Follow Me @snm.yana

Tuesday, July 31, 2012

Caca Marba

Tuesday, July 31, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Pagi (^^,)

Alhamdulillah...hari ni umat Islam dah sampai ke Ramadhan ke-11. Masing² dah sebok buat persiapan raya, baju raya, biskut raya, duet raya... Radio pun dah siap pasang lagu raya daaaa! Yana? Satu pun belum buat lagi. Baju raya, biskut raya...x beli lagi! Duet raya...x tukar lagi. Tahun ni beraya ala kadar je, mood nak beraya pun kureng cikit tahun ni, sebab kena jimatkan ongkos... Balik daripada raya ni nak kena standby duet untuk bayar yuran pulak! Last week pun baru lepas renew insurans + roadtax, habes RM 868++.  Korang tahu x, mana² pemilik berumur 25 tahun ke bawah, kena bayar extra 15% untuk insurans? Yana baru tahu je...ralatnya sebab lagi 4 bulan baru Yana cukup umur 25 tahun! Huaaaaa.... Kereta pun dah sampai masa kena servis, cuma xada masa terluang lagi nak pergi. Tapi memang kena pergi la sebelum balik kampung ney...untuk perjalanan yang selamat.

Korang macamana pulak? Masing² dah siap ke persiapan raya? Huhuhu... Oh ye, student Degree UiTM, hari Jumaat ni dah keluar result. Hadoiii...rasa macam minggu lepas baru abes exam kan, tapi minggu ni dah dapat result?! (╥﹏╥) Tersangat la awal... Sangat nervous, hopefully semua lulus, baru boleh beraya dengan gembira kan?

Okla, dah penat membebel...nak sambung buat kerja pulak + tengah memikirkan menu berbuka hari ni (っ◕‿◕)っ

p/s : Berbelanjalah dengan berhemah, mengikut kemampuan anda! 

PEACE (^^,)



Thursday, July 19, 2012

Candy Crush Saga on Facebook

Thursday, July 19, 2012 1 Comments

Salam...

Hari ni dah Khamis, malam ni tengok anak bulan! Sape² yang ada teleskop cecanggih tu, boleh la p skodeng anak bulan! Haha...lusa insyaallah semua umat Islam akan mula berpuasa! Cepatnya masa berlalu...rasa macam 2 bulan lepas baru raya! Biskut raya yang tahun lepas pun x habis makan lagi, last skali lemau macam tu, pastu buang! Membazir... Tup² dah nak kena beli biskut raya untuk tahun ni daaaa....

Sape² yang belom abes ganti puasa, pandai²lah yer...x sempat dah nk ganti, arini last day! Esok dah 30 Sya'ban, salah satu hari yang diharamkan berpuasa! Yang mana x sempat, kena double kan hari tu + bayar denda! Kalau tak reti nk kira berapa banyak nak kena bayar, sila call pihak yang berkenaan!

Okla, panjang plak mukadimah tu...padahal nak cerita pasal benda lain. Sekarang tengah menggiler main game CANDY CRUSH! Korang main x? Tak cukup dengan game dlm iPad, ni main game dalam FB plak! Tapi best juga, nampak je mcm game bebudak, tapi sebenarnya mencabar minda! Kena pandai atur strategy...cubalah kalau berani!
 Hahaha...PEACE (^^,)


Tuesday, July 17, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Tuesday, July 17, 2012 1 Comments
Salam & Selamat Pagi (^^,)

The holy month of Ramadhan is just about to come, the most superior month in Islamic Calendar.

 

Mari ramai² kita berdoa :

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

p/s : Sedihnya tak dapat sambut puasa dengan family di kampung. Tak dapat nak cuti...huhuhu~

PEACE (^^,)


Monday, July 16, 2012

I'm Back...

Monday, July 16, 2012 1 Comments
Salam...

Last entri di YC adalah pada 21 Jun 2012! Wahhh..dah hampir sebulan Yana x membebel kat sini. Readers dah la x seramai mana, yang ada pun agaknya sume dah lariii...sbb sume cite kat sini dah basi! Hahaha...kan3???

Hopefully ada lagi yang sudi singgah sepanjang Yana x update ni... Hurmm, ari Jumaat lepas dah selamat 'berperang' dengan 4 final exam paper. Semoga semua lulus...maka x sia² cuti selama 2 minggu kan~

Sepatutnya hari ni, 16 Julai 2012 hingga 19 Julai 2012 kena pergi kursus dekat Cherating, tapi terpaksa tolak sebab mengenangkan keadaan ofis yang sebahagiannya dah jadi 'haru-biru' ni sepanjang 2minggu ketiadaanku di ofis. Huhuhu...macam² cerita pulak dapat dengar hari ni... Ermm...biasalah, berpunca daripada sifat pegawai yang bossy, dengan masalah kekurangan staf, sooo...mmg banyak lah masalah nya!

Mata sangatla mengantuk, kerana terbawa² sindrom stay up ni...malam susah betol nak tido! Mungkinkah mengidap INSOMNIA? Hahaha... Walaupun pagi tadi sampai  lambat kat ofis, tapi hari ni tetap nak balik awal juga, nak qada' tidur yang x cukup ni...

Nanti jumpa lagi...PEACE (^^,)