Follow Me @snm.yana

Thursday, December 20, 2012

Life Is Complicated

Thursday, December 20, 2012 1 Comments

Salam.

Hari ni tak adalah sangat benda yang nak sharing ngan korang. Sebab mata dah mamai, mood nak mengarang tu ada, tapi tak ada idea nak mengarang ape...

Malam ni just nak mengomel2 benda mengarut2 jer. Sekarang ni kat ofis, xda masa langsung untuk bersantai2, men fb sambil minum, atau buat keje sambil mengupdate belog, atau online fb sambil berborak2, bertweet sampai tatau nak cakap ape... To be honest, keje kat ofis baru ni berdabel2 busy nya. Okay...sangat penat. Sampai rumah, rasa nak tido jer...walaupun dah tido ikut time, tapi badan rasa x cukup rest jer. Then, pegi ofis dengan keadaan fizikal & emosi yang lemau! *Okay...jangan nak merungut! That's ur choice then...nothing to do, do not complaining*. Bla...bla...bla...

Personal matter pun tercetus time ni...dan2 je, ngan bebanan kerja yang overload, ada pula masalah dengan pasangan, rasa serabut kan.  Yana jenis yang suka memendam perasaan..tak pandai nak share masalah peribadi walaupun dengan bestfren sdiri. Bila ada masalah, suka berdiam diri...suka mengelak daripada bersemuka. Tindakan tu langsung tak betul ker? Bila berdiam diri...rasanya hati lebih tenang, but the other side...i'm hurting a lot. Masalah pun tak boleh nak diselesaikan. Berdiam diri...tak bermakna mengalah. 

I terribly miss my childhood....life for play, going to school, riding the bike, meeting some friends, play again, watching tv, laughing everyday without problems, no doubt with any choice & the most important, we do not have any prior responsibility to commit. 

Bila sampai satu masa untuk melangkah ke satu fasa baru, persoalan ni selalu bermain2 di fikiran, "Mampu ke aku pikul semua tanggungjawab?". Tapi orang kata, selagi ditunggu, sampai bila2 pun tak kan bersedia. Kita akan bersedia dengan sendirinya bila waktu itu berlaku. Yes...complicated. Kadang2 sangat takut... I'm gonna be a single woman for the rest of my life, may I? Fuhhhh... Do I regret? Sometimes it just happen...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

*Credit to : Artikel iluvislam.com

Selamat Malam *20.12.2012*


Thursday, December 13, 2012

Officially Transferred To KPWKM

Thursday, December 13, 2012 5 Comments
Alhamdulillah...berkat usaha yang tidak putus dan doa kepada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan mungkin, akhirnya proses pertukaran Yana ke KPWKM telah selesai. Surat kelulusan dan pertukaran daripada JPA telah selamat diterima di tangan sendiri (walaupun agak sadis kerana surat tu kena pergi collect sendiri di JPA!) Tapi x apa lah, mungkin lebih berkat bila kita berusaha sendiri, daripada menerimanya daripada orang lain.

Surat JPA bertarikh 10 Disember 2012, dan pertukaran berkuatkuasa 11 Disember 2012. Macam pelantikan my boss pula, berkuatkuasa dalam 24jam kan? Hehehe... Apa pun bersyukur sangat2 sebab dah selesai, xada la terkontang-kanting kat ofis tu sejak 'pool di admin', kejap ke sana, kejap ke sini, menunggu masa untuk dicampak ke mana2 bahagian yang memerlukan. Berkat usaha call JPA directly untuk percepatkan proses pertukaran, akhirnya berjaya!

Sebab kalau korang nak tahu, biasa surat penempatan dari JPA perlu berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari (2minggu). Tapi kes Yana ni special sikit, special request daripada bos...so dapat berkuatkuasa dalam 24 jam. 

11.12.12 (SELASA) ~ Semalam telah selamat melapor diri sebagai staf baru di KPWKM. Lepas tu terus balik ke ofis KeTTHA untuk punggah semua barang2. Hihihi....banyak juga barang setelah 5 tahun menetap di Pejabat Timbalan Menteri KeTTHA. (^^,) Terpaksa pinjam van ofis untuk punggah barang2 tu semua. Lastly, sempat jumpa beberapa orang teman rapat untuk say goodbye. Semua terkejut sebab pindah secara drastik. Hehehe...I pun terkejut hokei...x sangka plak surat pertukaran berkuatkuasa 24 jam! Hati ni sayu juga  nak berpindah....tp cekalkan hati dan berfikiran positif jer...

Santekkk Gambar Ni!!!
Gambar Ehsan Daripada : sayadankamerasaya.wordpress.com

12.12.12 (RABU)  ~ Harini officially masuk kerja sebagai staff KPWKM. Masih pening2 lagi dengan keadaan ofis baru (KPWKM) tu. Terlampau besar....daripada ofis lama yang hanya mempunyai 7 tingkat, berpindah ke ofis baru yang mempunyai 38 tingkat! Perghhh....sebulan pun belum tentu dapat khatam sume bahagian kat bangunan ni... Insyaallah, Yana akan cuba yang terbaik. Sahabat2 semua...jangan lupa datang melawat Yana di ofis baru ni yer!!!

p/s : Nak juga ada cerita di sebalik tarikh cantik yang terakhir ni... 12/12/12 !

PEACE (^^,)




Monday, December 10, 2012

iPhone 5 @Blue_Cube : OUT OF STOCK

Monday, December 10, 2012 0 Comments
iPhone5 !!!! Dah lama gile penantian kot! *Padahal bukan nak beli sekarang pun*.  Actually, memang berangan2 untuk memiliki iP5 ney...lagipun BB Torch yg Yana guna sekarang memang dah genap 2 tahun usianya...hehehe! Cuma standby beli iP5 untuk dijadikan barang hantaran! Cewahh...demand btol. Tapi siyess...memang terkejut yg amat bila buka website Celcom...tetiba semua 32GB & 64GB (Black & White) dah OUT OF STOCK hokeiiii....

Nampaknya...memang ramai menunggu ketibaan iP5 ney kan... Oleh sebab Yana ni pengguna Celcom Postpaid, so...survey kat Celcom jelah. Di Maxis Yana x sure pula kalau masih ada stock. Oficially iPhone5 ni akan berada di Celcom & Maxis pada 14 Disember ney kan... Masing2 berebut booking... 

Tapi xpela...bagi la peluang kat orang lain yang memang nak beli sekarang... Yana beli lambat2 cket pun xpe...sebab majlis masih berbaki 5 bulan lebih lagi. Silap2 nanti sampai masa Yana nak beli...tetiba masa tu iPhone5S keluar pulak! Kehkehkeh.... Berangan!!!

Pic ni di'printscreen' pada hari ni (10 Disember 2012 )!!! Believe or not... Perghhhh...

Have a nice day dior (^^,)






Friday, December 7, 2012

Kursus Team Building KeTTHA

Friday, December 07, 2012 2 Comments
3 Dis - 5 Dis 2012 lepas, Yana join Kursus Team Building anjuran ofis, bertempat di D'village Resort Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Sepatutnya tarikh kursus ni pada 20 Nov - 22 Nov 2012, tapi ditunda pada tarikh 3 - 5 Dis 2012. Alhamdulillah, berpeluang join kursus ni... Total, baru 6 hari attend kursus wajib untuk tahun ni, balance lagi 1 hari je lagi.

D'village Resort Melaka ni terletak berhampiran dengan Taman Buaya & Zoo Melaka. Fasiliti bilik yang kami dapat ni x berapa memuaskan, sbb banyak alatan yang rosak. Rating 2.5/5. Tapi rasanya ada bilik / chalet lain yang lebih bagus kat resort, cuma kami xdapat...maybe sebab dah ramai yang booking dulu (cuti sekolah) @ harganya di luar bajet kursus. Hahaha... But, trust me...the food is really great! Delicious! Puas hati sangat2 ngan makanan kat c2. Rating 4/5. 

Kat resort ni ada swimming pool, maybe sebab tu ramai yang datang ke resort tu. Musim cuti sekolah, swimming pool pun penuh. Lagipun lokasi resort ni memang sangat strategik, banyak aktiviti ekstrem yang boleh kita buat. Contoh, paintball, abselling, canopy walk, aktiviti di tasik, dan banyak lagi. Tapi kitaorg x dapat buat semua aktiviti tu, sebab x dpt kebenaran ketua jabatan untuk buat beberapa aktiviti ekstrem.

Kitaorg dapat main paintball, orietaring, canopy walk. And guess what? Kami dapat peluang main ZORB BALL. Wahhhh....the special one!!! Jom review beberapa keping gambar, ihsan beberapa orang teman.





Water / Blue Team Members. Yeayyy...we're the team winner! Thanks guys.
With Cikgu Jinggo (one of our trainer)

The best picture during this course!!! ZORB BALL

p/s : More great picture from Kak Liza a.k.a our official photographer for this course....will sharing soon.

Bye, Have a nice day (^^,)


Thursday, November 22, 2012

Bos Bertukar Portfolio

Thursday, November 22, 2012 2 Comments
Salam. Ramai kot yang terkejut pasal pelantikan YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM). YAB Perdana Menteri announced pada 19 November 2012, tapi berkuatkuasa 20 November 2012. 24 jam ok! Yeahhh....she's my boss, and I'm her PA. Terkezutttttt yang amat...


YB Dato' Noriah Kasnon a.k.a My Boss

Actually ada dengar ura2 one day before that, taw2 PM dah announced! Terkejut gile kot. Mana taknya....drastik kot. Huhuhu... Pelantikan beliau adalah kerana tamatnya penggal YB Sen. Heng Seai Kea sebagai Ahli Dewan Negara, so...oleh kerana my boss adalah bekas Timb.Menteri KPWKM, so...beliau terus dilantik. Sape lagi yang layak kan? Sape lagi yg lebih taw selok belok perjalanan KPWKM instead my boss right? Hehehe...

Dan dengan kami sekali, semua staff diangkut ke sana. Barang2 bos n pegawai semua dah angkut ke ofis baru, guna khidmat professional movers/packers....cepat je keje. Dorang yang pack, dorang yang angkut, dorang jugala yang unpack balik sume. So...kitaorg jadi tukang tunjuk je yang mana nak packing.

Kitaorg nya barang la belum sempat kemas. Lagipun Yana xbleh terus pindah ke sana, kena tunggu surat kelulusan bertulis daripada JPA dulu. Pembantu Am Pejabat (PAP) pula kena tgu surat kelulusan daripada kedua2 KSU kementerian. Leceh kannn...

Huhuhu.....ambil masa juga untuk buat final decision samada ikut bos atau tak. At last, sesudah tanya pendapat kawan2 & family, akhirnya Yana buat keputusan untuk pindah ke KPWKM. Huhuhu....wajib la ada pro & cons untuk pilihan tu kan. Semoga jalan yang Yana pilih ni adalah tepat untuk diri Yana. Amin....

Sayangnya nak tinggal ofis lama....9 Disember 2012 nanti, genap 5 tahun berkhidmat di KeTTHA. Sob...sob...sedih seh! First time nak berpindah kementerian ney... Doakan Yana di tempat baru k...

From KeTTHA

To KPWKM

(^^,)



Saturday, November 17, 2012

25th Birthday

Saturday, November 17, 2012 0 Comments
Hari ni tanggal 17 November 2012, bermakna sudah 25 tahun sudah hidup di muka bumi ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan kesempatan yang bermakna untuk aku meneruskan hidup di dunia sementara ni. Alhamdulillah juga sebab masih diberikan kesihatan yang baik, rezeki masih bagus. Segala cabaran dan dugaan telah berjaya ditempuhi sehingga masih berpeluang merasai usia 25 tahun. 25 tahun? Alamak...usia dah bertambah, kommitmen pun bakal bertambah.

Semalam dapat birthday present daripada Incik Tunang. Dapat hadiah 'in advance'. Happy sesangat!!! (^^,) Once dapat surprise tu, tersengih2 macam kerang busuk sehingga sampai rumah. Hahahaha....



p/s : Terima kasih juga kepada semua sahabat yang wish birthday Yana, samada di FB, text, twitter, dll. Semoga kalian juga sentiasa dilindungi dan diberkati oleh-Nya sentiasa. Amin~



Thursday, November 1, 2012

Ringan = Sihat + Laju

Thursday, November 01, 2012 1 Comments

Selamat Petang. Alhamdulillah...kenyang lunch tadi dengan Nasi Goreng Kampung + Telur Dadar. Semalam hanya minum + sebiji pisang + semangkuk megi...makanya, pagi ni perut dah berkeroncong. 

Memandangkan My Beautiful Life ni masih baru, so...tadi try timbang. Hasilnya :-

Tengok tu...still ringan lagi. So..kena keep it up! Lepas ni..tiap² 3bulan kena timbang la, untuk pastikan belog kita sentiasa laju dan tak ambil masa yang lama untuk loading. Korang macamana? Bila last timbang? Jangan ingat timbang berat badan je, timbang berat belog pun penting juga taw (^^,) Dah lama x timbang? Jom timbang [ Kat Sini ]

p/s : Ape menu minum petang korang hari ni?
(^^,)



Gaji Naik Lagi?

Thursday, November 01, 2012 0 Comments

1 November ~ Alhamdulillah...hari pertama di bulan November, ada juga berita baik ye. Muka depan Utusan Malaysia hari ni, Skim Gaji Penjawat Awam Dikaji Semula. Akhbar Berita Harian puan ada, Gaji Naik Tahun Depan Kalau betol... alhamdulillah la kan. Tapi masih dalam peringkat perbincangan dan penilaian lagi la...

Hopefully tahun 2013, bertambah² la rezeki penjawat awam ni kan. Amin~

p/s : Dalam kegembiraan & keseronokan kita dapat berita ni, jangan lupa doakan keselamatan rakyat Malaysia yang bermastautin di US sekarang. Dorang semua dalam keadaan darurat kerana Taufan Sandy. Tak tahu bila baru reda keadaan dorang.

Video Rakyat Malaysia berkongsi pengalaman hadapi Taufan Sandy
Sumber : BH Online

Have a nice day (^^,)

Wednesday, October 31, 2012

5 Tips Bijak Pengguna Blackberry

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
Untuk semua pengguna Blackberry, sila angkat tangan *walaupun_x_nampak*. Yana pakai Blackberry juga (Model : Torch9800). This coming December, 20th...genap 2 tahun pakai BB Torch ney. Hari ni Yana nak sharing 5 tips bijak untuk pengguna² Blackberry. Tips ni adalah tip asas yang sangat penting, untuk memastikan BB kekal bijak dan sihat! Haha... Mungkin dah ramai yang amalkan tips² ni, tapi yang belum tahu..jom tengok :-

  • Bersihkan Event Log - Blackberry anda akan menjejaki semua perkara secara multak dalam usaha untuk membantu prestasi melalui proses 'debugging' dan 'troubleshooting' yang digelar Event Log. Jika anda membersihkan secara berkala Event Log ini, ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah prestasi smartphone yang lambat agar berkelajuan yang diinginkan.
    Caranya : Ikon Skrin Utama [Home Screen], tekan dan tahan kekunci ALT dan pada masa yang sama taip aksara 'LGLG'. Menu skrin Event Log akan ditunjukkan. Tekan kekunci Menu dan pilih 'Clear Log'. Kemudian pilih 'Delete' untuk mengesahkan sebelum menekan kekunci ESCAPE untuk kembali ke Skrin Utama.
  • Beralih Antara Program - Untuk lebih memudahkan serta menambah kelincahan penggunaan BB, anda boleh bertukar-tukar program pada BB tanpa perlu melakukan banyak gerakan.
    Caranya : Tekan dan tahan kekunci ALT dan butang ESCAPE pada masa yang sama. Teruskan menekan kekunci ALT dan gunakan bebola untuk tatal ke program yang anda inginkan. Lepaskan kekunci ALT apabila anda telah selesai.
  • Tutup Sistem Secara Automatik - Untuk menutup sistem BB secara automatik. Bukan sahaja boleh menjimatkan bateri, malah tidak perlu kerap reboot secara manual ataupun mencabut baterinya.
    Caranya : Klik pada ikon Options dan pilih Auto On/Off. Pilih Enables daripada menu drop-down bersebelahan Weekday dan seterusnya tetapkan masa yang anda inginkan. Klik butang Menu dan pilih Save setelah selesai.
  • Pelayar Web Perlahan? - Mudah saja, kosongkan dan padamkan Cache untuk peningkatan konsistensi pelayar Web anda.
    Caranya : Klik pada ikon pelayar web anda terlebih dahulu. Klik kekunci Menu dan pilih 'Options'. Pilih 'Cache Operations' dan klik 'Clear History'. Seterusnya klik pada butang 'Clear' di  bawah. Jawab 'Yes' bila ditanya mengenai mengosongkan 'Pushed Content'. Apabila selesai, klik ESCAPE beberapa kali untuk kembali pada pelayar web.
  • Padam E-mel @ Mesej - Sesetengah pengguna BB tidak tahun cara untuk memilih dan memadamkan kesemua emel @ mesej secara serentak.
    Caranya : Untuk memadam berdasarkan pada hari tertentu, gerakkan dan pergi kepada penyataan tarikh dalam mesej atau emel anda. Tekan butang Menu dan pilih 'Delete Prior'.

Sumber : Majalah PC [Keluaran Ogos 2012]

Let's Counting The Day

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
5.20 pm : Hari ni 31 Oktober 2012, hari terakhir untuk bulan Oktober 2012. Cepatnya masa bergerak! Esok dah masuk bulan November. Bulan November, banyak betul hari-hari yang perlu diraikan. 17 November 2012, maka akan genap 25 tahun Yana hidup di atas muka bumi ni... Insyaallah... 

My Wedding Worksheet
Tapi sebenarnya nak counting hari-hari untuk membuat persiapan majlis kawen tahun depan! Insyaallah 01 Jun 2013. Start esok, dah kena slow² buat persiapan apa yang patut! Buku ni Yana buat sendiri, dan dinamakan 'My Wedding Worksheet'. Dalam ni lengkap kalendar mulai November 2012 ~ Jun 2013, bajet untuk perkahwinan, checklist persiapan mengikut bulan...dengan harapan tak ada yang akan tertinggal nanti, terutamanya perkara-perkara yang penting.

Sesiapa yang nak rekomen bridal, juruandam, supplier for goodies, atau nak bagi cadangan pape...memang sangat² diharapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan ni. Insyaallah...

Babai (^^,)



Jenis-Jenis Rawatan Gigi

Wednesday, October 31, 2012 6 Comments

Salam & Selamat Petang (^^,)

Korang tahu tak kat mana klinik gigi yang bagus dan harganya berpatutan? Ermm...Yana dah lama nak bercadang nak buat rawatan gigi. Tapi sebenarnya takut nak pergi, dah lupa bile last jumpa dentist. Kenala buat rawatan bagi menjamin gigi sihat untuk jangka masa panjang. Cehhh... Cadangnya nak buat scaling + bleaching. Tapi kat mana yang okay yer? Nak pergi klinik pergigian kerajaan? Berbulan² baru dapat buat appointment. Nak pergi klinik swasta, tapi kena juga lah ikut bajet kan?

Jom survey Jenis-Jenis Rawatan Gigi :
  1. Cuci gigi a.k.a Scaling : Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
  2. Tampalan/Simen a.k.a Filling : Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
  3. Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT) : Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
  4. Sarung gigi a.ka. Crown : Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
  5. Jambatan a.k.a Bridges : Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
  6. Gigi Palsu a.k.a Denture : Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
  7. Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture : Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)
  8. Tanam Gigi a.k.a Implant : Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
  9. Cabutan a.k.a Extraction : Hanya apabila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
  10. Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching : Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
  11. Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement : Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
  12. Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic : Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
  13. Mouth guard /Splint : Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut
Ada terjumpa rawatan kat Klinik Pergigian Zahida @Shah Alam. Harganya okay, kategori berpatutan juga lah. Banyak juga servis kat klinik ni. Bila agaknya baru ada masa nak buat rawatan ni yer... Ada juga terjumpa entri dari belog Sumayyah Nadhirah, pasal Klinik Pergigian Mesra @Dengkil. Macam okay juga. 

Mode : Masih dalam dilema (◐.̃◐) 



Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
Selamat Petang  (^^,)

Dah lama x update belog ni. Rindu juga nak update Yanfie's Cottage. Tapi jangan tamak..yang satu ni pun jarang berupdate. Almaklum la, minggu lepas start cuti 24hb sehingga semalam! Hari ni baru masuk kerja. Nak buat macamana, kat kampung susah nak dapat line tenet, yang betul² penting, terpaksa la menagih simpati orang... Kalau dulu, xpe...pakai broadband senang, balik kampung pun still boleh online! Sekarang pakai wifi, susah nak angkut ke sana ke sini. Kebaikan dan keburukan_broadband vs. wifi. Haha...

Oh...nak update pasal Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ney. Orang lain dah berabad dapat agaknya, tapi Yana baru dapat minggu lepas (^^,) So, eksaited je lebih. 


Opss...Yana punya 1 je, yg lagi 2 member punya. Banyak juga company yg join venture, banyak dapat diskaun! 1st target sekarang, nak buat cermin mata @Focus_Point! Yesss...banyak betul diskaun untuk cermin mata. Jom survey...Laman Web KDS1M .
 

Tuesday, October 16, 2012

Yeayyy...dapat yang baru!!!

Tuesday, October 16, 2012 0 Comments

Selamat Pagi all (^^,)

Wuhuuuu...semalam dapat berita yang menggembirakan! So...hari ni pepagi lagi dah bersemangat nak bangun tido. Semalam staf dari Epi Centre @Pavillion dah call minta datang amik iPad. Yeayyy....rindu sama iPad, dah lebih seminggu tanpa beliau.

Dan yang lagi best, dia gantikan yang baru, bukan repair yang lama. Wehuuu... Malam ni jugak paksa Mr.Yogi temankan g Pavillion! Opss...bukan paksa, beliau sentiasa meng'offer'kan diri beliau dengan rela! (☞゚ヮ゚)☞ ☜(゚ヮ゚☜)

Credit Pic : IconArchive



Monday, October 15, 2012

Untitled : 1

Monday, October 15, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Petang,

Dah hampir seminggu tak membebel! *me_lazy* Mood malas² dah datang balik dah! Mungkin sebab banyak perkara dah berlaku, dah berlalu... Pejam celik cepat je masa berlalu. Perkara yang perlu diselesaikan, patutnya dah selesai.. Perkara yang akan berlalu, dah pun berlalu...

Petang macamni, mata asyik nak pejam jer... Last week x dapat rest yang cukup! Bestnya kalau dapat tido seharian! Entri petang ni tatau nak letak tajuk ape...so tulis 'Untitled' jelah! Mungkin lepas ni lebih banyak entri yang bertajuk 'Untitled' bakal muncul, sebab tu Yana letak no. 1. (っ◕‿◕)っ Oh ya...sekarang jam 4.15pm, korang tengah buat ape yer? Buat homework? Buat kerja? Rajinnya korang! Yana tengah berangan... ♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪┏ ( ) ┛♪

Hahaha...macamana rumah impian korang erk? Salah satu ciri penting untuk rumah idaman Yana, adalah 'view from the window'! Korang pernah terfikir tak nak view yang macamana? Ce pilih...





Haaa...yang ni pulak pilihan Yana. Apa pendapat korang?


Wahhh...best kan kalau ada rumah yang ada pemandangan macamni? Haishh...suka berangan! Rumah sendiri pun belum mampu lagi nak ada...boleh pula demand² nak pilih view macamni. Alaa...berangan je pun, xde yang salah! *Berangan_kan_free* Ada tak rumah yang ada view macamni kat Malaysia? Damai nya kalau dapat view macamni.. Betol x? Mehla cuci² mata pada waktu petang ni... *ubat_hilangkan_ngantuk*

p/s : Lepas dah habis taip entri ni baru je terfikir, boleh letak tajuk entri ni "View From Window"! Kan3x...Haha (^^,) It's too late~


Monday, October 8, 2012

Kagum a.k.a Impressed

Monday, October 08, 2012 0 Comments

Salam Isnin..

Dah Isnin yer? Cepatnya...macam baru je semalam hari Jumaat, baru feeling² nak rasa weekend! Hahaha... Dah banyak hari x update rupanya kan! Busy ker? Apa yg busy pun tatau...sebab assignment dah banyak berlambak, x start buat lagi tu...camne?! (^^,)

Olivia Manning, 12, from Liverpool, has been accepted into Mensa after scoring 162 on her IQ test.
Olivia Manning, 12, from Liverpool, has been accepted into Mensa after scoring 162 on her IQ test.

Petang ni rasa macam nak update pasal Olivia Manning. Korang tahu kan pasal budak ney? Ye...Yana taw dah basi, tapi x salah kan nak cerita jugak? Kagum gile kot ngan budak ni, baru je 12 tahun kot, tapi tinggi IQ dia, dah mengalahkan Alber Einstein & Stephen Hawking. Macamana erk dia leh jadi genius? Comel pulak tu... X pasal² masuk lam kategori 1% manusia paling bijak di dunia. Haishh..jawapan dia, salah satu sebab adalah anugerah kan? Salah satu anugerah daripada Tuhan. Harap² bila dia dah besar esok, dia x salah gunakan anugerah tu...

p/s : Sebut orang genius, apa cerita budak pintar Adiputra erk? Dah lama x dengar berita pasal beliau.

Babai (^^,)



Tuesday, October 2, 2012

Bila Mood Malas Menguasai

Tuesday, October 02, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Petang ~ 2nd day [Status : Berjaya] Target WP1 Di Bulan Oktober

Hahaha...actually tak ada kena mengena dengan entri petang ni. Tapi hari ni memang berjaya datang awal, malah lebih awal daripada semalam walaupun semalam selepas jam 3.00am baru boleh melelapkan mata. Tapi hari ni mood malas tahap maksima! Malas gile nak buat kerja...menyebabkan kerja-kerja dalam kategori less priority, tertangguh... Hanya melaksanakan kerja-kerja urgent sahaja!

Kadang² tahap kesabaran untuk bekerja dengan orang yang hanya tahu 'jual air liur' je, mencapai tahap maksimum. Pandai bercakap je..tapi kerja? 1 haram pun x reti nak buat... Kalau mulut tu seiring dengan tangan & kemahiran, xpelah juga kan!

Mode : Nak lepaskan geram 
http://2.bp.blogspot.com/-OiSfyTfOKag/Tko4iTWV0-I/AAAAAAAABT0/hFdYQt8oVW4/s1600/tumblr_l6zak9dDn51qc 

p/s : Frust la hari ni..bab pagi² dah dengar berita kat radio, student bujang yang berumur 21 tahun ke atas tak layak dapat BR1M 2.0 tu! Huhu! Macamana dengan kami yang berstatus separuh bekerja / separuh student ney?
 




Monday, October 1, 2012

30 Fakta Menarik Tentang Wanita

Monday, October 01, 2012 2 Comments
Untuk pengetahuan semua, terutamanya kaum Adam :-


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

SUMBER : Blog Pakar Cinta

Sent from [Yana_Mohamed] iPad


Emosi Di Malam Hari

Monday, October 01, 2012 0 Comments
Salam. Emosi malam ni x berapa stabil pulak. Rasa x sedap hati...tatau kenapa! Banyak memikirkan masalah agaknya! Hurmm....setiap kali ada masalah, selalu berangan untuk tinggalkan Malaysia, dan menetap kat overseas! *negara luar tgh bergolak dan x selamat, tp sebok nk g stay kat sana, apa kes?*

Okay..just ignore angan2 tu! Tak boleh nak tido...kepala pening n loya, tetiba! So..update ringkas je utk malam ni. Hadoiii... Tak suka (100x). Hopefully esok dapat bangun awal

Babai n good nite.

Sent from [ Yana_Afi_Mohamed ] BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Walk For Health 2012 @KPPK on 29 September 2012

Monday, October 01, 2012 2 Comments

01 Oktober 2012 ~ Salam & Selamat petang! Hari ni dah masuk bulan Oktober, cepat je masa berlalu kan? Target Yana untuk bulan Okt ni...konon nak masuk WP1. Ape tu? WP a.k.a Waktu Peringkat...WP1 tu masuk 7.30pagi lah kan! Insyaallah...Yana akan cuba sehabis baik, segigih boleh untuk bangun awal dah datang ofis sebelum 7.30pg. Amin~

Okay...bukan nak cerita pasal WP tu. Hari tu Yana ada selitkan intro pasal Walk For Health 2012 anjuran KPPK tu kan? Kalau korang ada baca...perasan lah! Cuma nak sharing beberapa keping pic yang sempat kitaorang snap sepanjang hari tu. Check 'em out~


Sebelum memulakan program berjalan kaki! Saya sudah sangat bambam (^^,)
With : Jac / Chacha / Wino / TT

Di pertengahan jalan, sempat stop untuk snap pic berlatar belakangkan Prime Minister's Office (Perdana Putra)
Taken by : Chacha



Sedang berjalan secara poyo-poyoan
Taken by : Chacha

Sedang gembira snap pic, tetiba Thailand tourist nak bergambar dengan kami (^^,) Kami femes sekejap. Kalau dorang publish gambar ni kat Thailand, kami jadi femes tanpa dirancang! Hahahaha...
Taken by : Chacha
p/s : Chacha banyak jadi photographer, so...empunya diri x banyak ada dalam gambar! Cian beliau. Thanks btw (^^,)

Have a nice day. 
Warm Regards, ♥ YANA ♥


1st Seminar @INTEC, Seksyen 17, Shah Alam

Monday, October 01, 2012 1 Comments

Semalam dah start kelas untuk semester baru. Kelainannya, semester ni semua kelas @INTEC, Seksyen 17, Shah Alam. Tetapi lepas melalui kelas pertama @INTEC, kami mula merindui Puncak Perdana. Haha...walaupun Puncak Perdana lebih jauh daripada INTEC, tapi kami lebih menyukai Puncak Perdana. Hahaha... Sebabnya? 

  • 1st, sebab INTEC sangat crowded kerana lokasinya sangat sempit! 
  • 2nd, nak parking pun bukan main susah lagi. 
  • 3rd, dalam kampus xada tempat makan! Ada 1 tempat tu, tapi sangatlah sempit, hanya boleh muat 20 orang je kot...so, terpaksa keluar dari kampus untuk mencari makan tengahari. 
  • 4th, surau nya sangat jauh dari kelas kami... Kebetulan, semalam hujan...pergh, dugaan! Terpaksa meredah hujan, dengan ihsan member, dia sanggup tunggu kami solat, sbb kebetulan tumpang kereta beliau untuk mencari makan! Thanks Siti Zubaidah a.k.a Zubect, jasamu akan dikenang (^^,). 
  • 5th, kemudahan dan kelengkapan dalam bilik kelas, sangat tidak memuaskan. Kurang fasiliti @ bahan mengajar untuk lecturer, projecter takde.

Itulah antara sebab-sebab utamanya setakat ni. Tapi ada yang gembira juga, sebab nampaknya lecturer semester ni sumenya okay, best, sporting. 

  • BEL462 ~ Reading & Critical Thinking (Lecturer : Dr. Isme Roha Mohamed Jais)
  • BMD451 ~ Mandarin II (Lecturer : Lee Sek Yui)
  • OSM456 ~ Internet & Web Designing (Lecturer : Sharidatul Akma Abu Seman)
  • OSM501 ~ Management Of Administrative Records II (Lecturer : Dr. Ramlee Abdul Rahman)

Alhamdulillah...nanti xada la stress sangat setiap kali menanti hari nak ke kelas. Next seminar on October 14th, 2012.


Friday, September 28, 2012

BAJET 2013

Friday, September 28, 2012 0 Comments

Selamat Petang (^^,)

Jom dengar pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Hopefully ada berita gembira!!!


 Babai (^^,)

***Update (29/09/2012) :

Budget 2013 Malaysia Highlights

Check out the Budget Malaysia 2013 (Bajet 2013 malaysia) highlights announced today.

1) RM200 one-off rebate for purchase of 3G smartphone for persons aged from 21 to 30 with monthly income of RM3,000 or below.

2) BR1M 2.0: RM250 assistance money for single individual aged 21 and above with monthly income not more than RM2,000. RM500 assistance money for household earning less than RM3000.

3) 50% discount on KTM Komuter fares extended to all Malaysians with a monthly income of RM3,000 and below and who travel by KTM Komuter.

4) Reduce sugar subsidy by 20 sen per kg from 29 Sept 2012.

5) Individual income tax rate to be reduced by 1 percentage point for the first RM50,000 of chargeable income. Child tax relief be increased from RM4,000 to RM6,000 per child for children aged 18 and above and receiving receiving full-time tertiary education.

6) Book voucher of RM250 for students in Form 6 as well as Higher Learning Institutions. (Previously RM200)

7) PTPTN loans: Incentive – repayment of full loan from 1 October 2012 until 30 September 2013, a discount of 20% will be given on their loan. Regular repayment gets a 10% discount.

8) My First Home Scheme income limit for individual loans raised from RM3,000 to RM5,000 per month.

9) Bonus of 1.5x month for public servants, Half month paid during 2012 Hari Raya. Remaining one month be paid in 50% in Dec 2012 and 50% in Jan 2013.

10) School Aids: RM100 for every primary and secondary school students.

11) FREE Mammography screening for women aged above 40.

Budget 2013 Infographics :

budget-2013-low-income

Resource : Hokangtao.com
 

Thursday, September 27, 2012

Yuran UiTM Part 4 [ Status : Selesai ]

Thursday, September 27, 2012 0 Comments

Okay...baca tajuk entri pun mesti korang dah taw pasal ape kan?! Walaupun dah basi, tapi nak cerita jugak! Bukan apa...orang lain dah berzaman dah bayar kot! Ada yang dah start kelas minggu lepas lagi...dan dah selamat amik modul kat INED. Tapi Yana punya lambat + malas nak pergi bank, baru pagi tadi terhegeh² nak bayar. Tadi pun bayar guna Bank Islam Internet Banking je...kebetulan semalam sempat pergi bank in kan duit dalam akaun. Kalau tak, sah² belom bayar lagi. Ada sape² tak bayar lagi ker? Kena pegi cepat²...sebab tengok kat website Bursary UiTM tu, due date nya 01 Okt 2012 (Isnin)...minggu depan daaa...

Status Bayaran belum update, sebab baru pagi tadi bayar!

Yuran dah siap bayar, tapi modul tak amik lagi. Mana ada masa dah...ari Ahad ni dah start kelas. Lucky me..survey² portal tadi, ternampak pulak pengumuman ni :- 

Makluman Kepada Semua Pelajar e-PJJ

1) Bagi pelajar kelas seminar yang akan diadakan di INTEC pada 30 September 2012 (Ahad), pelajar boleh mendapatkan modul-modul berikut di Bilik Gerakan e-PJJ Bilik 104, Tingkat 2, Blok T, INTEC UiTM Seksyen 7 Shah Alam.

Senarai Modul -->> Klik Disini.

2) Pelajar dikehendaki membawa slip pendaftaran kursus dan slip bayaran untuk mendapatkan modul tersebut.

3) Bagi kursus selain daripada yang tersenarai, pelajar perlula mendapatkan modul berkenaan di Dwelling 6, Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam. Sila bawa bersama slip pendaftaran kursus dan slip bayaran untuk mendapatkan modul.

Harap Maklum.
Last Updated on Thursday, 27 September 2012 10:15

Hahaha...so, xpayah susah² fikir nak pergi amik kat INED, ari Ahad ni boleh pergi amik kat INTEC jer! Alhamdulillah...hari ni Allah kurangkan lagi 1 beban Yana (^^,) Mood : Happy!

**Updated [ 28 September 2012 ]

Yeayy...dah update STATUS BAYARAN


Misi Tercapai

Thursday, September 27, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Pagi (^^,)

Semalam dinner dengan En.Tunang di Chop & Steak House, Serdang. Mengidam nak makan steak...rasa macam dah lama betol x makan. Alhamdulillah, hajat tercapai...makan Blackpepper Beef Steak + Macaroni + Teh O Ais Laici (^^,) Wahhh...selera bosarrr!

Pic ni je ingat nak snap!
Beria semalam bawa balik kerja ke rumah! Konon nak siapkan kat rumah. Bila dah balik...mula la datang malas + mengantuk! So...terpaksa muhasabah diri untuk datang ofis awal hari ni. Alhamdulillah...misi juga tercapai! Sampai ofis sebelum jam 7.15am! Dah lama x datang awal...biasa sampai ofis jam 8.30am & ke atas! Rekod tumbprint pun asyik merah jer! Amik kesempatan sebab bos x pernah check! Tapi walaupun biasa masuk lewat, Yana selalu je balik lambat... paling awal balik 6.30pm! 

Semangat betul nak buat kerja. Bangun awal..mood pun ok. Sekarang dah boleh relax²...kerja yg masuk kategori urgent & top priorities dah siap! Tinggal nak buat saki baki jer... (^^,)

Babai....have a nice day (^______^)



Wednesday, September 26, 2012

To The Beautiful You

Wednesday, September 26, 2012 0 Comments

Siapa peminat K-pop? *sila angkat kening gaya Ziana Zain* Hahaha... Yana x follow sangat K-pop ni, tapi suka la dengar lagu² K-pop! Yana cuma addicted dengan drama korea jer! Best...klu orang lain menangis tengok cite hindustan, Yana pulak boleh menangis tengok cite Korea! Yang part² sedih jelah kan...

Sekarang korang tengah layan cerita ape yer? Hari tu Yana baru abes khatam cite Scent of A Woman. Yea...memang cerita lama, tapi baru sempat nak tengok! Ermm... sekarang Yana sekarang tengah layan drama To The Beautiful You. Macam drama 'Hana Kimi', cuma yang ni Korean version! Adoiii...seksa nak tunggu next episode...skrg setakat Episod 12. 'Peel' orang yang tak tahu sabar, macamni lah kan?! Tapi banyak betul cerita  yang best² tengah airing sekarang ni...x nyempat nak khatam sume. Hadoii..kan best klu ada Beyond HD kat rumah...belum sampai masa nak tukar lagi, ngah menabung untuk tukar tv baru dulu! So..sabar jelah! 




Focus pada study pulak, weekend ni dah start kelas Part 4. Yang bezanya...kelas sem ni dekat INTEC Shah Alam, bukan lagi dekat Puncak Perdana! Suasana tak pasti lagi...tunggu weekend ni! Owh...hari Sabtu pagi ni ada 'Walk For Health' anjuran KPPK (Kem. Perusahaan Perladangan & Komoditi)! Petang pula ada pertandingan bowling ofis! Ce teka nama group kami??? GENGNAM! Hahaha... tapi program full pula weekend ni! Hohoooo....

T-Shirt WALK FOR HEALTH wif no. of lucky draw.


Merapu [Episod 1]

Wednesday, September 26, 2012 0 Comments

Selamat Petang.

Tadi dah post pasal header baru. Sekarang baru nak start merapu. Minggu ni tiap² hari, kerja menimbun! Sampai muak gile nak buat + dengan banyak masalah yang x selesai lagi. Boleh sampai tahap nak muntah hijau! ?/#@;?+#$%; *Mode : Serabut, Jiwa Kacau*

Itu juga faktor utama Yana mula nak berblogging balik! Konon sebagai pengubat stress! Siyess...boleh jadi ubat! Walaupun bukan totally leh pulih, tapi atleast boleh rawat sikit jiwa yang lara ni. Hahaha (^^,) Yana x ada personal diary, so...blog je tempat meluahkan perasaan!

FB? Ada...masih aktif, tapi lately makin membosankan pulak! Maybe sebab jarang update even tiap2 hari pun online. Tapi lebih suka baca perkembangan semasa, termasuk kawan☺ Selebihnya? Eiii...tengok pun menyampah, sbb wall dah penuh dengan produk² online + aplikasi yang merapu²! Semak wall fb... Marilah kita bermuhabasah diri.

Ok, cukup luahan perasaan sesi petang! Perlu sambung kerja pula!
Have a nice day (^^,)


New Blog & New Header

Wednesday, September 26, 2012 0 Comments

Salam.

Pagi tadi dah buat blog baru ni. Petang ni pula, buat header baru... 
Simple je sebab express buat! Take a look (^^,)

[ Option 1 ]


[ Option 2 ]


[ Option 3 ]


Rejected becoz of the size (too big)!

p/s : Which one is better?