Let's Counting The Day

Wednesday, October 31, 2012

5.20 pm : Hari ni 31 Oktober 2012, hari terakhir untuk bulan Oktober 2012. Cepatnya masa bergerak! Esok dah masuk bulan November. Bulan November, banyak betul hari-hari yang perlu diraikan. 17 November 2012, maka akan genap 25 tahun Yana hidup di atas muka bumi ni... Insyaallah... 

My Wedding Worksheet
Tapi sebenarnya nak counting hari-hari untuk membuat persiapan majlis kawen tahun depan! Insyaallah 01 Jun 2013. Start esok, dah kena slow² buat persiapan apa yang patut! Buku ni Yana buat sendiri, dan dinamakan 'My Wedding Worksheet'. Dalam ni lengkap kalendar mulai November 2012 ~ Jun 2013, bajet untuk perkahwinan, checklist persiapan mengikut bulan...dengan harapan tak ada yang akan tertinggal nanti, terutamanya perkara-perkara yang penting.

Sesiapa yang nak rekomen bridal, juruandam, supplier for goodies, atau nak bagi cadangan pape...memang sangat² diharapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan ni. Insyaallah...

Babai (^^,)



You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe