Jenis-Jenis Rawatan Gigi

Wednesday, October 31, 2012


Salam & Selamat Petang (^^,)

Korang tahu tak kat mana klinik gigi yang bagus dan harganya berpatutan? Ermm...Yana dah lama nak bercadang nak buat rawatan gigi. Tapi sebenarnya takut nak pergi, dah lupa bile last jumpa dentist. Kenala buat rawatan bagi menjamin gigi sihat untuk jangka masa panjang. Cehhh... Cadangnya nak buat scaling + bleaching. Tapi kat mana yang okay yer? Nak pergi klinik pergigian kerajaan? Berbulan² baru dapat buat appointment. Nak pergi klinik swasta, tapi kena juga lah ikut bajet kan?

Jom survey Jenis-Jenis Rawatan Gigi :
  1. Cuci gigi a.k.a Scaling : Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
  2. Tampalan/Simen a.k.a Filling : Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
  3. Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT) : Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
  4. Sarung gigi a.ka. Crown : Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
  5. Jambatan a.k.a Bridges : Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
  6. Gigi Palsu a.k.a Denture : Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
  7. Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture : Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)
  8. Tanam Gigi a.k.a Implant : Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
  9. Cabutan a.k.a Extraction : Hanya apabila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
  10. Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching : Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
  11. Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement : Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
  12. Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic : Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
  13. Mouth guard /Splint : Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut
Ada terjumpa rawatan kat Klinik Pergigian Zahida @Shah Alam. Harganya okay, kategori berpatutan juga lah. Banyak juga servis kat klinik ni. Bila agaknya baru ada masa nak buat rawatan ni yer... Ada juga terjumpa entri dari belog Sumayyah Nadhirah, pasal Klinik Pergigian Mesra @Dengkil. Macam okay juga. 

Mode : Masih dalam dilema (◐.̃◐) 



You Might Also Like

6 person(s) poked me!

  1. The newspapers help readers to get the hottest updated and
    happenings around the world. It familiarizes us with the world and people
    who are making history. Hindi Samachar is entertaining millions of people with incredible reports,
    events, information and gossips. For documentation purposes
    and additional interest, be sure to include the banner including the name of the news publication, as well as the date section.
    The dishes and ingredients differ slightly from region to region, with each region having their own specialties.


    my blog :: click here

    ReplyDelete
  2. lepas cabut gigi tu , boleh pasang selalu ke immediate denture tu ? ke kena buat appointment dulu baru cabut gigi ? please

    ReplyDelete
  3. lepas cabut gigi tu boleh pakai selalu ke immediate denture tu ? ke kena buat appointment dulu ?

    ReplyDelete
  4. Immediate denture is not gigi palsu sementara but gigi palsu serta merta. It will be fitted as soon as the tooth has been extracted on the same day. It avoids having missing tooth area (rongak) after extraction. In my practice, it is a preferred way of putting a denture. However, I would prefer to suggest that the patient does root canal treatment followed by composite filling. Please refer to my blog - kpbestarishahalam.blogspot.com for more information. Thank you.

    ReplyDelete
  5. slm,kos untuk resisi gusi berapa ya?

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe