24 Ramadhan 1432H/2011M

Wednesday, August 24, 2011

First of all, Alhamdulillah, syukur sangat sebab masih diberikan peluang dan kesihatan yang baik olehnya untuk menunaikan Ibadah Puasa. Lagipun Yanfie masih cukup puasa 24 hari ni. 

24 Ogos = 24 Ramadhan bersamaan hari gaji! Wahhhh...gaji dapat sebelum raya ni, cepatlah abeh nampaknya kan! Bonus yang dapat pun, x leh nak tampung yuran sekolah! So, terpaksa back up ngan gaji... 

Tahun ni x ada peruntukan duet raya hokaiii...harap maklum! So, kepada sedara mara, sepupu sepapat, please take note. Ngeh²... Duet raya tahun ni cukup² untuk ayah, umie & anak² buah je!!

2 days to go, menghitung hari untuk balik kampung. Tahun ni sebenarnya tak excited mana pun nak beraya. Tatau kenapa! Adakah kerana usia semakin meningkat? (Hahaha...ada kaitan ke?) Lagi 2 bulan baru nak cukup 24 tahun kot, maknanya usia masih muda. Atau mungkin sebab tahun ni beraya dengan keadaan yang sumenya sederhana, x berbelanja sakan macam tahun² sudah! Baju raya? Awal tahun dah siap... Biskut raya? Beli je 2,3 jenis... Duet raya? Tahun ni bajet sket berbanding tahun lepas.. Nasib lah musim raya dekat dengan musim kena renew roadtax & insurans, musim membayar yuran sekolah. Wawawawa~

Okla, di kesempatan ini, Yanfie nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011M. Mohon maaf jika ada silap @ terkasar bahasa sepanjang menjadi ahli blogger seMalaysia ni. Kepada semua rakan² yg akan membuat perjalanan pulang ke kampung, hati² di jalan raya okaiii. (^_________^)


You Might Also Like

3 person(s) poked me!

  1. selamat hari raya nad ucapkan...happy blogging..:)

    new entry :: Berat Badan Menurun

    ReplyDelete
  2. hehe rasa mcm nak gi punch card skrg pastu terus balik kg! :D

    ReplyDelete
  3. ngehhhh.. betul lah tu.. bile usia meningkat, perasaan excited nak raye tu memang kureng.. mak pun same! eheheh.. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.. bersederhana amalan mulia. balik kg hati2.. pastu ready back to school! ehehe..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe