Mandarin vs Football

Thursday, November 17, 2011


Assalamualaikum w.b.t & Selamat Malam.

Petang tadi beria2 kononnya balik keje, tengok drama Tentang Dhia, lepas tu nak buka buku Mandarin. Hatoiiiiii.... Nampaknya plan x menjadi lah gara2 bola Sukan Sea! Haha... Konon nak menghafal soklan2 Mandarin sambil tengok bola! Tapi excited lebih tengok bola berbanding baca Mandarin! Last2 skali, tutup buku Mandarin, dan continue dengan bola!

Menjerit2 tengok bola dengan Sue (housemate)! Hahaha...yelah, pemain lawan (Indonesia) asyik men kasar jerk! Pemain Malaysia kerap gile jatuh tergolek! Apa pun, syabas kepada Pasukan Harimau Malaya sebab dah menang game malam ni, walaupun 1-0 je! Korang bermain dengan baik walaupun banyak jugak peluang2 keemasan yang tidak disudahi dengan baik.

Tahniah kepada Syahrul Azwari di atas 'Jaringan Emas' daripada beliau. Keep it up Harimau Malaya!


You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe