Follow Me @snm.yana

Saturday, March 31, 2012

Cosmoderm Tea Tree Series...Say Goodbye To Pimple

Saturday, March 31, 2012 17 Comments

Selamat Malam (^^,)
Eh, sekarang dah 1.50AM bukan PM lagi, so...kira Selamat Pagi eh? Hahaha...whateva!!! Malam ni nak cerita pasal satu produk ni...


Inilah dia produknya....
COSMODERM TEA TREE SERIES WITH VITAMEN E

Korang pernah dengar brand Cosmoderm ni tak? Ok...Yana tahu pasal produk ni pun lepas baca entri di blog Sis Anys yang comel ney. Cara Sis Anys promote produk ni, macam dia share partner pengeluaran produk ni je. Hahaha...jangan marah dik! Maksudnya...Sis Anys ni memang serius cakap produk ni bagus. So...Yana pun memang terpengaruh lepas baca entri Sis Anys tu. Esoknya terus pergi cari produk ni. Alhamdulillah...lepas ke Guardian, Alamanda, Putrajaya...dapat complete set kat atas tu.

Produk Cosmoderm Tea Tress Series ni memang khas untuk merawat kulit yang berjerawat. Malas nak taip panjang-panjang! Xmalu..pemalas! So, kalau korang nak baca entri Sis Anys, boleh klik Entri 1 @ Entri 2. Korang boleh juga terus ke website rasmi Cosmoderm @ FB Cosmoderm, boleh terus beli produk ni secara online taw. Sebab bila Yana baca komen2 pengguna, ramai juga yang susah nak dapatkan stok produk ni. Sebab produk ni hanya terdapat di Farmasi2 & Guardian2 terpilih sahaja okay. Korang boleh tengok dekat website Cosmoderm tu.

Yana baru je 3 hari pakai produk ni, tapi dah dapat rasa perubahan pada kulit. 
  • Kulit jadi lebih licin, rasa bersih & fresh
  • Kulit semakin kurang berminyak
  • Tidak ada jerawat baru yang tumbuh, even baby2 pimples...haha

Cosmoderm Tea Tree ni ada banyak jenis produk. Tapi kalau untuk set lengkap masalah jerawat, cukup dengan 4 jenis produk ni :
  1. Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vit.E
  2. Tea Tree Oil Clarifying Lotion with Vit.E
  3. Tea Tree Oil Anti Blemish
  4. Tea Tree Oil Day/Night Moisturiser (SPF15)
Jangan risau, produk Cosmoderm ni semua harganya murah sangat2. Tambah pulak sekarang tengah banyak promosi & diskaun. Yana puas hati sangat2 dengan produk ni. Yana pun akan terus gunakan produk ni macam Sis Anys. (^^,)

PEACE (^^,)


Wednesday, March 28, 2012

Sikat Rambut

Wednesday, March 28, 2012 5 Comments


Salam. Petang ni nak sharing satu info pasal sikat rambut. Sila refer gambar di atas. Amik gambar yang modelnya cecantik...ecehh! Wajib... Tadi terjumpa dekat fb. Info ni dah lama dipost, cuma saya baru terjumpa! Ada adab yang korang amalkan semasa menyikat rambut selain baca Bismillah sebelum mula sikat rambut? Hahaha... Jom baca ni :-

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Okay...Yana tiap² hari sikat rambut dalam bilik air. Kononya sebab tak nak rambut berguguran dan bersepah dalam bilik tidur. Hahaha...alasan tu diterima tak? Dah sikat dalam bilik air, sah² r berdiri...mana ada 'kosi' dalam bilik air! Patutla rambut makin hari makin bermasalah! Alasan..padahal memang malas nak jada rambut! Lepas ni...kompom takkan sikat rambut dalam bilik air lagi. Huhu... Saya nak rambut saya sihat dan kuat (^^,)

PEACE (^^,)


Tuesday, March 27, 2012

Gov. Servant vs Student

Tuesday, March 27, 2012 2 Comments

Selamat Malam (T_T)

Okay...mata mengantuk yang amat, badan penat x terungkap, tapi ada mood lagi nak update! 
Kerja kat ofis melambak...tak cukup kaki dan tangan nak siapkan semua keje! Pegawai pulak tahu nak cepat je semua benda. Okay...x baek merungut!

Kelas baru je start Ahad lepas. Kemain lagi berazam nak lebih fokus semester ni. Tapi kalau dengan gaya macamni, bila nak fokus? Balik kerja, sangat penat...mahu terus pengsan tido!
Buku 'sekolah', memang confirm xkan disentuh, bahkan dibuka...

Credit to : Apit

Penjawat Awam vs Pelajar UiTM
Dua-dua tanggungjawab. Tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipenuhi.
Okay...cuba lagi hari esok. Insyaallah...perlu tabahkan jiwa & cekalkan hati. 
Amin~

PEACE (^^,)


Segmen : Saya Suka Doodle Part 2

Tuesday, March 27, 2012 4 Comments

Selamat Pagi (^^,)

Dengan kelam kabut menaip...hahaha! Sebab takut x sempat nak dapat doodle daripada Apit, plus bos tengah tunggu nak dokumen bla bla bla, faham2 sajela jadi PA ni. Dah lama benar x join segmen Apit, busy okeiii~
Just simple entri & straight to the point ===>>>>

Nickname : YANA
Favourite Color : SOFT PINK

Okay, nak stop sini dulu sebab bos dah 'menjeling' ke sini. But don't worry Apit, Yana dah LIKE sume yang berkenaan (^^,)
Sesapa yang berminat nak join, sila KLIK SINI okai. Tapi kena berlumba macam masuk pecut 100 meter, sebab terhad untuk 60 blogger sahaja.

Good Luck all & Have a nice day.
PEACE (^^,)




Monday, March 26, 2012

Back To School + Nasi Ayam Pak Mal (^^,)

Monday, March 26, 2012 1 Comments

Salam Isnin (^^,)

Hari ni pepagi lagi dah busy! Orang tua tu pepagi dah mengacau...tambah plak hari ni kan Isnin, so pepagi memang xde mood nak kerja lagi! Tapi nak wat camne, dah namanya kerja kan, terpaksa redha, tahan emosi, tekan kekunci komputer dan angkat gagang telefon sentiasa.

Tapi bukan menda tu nak cerita, tapi pasal kelas semalam. Semalam dah start 1st seminar untuk Part3, as usual @UiTM Kampus Puncak Perdana. Eh², macam sekejap pulak...dah masuk Part3 rupanya. So far....semalam good² je, seems less stress compared last semester! Lecturer pun best² juga! Tapi semalam 1 kelas cancel, sebab lecturer ada emergency case. So, kami berkonvoi 2 buah kereta...menuju ke Ined untuk amek modul! 

Sebenarnya dah siap print e-modul tu. Hahaha...tapi alang² dorang nak pergi amek modul, amek jelah skali kan. Menda free pun...alhamdulillah, stok mencukupi...so, semua dapat modul! 

Keluar dari Ined dengan gumbira, menuju ke Kedai Nasi Ayam Pak Mal. Kedatangan kami disambut sendiri oleh Pak Mal. Masa kami sampai tu, kedai tu memang dah penuh, so..meja kami terpaksa tumpang kedai sebelah. 10 orang makan nasi ayam, riuh rendah mengalahkan berpuluh2 orang customer lain. Hahaha... Korang tahu tak kat mana Nasi Ayam Pak Mal tu? Boleh tahan sedapnya nasi ayam dia...sos dia berbeza daripada nasi ayam tempat lain. FYI juga, Nasi Ayam Pak Mal ni pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dulu, host by Serina Redzuawan. Dah lama kot episod ni. Pak Mal ni sangat humble...mesra pelanggan pulak tu! Datang sembang² dengan customer, siap nak bagi nasi ayam tambah free lagi kat kitaorang. Kedai Nasi Ayam Pak Mal ni dekat Foodcourt Seksyen 11, Shah Alam. Korang pergi la try...


PEACE (^^,)

Friday, March 23, 2012

Review : The Vow Movie

Friday, March 23, 2012 1 Comments

Selamat Petang (^^,)
Sebelum kita berhujung minggu, jom review pasal movie ni...





Sinopsis : Mengisahkan tentang sepasang suami isteri muda yang meraikan ulangtahun ke-5 mereka. Malangnya si isteri, Paige (Rachel McAdams) koma selepas mereka terlibat dalam kemalangan, yang menyebabkan Paige hilang ingatan dan tidak mengenali si suami, Leo (Channing Tatum). Paige hanya ingat memori tentang bekas tunangnya, Jeremy (Scott Speedman). Leo berusaha sedaya upaya untuk membuatkan Paige jatuh cinta kembali kepadanya untuk kali ke-2. Mampukah Leo melakukannya?
Ok, memang dah lama aimed cerita ni sebab ia diilham daripada kisah benar. Lagipun pelakon best2. Tambah2 plak selepas dapat feedback yg sangat baik daripada member yang dah pergi tengok cerita ni...semangat makin berkobar² nak pergi tengok! Huhu...tapi bile? Weekend ni ada kelas lah! Huhhh...frust okay~

PEACE (^^,)




Tunggakan Gaji SSM Dibayar Mulai April

Friday, March 23, 2012 0 Comments

Salam Jumaat ~ Gaji Mac 2012 baru je dapat semalam kan? Hurmm..tapi tetap nak cakap pasal gaji bulan depan. Semua Penjawat Awam (PA) tertunggu-tunggu berita pasal gaji baru kan? Yelah...YAB Perdana Menteri dan annouce SBPA dibatalkan dan SSM dibuat penambahbaikan. Tapi saban hari duk tunggu, pekeliling baru belum keluar. So, selagi xada hitam putih, semua PA macam x puas hati kan. Walaupun dah tahu kenaikan 13%, tapi macam² tanggapan keluar, espc pasal cara pengiraan gaji baru tu kan.

Pendapat  peribadi, walaupun kenaikan SBPA lebih banyak daripada SSM baru ni, tapi Yana setuju sangat² SBPA ni dibatalkan. Sebab utama, sesetengah jawatan yang dijumudkan, dan diberi jawatan lain, dan kenaikan sangat banyak. Tapi tengok daripada kualiti kerja individu tertentu, merugikan kerajaan je bagi gaji banyak² tu. Gaji banyak, tapi kualiti kerja x bagus...sangat tidak fair. Ini pendapat peribadi Yana, hasil daripada pemerhatian sekeliling di tempat kerja sekarang.

Alhamdulillah, walaupun pekeliling belum keluar, tapi baru je keluar paper, tunggakan 3 bulan gaji tak termasuk KGT akan mula dibayar pada April 2012. 

Atleast dapatla mengurangkan sikit kegusaran semua PA kan. Tapi tunggakan ni tak termasuk KGT lagi. Berapa percent agaknya kenaikan KGT PA kan? Harap2 ada kenaikanla berbanding tahun2 sebelum ni. Kalau KGT sebelum ni kenaikan dalam RM60.00++ je setahun. Huhu...

Sape nak kira gaji baru? Kira sendiri ikut formula di bawah ni. Sumber : BeritaSemasa
  • Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM983.43
  • Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti
  • PGT Tahunan akan didedahkan kemudian
  • Sumber yang kami perolehi setakat ini, unit kewangan dah memaklumkan di mana bulan 4 ini gaji 13% memang akan dibayar.

PEACE (^^,)



Herbalife ~ Healthy Meal

Friday, March 23, 2012 2 Comments

Selamat Pagi & Salam Jumaat (^^,)

Pagi ni rasa macam nak review satu produk kesihatan ni iaitu HERBALIFE

 
Ada tak antara korang yang amik produk ni? Yana baru je try, hampir 2 minggu. Fokus utama adalah untuk jaga kesihatan. Sebab Yana nak maintain berat badan sekarang. Cuma nak turunkan peratusan fat dalam badan ni. Produk ni sesuai juga untuk orang yang nak turunkan @ tambahkan berat badan! 

Setakat ni, Yana memang dapat rasa perubahan. Yang paling ketara, setiap pagi datang kerja, badan lebih cergas, tak lesu macam dulu. Minuman ni pun sangat sedap & mengenyangkan. Sape2 yang nak diet boleh la cuba produk ni. Doktor pun menyarankan produk ni untuk pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Bernasib baik juga dapat beli produk ni melalui agen yang bertanggungjawab. Dia x lokek berkongsi pengalaman dan tips2. Kalau ada masalah, just call...dia akan terus datang jumpa kita. Setiap seminggu @ 2 minggu dia akan datang untuk check, samada badan kita ada apa2 perubahan atau tak. Terbaek servis dia. 

PEACE (^^,)



Thursday, March 22, 2012

Pegawai 'Terlampau Pandai'

Thursday, March 22, 2012 2 Comments

Selamat Pagi (^^,)



Pagi ni x ada info pape nak share. Saja nak update, sbb nak lepaskan geram! Pagi2 lagi dah bikin panas hati. Kat ofis @ tempat kerja korang wujud x pegawai yang 'terlampau pandai' ney? Terlampau pandai dalam {   }. Hahaha...

Ada seorang pegawai kat ofis Yana ni. Memang x suka gile dengan dia. Tapi tatau la macamna boleh tahan kerja bawah dia, sampai sekarang. Mungkin kerana terpaksa kot. Pegawai lelaki ada 2 orang, Pegawai A & Pegawai B. Kalau ikutkan jawatan Pegawai A sekarang, dia memang x layak dapat la. Bab dia memang langsung xada kelayakan untuk post tu. Orang yang dari stage bawah, terus melompat ke stage atas, macam tu lah! Macam orang kena 'culture shocked' gitew. Bila berada 'di atas', mula la jadi pegawai yang gila kuasa. Adoiii...post pegawai, tapi langsung x reti nak buat kerja. Modalnya taw bercakap jer...tapi kerja x reti nak buat. Susah btol dapat pegawai yang berlagak pandai, 'bodoh sombong'... Cakap je lebey, tapi habuk pun tarak! Huhuhu! Belakang berani cakap, mengumpat2 kite, tapi depan2 kite...macam tikus jumpa kucing!

