Follow Me @snm.yana

Thursday, December 20, 2012

Life Is Complicated

Thursday, December 20, 2012 1 Comments

Salam.

Hari ni tak adalah sangat benda yang nak sharing ngan korang. Sebab mata dah mamai, mood nak mengarang tu ada, tapi tak ada idea nak mengarang ape...

Malam ni just nak mengomel2 benda mengarut2 jer. Sekarang ni kat ofis, xda masa langsung untuk bersantai2, men fb sambil minum, atau buat keje sambil mengupdate belog, atau online fb sambil berborak2, bertweet sampai tatau nak cakap ape... To be honest, keje kat ofis baru ni berdabel2 busy nya. Okay...sangat penat. Sampai rumah, rasa nak tido jer...walaupun dah tido ikut time, tapi badan rasa x cukup rest jer. Then, pegi ofis dengan keadaan fizikal & emosi yang lemau! *Okay...jangan nak merungut! That's ur choice then...nothing to do, do not complaining*. Bla...bla...bla...

Personal matter pun tercetus time ni...dan2 je, ngan bebanan kerja yang overload, ada pula masalah dengan pasangan, rasa serabut kan.  Yana jenis yang suka memendam perasaan..tak pandai nak share masalah peribadi walaupun dengan bestfren sdiri. Bila ada masalah, suka berdiam diri...suka mengelak daripada bersemuka. Tindakan tu langsung tak betul ker? Bila berdiam diri...rasanya hati lebih tenang, but the other side...i'm hurting a lot. Masalah pun tak boleh nak diselesaikan. Berdiam diri...tak bermakna mengalah. 

I terribly miss my childhood....life for play, going to school, riding the bike, meeting some friends, play again, watching tv, laughing everyday without problems, no doubt with any choice & the most important, we do not have any prior responsibility to commit. 

Bila sampai satu masa untuk melangkah ke satu fasa baru, persoalan ni selalu bermain2 di fikiran, "Mampu ke aku pikul semua tanggungjawab?". Tapi orang kata, selagi ditunggu, sampai bila2 pun tak kan bersedia. Kita akan bersedia dengan sendirinya bila waktu itu berlaku. Yes...complicated. Kadang2 sangat takut... I'm gonna be a single woman for the rest of my life, may I? Fuhhhh... Do I regret? Sometimes it just happen...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

*Credit to : Artikel iluvislam.com

Selamat Malam *20.12.2012*


Thursday, December 13, 2012

Officially Transferred To KPWKM

Thursday, December 13, 2012 5 Comments
Alhamdulillah...berkat usaha yang tidak putus dan doa kepada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan mungkin, akhirnya proses pertukaran Yana ke KPWKM telah selesai. Surat kelulusan dan pertukaran daripada JPA telah selamat diterima di tangan sendiri (walaupun agak sadis kerana surat tu kena pergi collect sendiri di JPA!) Tapi x apa lah, mungkin lebih berkat bila kita berusaha sendiri, daripada menerimanya daripada orang lain.

Surat JPA bertarikh 10 Disember 2012, dan pertukaran berkuatkuasa 11 Disember 2012. Macam pelantikan my boss pula, berkuatkuasa dalam 24jam kan? Hehehe... Apa pun bersyukur sangat2 sebab dah selesai, xada la terkontang-kanting kat ofis tu sejak 'pool di admin', kejap ke sana, kejap ke sini, menunggu masa untuk dicampak ke mana2 bahagian yang memerlukan. Berkat usaha call JPA directly untuk percepatkan proses pertukaran, akhirnya berjaya!

Sebab kalau korang nak tahu, biasa surat penempatan dari JPA perlu berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari (2minggu). Tapi kes Yana ni special sikit, special request daripada bos...so dapat berkuatkuasa dalam 24 jam. 

11.12.12 (SELASA) ~ Semalam telah selamat melapor diri sebagai staf baru di KPWKM. Lepas tu terus balik ke ofis KeTTHA untuk punggah semua barang2. Hihihi....banyak juga barang setelah 5 tahun menetap di Pejabat Timbalan Menteri KeTTHA. (^^,) Terpaksa pinjam van ofis untuk punggah barang2 tu semua. Lastly, sempat jumpa beberapa orang teman rapat untuk say goodbye. Semua terkejut sebab pindah secara drastik. Hehehe...I pun terkejut hokei...x sangka plak surat pertukaran berkuatkuasa 24 jam! Hati ni sayu juga  nak berpindah....tp cekalkan hati dan berfikiran positif jer...

Santekkk Gambar Ni!!!
Gambar Ehsan Daripada : sayadankamerasaya.wordpress.com

12.12.12 (RABU)  ~ Harini officially masuk kerja sebagai staff KPWKM. Masih pening2 lagi dengan keadaan ofis baru (KPWKM) tu. Terlampau besar....daripada ofis lama yang hanya mempunyai 7 tingkat, berpindah ke ofis baru yang mempunyai 38 tingkat! Perghhh....sebulan pun belum tentu dapat khatam sume bahagian kat bangunan ni... Insyaallah, Yana akan cuba yang terbaik. Sahabat2 semua...jangan lupa datang melawat Yana di ofis baru ni yer!!!

p/s : Nak juga ada cerita di sebalik tarikh cantik yang terakhir ni... 12/12/12 !

PEACE (^^,)




Monday, December 10, 2012

iPhone 5 @Blue_Cube : OUT OF STOCK

Monday, December 10, 2012 0 Comments
iPhone5 !!!! Dah lama gile penantian kot! *Padahal bukan nak beli sekarang pun*.  Actually, memang berangan2 untuk memiliki iP5 ney...lagipun BB Torch yg Yana guna sekarang memang dah genap 2 tahun usianya...hehehe! Cuma standby beli iP5 untuk dijadikan barang hantaran! Cewahh...demand btol. Tapi siyess...memang terkejut yg amat bila buka website Celcom...tetiba semua 32GB & 64GB (Black & White) dah OUT OF STOCK hokeiiii....

Nampaknya...memang ramai menunggu ketibaan iP5 ney kan... Oleh sebab Yana ni pengguna Celcom Postpaid, so...survey kat Celcom jelah. Di Maxis Yana x sure pula kalau masih ada stock. Oficially iPhone5 ni akan berada di Celcom & Maxis pada 14 Disember ney kan... Masing2 berebut booking... 

Tapi xpela...bagi la peluang kat orang lain yang memang nak beli sekarang... Yana beli lambat2 cket pun xpe...sebab majlis masih berbaki 5 bulan lebih lagi. Silap2 nanti sampai masa Yana nak beli...tetiba masa tu iPhone5S keluar pulak! Kehkehkeh.... Berangan!!!

Pic ni di'printscreen' pada hari ni (10 Disember 2012 )!!! Believe or not... Perghhhh...

Have a nice day dior (^^,)






Friday, December 7, 2012

Kursus Team Building KeTTHA

Friday, December 07, 2012 2 Comments
3 Dis - 5 Dis 2012 lepas, Yana join Kursus Team Building anjuran ofis, bertempat di D'village Resort Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Sepatutnya tarikh kursus ni pada 20 Nov - 22 Nov 2012, tapi ditunda pada tarikh 3 - 5 Dis 2012. Alhamdulillah, berpeluang join kursus ni... Total, baru 6 hari attend kursus wajib untuk tahun ni, balance lagi 1 hari je lagi.

D'village Resort Melaka ni terletak berhampiran dengan Taman Buaya & Zoo Melaka. Fasiliti bilik yang kami dapat ni x berapa memuaskan, sbb banyak alatan yang rosak. Rating 2.5/5. Tapi rasanya ada bilik / chalet lain yang lebih bagus kat resort, cuma kami xdapat...maybe sebab dah ramai yang booking dulu (cuti sekolah) @ harganya di luar bajet kursus. Hahaha... But, trust me...the food is really great! Delicious! Puas hati sangat2 ngan makanan kat c2. Rating 4/5. 

Kat resort ni ada swimming pool, maybe sebab tu ramai yang datang ke resort tu. Musim cuti sekolah, swimming pool pun penuh. Lagipun lokasi resort ni memang sangat strategik, banyak aktiviti ekstrem yang boleh kita buat. Contoh, paintball, abselling, canopy walk, aktiviti di tasik, dan banyak lagi. Tapi kitaorg x dapat buat semua aktiviti tu, sebab x dpt kebenaran ketua jabatan untuk buat beberapa aktiviti ekstrem.

Kitaorg dapat main paintball, orietaring, canopy walk. And guess what? Kami dapat peluang main ZORB BALL. Wahhhh....the special one!!! Jom review beberapa keping gambar, ihsan beberapa orang teman.





Water / Blue Team Members. Yeayyy...we're the team winner! Thanks guys.
With Cikgu Jinggo (one of our trainer)

The best picture during this course!!! ZORB BALL

p/s : More great picture from Kak Liza a.k.a our official photographer for this course....will sharing soon.

Bye, Have a nice day (^^,)