Tunggakan Gaji SSM Dibayar Mulai April

Friday, March 23, 2012


Salam Jumaat ~ Gaji Mac 2012 baru je dapat semalam kan? Hurmm..tapi tetap nak cakap pasal gaji bulan depan. Semua Penjawat Awam (PA) tertunggu-tunggu berita pasal gaji baru kan? Yelah...YAB Perdana Menteri dan annouce SBPA dibatalkan dan SSM dibuat penambahbaikan. Tapi saban hari duk tunggu, pekeliling baru belum keluar. So, selagi xada hitam putih, semua PA macam x puas hati kan. Walaupun dah tahu kenaikan 13%, tapi macam² tanggapan keluar, espc pasal cara pengiraan gaji baru tu kan.

Pendapat  peribadi, walaupun kenaikan SBPA lebih banyak daripada SSM baru ni, tapi Yana setuju sangat² SBPA ni dibatalkan. Sebab utama, sesetengah jawatan yang dijumudkan, dan diberi jawatan lain, dan kenaikan sangat banyak. Tapi tengok daripada kualiti kerja individu tertentu, merugikan kerajaan je bagi gaji banyak² tu. Gaji banyak, tapi kualiti kerja x bagus...sangat tidak fair. Ini pendapat peribadi Yana, hasil daripada pemerhatian sekeliling di tempat kerja sekarang.

Alhamdulillah, walaupun pekeliling belum keluar, tapi baru je keluar paper, tunggakan 3 bulan gaji tak termasuk KGT akan mula dibayar pada April 2012. 

Atleast dapatla mengurangkan sikit kegusaran semua PA kan. Tapi tunggakan ni tak termasuk KGT lagi. Berapa percent agaknya kenaikan KGT PA kan? Harap2 ada kenaikanla berbanding tahun2 sebelum ni. Kalau KGT sebelum ni kenaikan dalam RM60.00++ je setahun. Huhu...

Sape nak kira gaji baru? Kira sendiri ikut formula di bawah ni. Sumber : BeritaSemasa
  • Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM983.43
  • Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti
  • PGT Tahunan akan didedahkan kemudian
  • Sumber yang kami perolehi setakat ini, unit kewangan dah memaklumkan di mana bulan 4 ini gaji 13% memang akan dibayar.

PEACE (^^,)



You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe