Yuran UiTM Part 4 [ Status : Selesai ]

Thursday, September 27, 2012


Okay...baca tajuk entri pun mesti korang dah taw pasal ape kan?! Walaupun dah basi, tapi nak cerita jugak! Bukan apa...orang lain dah berzaman dah bayar kot! Ada yang dah start kelas minggu lepas lagi...dan dah selamat amik modul kat INED. Tapi Yana punya lambat + malas nak pergi bank, baru pagi tadi terhegeh² nak bayar. Tadi pun bayar guna Bank Islam Internet Banking je...kebetulan semalam sempat pergi bank in kan duit dalam akaun. Kalau tak, sah² belom bayar lagi. Ada sape² tak bayar lagi ker? Kena pegi cepat²...sebab tengok kat website Bursary UiTM tu, due date nya 01 Okt 2012 (Isnin)...minggu depan daaa...

Status Bayaran belum update, sebab baru pagi tadi bayar!

Yuran dah siap bayar, tapi modul tak amik lagi. Mana ada masa dah...ari Ahad ni dah start kelas. Lucky me..survey² portal tadi, ternampak pulak pengumuman ni :- 

Makluman Kepada Semua Pelajar e-PJJ

1) Bagi pelajar kelas seminar yang akan diadakan di INTEC pada 30 September 2012 (Ahad), pelajar boleh mendapatkan modul-modul berikut di Bilik Gerakan e-PJJ Bilik 104, Tingkat 2, Blok T, INTEC UiTM Seksyen 7 Shah Alam.

Senarai Modul -->> Klik Disini.

2) Pelajar dikehendaki membawa slip pendaftaran kursus dan slip bayaran untuk mendapatkan modul tersebut.

3) Bagi kursus selain daripada yang tersenarai, pelajar perlula mendapatkan modul berkenaan di Dwelling 6, Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam. Sila bawa bersama slip pendaftaran kursus dan slip bayaran untuk mendapatkan modul.

Harap Maklum.
Last Updated on Thursday, 27 September 2012 10:15

Hahaha...so, xpayah susah² fikir nak pergi amik kat INED, ari Ahad ni boleh pergi amik kat INTEC jer! Alhamdulillah...hari ni Allah kurangkan lagi 1 beban Yana (^^,) Mood : Happy!

**Updated [ 28 September 2012 ]

Yeayy...dah update STATUS BAYARAN


You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe