Follow Me @snm.yana

Tuesday, May 29, 2012

Izara Aishah vs Scha Al-Yahya

Tuesday, May 29, 2012 2 Comments

Salam & Selamat Petang.

Ape pendapat korang tentang perbezaan 2 orang artis ni. 



Gambar Izara yang atas tu adalah shooting untuk Fesyen Musim Panas, dan gambar Scha pulak untuk fesyen ala-ala korea. Nak tengok lagi banyak? Boleh tengok kat IZARA / SCHA @ Beautifulnara. Yana minat kedua² artis ni, Izara & Scha. Tapi....Yana xbley nak terima Scha sanggup pakai macam tu... Huhuhu...sangat sedey bila artis yang kita minat, tampil seksi sampai macam tu! Izara tetap manis & nampak sopan walaupun ada shoot pakai dress. Terus hilang imej sopan Scha di mata Yana. Niat bukan nak banding²kan, tapi biarlah selebriti Malaysia kekalkan imej ketimuran tu.

Eh3...tetiba kuar Fazura. Fazura tetap cantik, sopan & manis. Tahniah kepada Fazura sebab dah launch butik beliau House of Doll, nampak hasil penat lelah beliau selama ni. Lahirnya HOUSE OF DOLL, hasil duit simpanan sendiri, tanpa pinjaman daripada bank, atau tajaan daripada mana² pihak. TAHNIAH. Memang sesuai sangat nama butik tu dengan empunya.

PEACE (^^,)




Part 3 ~ I'm Officially Engaged (^^,)

Tuesday, May 29, 2012 4 Comments
01 Mei 2012 ~ Dah baca tajuk kan? Xde surprise² lagi daaa...sah² la korang dah tahu Yana nak bercerita pasai ape. Hari ni dah 29 Mei 2012, dah hampir sebulan, tapi baru nak update...cite ni dah basi, dah berkulat kot...huhu! Tapi masih fresh dalam ingatanku. Muahahaha... Tapi tak apela, Yana tulis untuk sape² yg sudi baca, bg yang tak sudi, p men jauh² k... (^_____^)

Dengan lafaz bismillah, I'm officially engaged on 1st-of-May-2012. Alhamdulillah...walaupun persiapan last minute, tapi majlis berjalan dengan lancar nya adalah kelam kabut cket, tipu klu ada kenduri yang tak kelam kabut! Tak nak cerita panjang, nak kongsi beberapa keping pixca yang menjadi, sbb kebanyakan pixca tak menjadi. Sebab majlis pertunangan je, so...tak ada la amek pakej posing². Cekedouttt~

Doodle yang ditempah daripada Apit
[ Thanks pada Apit sebab siapkan doodle ni dengan expressnya ]
Hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki
[ Nasib la...pihak lelaki dapat hantaran pink....hahaha ]
Terasa kerdil nya diriku berada di sebelah my future m.i.l
[ My ummi pun kecik je...genetik...hahaha ]
Abaikan mimik muka yang control ayu tu...hahaha.
[ Gambar candid je nampak comel..gambar lain sume failed, nak wat camne..x fotogenik kan!! ]
Muhammad Ifran Danial : My 1st nephew and my lil hero
[ Suka betol posing² ]
Mini Pelamin Anganku Tak Musnah
[ Sebab bridal buat sebijik macam yang Yana nak...puas hati sgt² ]
Thanks Kak Zura @ D'Annese Bridal

Okla, simple saja kan. Tapi puas hati sebab xde plan yang grand² pun, semua yang Yana nak ada...so, sangat² puas hati. Tapi pixca ni semua untuk tontonan rakan² bloggers je, sebab Yana x upload dalam fb/twitter/dll...exclusively for blogger members. (^^,) 

| Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 |





The Last Seminar

Tuesday, May 29, 2012 1 Comments
Salam & Selamat Pagi~

Ekceli tengah menghitung hari sebab weekend ni adalah last seminar, meaning last class untuk this semester. Tapi berdebar² juge sebab assignment banyak lagi yang belum settle. Tengah settlekan assignment yang nak kena submit weekend ney.

Ni adalah group assignment, lecturer bagi pun masa 1st class lagi... Tapi oleh kerana 'komited yang terlampau tinggi'...last weekend baru masing2 sibuk nak siapkan. Wahaaaa....sangat² 'komited' kan!!! Masa orang lain tengah ber'huha²' di Himpunan Jutaan Belia, kami sibuk menembusi jem untuk ke KPWKM untuk buat survey. Nasib baik masa hari Ahad tu ada yang sudi meng'OT'kan diri pada hujung minggu untuk tolong kami buat tugasan ni...

Sempat lagi berpose² dekat ofis orang...nak wat camne, 1st time masuk bangunan KPWKM yang setinggi 38/39 tingkat ni... Tapi kami pergi setakat tingkat 21 jerrr~

Posing depan bilik fail [ Yana & Eija ]

Staf KPWKM yang banyak membantu kami... CHERAS DELIMA nama beliau, unik & cantik nama beliau~
`View tasik...bestnya sambil buat kerja boleh tengok tasik`
Dalam lif...nak balik sudaaa [ Yana, Eija & Kak Is ]
Pose depan pintuk masuk... Credit pada 'Satpam [Guard] yg tolong snap kan picxa ney~
Haha...itu sahaja, kualiti gambar yang x berapa nak ok, sebab tersilap setting mode... Sayang nya... Hurm, sekarang kena sambung buat kerja daaa... Babai & have a nice day diors~

PEACE (^^,)


Segmen FOLLOW Rakan BLOGSPOT

Tuesday, May 29, 2012 2 Comments

Salam & Selamat Pagi (^^,)
Lamanya x update lagi...so, pagi ni nak bw dulu sekejap... Nak lebih mudah, jom join segmen ni~


Nak join jugak? Klik baner @ klik SINI.
PEACE (^^,)


Thursday, May 24, 2012

Adakah Rakyat Malaysia Terutamanya Wanita Mudah Terpedaya?

Thursday, May 24, 2012 5 Comments
Salam & Morninggg my diors...

Pagi ni tatau nak kongsi topik ape...tapi sambil² update ni, duk dengar radio AmKrew kat Hot.fm. Tengah panas pasal isu 'Wanita pilih Warga Asing'. Kalau korang tatau isu pasal ape...boleh baca kat myMetro.

Hot Chat : Merujuk kepada akhbar, walaupun banyak pesanan dan informasi yang diberikan masih wujud lagi kes-kes seperti ini. Macam-macam kes yang berlaku...

Adakah Rakyat Malaysia Terutamanya Wanita Mudah Terpedaya?
~copy paste dari FB Hot.Fm~

X reti la nak komen...tapi macam² cerita yang dorang kongsikan, ada yang negatif, ada yang positif. Tapi Yana xtau la nak komen ape²...pucuk pangkal adalah 'Diri Sendiri'. Tak semua lelaki warga asing tu jahat, dan x semua lelaki warga tempatan ni baik. Betul tak? Yang penting...semua wanita kena lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya pada lelaki, x kisah la warga asing @ warga tempatan. Tapi kalau diberi pilihan pun, Yana tetap memilih lelaki warga tempatan. Orang Melayu tetap jadi pilihan...

Ada je wanita tempatan yang kahwin dengan warga asing dan bahagia jer, ada anak-anak, ada kehidupan yang sempurna. Apa pendapat korang? Hurmmmm~




Wednesday, May 9, 2012

Rindu Sama Dieeee~

Wednesday, May 09, 2012 4 Comments

Salam Rabu & Selamat Pagi. 

Hari ni datang ofis pakai 'spek' sebab stok contact lense dah abes! Haha...x pernah dtg opis pakai spek sebab suka, tp kerana terpaksa! Tersangatla pedih mata bila mengadap PC pakai spek ni. Huhhh..maybe sebab x biasa kan! Nak kena p order stok cepat², dah x tahan daaa...mata pun asek ngantuk jer + rimas! Haishhhh...ok, rungutan ni x berkaitan ngan entri sekarang ni, hanya sebagai mukadimah! *terlebey-sudee*

Sebenarnya tersangat rindu nak tengok cerita Korea, especially cerita yang dicasting oleh pakwe sayeeee, sape lagi klu bukan LEE MINHO *ecehperasanjap*. Oh-hoooo....keinginan tu terpaksa dikuburkan buat sementara waktu. Nak kena fikirkan pasal study dulu. Tapi ati ni melonjak² minta dibuka KimchiDrama @ Maaduu @ seangkatan dengannya. Nasib baiklah kat ofis ni telah diblock laman-laman tu di waktu office hour! Klu x, maunya x mengadap kan! Balik rumah pun badan mesti penat, xde masa nak tengok dah! Huhuuu...boleh tengok gambar-gambar jelah untuk pengubat rindu!



Gambar-gambar ni adalah cover photo yang di'cilok' dari FB Lee Minho (이민호)
10 loves ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ for Lee Minho.

Thousands ♥ for my Incik Tunang. Rindu same my Mr.Yogi sangat².

Tuesday, May 8, 2012

Kembali ke ofiss

Tuesday, May 08, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Pagi.

Hampir 2 minggu x update kat YC ney. Hurmm...hari ni kembali ke ofis untuk kerja setelah hampir 2 minggu cuti. Sepatutnya semalam lagi dah masuk ofis, tp smlm terpaksa amik EL sebab x larat sangat². Perlukan seminggu untuk fully recharged energy ni...haha *mengadalebey*.

Alhamdulillah, majlis pada 01 Mei lepas berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang. Insyaallah kalau ada masa, Yana akan buat entri untuk review majlis E-Day tu k...

Love u alls~