Back To School + Nasi Ayam Pak Mal (^^,)

Monday, March 26, 2012


Salam Isnin (^^,)

Hari ni pepagi lagi dah busy! Orang tua tu pepagi dah mengacau...tambah plak hari ni kan Isnin, so pepagi memang xde mood nak kerja lagi! Tapi nak wat camne, dah namanya kerja kan, terpaksa redha, tahan emosi, tekan kekunci komputer dan angkat gagang telefon sentiasa.

Tapi bukan menda tu nak cerita, tapi pasal kelas semalam. Semalam dah start 1st seminar untuk Part3, as usual @UiTM Kampus Puncak Perdana. Eh², macam sekejap pulak...dah masuk Part3 rupanya. So far....semalam good² je, seems less stress compared last semester! Lecturer pun best² juga! Tapi semalam 1 kelas cancel, sebab lecturer ada emergency case. So, kami berkonvoi 2 buah kereta...menuju ke Ined untuk amek modul! 

Sebenarnya dah siap print e-modul tu. Hahaha...tapi alang² dorang nak pergi amek modul, amek jelah skali kan. Menda free pun...alhamdulillah, stok mencukupi...so, semua dapat modul! 

Keluar dari Ined dengan gumbira, menuju ke Kedai Nasi Ayam Pak Mal. Kedatangan kami disambut sendiri oleh Pak Mal. Masa kami sampai tu, kedai tu memang dah penuh, so..meja kami terpaksa tumpang kedai sebelah. 10 orang makan nasi ayam, riuh rendah mengalahkan berpuluh2 orang customer lain. Hahaha... Korang tahu tak kat mana Nasi Ayam Pak Mal tu? Boleh tahan sedapnya nasi ayam dia...sos dia berbeza daripada nasi ayam tempat lain. FYI juga, Nasi Ayam Pak Mal ni pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dulu, host by Serina Redzuawan. Dah lama kot episod ni. Pak Mal ni sangat humble...mesra pelanggan pulak tu! Datang sembang² dengan customer, siap nak bagi nasi ayam tambah free lagi kat kitaorang. Kedai Nasi Ayam Pak Mal ni dekat Foodcourt Seksyen 11, Shah Alam. Korang pergi la try...


PEACE (^^,)

You Might Also Like

1 person(s) poked me!

  1. yum...nasi ayam...dah lama tak pekena nasi ayam

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe