Dugaan & Cabaran Hidup

Wednesday, February 08, 2012


Salam Rabu (^^,)

Dah lama betol saya x update YC ni. X sempat bukak pun, maka x sempat nak update, x sempat berblogwlking la maksudnya. Sejak kebelakangan ni, family saya menerima musibah yang berterusan. Sebab tu lately sangat sibuk pasal urusan keluarga. Mula2 Kak Ngah + Abg.Ipar bermasalah, punca utama hasad dengki dari orang luar. Siapa sangka, kenalan rapat sejak 10 tahun lalu pun, boleh simpan perasaan hasad dengki. Sikap manusia ni memang xbley diduga kan?! Alhamdulillah, berkat ikhtiar dan usaha kami sekeluarga, Kak Ngah dan Abg.Ipar dan semakin pulih, walaupun belum sepenuhnya.

Belum selesai dengan masalah tu, sepupu dan suami & anak mereka pulak ditimpa musibah. Musibah ni pulak bukan berpunca daripada hasad dengki, tapi 'warisan turun temurun'! Anak lelaki beliau, menjadi insan terpilih untuk mewarisi tanpa kerelaanya. Huhu... Macam2 ikhtiar jugak buat untuk mencari punca sebenarnya. Last2 sekali berubat dengan ustaz yang sama dengan Kak Ngah & Abg.Ipar. Minggu lepas, ummi dan mak su turun ke KL semata2 nak membantu sepupu pindah rumah. Sepupu2 yang  lain semua pun turun padang membantu. Semuanya dah selesai. Semoga mereka sekeluarga tabah dan sabar.

Macam-macam benda pelik berlaku sekarang ni. Kalau dengar cerita ni, macam cerita dongeng @ cerita2 dalam tv je kan? Tapi padahal benda ni semua wujud di kalangan masyarakat kita. Xnak percaya? Menda dah berlaku depan mata pun... Semoga kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari anasir-anasir luar oleh Allah swt. Amin.

Kena selalu amalkan Doa Pelindung Diri ni, semoga kita sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah yang tidak diingini.



 


You Might Also Like

1 person(s) poked me!

  1. ya Allah..nauzubillah min zalik..semoga sentiasa di bwh lindungan Allah

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe