.:: Have A Great Weekend ::.

Thursday, September 15, 2011

Hari ni hari Khamis, tp hari terakhir bertugas untuk minggu ni sebab esok Cuti Am sempena Hari Malaysia (16 September) okay. Jangan ngada nak buat² lupa plak. So, xpyh la kita merajinkan diri untuk datang ofis esok yer?! Weekend ni mesti masing² sibuk dengan kenduri dan jemputan open house kan. 

Esok Yanfie akan gerak ke Sungai Besar, lusa nak kena jadi urusetia untuk Open House YB. So, sape² yang berdekatan tu, jgn segan silu datang ye, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar jam 2.00 - 5.00 petang. Kalau ikutkan hati, malas nak pergi okeiii...ni terpaksa je! Hehe...klu bos boleh baca entri ni mesti dia 'kocik ati' meh... Tapi siyes, saya sungguh malas. Rasa mau ketiduran dan goyang² kaki di rumah saja. Bukan slalu dapat cuti weekend 3 hari ni. Huhuhu~

So, selamat berhujung minggu kepada semua. Malam ni jangan lupa dengar Perutusan Khas Daripada YAB Perdana Menteri Sempena Hari Malaysia jam 8.45pm di TV1 & TVi (Astro 180). Mana taw kan, ada perutusan yg betol² 'khas' untuk kita. Dan akhir skali, kalau korang pergi memenuhi jemputan Open House, makan jangan sampai lupa daratan, nanti penyakit datang menjenguk (^______^)




You Might Also Like

3 person(s) poked me!

  1. selamat bercuti....

    kita keje overtime.....hahaha

    ReplyDelete
  2. Rajinnya dia! ;D

    Kite pun x macam cuti gak, kena 'outstation' esok sampai lusa... Sama gak macam kerja!

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti tapi hari sabtu Lia kena bekerja lagi.. :(

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe