.::Monday Blues #2::.

Tuesday, September 06, 2011

Sesi Muhasabah Diri ( 1001 Alasan ) : Salam semua...hari ni nampaknya ofis dah 'back to normal'! Haha...kebanyakan dah mula kerja balik, xde la sunyi sangat. Dah lama sangat bercuti, mood kerja pun dah g beraya, tp x balik² lg, bab tu xde mood keje erk? Hahaha...

Tapi jangan jadikan ia sebagai ALASAN. Alasan ni mmg dah sinonim dengan kehidupan manusia, bermacam² alasan kita boleh reka dalam kehidupan sehari². Walau beribu² @ berjuta² alasan yg kita beri, ia sudah cukup menggambarkan diri kita yang sebenar.

Dalam kerja khususnya, xboleh nak membuat alasan. Tanggungjawab perlu dipikul. Walaupun sebagai lelaki @ wanita, kita ada tanggungjawab masing² sebagai suami / isteri / anak / ibu / ayah / dsbg...tp kerja juga satu tanggungjawab. So, jangan jadikan tanggungjawab itu sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab yg lain.


"Orang yang bijak adalah orang yang kurang memberi alasan dan berusaha menyelesaikan masalah."
"Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan daripada Allah swt. Jangan menunggu ketentuan Allah swt tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah swt."
"Moral of the story : Hargai rezeki yang sudah ada di depan mata sebelum mengharap rezeki yang lain datang." Bak kata pepatah, jangan sampai "yg dikejar x dapat, yang dikendong keciciran".





You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe