22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda

Tuesday, February 14, 2012


Salam. 

Hari ni 14 Februari 2012, hari Valentine's erk? Tapi I'm Muslim, No Valentine's Day!!!
Ok, tak payah nak panjang² cerita, bab cerita Valentine's ni tiap² tahun disebut² kan! Yang penting kita tahu menyambutnya adalah sesuatu yang HARAM (ia telah difatwakan).

Credit to Hafizzi Aziz
Berbalik kepada tajuk. Saja nak share info ni. Maybe info ni dah ramai kot yang tahu...tapi apa salahnya untuk peringatan diri sendiri kan (^^,)

Rumahku Syurgaku @ Home Sweet Home

Bila nak dapat rumah idaman erk? Tapi apa pun, ada perkara lagi penting yang perlu kita tahu sebelum kita impikan rumah idaman kita (^^,)
 22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda
  1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim. 
  2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
  3. Rumah yang memelihara anjing.
  4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
  5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
  6. Rumah yang sering meninggikan suara.
  7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
  8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
  9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
  10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
  11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
  12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
  13. Rumah pemakan riba.
  14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
  15. Rumah yang memiliki patung-patung.
  16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
  17. Rumah yang didiami peminum arak.
  18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
  19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
  20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
  21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
  22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Sumber : www.loveloveislam.com


You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. @Ct Mawa : Knp tu? Sape yg perokok? Mmgla, bkan ke klu ikut hukum sebenar, merokok tu kan haram!!! Hehehe...minta org tersebut benti merokok lah!!!

    ReplyDelete