♥ Trip to Kuantan ♥

Tuesday, June 07, 2011

Cerita ni dah agak basi kerana telah berlaku pada 25 & 26 Mei 2011 yang lalu. Tapi still dalam tahun ni, so..saya nak bercerita jugak! Nak share beberapa keping pixca yang sempat di'snap' sepanjang trip tersebut.
Gambar ni di'snap' pada 25 Mei 2011. Destinasi kami yang ke-2 setelah sampai di Kuantan. Setelah hampir 3tahun saya meninggalkan Kuantan, tempat yang paling nak singgah adalah East Coast Mall (ECM). Tahun terakhir di Kuantan (2007), ECM di belum wujud pun. Masa tu hanya ada Berjaya Megamall. Sempat juga jejak ke Berjaya Megamall, tapi sekarang semua dah tertumpu di ECM, Berjaya Megamall pun dah 'x berapa nak hidup' dah, nyawa2 ikan jer... Banyak kedai dah tutup, x meriah macam dulu. Bak kata pepatah "habis madu, sepah dibuang"... hahahaha~

Next, dinner di Tanjung Lumpur! Xde pixca utk dikongsi. Menu dinner, Ikan Siakap Bakar, Tomyam, Nasi Putih, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin... Berselera, sangat sedap!

Ini adalah tujuan utama trip ni, untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Mr.Yogi di Dewan Jubli Perak SAS. Akhirnya, beliau dah dapat diploma setelah bertungkus-lumus belajar (semata² nak sama taraf dengan saya...btol ke Mr.Yogi?). Yang pasti itu bukan sebab utama, tapi salah satu sebab kecil nya. Btw, Congratulations Dear. Lepas ni mula la nak jeles ngan saya balik, berebut sape akan dapat Degree dulu. Saya sudah selangkah ke hadapan, anda bila lagi Mr.Yogi ^______^

Singgah makan 'goreng²' di gerai kegemaran Mr.Yogi.. Sedap btol & sangat murah, berbaloi²... Lepas tu terus ke tempat makan feberet Yanfie plak, di Pantai Batu Hitam... Jalan² cari makan!

Last Destination, Teluk Chempedak! Wahhh...dah lama sangat x g pantai! Duk melepak kat situ, rasa macam xnak balik je... Nasib baik esoknya kami kerja, so terpaksa jugak balik malam tu. Apa pun, banyak tempat yang belum kami x sempat pergi. Kenangan manis & pahit, sume bermula di Kuantan. Mr.Yogi, bila kita nak pergi Cuti-Cuti Malaysia kat Kuantan lagi?! T________T



You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe