Follow Me @snm.yana

Wednesday, October 31, 2012

5 Tips Bijak Pengguna Blackberry

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
Untuk semua pengguna Blackberry, sila angkat tangan *walaupun_x_nampak*. Yana pakai Blackberry juga (Model : Torch9800). This coming December, 20th...genap 2 tahun pakai BB Torch ney. Hari ni Yana nak sharing 5 tips bijak untuk pengguna² Blackberry. Tips ni adalah tip asas yang sangat penting, untuk memastikan BB kekal bijak dan sihat! Haha... Mungkin dah ramai yang amalkan tips² ni, tapi yang belum tahu..jom tengok :-

  • Bersihkan Event Log - Blackberry anda akan menjejaki semua perkara secara multak dalam usaha untuk membantu prestasi melalui proses 'debugging' dan 'troubleshooting' yang digelar Event Log. Jika anda membersihkan secara berkala Event Log ini, ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah prestasi smartphone yang lambat agar berkelajuan yang diinginkan.
    Caranya : Ikon Skrin Utama [Home Screen], tekan dan tahan kekunci ALT dan pada masa yang sama taip aksara 'LGLG'. Menu skrin Event Log akan ditunjukkan. Tekan kekunci Menu dan pilih 'Clear Log'. Kemudian pilih 'Delete' untuk mengesahkan sebelum menekan kekunci ESCAPE untuk kembali ke Skrin Utama.
  • Beralih Antara Program - Untuk lebih memudahkan serta menambah kelincahan penggunaan BB, anda boleh bertukar-tukar program pada BB tanpa perlu melakukan banyak gerakan.
    Caranya : Tekan dan tahan kekunci ALT dan butang ESCAPE pada masa yang sama. Teruskan menekan kekunci ALT dan gunakan bebola untuk tatal ke program yang anda inginkan. Lepaskan kekunci ALT apabila anda telah selesai.
  • Tutup Sistem Secara Automatik - Untuk menutup sistem BB secara automatik. Bukan sahaja boleh menjimatkan bateri, malah tidak perlu kerap reboot secara manual ataupun mencabut baterinya.
    Caranya : Klik pada ikon Options dan pilih Auto On/Off. Pilih Enables daripada menu drop-down bersebelahan Weekday dan seterusnya tetapkan masa yang anda inginkan. Klik butang Menu dan pilih Save setelah selesai.
  • Pelayar Web Perlahan? - Mudah saja, kosongkan dan padamkan Cache untuk peningkatan konsistensi pelayar Web anda.
    Caranya : Klik pada ikon pelayar web anda terlebih dahulu. Klik kekunci Menu dan pilih 'Options'. Pilih 'Cache Operations' dan klik 'Clear History'. Seterusnya klik pada butang 'Clear' di  bawah. Jawab 'Yes' bila ditanya mengenai mengosongkan 'Pushed Content'. Apabila selesai, klik ESCAPE beberapa kali untuk kembali pada pelayar web.
  • Padam E-mel @ Mesej - Sesetengah pengguna BB tidak tahun cara untuk memilih dan memadamkan kesemua emel @ mesej secara serentak.
    Caranya : Untuk memadam berdasarkan pada hari tertentu, gerakkan dan pergi kepada penyataan tarikh dalam mesej atau emel anda. Tekan butang Menu dan pilih 'Delete Prior'.

Sumber : Majalah PC [Keluaran Ogos 2012]

Let's Counting The Day

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
5.20 pm : Hari ni 31 Oktober 2012, hari terakhir untuk bulan Oktober 2012. Cepatnya masa bergerak! Esok dah masuk bulan November. Bulan November, banyak betul hari-hari yang perlu diraikan. 17 November 2012, maka akan genap 25 tahun Yana hidup di atas muka bumi ni... Insyaallah... 

My Wedding Worksheet
Tapi sebenarnya nak counting hari-hari untuk membuat persiapan majlis kawen tahun depan! Insyaallah 01 Jun 2013. Start esok, dah kena slow² buat persiapan apa yang patut! Buku ni Yana buat sendiri, dan dinamakan 'My Wedding Worksheet'. Dalam ni lengkap kalendar mulai November 2012 ~ Jun 2013, bajet untuk perkahwinan, checklist persiapan mengikut bulan...dengan harapan tak ada yang akan tertinggal nanti, terutamanya perkara-perkara yang penting.

Sesiapa yang nak rekomen bridal, juruandam, supplier for goodies, atau nak bagi cadangan pape...memang sangat² diharapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan ni. Insyaallah...

Babai (^^,)



Jenis-Jenis Rawatan Gigi

Wednesday, October 31, 2012 6 Comments

Salam & Selamat Petang (^^,)

Korang tahu tak kat mana klinik gigi yang bagus dan harganya berpatutan? Ermm...Yana dah lama nak bercadang nak buat rawatan gigi. Tapi sebenarnya takut nak pergi, dah lupa bile last jumpa dentist. Kenala buat rawatan bagi menjamin gigi sihat untuk jangka masa panjang. Cehhh... Cadangnya nak buat scaling + bleaching. Tapi kat mana yang okay yer? Nak pergi klinik pergigian kerajaan? Berbulan² baru dapat buat appointment. Nak pergi klinik swasta, tapi kena juga lah ikut bajet kan?

Jom survey Jenis-Jenis Rawatan Gigi :
  1. Cuci gigi a.k.a Scaling : Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
  2. Tampalan/Simen a.k.a Filling : Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
  3. Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT) : Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
  4. Sarung gigi a.ka. Crown : Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
  5. Jambatan a.k.a Bridges : Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
  6. Gigi Palsu a.k.a Denture : Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
  7. Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture : Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)
  8. Tanam Gigi a.k.a Implant : Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
  9. Cabutan a.k.a Extraction : Hanya apabila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
  10. Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching : Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
  11. Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement : Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
  12. Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic : Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
  13. Mouth guard /Splint : Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut
Ada terjumpa rawatan kat Klinik Pergigian Zahida @Shah Alam. Harganya okay, kategori berpatutan juga lah. Banyak juga servis kat klinik ni. Bila agaknya baru ada masa nak buat rawatan ni yer... Ada juga terjumpa entri dari belog Sumayyah Nadhirah, pasal Klinik Pergigian Mesra @Dengkil. Macam okay juga. 

Mode : Masih dalam dilema (◐.̃◐) 



Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Wednesday, October 31, 2012 0 Comments
Selamat Petang  (^^,)

Dah lama x update belog ni. Rindu juga nak update Yanfie's Cottage. Tapi jangan tamak..yang satu ni pun jarang berupdate. Almaklum la, minggu lepas start cuti 24hb sehingga semalam! Hari ni baru masuk kerja. Nak buat macamana, kat kampung susah nak dapat line tenet, yang betul² penting, terpaksa la menagih simpati orang... Kalau dulu, xpe...pakai broadband senang, balik kampung pun still boleh online! Sekarang pakai wifi, susah nak angkut ke sana ke sini. Kebaikan dan keburukan_broadband vs. wifi. Haha...

Oh...nak update pasal Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ney. Orang lain dah berabad dapat agaknya, tapi Yana baru dapat minggu lepas (^^,) So, eksaited je lebih. 


Opss...Yana punya 1 je, yg lagi 2 member punya. Banyak juga company yg join venture, banyak dapat diskaun! 1st target sekarang, nak buat cermin mata @Focus_Point! Yesss...banyak betul diskaun untuk cermin mata. Jom survey...Laman Web KDS1M .
 

Tuesday, October 16, 2012

Yeayyy...dapat yang baru!!!

Tuesday, October 16, 2012 0 Comments

Selamat Pagi all (^^,)

Wuhuuuu...semalam dapat berita yang menggembirakan! So...hari ni pepagi lagi dah bersemangat nak bangun tido. Semalam staf dari Epi Centre @Pavillion dah call minta datang amik iPad. Yeayyy....rindu sama iPad, dah lebih seminggu tanpa beliau.

Dan yang lagi best, dia gantikan yang baru, bukan repair yang lama. Wehuuu... Malam ni jugak paksa Mr.Yogi temankan g Pavillion! Opss...bukan paksa, beliau sentiasa meng'offer'kan diri beliau dengan rela! (☞゚ヮ゚)☞ ☜(゚ヮ゚☜)

Credit Pic : IconArchive



Monday, October 15, 2012

Untitled : 1

Monday, October 15, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Petang,

Dah hampir seminggu tak membebel! *me_lazy* Mood malas² dah datang balik dah! Mungkin sebab banyak perkara dah berlaku, dah berlalu... Pejam celik cepat je masa berlalu. Perkara yang perlu diselesaikan, patutnya dah selesai.. Perkara yang akan berlalu, dah pun berlalu...

Petang macamni, mata asyik nak pejam jer... Last week x dapat rest yang cukup! Bestnya kalau dapat tido seharian! Entri petang ni tatau nak letak tajuk ape...so tulis 'Untitled' jelah! Mungkin lepas ni lebih banyak entri yang bertajuk 'Untitled' bakal muncul, sebab tu Yana letak no. 1. (っ◕‿◕)っ Oh ya...sekarang jam 4.15pm, korang tengah buat ape yer? Buat homework? Buat kerja? Rajinnya korang! Yana tengah berangan... ♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪┏ ( ) ┛♪

Hahaha...macamana rumah impian korang erk? Salah satu ciri penting untuk rumah idaman Yana, adalah 'view from the window'! Korang pernah terfikir tak nak view yang macamana? Ce pilih...





Haaa...yang ni pulak pilihan Yana. Apa pendapat korang?


Wahhh...best kan kalau ada rumah yang ada pemandangan macamni? Haishh...suka berangan! Rumah sendiri pun belum mampu lagi nak ada...boleh pula demand² nak pilih view macamni. Alaa...berangan je pun, xde yang salah! *Berangan_kan_free* Ada tak rumah yang ada view macamni kat Malaysia? Damai nya kalau dapat view macamni.. Betol x? Mehla cuci² mata pada waktu petang ni... *ubat_hilangkan_ngantuk*

p/s : Lepas dah habis taip entri ni baru je terfikir, boleh letak tajuk entri ni "View From Window"! Kan3x...Haha (^^,) It's too late~


Monday, October 8, 2012

Kagum a.k.a Impressed

Monday, October 08, 2012 0 Comments

Salam Isnin..

Dah Isnin yer? Cepatnya...macam baru je semalam hari Jumaat, baru feeling² nak rasa weekend! Hahaha... Dah banyak hari x update rupanya kan! Busy ker? Apa yg busy pun tatau...sebab assignment dah banyak berlambak, x start buat lagi tu...camne?! (^^,)

Olivia Manning, 12, from Liverpool, has been accepted into Mensa after scoring 162 on her IQ test.
Olivia Manning, 12, from Liverpool, has been accepted into Mensa after scoring 162 on her IQ test.

Petang ni rasa macam nak update pasal Olivia Manning. Korang tahu kan pasal budak ney? Ye...Yana taw dah basi, tapi x salah kan nak cerita jugak? Kagum gile kot ngan budak ni, baru je 12 tahun kot, tapi tinggi IQ dia, dah mengalahkan Alber Einstein & Stephen Hawking. Macamana erk dia leh jadi genius? Comel pulak tu... X pasal² masuk lam kategori 1% manusia paling bijak di dunia. Haishh..jawapan dia, salah satu sebab adalah anugerah kan? Salah satu anugerah daripada Tuhan. Harap² bila dia dah besar esok, dia x salah gunakan anugerah tu...

p/s : Sebut orang genius, apa cerita budak pintar Adiputra erk? Dah lama x dengar berita pasal beliau.

Babai (^^,)



Tuesday, October 2, 2012

Bila Mood Malas Menguasai

Tuesday, October 02, 2012 0 Comments

Salam & Selamat Petang ~ 2nd day [Status : Berjaya] Target WP1 Di Bulan Oktober

Hahaha...actually tak ada kena mengena dengan entri petang ni. Tapi hari ni memang berjaya datang awal, malah lebih awal daripada semalam walaupun semalam selepas jam 3.00am baru boleh melelapkan mata. Tapi hari ni mood malas tahap maksima! Malas gile nak buat kerja...menyebabkan kerja-kerja dalam kategori less priority, tertangguh... Hanya melaksanakan kerja-kerja urgent sahaja!

Kadang² tahap kesabaran untuk bekerja dengan orang yang hanya tahu 'jual air liur' je, mencapai tahap maksimum. Pandai bercakap je..tapi kerja? 1 haram pun x reti nak buat... Kalau mulut tu seiring dengan tangan & kemahiran, xpelah juga kan!

Mode : Nak lepaskan geram 
http://2.bp.blogspot.com/-OiSfyTfOKag/Tko4iTWV0-I/AAAAAAAABT0/hFdYQt8oVW4/s1600/tumblr_l6zak9dDn51qc 

p/s : Frust la hari ni..bab pagi² dah dengar berita kat radio, student bujang yang berumur 21 tahun ke atas tak layak dapat BR1M 2.0 tu! Huhu! Macamana dengan kami yang berstatus separuh bekerja / separuh student ney?
 




Monday, October 1, 2012

30 Fakta Menarik Tentang Wanita

Monday, October 01, 2012 2 Comments
Untuk pengetahuan semua, terutamanya kaum Adam :-


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

SUMBER : Blog Pakar Cinta

Sent from [Yana_Mohamed] iPad


Emosi Di Malam Hari

Monday, October 01, 2012 0 Comments
Salam. Emosi malam ni x berapa stabil pulak. Rasa x sedap hati...tatau kenapa! Banyak memikirkan masalah agaknya! Hurmm....setiap kali ada masalah, selalu berangan untuk tinggalkan Malaysia, dan menetap kat overseas! *negara luar tgh bergolak dan x selamat, tp sebok nk g stay kat sana, apa kes?*

Okay..just ignore angan2 tu! Tak boleh nak tido...kepala pening n loya, tetiba! So..update ringkas je utk malam ni. Hadoiii... Tak suka (100x). Hopefully esok dapat bangun awal

Babai n good nite.

Sent from [ Yana_Afi_Mohamed ] BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Walk For Health 2012 @KPPK on 29 September 2012

Monday, October 01, 2012 2 Comments

01 Oktober 2012 ~ Salam & Selamat petang! Hari ni dah masuk bulan Oktober, cepat je masa berlalu kan? Target Yana untuk bulan Okt ni...konon nak masuk WP1. Ape tu? WP a.k.a Waktu Peringkat...WP1 tu masuk 7.30pagi lah kan! Insyaallah...Yana akan cuba sehabis baik, segigih boleh untuk bangun awal dah datang ofis sebelum 7.30pg. Amin~

Okay...bukan nak cerita pasal WP tu. Hari tu Yana ada selitkan intro pasal Walk For Health 2012 anjuran KPPK tu kan? Kalau korang ada baca...perasan lah! Cuma nak sharing beberapa keping pic yang sempat kitaorang snap sepanjang hari tu. Check 'em out~


Sebelum memulakan program berjalan kaki! Saya sudah sangat bambam (^^,)
With : Jac / Chacha / Wino / TT

Di pertengahan jalan, sempat stop untuk snap pic berlatar belakangkan Prime Minister's Office (Perdana Putra)
Taken by : Chacha



Sedang berjalan secara poyo-poyoan
Taken by : Chacha

Sedang gembira snap pic, tetiba Thailand tourist nak bergambar dengan kami (^^,) Kami femes sekejap. Kalau dorang publish gambar ni kat Thailand, kami jadi femes tanpa dirancang! Hahahaha...
Taken by : Chacha
p/s : Chacha banyak jadi photographer, so...empunya diri x banyak ada dalam gambar! Cian beliau. Thanks btw (^^,)

Have a nice day. 
Warm Regards, ♥ YANA ♥


1st Seminar @INTEC, Seksyen 17, Shah Alam

Monday, October 01, 2012 1 Comments

Semalam dah start kelas untuk semester baru. Kelainannya, semester ni semua kelas @INTEC, Seksyen 17, Shah Alam. Tetapi lepas melalui kelas pertama @INTEC, kami mula merindui Puncak Perdana. Haha...walaupun Puncak Perdana lebih jauh daripada INTEC, tapi kami lebih menyukai Puncak Perdana. Hahaha... Sebabnya? 

  • 1st, sebab INTEC sangat crowded kerana lokasinya sangat sempit! 
  • 2nd, nak parking pun bukan main susah lagi. 
  • 3rd, dalam kampus xada tempat makan! Ada 1 tempat tu, tapi sangatlah sempit, hanya boleh muat 20 orang je kot...so, terpaksa keluar dari kampus untuk mencari makan tengahari. 
  • 4th, surau nya sangat jauh dari kelas kami... Kebetulan, semalam hujan...pergh, dugaan! Terpaksa meredah hujan, dengan ihsan member, dia sanggup tunggu kami solat, sbb kebetulan tumpang kereta beliau untuk mencari makan! Thanks Siti Zubaidah a.k.a Zubect, jasamu akan dikenang (^^,). 
  • 5th, kemudahan dan kelengkapan dalam bilik kelas, sangat tidak memuaskan. Kurang fasiliti @ bahan mengajar untuk lecturer, projecter takde.

Itulah antara sebab-sebab utamanya setakat ni. Tapi ada yang gembira juga, sebab nampaknya lecturer semester ni sumenya okay, best, sporting. 

  • BEL462 ~ Reading & Critical Thinking (Lecturer : Dr. Isme Roha Mohamed Jais)
  • BMD451 ~ Mandarin II (Lecturer : Lee Sek Yui)
  • OSM456 ~ Internet & Web Designing (Lecturer : Sharidatul Akma Abu Seman)
  • OSM501 ~ Management Of Administrative Records II (Lecturer : Dr. Ramlee Abdul Rahman)

Alhamdulillah...nanti xada la stress sangat setiap kali menanti hari nak ke kelas. Next seminar on October 14th, 2012.