5 Tips Bijak Pengguna Blackberry

Wednesday, October 31, 2012

Untuk semua pengguna Blackberry, sila angkat tangan *walaupun_x_nampak*. Yana pakai Blackberry juga (Model : Torch9800). This coming December, 20th...genap 2 tahun pakai BB Torch ney. Hari ni Yana nak sharing 5 tips bijak untuk pengguna² Blackberry. Tips ni adalah tip asas yang sangat penting, untuk memastikan BB kekal bijak dan sihat! Haha... Mungkin dah ramai yang amalkan tips² ni, tapi yang belum tahu..jom tengok :-

  • Bersihkan Event Log - Blackberry anda akan menjejaki semua perkara secara multak dalam usaha untuk membantu prestasi melalui proses 'debugging' dan 'troubleshooting' yang digelar Event Log. Jika anda membersihkan secara berkala Event Log ini, ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah prestasi smartphone yang lambat agar berkelajuan yang diinginkan.
    Caranya : Ikon Skrin Utama [Home Screen], tekan dan tahan kekunci ALT dan pada masa yang sama taip aksara 'LGLG'. Menu skrin Event Log akan ditunjukkan. Tekan kekunci Menu dan pilih 'Clear Log'. Kemudian pilih 'Delete' untuk mengesahkan sebelum menekan kekunci ESCAPE untuk kembali ke Skrin Utama.
  • Beralih Antara Program - Untuk lebih memudahkan serta menambah kelincahan penggunaan BB, anda boleh bertukar-tukar program pada BB tanpa perlu melakukan banyak gerakan.
    Caranya : Tekan dan tahan kekunci ALT dan butang ESCAPE pada masa yang sama. Teruskan menekan kekunci ALT dan gunakan bebola untuk tatal ke program yang anda inginkan. Lepaskan kekunci ALT apabila anda telah selesai.
  • Tutup Sistem Secara Automatik - Untuk menutup sistem BB secara automatik. Bukan sahaja boleh menjimatkan bateri, malah tidak perlu kerap reboot secara manual ataupun mencabut baterinya.
    Caranya : Klik pada ikon Options dan pilih Auto On/Off. Pilih Enables daripada menu drop-down bersebelahan Weekday dan seterusnya tetapkan masa yang anda inginkan. Klik butang Menu dan pilih Save setelah selesai.
  • Pelayar Web Perlahan? - Mudah saja, kosongkan dan padamkan Cache untuk peningkatan konsistensi pelayar Web anda.
    Caranya : Klik pada ikon pelayar web anda terlebih dahulu. Klik kekunci Menu dan pilih 'Options'. Pilih 'Cache Operations' dan klik 'Clear History'. Seterusnya klik pada butang 'Clear' di  bawah. Jawab 'Yes' bila ditanya mengenai mengosongkan 'Pushed Content'. Apabila selesai, klik ESCAPE beberapa kali untuk kembali pada pelayar web.
  • Padam E-mel @ Mesej - Sesetengah pengguna BB tidak tahun cara untuk memilih dan memadamkan kesemua emel @ mesej secara serentak.
    Caranya : Untuk memadam berdasarkan pada hari tertentu, gerakkan dan pergi kepada penyataan tarikh dalam mesej atau emel anda. Tekan butang Menu dan pilih 'Delete Prior'.

Sumber : Majalah PC [Keluaran Ogos 2012]

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe