Caca Marba

Tuesday, July 31, 2012


Salam & Selamat Pagi (^^,)

Alhamdulillah...hari ni umat Islam dah sampai ke Ramadhan ke-11. Masing² dah sebok buat persiapan raya, baju raya, biskut raya, duet raya... Radio pun dah siap pasang lagu raya daaaa! Yana? Satu pun belum buat lagi. Baju raya, biskut raya...x beli lagi! Duet raya...x tukar lagi. Tahun ni beraya ala kadar je, mood nak beraya pun kureng cikit tahun ni, sebab kena jimatkan ongkos... Balik daripada raya ni nak kena standby duet untuk bayar yuran pulak! Last week pun baru lepas renew insurans + roadtax, habes RM 868++.  Korang tahu x, mana² pemilik berumur 25 tahun ke bawah, kena bayar extra 15% untuk insurans? Yana baru tahu je...ralatnya sebab lagi 4 bulan baru Yana cukup umur 25 tahun! Huaaaaa.... Kereta pun dah sampai masa kena servis, cuma xada masa terluang lagi nak pergi. Tapi memang kena pergi la sebelum balik kampung ney...untuk perjalanan yang selamat.

Korang macamana pulak? Masing² dah siap ke persiapan raya? Huhuhu... Oh ye, student Degree UiTM, hari Jumaat ni dah keluar result. Hadoiii...rasa macam minggu lepas baru abes exam kan, tapi minggu ni dah dapat result?! (╥﹏╥) Tersangat la awal... Sangat nervous, hopefully semua lulus, baru boleh beraya dengan gembira kan?

Okla, dah penat membebel...nak sambung buat kerja pulak + tengah memikirkan menu berbuka hari ni (っ◕‿◕)っ

p/s : Berbelanjalah dengan berhemah, mengikut kemampuan anda! 

PEACE (^^,)



You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe