Ketumbit...ooo...Ketumbit

Tuesday, March 20, 2012


Selamat Malam (^^,)


Tengok gambar kat atas tu! Gambar tu berkaitan dengan entri malam ni. KETUMBIT. Korang pernah kena tak ketumbit ni? Adoyaiiii....Yana sedang mengalaminya! Gatal sehhh... Nak jumpa orang pun dah naik segan! Tapi nasib baik x seteruk mana... Gatal dan memang x selesa! Ketumbit ni dulu katanya sebab 'mengintai anak dara mandi'! Dah saya ni anak dara sendiri pun terkena! Hahaha...ni ayat orang2 tua dulu je! Ada moral value di sebalik kata-kata tu sebenarnya kan~

Jom review beberapa info saintifik pasal KETUMBIT ni :

Ketumbit ni sebenarnya bukan penyakit mata, tapi ianya penyakit kulit. Ketumbit berlaku disebabkan oleh kalenjar minyak yang yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat dan seterusnya dijangkiti kuman.  Ketumbit ni ada 2 jenis iaitu Stye dan Chalazion.

Faktor-Faktor Penghasilan Ketumbit :
  1. Tekanan
  2. Pertukaran Hormon
  3. Menggunakan kosmetik terlalu lama / alat solek yang telah dijangkiti bakteria
  4. Diabetes
  5. Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  6. Kekurangan vitamin dalam badan
Rawatan :
  1. Sapu antibiotik (Kena pergi klinik la)
  2. Petua Orang Tua : Tumbuk bawang putih, ambil 'getah'/air bawang putih dan sapu pada ketumbit tersebut.
  3. Tuam menggunakan tuala bersih dengan air suam.
Korang ada lagi tak petua-petua untuk merawat ketumbit ni?  Haishhh....serius x selesa! Sekarang Yana tengah amalkan guna bawang putih tu! Memang pedih...waaaaa! Tapi tahan jelah. Harap2 ketumbit ni cepat baik dan hilang. Tak nak ada ketumbit dekat mata! Kalau korang ada petua lain, sudi2kan lah berkongsi dengan Yana kat sini k. Tqvm.

Jerawat yang semakin galak menempek kat muka ni + Ketumbit yang gatal membenjol kat kelopak mata ni + Perit tekak mau demam selsema ni (Apakah??? Satu persatu sakit datang! Dugaan apakah yang menimpaku?) Nyah la kamu dari hidupku ini.... Huhuhu~

PEACE (^^,)


You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. Pernah juga kena ni..memang sakitttt...dalam tempoh 3-4 hari juga menahan kesakitan.. bila rukuk atau sujud huh bukan main sakit lagi mata..last2 saya dah tak tahan..saya ambil jarum dan cucuk sedikit bahagian yg ada nanah tu..lepas tu mata saya beransur pulih..betullah kata awak tu...ia memang disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat...^_^

    ReplyDelete
  2. @Cik Zai : X sakit ke Cik Zai cucuk sdiri tu? Mak aiii...ngeri jerk! Hahaha...bahaya jgk cucuk sdiri ni, tkt x terjamin kebersihan, kang x pasal2 bertambah2 kuman, dan makin teruk! Tapi ketumbit Yana ni, alhamdulillah x sakit...cuma gatal je, rasa mcm nak 'rub2' je selalu...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe