Follow Me @snm.yana

Wednesday, November 30, 2011

~ Pitiful...Wanted Person ~

Wednesday, November 30, 2011 4 Comments

Selamat Petang. 

Entri petang ni xada kaitan dengan Yanfie pun. Tapi ia berkaitan dengan kawan blogger Yanfie, iaitu FizGraphic! Mesti ramai yang kenal beliau kan? Tadi sempat BW ke belog beliau, dan terbaca plak entri pasai seorang perempuan ni. Hurmm...marah btol Fiz dengan pompuan ni! Tapi kalau Yanfie di tempat Fiz pun, maunya x marah kau?! Rasa nak lempang sampai pengsan pompuan ni.... Kes apa? Kalau korang nak taw, baca kat blog Fiz, [KLIK SINI]


Pompuan ni muka lawa, tapi tulah...perangai x secantik dan selawa rupa kan! Xde guna la lawa camne pun. Sapa² ada kenal pompuan ni x? Pompuan ni dah masuk list WANTED ok! Kalau ada yang kenal, boleh bgtaw Fiz cepat²! Yanfie tolong war2kan je!
*Fiz sabar jelah k, jadikan kes kali ni sebagai pengajaran!
Moral of the story
: Don't judge a book by it's cover!



Terkilan

Wednesday, November 30, 2011 4 Comments















Short Entry ~ Sebenarnya just nak luahkan perasaan kat cni. Sebab ada terkilan dengan sorang hamba Allah tu! Sabar jelah...Jangan salahkan kite ok! Kite bukan *sensitip* lebey...tp kite *sensitip* bertempat okai! Dah la janji tidak ditunaikan, malah boleh bercakap dengan kite tanpa sebarang perasaan bersalah! Dari air muka dia memang xde langsung rasa bersalah! Tapi dalam hati die? Sape taw... Tapi ada aku kesah? Sebab sekarang ni dia yang buat silap kat kite okeiii ! Hurmmm...jangan berjanji kalau tidak dapat ditepati, atleast 'say a word'! U can't keep silent if u'd promised to someone! Sob.....sob....sob!








* Letak background Song Seung Heon Oppa, tengok senyuman SSH Oppa, sejuk cket ati ni... \(>.<)/ 


Wordless Wednesday #10

Wednesday, November 30, 2011 0 Comments


Kalau korang taw apa maknanya gambar ni...mesti korang tersengih sorang²! Hahaha....comel dan kelakar giler adegan ni (^^,)



Candid Time Contest

Wednesday, November 30, 2011 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi.

Dah lama sangat x update apa² entri kat sini. Nak buat macamana, lately ni superb busy okeiii! Datang opis serabut pk pasal keje..keje menimbun², nak lunch pun x senang, kadang² x sempat pun! Balik rumah, serabut pulak pasal assignment! Tiap-tiap hari nak kena stay-up untuk siapkan assignment. Nak lebam dah mata ni... Hahahaha~ Weekend ni pulak lecturer nak buat kelas..haishhh! Superb lazy mode! 


Okla, berbalik kepada tajuk entri hari ni iaitu "Candid Time Contest". Act, Yanfie telah ditag oleh si adik manis Hazirah  Mahadzir! Thanks sis sebab sudi tag yer...tapi sorry jugak sebab lambat respond! Contest ni pulak dianjurkan oleh si adik comel Muna, FYI jugak, ni adalah contest beliau yang ke-3 ok! Rajin betol beliau anjurkan contest ni yerp (^^,) Hadiah pun sangat menarik! Hahaha... Ok, jom buat checklist untuk syarat-syarat contest :

Follow blog Muna ~ Compulsory okeiii (So, I'm done)
Buat satu entri ~ Tengah menaip ni (assumed as done)
Letak banner ~ Banner kaler purple kat atas tu (Done already)
Letak gambar candid (ramai²/sorang²) ~ ( Kat bawah - Done)
Tag 2 orang ~ Yanfie tag : Iyagi Beta / Yana Yusoff (Done)

Sebenarnya tatau nak letak gambar mana! Xde gambar candid yang menarik pun! So, Yanfie pilih gambar ni sebab ni gambar yang latest Yanfie ada. 
Lokasi : Japanese Village @Colmar Tropicale, Berjaya Hills
Taken by : Mr. Yogi on November 27th, 2011.




Sesape yang tak ditag, boleh je kot nak join kan! So, kalau nak join, [Tekan Sini] Jom ramai-ramai memeriahkan contest ni (^^,) X rugi mencuba, ada rezeki, dapat hadiah!

Tarikh Tutup : 13 Disember 2011


Friday, November 25, 2011

Kisah Cinta Adam & Hawa

Friday, November 25, 2011 0 Comments

KISAH CINTA ADAM DAN HAWA

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.


Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.

Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

 Sumber : Web Multimedia


Wednesday, November 23, 2011

Malaysia vs Syria

Wednesday, November 23, 2011 3 Comments

Jom semua...tengok live Malaysia vs Syria sekarang. Live dari Stadium Putra Bukit Jalil! Perlawanan Kelayakan untuk Olimpik 2012


Sokong Malaysia... Jiayou! Jiayou! (^^,) Kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno masih terasa! Tapi kalah atau menang memang adat permainan, yang penting tidak cepat putus asa, bertahan dan cuba yang terbaik! Kami sentiasa sokong HARIMAU MUDA MALAYA!

*Update : Malaysia vs Syria (0-2). Walaupun kalah, tapi permainan skuad Harimau Muda Malaya tidak mengecewakan kami malam ni. Apek dah buat yang terbaik. Tahniah.! Kami akan terus menyokong (^^,) Jumpa Bahrain pulak nanti! Insyallah..kita ada peluang untuk menang...


Segmen : Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra

Wednesday, November 23, 2011 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Petang (^^,)

Petang ni Yanfie nak join segmen pertama daripada Eiqa Azra. Terima kasih jemput ye Eiqa. (^^,)
Nak join? [Picit Sini]



Syarat - Syarat (Senang Je!!!) :
  1. Follow Blog Eiqa - Siap
  2. Letak banner & link segmen. - Siap
  3. Buat entri - Siap
  4. Tag orang - Tag semua follower YC
  5. Link kan entri segmen di Blog Eiqa - Siap

Jom join & blogwalking (^^,)
Tarikh Tutup : 30/11/2011
 
 

My Princess [Korean Drama]

Wednesday, November 23, 2011 2 Comments

Xiawu hao. Nimen hao ma? Wo hen hao (^^,)

Ok, hari ni ada masa nak update belog. Yanfie ambil peluang ni nak share pasal 1 drama korea ni. Drama ni sekarang ditayangkan di TV8, setiap Isnin-Jumaat (8.30-9.30 malam). Tapi Yanfie dah habis khatam satu cerita ni. Drama ni sangat best okaiii...Komedi Romantik. Hero sangat ensem + macho, heroin pulak sangat happy go lucky + comel sangat²! Serius comel gile dorang berdua ni... Song Seung Hun dalam cite ni sangat charming, adorable! Dalam cite Autumn In My Heart dulu macam budak2 lagi. Wahahahahaha (^^,)


Sinopsis :

Mengisahkan tentang Lee Seol (Kim Tae Hee) yang merupakan seorang pelajar dan anak yatim. Beliau disahkan adalah seorang puteri kepada oleh Park Dong Jae, Pengerusi Daehan Group yang memegang amanah daripada Maharaja. Park Hae Yong (Song Seung Heon) adalah cucu kepada Pengerusi Daehan Group. Beliau cuba untuk menggagalkan usaha Datuknya untuk menjadikan Lee Seol sebagai seorang puteri kerana bimbang segala harta kekayaan Datuknya dipindahkan kepada Imperial Foundation milik Lee Seol. Dalam usaha tersebut, beliau semakin mengenali rapat Lee Seol dan akhirnya beliau telah jatuh cinta dengan Lee Seol.

Song Seung Heon as Park Hae Young
Kim Tae Hee as Lee Seol
Ryu Su Yeong as Prof Nam Jung Woo
Park Ye Jin as Oh Yun Jun

Mode : Jatuh cinta dengan Park Hae Young ♥♥♥ Sarang Hae Mr.P! Aigooo....


Monday, November 21, 2011

Segmen : Cik Eiyda Nak Review Blog Korang

Monday, November 21, 2011 0 Comments

Selamat Petang (^^,)
Sebelum balik rumah dan ready untuk tengok game Mesia vs Indon malam ni... Meh kita join segmen Cik Eiyda ni dulu. Ni segmen pertama yang dianjurkan oleh Cik Eiyda taw! 5 blog yang terpilih akan direview oleh Cik Eiyda. Thanks Cik Eiyda kerana sudi jemput Yanfie ok ♥


Syarat - Syarat :

  1.  Mesti ada blog (Wajib) - Mestila ada, kalau x mana boleh tulis entri  ni kan (^^,)
  2. Follow Blog Cik Eiyda (Wajib) - Memang follower Cik Eiyda
  3. Like Page Ameiyda140210 (Wajib) - Dah Like
  4. Letak Banner dalam entri (Wajib) - Dah letak kat atas tu!
  5. Link Entry ke kotak komen (Wajib) - Mestilah wajib letak, kalau x camne Cik Eiyda nak review blog Yanfie kan!
  6. Tag 3 orang (Wajib) - Nak tag? Tag la semua follower Yanfie's Cottage boleh? Hahaha... Jom ramai2 join segmen ni.
  7. Suka apa kat blog Cik Eiyda? (Tak Wajib) - Paling suka lagu korea kat c2! Hahahaha...best (^^,)
  8. Siap...


Tarikh Tutup : 
30/11/2011 (5.00 petang)



Sunday, November 20, 2011

20.11.2011 ~ Relieved

Sunday, November 20, 2011 2 Comments

20.11.2011 ~ Nice date! Do u think so? Everybody say so right?! So, I need to write something here, at least a couple line maybe (^^,) to save the date.  Whatever it is, I feel so relieved after finished our 4th seminar @ Puncak Perdana, Shah Alam today. From 8.30 am - 6.30 pm...so tired and sleepy!

The things is, I guess lucky us, because Ofice Automation's class was cancelled today and it will postpone till Dcember, 3rd (Saturday), that is 2 weeks from now on. But we started and extended with the almost 4 hour lecture from Madam Dilla Syadia (for Human Communication subject). But, so relieved because I succeeded to finished Quiz & Oral Test (for Mandarin subject) and Test & Group Presentation (for TIITAS subject)! OMG...really stressful! I knew that I doesn't given the full effort for the task today because of myself. I can't focus on my study this week..I knew it! But at least, I do something, than do nothing right? And finally I had finished it. I've been trying to survive and try to do the best. Let's have a great rest and tomorrow, I'll wake up again and ready for another 'battle'.

Gudnyte peeps (^^,)



Sent by Celcom from my BlackBerry® smartphone


Friday, November 18, 2011

Kisah Nabi Adam a.s.

Friday, November 18, 2011 0 Comments

Setelah Allah swt.menciptakan bumi dan gunung-ganangnya, laut-lautanya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dengan bintangnya yang bergemerlapan, menciptakan malaikatnya. Ia adalah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah, menjadi perantara zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hambanya terutama para rasul dan nabinya. Maka tibalah kehendak Allah swt. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran para malaikat.

Para malaikat ketika diberitahu oleh Allah swt. akan kehendakNya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk lain itu adalah kerana kesalahan atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana mereka telah melakutan kesalahan tanpa mereka sedari. 

Berkata mereka kepada Allah swt. "Wahai Tuhan Kami! Buat apa tuhan menciptakan makhluk lain selain dari kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama Mu tanpa henti-hentinya. Sedang makhluk yang tuhan akan ciptakan dan turunkan kebumi itu, nescaya akan bertengkar antara satu sama lain, akan saling bunuh membunuh, berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakkan dan kehancuran di atas bumi yangtuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu : "Akumengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumiKu .Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatandan bukan sujud sebagai sujud ibadah, kerana Allah swt. melarang hambaNya beribadah kepada sesama makhlukNya."

Maka diciptakanlah Adam oleh Allah swt. dari segumpal tanah liat kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya di tiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Iblis membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera sujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasad irinya lebih mulia, lebih Utama dan lebih Agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedangkan Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggannya dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintahkan oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis : "Apakah yang mencegahmu bersujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu? Apakah engkau menganggap dirimu besar dan agung?"
Iblis menjawab : "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari lumpur."

Kerana kesombongan dan keangkuhannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah telah mengusir Iblis dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan kekal sehingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.Dengan sombongnya Iblis apa yang diberikan oleh Tuhan itu dan ia hanya memohon agar diberi kesempatan untuk terus kekal hidup hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah memakbulkan permintaannya itu dan ditangguhkan sehingga hari kebangkitan. Setelah menerima jaminan dari Allah itu, ia tidak bersyukur atas jaminan itu, malah ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, mengoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis terkutuk itu : "Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi Jahanam (neraka) dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hambaKu yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki akidah yang mantap dan tidak akan goyah oleh rayuanmu, walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan  memfitnah".

Sumber : E-Keluarga


Shake Hand

Friday, November 18, 2011 0 Comments

One day a British man asked from a Muslim scholar :

English man asked : ”Why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?”

The scholar said : “Could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?”

English man said : ”Of course not, only certain people are allowed to shake hands with the Queen”

The scholar answered : "Our Ladies are Queen and the Queen won’t shake hands with strange men".

 

Thursday, November 17, 2011

My 24th Birthday

Thursday, November 17, 2011 0 Comments

17 November 2011 ~ Officially, today I'm celebrating my 24th birthday! So, happy  birthday to myself! OMG...I'm getting old! But, I think my cute face is still not as old as my age right? Do I? Haha...that we called 'masuk bakul angkat sendiri!' Whateverrr...


"This is quick update : Thanks for all the birthday wishes for me today that sent via text, email, Facebook, YM, BBM and so on! Thanks for all wonderful wishes (^^,) Trust me, it truly, definitely means a lot, deeply from bottom of my heart! U guys truly have made my day so special."

To My Love Mr. Yogi : Thanks for the 'sweetest' wishes & also for the gift! That was one of my favourite gift!  I'm a picky person, but u understand me, u know me very well. So, for that reason, I'll always love u & u're the one for me ♥♥♥

Many2 & Big2 hugs for all of you! (^^,) Nyte.



Mandarin vs Football

Thursday, November 17, 2011 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Malam.

Petang tadi beria2 kononnya balik keje, tengok drama Tentang Dhia, lepas tu nak buka buku Mandarin. Hatoiiiiii.... Nampaknya plan x menjadi lah gara2 bola Sukan Sea! Haha... Konon nak menghafal soklan2 Mandarin sambil tengok bola! Tapi excited lebih tengok bola berbanding baca Mandarin! Last2 skali, tutup buku Mandarin, dan continue dengan bola!

Menjerit2 tengok bola dengan Sue (housemate)! Hahaha...yelah, pemain lawan (Indonesia) asyik men kasar jerk! Pemain Malaysia kerap gile jatuh tergolek! Apa pun, syabas kepada Pasukan Harimau Malaya sebab dah menang game malam ni, walaupun 1-0 je! Korang bermain dengan baik walaupun banyak jugak peluang2 keemasan yang tidak disudahi dengan baik.

Tahniah kepada Syahrul Azwari di atas 'Jaringan Emas' daripada beliau. Keep it up Harimau Malaya!


Tuesday, November 15, 2011

Ai Pun Nak Promote U Jugak (^^,)

Tuesday, November 15, 2011 3 Comments

Selamat Malam semua (^^,)

Sebelum nak mengadap assignment untuk sesi malam ni, nak hapdate la dulu satu entri. Nak bagitahu, entri ni adalah susulan daripada entri dari belog sahabat Yanfie iaitu Usna a.k.a Mama Haiqal yang comela lagi kiut miut macam Haiqal tu! Haaa..nak taw entri pasai ape? [Klik Sini] untuk baca k... So, lepas baca tu dah taw kan? So, teringin jugak nak promote novelis Areila Sahimi a.k.a Nurul Azalila Ahmad Sahimi ni. Areila Sahimi ni bernaung di bawah KAKI NOVEL ENTERPRISE. So, sah2 la novel beliau diterbitkan oleh Kaki Novel kan. Bangga la ada kawan kamcing yang berjaya macamni! Kalau korang taw, Eila ni mmg tersangat 'low profile' taw! Suka kawan ngan die! Time nak gossip2 ('retail therapy' gossip okeiii'), kompom nak cari die! Time nak tanya pape pasal study, die jgk yang dicari! Sebab tu Eila kena tabah jadi kawan Yana taw! Hahahaha~ Kalau Yana x kenal Eila personally pun, Yana tetap sokong based on your talent dear.

Bukan nak berbangga r, tapi Yanfie mmg dah ada koleksi novel2 Areila Sahimi ni. Koleksi novel beliau adalah Baju Pengantin Mak Andam (BPMA), Iman Suraya, 2x5 dan Yes Boss (latest)! (Kikikiki...Mama Haiqal jangan mara2 taw! Mama Haiqal mmg xbley baca novel daaa! Kena jaga Haiqal & asben jerk!) Yanfie mmg minat baca novel sejak dari sekolah, cuma lepas dah habis sekolah, hobi tu macam quite slow la sebab busy manjang dengan keje & study kan! Tapi still hobi lagi. Honestly, novel2 beliau bestttt...simple sebab xdela membebankan sangat kepala otak kita untuk berfikir! Jalan cerita pun xdela berat sangat @ complicated kan. Hahaha....x rugi kalau baca taw!



Yes, Boss! Novel ni dibeli 'directly/by hand' dengan Areila Sahimi! So, mmg wajib r pakej skali dengan otograp kan? (^^,)

11.11.11 lepas, Areila Sahimi ditemuramah dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 (jam 8-9 pagi). Tapi sayangnya, Yanfie x sempat nak tengok! Huhu...ada ulangan x Eila? Marah kat diri sendiri sebab x sempat tengok! Hehehe... Atleast tarikh 11.11.11 yang cantik tu dah terukir sejarah indah dan bermakna buat Eila kan (^^,)


Kepada sesapa yang belum ada koleksi novel2 beliau, boleh la p beli kat kedai buku sekarang. Sape2 yang duduk Putrajaya, pilihan terdekat adalah MPH Alamanda la kan? Hehe.. Selain tu, boleh jugak buat pembelian online di Kaki Novel Enterprise atau kalau nak berurusan terus dengan novelist Areila Sahimi ni, boleh jenguk belog beliau di Mata Pen. Harga istimewa buat korang taw!

*p/s to Areila Sahimi : Congratulations Dear! I wish u best of luck babe. U deserved to be proud of ur achievement & may ur future efforts be equally successful & rewarding. We luv u so much & wish u the very best.


Segmen : Aku Suka Menaip

Tuesday, November 15, 2011 6 Comments

Hai semua! 

Sebelum kita balik dari office, apa kata kita join Segmen : Aku Suka Menaip ni dulu. Segmen ni senang je, x makan masa pun! Dalam 5minit pun boleh siap taw (^^,) Segmen ni dianjurkan oleh Nabila Medan.
Yanfie sebenarnya telah ditag oleh Cik Eiyda. Thanks a lot Cik Eiyda sebab sudi singgah dan tag Yanfie's Cottage ni. Senang² nanti datang lagi taw (T________T)


Syarat-Syarat Segmen :


  1. Follow and Like Nabila Medan Blog. - Done (Follower : 1483th, 784th Like)
  2. Buat entri dengan tajuk "Segmen : Aku Suka Menaip" & Letak Banner dan link kan ke kotak komen - Done
  3. Tag 3 Orang Rakan & Pastikan Mereka Tahu!  - Done
  4. Tinggalkan LINK ENTRI dibahagian komen - Done
  5. Jenguk Penaja Nabila Medan - Done
  6. Siap!!! (^^,)

Yanfie nak tag : TiTi, Cammy Lia, & Nadia.
Tarikh Tutup : 17 November 2011 ( a.k.a My Best Day )

***UPDATED : 
Tarikh Tutup Telah Ditukar (16 November 2011, 10.00 am)





Laksamana Cheng Ho

Tuesday, November 15, 2011 5 Comments

Selamat Petang (^^,)

Mesti korang terkejut kan sebab petang² macamni, tetiba Yanfie sebut pasal Cheng Ho ni. Hurmmm...macam belajar sejarah plak. Memang pun! Saja hapdate cni (ubat mengantuk).
Mengantuk yang amat sebab kena buat assignment pasal Tamadun China, untuk subject TITAS (Tamadun Islam dan Asia). X tipu, subject yang paling tidak digemari sejak sekolah hingga sekarang. X lain x bukan, sejarah la kan! Ni nak kena mengadap sejarah balik. Sekarang sampai part Tokoh Islam Dalam Tamadun China. So, Yanfie pilih Laksamana Cheng Ho lah! Tokoh teragung, terutamanya dalam bidang pelayaran!
Korang ingat lagi x pasal Cheng Ho ni? Dulu masa sekolah ada la belajar serba sikit pasal Cheng Ho dalam buku Sejarah kan~

Cheng Ho (Ma Sanbao)

Ce citer, pe yang korang tahu pasal sejarah atau latar belakang Laksamana Cheng Ho ni. Hurmm...sapa yang minat sejarah tu, kompom memang boleh jawab la kan! Yanfie tersengguk² nak siapkan assignment ni taw! Tapi terpaksa buat jugak, sebab kelas weekend ni nak kena buat presentation! Haishhh...untuk test pun blom study lagi..
Waaaaaaaaaa.....banyak nye benda nak kena buat!!! 
(T___________T)



Monday, November 14, 2011

Ulangtahun Keputeraan KYDMM Sultan Muhammad V Yang Ke-42 Pada 11.11.11

Monday, November 14, 2011 0 Comments

"SEMOGA ALLAH s.w.t MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Menjunjung Kasih dan Merapat Sembah Takzim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Muhammad V Yang Ke-42 pada 11 November 2011 (15 Zulhijjah 1432H)

"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG"



* Teringat pula kenangan masa kecik-kecik dulu! Kalau tiba je Hari Keputeraan Al-Sultan, mesti kami adik-beradik sibuk ajak ayah & ummi ke Bandar Kota Bharu untuk tengok lampu-lampu! Sangat best...setiap kali sambutan mesti sangat meriah! Lebih meriah daripada sambutan tahun baru. Bukan kami je, malah semua rakyat Kelantan masing-masing berduyun-duyun ke bandar. Dah jadi kemestian bagi kami (^^,)


Contest Blog Simple But Awesome

Monday, November 14, 2011 0 Comments

Let's join "Contest Blog Simple But Awesome" by Nurul Hanani.
Yanfie's Cottage is quite simple, buat i dunno whether it was awesome. But nothing's wrong if I try right? (^^,) Just for fun.

Interested : CLICK HERE


Syarat-Syarat :
  1. Like Banana Shop : Done
  2. A Malaysian Blogger : Of Course
  3. Follow Blog Beliau : Done
  4. Buat entri & letak banner : Done  
  5. Tag Rakan : Not compulsary
  6. Paste link : Done


Closing Date : 13th December 2011