Ada lagi sorang pegawai kat sini, Pegawai B, lagi tinggi pangkatnya. Tapi memang selesa kerja dengan dia. Sebab dia cool sangat...tak macam Pegawai A tu. Dia lebih bertimbang rasa dan menerima situasi kita. Memang attitude dua pegawai ni 200% berbeza. Berlawanan perangainya.

So, saya berharap cepat²la PRU, sebab saya dah tak tahan sangat². Saya nak berubah angin plak. Harap² lepas ni dapat jumpa pegawai yang lebih baik. Dah penat daaa...selalu sangat bergaduh dengan dia. Saya ni jenis yang moody juge, saya akan jadi agresif, melawan cakap kalau saya di pihak yang benar. Dah 2x isi borang tukar, tapi dia x sokong, mean x diluluskan! Sebab ape? Sebab kalau saya xada, dia macam 'patah kaki dan tangan'! Keje? Boleh jamin xkan jalan! Amin~

PEACE (^^,)


Wednesday, March 21, 2012

Terramycin

Wednesday, March 21, 2012 0 Comments

T E R R A M Y C I N


Update dari entri Ketumbit...ooo...Ketumbit ~ Uhuks... Ape menda alah ni erk? Hahaha...namanya kemain susah nak sebut. Tadi pergi farmasi, beli ubat sapu untuk KETUMBIT, nama ubat ni la TERRAMYCIN. Hahaha... Murah je ubat ni, RM4.40/box. Tapi kecik jelah tiub ubat ni. Orang farmasi tu cakap, paling lama nak hilang 7 hari, tapi biasa lagi cepat! Kena sapu dekat ketumbit 2x sehari, pagi dan malam. Baru lepas try pakai ubat ni...so far, okay la sebab ketumbit dah tak rasa gatal lagi. Xdela asyik rasa nak 'rub' je mata ni manjang. Tunggu dan lihat apa hasilnya...

PEACE (^^,)


Tuesday, March 20, 2012

Ketumbit...ooo...Ketumbit

Tuesday, March 20, 2012 2 Comments

Selamat Malam (^^,)


Tengok gambar kat atas tu! Gambar tu berkaitan dengan entri malam ni. KETUMBIT. Korang pernah kena tak ketumbit ni? Adoyaiiii....Yana sedang mengalaminya! Gatal sehhh... Nak jumpa orang pun dah naik segan! Tapi nasib baik x seteruk mana... Gatal dan memang x selesa! Ketumbit ni dulu katanya sebab 'mengintai anak dara mandi'! Dah saya ni anak dara sendiri pun terkena! Hahaha...ni ayat orang2 tua dulu je! Ada moral value di sebalik kata-kata tu sebenarnya kan~

Jom review beberapa info saintifik pasal KETUMBIT ni :

Ketumbit ni sebenarnya bukan penyakit mata, tapi ianya penyakit kulit. Ketumbit berlaku disebabkan oleh kalenjar minyak yang yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat dan seterusnya dijangkiti kuman.  Ketumbit ni ada 2 jenis iaitu Stye dan Chalazion.

Faktor-Faktor Penghasilan Ketumbit :
  1. Tekanan
  2. Pertukaran Hormon
  3. Menggunakan kosmetik terlalu lama / alat solek yang telah dijangkiti bakteria
  4. Diabetes
  5. Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  6. Kekurangan vitamin dalam badan
Rawatan :
  1. Sapu antibiotik (Kena pergi klinik la)
  2. Petua Orang Tua : Tumbuk bawang putih, ambil 'getah'/air bawang putih dan sapu pada ketumbit tersebut.
  3. Tuam menggunakan tuala bersih dengan air suam.
Korang ada lagi tak petua-petua untuk merawat ketumbit ni?  Haishhh....serius x selesa! Sekarang Yana tengah amalkan guna bawang putih tu! Memang pedih...waaaaa! Tapi tahan jelah. Harap2 ketumbit ni cepat baik dan hilang. Tak nak ada ketumbit dekat mata! Kalau korang ada petua lain, sudi2kan lah berkongsi dengan Yana kat sini k. Tqvm.

Jerawat yang semakin galak menempek kat muka ni + Ketumbit yang gatal membenjol kat kelopak mata ni + Perit tekak mau demam selsema ni (Apakah??? Satu persatu sakit datang! Dugaan apakah yang menimpaku?) Nyah la kamu dari hidupku ini.... Huhuhu~

PEACE (^^,)