relakan aku pergi dari hidup kau untuk selama-lamanya...



You Might Also Like

1 person(s) poked me!

  1. dulu lain, kini lagi lah lain~! masa merubah diri manusia. betol kot ea?

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe