Follow Me @snm.yana

Friday, September 30, 2011

.::iPhone 5 Concept Features::.

Friday, September 30, 2011 3 Comments
Wanshang hao (Selamat Petang).

Petang ni YC nak berkongsi video pasal Iphone5 ni. Sharing is Caring. Ada kena mengena x? Haha.. Act, YC nk kongsi je sebab bila tengok video ni, rasa macam teruja, giler canggih Iphone5 ni. Jatuh hati la kat features die. Jom tengok...


Tapi agaknya, bile baru sampai di pasaran kat Malaysia ni erk? Bulan November kah? 
Atau tahun depan kah? Officially, Iphone5 akan dilancarkan pada bulan Oktober di US. 
Malaysia? Pihak Maxis tengah berusaha secepat mungkin... =)





.::Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita!::.

Friday, September 30, 2011 5 Comments
Zaoshang hao. Jintian xingqiwu! =)
( Selamat Pagi. Hari ni hari Jumaat )

Sebelum nak memulakan kerja, Yanfie's Cottage a.k.a YC nak join segmen bloglist Eyryn Bercerita ni dulu. Thanks dik sudi singgah di YC ni...



Kalau nak join, klik [SINI]. 
Tarikh Tutup : 14 Oktober 2011



Thursday, September 29, 2011

.::Jom Join Bloglist Genk:.

Thursday, September 29, 2011 2 Comments

Jom join Bloglist Genk untuk penuhkan tapak Sahabat Baru Genk
Nak join, KLIK SINI


SYARAT PENYERTAAN : 

  • Follow Genk (Sudah)
  • Letak Banner (Sudah) & link ke entri (Xleh nak link, tatau kenapa???)
  • Tag rakan (Xnak tag, kalau korang nak join, jom lah... Xnak korang join sebab kena tag je... So, sukarela lah k...)
  • Siap


Tarikh Tutup : 03 Oktober 2011 (Isnin)



Tuesday, September 27, 2011

.::Tell Me It's Ok::.

Tuesday, September 27, 2011 0 Comments
Wanshang hao. 

Jom layan lagu 'Can You Tell Me It's Ok' by Josh Henderson. 
Soundtrack from The Jerk Theory Movie.


Here, We are.
We been here. Yes we have !
Can you tell me, we're okay ?
We face to face ...
But are we still a hard.
Can you tell me, It's okay?
You can't know what you done!
No you don't know how much I change ...
You can stay, you can go.
Still I will never be the same
But I hope that will be okay ...
You can't know what you done!
No you don't know how I change ...
I know, I was wrong, I'm sorry that I hurt you.
Can you tell me, It's okay?
Here, We are.
We been here. Before ...
Can you tell me, It's okay?

You can't know, what you done !
No you don't know how I change.
I know, I was wrong, I'm sorry that I hurt you.
Can you tell me, It's okay?


Sunday, September 25, 2011

.::Sekolah Lagi!!!::.

Sunday, September 25, 2011 0 Comments
25 September 2011 ~ Halooo.. Ni hao? Nimen hao ma? Cewahhh...berbahasa Mandarin plak. Nak bangga la ni sebab hari ni blajar Mandarin! Xiexie, Lee laoshi! (^__________^)

Hampir 5 bulan cuti sekolah (semester break) kot, sekarang dah nak kena g sekolah balik! Arghhh...tuhan je yang taw betapa malas nak bangun pagi tadi! Ditambah plak, dengan 'hidung yang tengah tersumbat'! Badan yg sedikit lemau & masih di paras suhu panas! Daku demam hokeiii! Tapi digagahkan jugak g kelas pagi tadi!

So far, class hari ni sangat best, lecturer2 yg masih muda, lecture pun xdela mem'boring'kan sangat, except subject TITAS. Tapi ngeri gile, hari ni dah bergunung dilambakkan assignment, presentation, quizzes! To all my classmate, let's fighting! ♥

Credit to HAFIZZI AZIZ

Friday, September 23, 2011

.::Contest : Pencarian Bloglist Fahuna::.

Friday, September 23, 2011 7 Comments
Salam Petang. 


Yanfie dah lama x masuk apa² contest! So, kebetulan petang ni rajin plak nak join Contest:Pencarian Bloglist Fahuna yang dianjurkan oleh Fahuna ni. Memandangkan ni 1st time Fahuna anjurkan contest kan, so jom kita join, tanda sokongan kepada rakan blogger kita. Xada hadiah (material) untuk pemenang contest ni, tapi bagus untuk tambah kenalan. Jom join contest ni ramai-ramai hokeyy! 


Nak join? Tekan SINI.



.::Simptom Sakit Kepala::.

Friday, September 23, 2011 0 Comments
Salam Petang Jumaat. Pernah tak korang mengalami simptom-simptom seperti sakit kepala yang berterusan atau apa-apa simptom yang berpanjangan? Sebenarnya Yanfie mengalami sakit kepala di bahagian belakang kepala, sebelah kanan! Sudah 2minggu berterusan, setiap hari, pagi sehingga malam! Kesimpulannya, sejak 2minggu ni memang setiap masa sakit kepala.

Ada yang tahu ke sakit kepala macam tu adalah simptom sakit apa? Adakah migrain? Atau ketegangan? Atau apa erk? Menjadi tanda tanya jugak sebab tak pernah mengalami sakit kepala berterusan macam tu. Hurmm...takut mahu ke klinik! Boleh x macam tu?! 

Banyak jenis sakit kepala ni, xleh nak taw yang mana satu. Kena jumpa doktor juga baru tahu apa masalahnya. Jom kita baca info yang berkaitan :

  1. Risalah Kesihatan UNIMAP
  2. Jumpa satu laman web ni, banyak sangat info kesihatan, Medicine.Net



Thursday, September 22, 2011

.::Doodle Comel::.

Thursday, September 22, 2011 4 Comments
BW pagi, terjumpa doodle yang comel ni! Doodle ni free je taw. Kalau korang nak jugak, pegi melawat Hafizzi Aziz okai! Macam² kaler ada.... Yanfie pilih kaler pink, my feberet kaler! Tengs alot Fiz.

Doodle Freehair, KLIK SINI
Kalau nak Doodle Muslimah, KLIK SINI



.::22 Sept : Hari Gaji::.

Thursday, September 22, 2011 0 Comments
Update entri sebelum bos masuk! Hari ni baru 22 September, tapi bulan ni gaji awal.. So, dimaklumkan hari ni adalah hari gaji buat penjawat awam di seluruh Malaysia okaiii... Ter'kebetulan' pagi tadi x ingat pun hari ni gaji walaupun sudah sejak 2 minggu lepas duk menghitung hari gaji. Bila sampai hari gaji, x ingat plak yerr...

Al-maklumla, bulan ni macam sengkek yg amat! Gaji bulan lepas habis utk berbelanja persiapan raya lagi, dengan yuran sekolah lagi, dengan servis kereta, tukar tayar kereta! Wahhh....abeh duet! 

Hari ni semua senyum sampai tinge sebab dah gaji! Sekarang masanya untuk menyelesaikan segala 'hutang²' yang wajib dibayar tiap-tiap bulan! Selamat berbelanja...







Tuesday, September 20, 2011

.::Isu Hina Islam Dalam Hantu Bonceng::.

Tuesday, September 20, 2011 0 Comments
Salam Petang. Pagi tadi Yanfie ada terbaca di FB seorang sahabat mengenai Isu Hina Islam dalam filem Hantu Bonceng, arahan Ahmad Idham. So, Yanfie adalah jugak 'gugel' isu ni. Quit surprise dengan jawapan yang Yanfie jumpa, penjelasan daripada Ahmad Idham rasanya seperti tidak profesional. 

Pasal betul ke ia menghina Islam, Yanfie pun x pasti, tapi apa yg pasti, Yanfie tidak bersetuju dengan cara Ahmad Idham menjawab emel penonton filem ni. Pandangan ikhlas seorang penonton dijawab dengan sinis. Cuba tengok ni... Apa pendapat korang?

Adegan Zizan dalam 'Hantu Bonceng'

Click to Enlarge

Sumber : Sini1, Sini2, Sini3



Thursday, September 15, 2011

.:: Have A Great Weekend ::.

Thursday, September 15, 2011 3 Comments
Hari ni hari Khamis, tp hari terakhir bertugas untuk minggu ni sebab esok Cuti Am sempena Hari Malaysia (16 September) okay. Jangan ngada nak buat² lupa plak. So, xpyh la kita merajinkan diri untuk datang ofis esok yer?! Weekend ni mesti masing² sibuk dengan kenduri dan jemputan open house kan. 

Esok Yanfie akan gerak ke Sungai Besar, lusa nak kena jadi urusetia untuk Open House YB. So, sape² yang berdekatan tu, jgn segan silu datang ye, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar jam 2.00 - 5.00 petang. Kalau ikutkan hati, malas nak pergi okeiii...ni terpaksa je! Hehe...klu bos boleh baca entri ni mesti dia 'kocik ati' meh... Tapi siyes, saya sungguh malas. Rasa mau ketiduran dan goyang² kaki di rumah saja. Bukan slalu dapat cuti weekend 3 hari ni. Huhuhu~

So, selamat berhujung minggu kepada semua. Malam ni jangan lupa dengar Perutusan Khas Daripada YAB Perdana Menteri Sempena Hari Malaysia jam 8.45pm di TV1 & TVi (Astro 180). Mana taw kan, ada perutusan yg betol² 'khas' untuk kita. Dan akhir skali, kalau korang pergi memenuhi jemputan Open House, makan jangan sampai lupa daratan, nanti penyakit datang menjenguk (^______^)




Tuesday, September 13, 2011

.::Aman::.

Tuesday, September 13, 2011 1 Comments
Hari ni bos @ pegawai tak masuk ofis, so rasa sungguh aman. Dapat buat kerja & buat hal sendiri dengan aman. Hari ni banyak juga masa terluang. Walaupun masa rasa macam lambat berlalu, tapi...tataula nak diistilahkan sebagai apa! 'I'm very happy' lah...hahaha~

Pagi : Belajar cara² nak tukar format music, daripada Audio kepada mp3, mp4 & banyak lagi la. Dan akhirnya berhasil. So, lepas ni dah xada masalah lagi kalau mahu copy lagu daripada CD. Senang saja ok.

Petang : Xada sesi pembelajaran apa², cuma sibuk mendownload icon² yang kiut miut... Saja nak tukar selera, asyik icon yg sama kat Desktop @ PC. Banyak sangat icon comel² yang boleh kita download kat Icon Archive ni.


mail icon
Contoh






.:: Lunch ::.

Tuesday, September 13, 2011 5 Comments
Lately, terlalu kerap isu lipas dalam makanan cafe di ofis tersiar di 'Muka Buku' (bak kata Najwa Latiff). Dah ramai sangat yang jadi mangsa. Maunya x heboh 1 ofis kalau dah tiap2 hari jumpa lipas. Apa nak jadi lah dengan pekerja cafe + manager skali. Nak tunggu sampai pegawai kesihatan ketuk pintu cafe dulu ke baru nak bertindak? Please la, jaga kebersihan sikit. Tak fikir ke kesan korang hidang makanan kotor pada kami ni?

Haishhh...dah jadi macam dulu balik. Setiap kali nak sampai waktu lunch, mula la fikir panjang untuk mencari makan tengahari. Geng, tengahari ni ke mana destinasi kita? Hahaha... I think, ANJUNG is da best choice! ALAMANDA...so bored ♥

Thursday, September 8, 2011

.::Drogba & Rooney::.

Thursday, September 08, 2011 3 Comments
Korang tengok tak cerita ni "Drogba & Rooney". Cerita ni ditayangkan di Astro Prima (105). Cerita ni memang kelakar gile, gandingan Johan & Zizan Raja Lawak (JOZAN) pada 30 Ogos 2011 dan ulangan pada 02 September 2011.

Cerita ni mengisahkan tentang 2 orang sahabat yg sangat meminati Droga (Chelsea) & Rooney (Manchester United) dan menyimpan impian untuk melihat perlawanan EPL secara live di London. Dorang menubuhkan Tabung EPL semata-mata bagi mengumpul dana untuk ke kota London.

Setelah 10 tahun mengumpul dana, dan semua kerja halal & haram dorang buat, akhirnya duit dorang cukup. Tapi sampai di kota London, dorang xdapat tengok EPL secara live sbb tiket dah 'sold out'. Nasib dorang sangat baik kerana terjumpa Yati (kawan sekolah), dan Yati banyak membantu mereka semasa di Kota London.

Di kota London juga, dorang terpaksa menubuhkan Tabung Dendang Perantau (klu x silap namanya) untuk mengumpul dana pulang ke Malaysia, gara2 terlepas flight balik ke Malaysia. 

Kesimpulan : So far, cerita ni sangat kelakar dan best, cuma ending macam x berapa nak best jer... Apa pun, Jozan memang lawak, x kering gusi tengok cerita ni.


Tuesday, September 6, 2011

.::Monday Blues #2::.

Tuesday, September 06, 2011 0 Comments
Sesi Muhasabah Diri ( 1001 Alasan ) : Salam semua...hari ni nampaknya ofis dah 'back to normal'! Haha...kebanyakan dah mula kerja balik, xde la sunyi sangat. Dah lama sangat bercuti, mood kerja pun dah g beraya, tp x balik² lg, bab tu xde mood keje erk? Hahaha...

Tapi jangan jadikan ia sebagai ALASAN. Alasan ni mmg dah sinonim dengan kehidupan manusia, bermacam² alasan kita boleh reka dalam kehidupan sehari². Walau beribu² @ berjuta² alasan yg kita beri, ia sudah cukup menggambarkan diri kita yang sebenar.

Dalam kerja khususnya, xboleh nak membuat alasan. Tanggungjawab perlu dipikul. Walaupun sebagai lelaki @ wanita, kita ada tanggungjawab masing² sebagai suami / isteri / anak / ibu / ayah / dsbg...tp kerja juga satu tanggungjawab. So, jangan jadikan tanggungjawab itu sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab yg lain.


"Orang yang bijak adalah orang yang kurang memberi alasan dan berusaha menyelesaikan masalah."
"Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan daripada Allah swt. Jangan menunggu ketentuan Allah swt tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah swt."
"Moral of the story : Hargai rezeki yang sudah ada di depan mata sebelum mengharap rezeki yang lain datang." Bak kata pepatah, jangan sampai "yg dikejar x dapat, yang dikendong keciciran".





Monday, September 5, 2011

1st Day

Monday, September 05, 2011 4 Comments
5 September 2011 @ 7 Syawal 1432H - Hari ni 1st day bertugas selepas seminggu ber'c0ti' sakan hari raya. Takde lah sakan mana pun, sebab orang lain, ramai lagi yg masih bercoti kot, ofis pun masih sunyi sepi.. Huhu, belom puas bercoti, rasa nak lik kg lagi... Hari ni plak Yanfie sorang² kat ofis, yg lain masih bercuti, (jeles menebal di situ)! Haha...

Datang kerja tanpa mood kerja, ingatkan pagi² boleh relax nak cari mood! Tapi belum sempat datang mood, baru 2minit duduk atas kerusi, kerusi pun belom panas lagi, tapi dah dapat call daripada 'orang tu'! Amboi..niat nak spot check lah tu Yanfie ada kat ofis ke x...lepas tu keje datang dengan lebatnya macam air hujan! Oraittt..ayat bese lah, "sume urgent, kena buat cepat'!

Hari ni terpaksa jadi PA a.k.a Kerani a.k.a PAR. Wahhhhh....weh korang, cepat² masuk ofis, esok jangan ngada² nak sambung cuti plak yerrr~ Sume still under control even sorang² handle ofis hari ni. Cuma sekarang menghitung waktu untuk pulang, mau ketiduran plak, penat drive dari Kelantan-Putrajaya semalam, selama 8jam 30minit pun belom hilang lagi taw... Adios Amigos ♥