Follow Me @snm.yana

Monday, December 30, 2013

Felixia Yeap : Non-Muslim Model Telah Berhijab

Monday, December 30, 2013 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, lagi sehari dua 2013 nak melabuhkan tirai. Masih diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tahun 2014, insyaAllah. Hari ni pulak 30 Disember 2013, ulangtahun ke-6 'coupled' dengan Mr.Yogi, walaupun baru kahwin hampir 7 bulan. Bersyukur sebab masih kekal hingga ke hari ini.

Macam² perkara berlaku dalam tahun 2013. Tahun 2014...semoga diberikan kesihatan yang baik, dan yang paling penting, dikurniakan zuriat & dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Nak share video temuramah Felixia Yeap di tv Al-Hijrah. Alhamdulillah...dalam proses berhijrah. Semoga Allah terus membukakan hati Felixia Yeap untuk berhijrah sepenuhnya. Orang cantik yang menutup aurat, berlipat2 kali ganda terserlah kecantikannya.


Sekian. (^^,) Selamat Tahun Baru 2014

Monday, December 23, 2013

Suasana Pejabat Di Hujung Tahun

Monday, December 23, 2013 0 Comments

Salam & Selamat Petang,

Selamat terus bekerja untuk semua yang kena kerja. Haha...termasuk diriku ini. Tapi ramai kan yang cuti hujung tahun ni. Ofis pun jadi suramm & sunyi jer.. Huhu... Nak cuti jugak! Nak cuti jugak! Big boss and officer semua pun pegi cuti. J e l e s!!! J e l e s!!!

Anyway, pegawai suruh je cuti seminggu, tapi baik ati punya pasal...cakap nak duk ofis je, nak settle kan apa yang patut! Kau mampu ker? Claim yang melambak² nak buat...sempat ke nak siapkan semua??? Huahuahua...sekarang sampai sudah menyesal cakap gitu! Uhuk²...

Buat kerja, pasang lagu kuat²...opis ni gue yang punya! Muahahahaha. Aerosmith, Maddie Jane, Ariana Grande, Taylor Swift, One Direction...semua dah berapa kali khatam kat youtube arini~



PEACE (^^,)



Thursday, December 19, 2013

Sabda Rasulullah s.a.w Tentang Anak

Thursday, December 19, 2013 1 Comments

Pagi tadi buka facebook, ada sorang kawan share pasal Sabda Rasulullah s.a.w Tentang Anak.
Rasa macam bagus untuk dikongsi sesama kita.


Insyaallah, akan mengingatkan diri sendiri. Kami masih lagi berharap pada rezeki yang satu  ni, mungkin belum sampai masa lagi menerima rezeki yang satu ni. Semoga dipercepatkan oleh Allah s.w.t

Sharing is Caring (^^,)


Monday, December 16, 2013

Trip to Menara TM HQ

Monday, December 16, 2013 0 Comments

Minggu lepas 10hb Disember 2013 (Selasa), kami and the geng (all classmates) dengan lecturer skali, Puan Marlita Mat Yussof ada buat trip pegi Menara TM HQ kat KL, yg menara cantik tu. He3... Yang ni untuk subjek OSM554(Office Networking & Telecommunication System). Actually, date tu last minute je dorang bg, asyik duk postponed² byk kali. Last skali...hari trip tu terpaksa EL. Ha3~

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum pergi tu dah discuss with the gang nak pergi ramai² dengan train, *rombongan cik kiah*. He3...skali terbangun lambat, terpaksa la minta Incik Hubby tolong hantar. Seb bek dia taw jalan shortcut, sempat smpai tepat pada masanya. He3...klu jalan KL, serah je pada Incik Hubby, memang kepala dia macam GPS. (^^,)
Konon bajet boleh g melawat bilik server la ape la, skali TM ni boleh tahan strict peraturan dia, certain² place je boleh g tengok...bilik server kompem xleh masuk. Kami di bawa masuk ke bilik staf2 Customer Service TM (tu pun dari jauh je boleh tengok), dan yg paling penting, mmg xleh amik gambar dalam bilik tu. Pegawai yang incharge tu memang dah warning kami awal2 taw, klu tertangkap amik gambar, dia akan halau dan nama terus kena blacklist kat TM! Ada bran??? Hehehe...

Btw.....we enjoy and had fun during the trip. Ni fist time ada study trip sejak blaja kat UiTM. Seronok..walaupun awal² tu geng kami adalah geng 'pembangkang' untuk idea trip taw. Tp it's okay...kami ikut majority jer. Menda dah sebulat suara, we follow the flow je lah kan. Ha3...

Ni dah selepas abis trip...sempat berpose² untuk kenangan (^^,)





Love ♥ dis pixca da most (^^,)
Ada lagi ni sorang x cukup korum...Kak Is xdpt join. Huhu3...klu x dh complete geng kami a.k.a 'Gengnam'

Nota Kaki : Derma klik kat Tabung Holiday Yana. Ada Note 3.


Friday, December 13, 2013

I n s t a g r a m

Friday, December 13, 2013 1 Comments

Darls~

Lets exchange I n s t a g r a m link.

Instagram
@yana_afi

Daaaa~ 


Monday, December 9, 2013

Genap 6 Tahun Berkhidmat

Monday, December 09, 2013 0 Comments

Salam (^^,)


Alhamdulillah...9 Disember 2007 ~ 9 Disember 2013, maka genap 6 tahun berkhidmat untuk Negara Malaysia. Bila fikir ke belakang, pejam celik, pejam celik...dah 6 tahun. Sekejap je rasa. Tapi bila fikir ke hadapan...huhu, masih jauh perjalanan dalam perkhidmatan awam ni. Atleast 30 tahun lagi ada masa untuk serve as government servant. Meaning, lambat lagi nak PENCEN! Ha3... 5 tahun berkhidmat di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air, sekarang genap setahun di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekarang dalam tempoh nak menghabiskan degree, mana taw ada rezeki esok², dapat tukar position kan. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, azam baru xmau lagi berada di position yang sama, as a PA.

Di sektor swasta PA antara orang yang paling penting dalam agensi, dan sangat dipandang tinggi oleh orang lain. Tapi sebaliknya di kebanyakan agensi kerajaan, PA di layan seperti orang-orang biasa jer. Sewenang² diarah buat itu dan ini. Dan kadang² orang tak nampak kerja² yang kami buat. Walaupun kami berhempas pulas untuk atur dan pantau semua perjalanan kerja bos. Ini bukan di semua tempat okay. Ini hanya pengalaman dan pendapat peribadi. And the most important reason, adalah kerana skim PA ni agak limited untuk kenaikan gred taw? N17-N27-N28-N32-N36. Ikut time-based, berbelas tahun baru leh naik gred taw! So, that's why teringin nak bertukar profession. Rasanya nak melangkah setapak ke hadapan. X salah kan???

Anyway, Selamat Berkhidmat Untuk Negara kepada semua rakan² seangkatan yang lapor diri pada hari yang sama 6 tahun lepas. Especially, yang pergi kursus induksi sama² di INTAN Kluang, Johor. Hehehe (^^,) Mish u all~


Wednesday, December 4, 2013

Kesejukan

Wednesday, December 04, 2013 0 Comments
Banana Split + Hot Green Tea with Lemon
Banana Split + Hot Green Tea With Lemon
#homemade

Selamat Petang (^^,)

Petang2 macamni biasa minum air sejuk @ ais. Tapi sejak musim hujan ni...asyik kesejukan kat ofis, x kira masa kan. Kuku pun bertukar kaler jadi kebiruan. Tapi perut selalu rasa lapar...misi DIET pun ntah terpesong ke mana.

Terbayang2 hot green tea lemon kat rumah. Waaaaa.....x sabar nak balik!!!!

Sent from Samsung Mobile

Tuesday, September 17, 2013

Kelaparan di petang hari

Tuesday, September 17, 2013 1 Comments
17-Sept-2013 | 5.49 petang ~ Masih di ofis tgu bos yang tak siap meeting lagi. Entri sebelum ni cakap nak cari makanan sementara bos meeting kan, tapi jam gini makanan pun blom nampak lagi... Harapan tinggal harapan jerr... Hari ni tetamu x putus2 lagi sejak pagi.

Bos yang sepatutnya chair mesyuarat jam 2.30 petang tadi, tapi jam 4.25 petang tadi baru masuk. Hu3... Kecian kat ahli mesyuarat, mesti 'keras' menunggu dalam bilik meeting. Urusetia sampai 'lebam2' menelefon tanya. Den dah tatau nak jawab perrr... My boss x pernah pulak x punctual sampai macam tu...mungkin sebab urusan yang xboleh nak tangguh, sebab esok dia dah p outstation, ke Bangkok 3 hari. 

Me tengah kelaparan, pewot dah masuk anginnn...makanan x masuk, angin je yg masuk lebeyyy.. Incik Husband jam 5.20 petang tadi lagi dah menunggu kat bawah tu... Keciannn :'( Tapi apa kan daya, inilah tugas PA. Selagi bos x balik...jadilah penunggu ofis!!!

NO!!! Actually I'M NOT ON A DIET! Now.....I'm terribly STARVING!!!
**Masa masih di sekolah menengah dulu, suka tulis novel sendiri, hanya untuk melepaskan stress/ tension belaja. Tapi semuanya separuh jalan...tempat berakhirnya novel² tersebut adalah di dalam tong sampah! Sekarang BFF salah sorang novelis, ehem²...dah jadi sumber inspirasi plak!





Monday Blues 17 September 2013

Tuesday, September 17, 2013 4 Comments
Salam semua...

Hari ni sebenarnya rasa nak membebel je kat belog ney...tapi tatau nak tulis tajuk apa. Semalam Hari Malaysia kan? 3 hari cuti....tapi rasa macam badan penat jugak, x puas rehat. Hujung bulan ni dah nak start semester baru, dat means....kena pegi kelas lah. Dah la semester ni budak2 PJJ ni dicampak nya ke UiTM Puncak Alam. Satu hal plak nak kena menapak ke kampus hujung dunia tu! Kesian kami budak2 PJJ ni, dicampak ke sana...dicampak ke sini... Urrmmm.... Lately ni tersangkut plak dengan drama Korea "Empire of Gold". Dan2 je cuti semester kemain lama...tapi tak pula nak hadap sebelum ni. Kelas dah nak start ni...mula la menggedik nak melayan drama Korea plak. Korang layan x? Semua ada 24 espisod. Tapi skrg dekat tv baru episod 13. Dengan tabah tengok online...dah habis 22 episod, tinggal lagi 2. Sempat la habis sebelum kelas kan? He3 (^______^)


Owh..minggu lepas hari Sabtu seharian kat KL, menemani Incik Husband yang uruskan projek  company dia, dgn BFF beliau...dari pagi sampai malam. Seharian menghabiskan masa dengan BFF beliau, anak dan isteri beliau. Dari Setiawangsa => Ampang => Midvalley. Last sekali sebelum balik sempat lagi pekena Char Koay Teow Mali's Corner di Taman Bunga Raya, Setapak. Favourite tu...

#FayyadArfan (anak BFF Incik Husband cum anak angkat kami)
This is Fayyad's real Papa. He3.... Faliq

Hari Ahad, seharian di rumah....urusan rumahtangga pulak. Kemas rumah, mandikan my babies (anak-anak kucing), iron baju untuk seminggu, masak n berehat. Semalam pulak, teringin nak makan Nasi Padang Kampung Baru. Semata2 nak makan menda tu, pergi KL. Lepas tu terus pergi beli barang dapur dekat Giant Seri Kembangan. He3...tempat favourite untuk beli barang dapur.

Sekian suda bebelan untuk hari ni...penat & lapar. Nak pergi cari makanan sementara bos tengah meeting.

Regards (^^,)


Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013M/1434H

Wednesday, August 28, 2013 1 Comments


Salam 15 Syawal 1434H bersamaan 22hb Ogos 2013,

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lagipun masih ramai lagi yang tgh busy buat open house kan? Sape yg buat open house area Putrajaya, jgn lupa jemput taw!!! (^^,)

Tahun ni tahun pertama berhari raya sebagai Puan Yana. Eceh2… Alhamdulillah, masih mampu menangani semua masalah yang datang. 2 hari berpuasa di rumah Family In Law (FIL), dan 2 hari berpuasa di rumah family sendiri.

1st & 2nd day of Syawal…masih di rumah family di Kelantan. Petang hari raya ke-2, incik husband balik ke rumah family di Terengganu untuk tolong family buat persiapan majlis kami pada hari raya ke-4.  3rd day of Syawal, malam tu balik ke rumah FIL, dihantar oleh Kak Ngah dan abang ipar. Pergi sehari sebelum majlis, sebab booked jurumekap a.k.a Zul MUA jam 8.00 pagi. Risau tak sempat sampai. Lagipun musim raya ni, biasa jalan jem. Paham2 sudeee…. Traffic jammed di tempat lain nothing to compare dengan traffic jammed di Kelantan. Betol x??? Especially musim perayaan dan musim cuti sekolah! OMG…mengalahkan KL hokeyy… Sesape yang pernah mengalami pasti tawww….

Alhamdulillah 4th day of Syawal, berlangsung majlis di rumah pihak lelaki. Semuanya berjalan lancar. Seawal 10.00 pagi dah ramai yang datang ‘Sesi Mengenal Menantu’! Itulah yang dorang panggil kat Terengganu. Majlis ni secara sederhana saja sebab FIL buat bersekali dengan majlis tahlil untuk arwah atuk dan nenek. So…kira majlis ni dipanggil Majlis Kesyukuran bukan Walimatul Urus. Family sampai selepas waktu Zohor, sebab jalan jammed lah!!! Gerak jam 9.00 pagi tapi sampai lepas Zohor… Biasa dari Kuala Krai ke Kuala Terengganu hanya amik masa 2 jam sahaja.

Again….Alhamdulillah, semua majlis sudah selesai. Hilang 1 beban di bahu. Lepas ni focus pada keluarga dan study jer… Doakan yang terbaik untuk Yana yer (^^,)

Dean & Yana | 01 Jun 2013

TQ & Have a nice day genk...


 



Tuesday, August 27, 2013

Thursday, July 18, 2013

Senarai Menunggu Kuarters Kelas E

Thursday, July 18, 2013 2 Comments

Siapa yang tengah apply kuarters? Actually, Yana memang dah duduk di kuarters Kerajaan, sejak tahun 2009 lagi. Tapi tahun lepas, Yana ada buat rayuan...untuk pertukaran kuarters, sebab rumah sekarang 'Kelas G' sedangkan kelayakan Yana 'Kelas E/F'. Fokus rayuan tu, untuk dapatkan rumah teres (Kelas E). Tapi permohonan rayuan tu ditolak, sebab utamanya belum berkahwin, walaupun dah lebih 3 tahun duduk rumah Kelas G tu.

So, tahun ni apply lagi...mencuba nasib. Tambah pula, dah cukup 1 syarat lagi...iaitu dah berkahwin. Tiap² hari check no.giliran kat Portal BPH. Tapi nombor giliran sampai sudah x naik²... Tahun lepas angka giliran masih bawah 1000+++, tapi tahun ni dah jadi 2000+++. Memang bermimpi lah nak dapat kannnn... Apa pun masih tengah berusaha. Hari ni check lagiii...

Jawapan nya...

 Oooo...sistem senarai menunggu tengah dinaiktaraf. So...hati ni berbunga², bertambah² berharap. Semoga ada perubahan no.giliran lepas ni. Diri ini masih sabar menunggu....



Mood Mengarang 'Diculik'

Thursday, July 18, 2013 0 Comments

Salam 9 Ramadhan 1434H/2013M,

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua teman² bloggers. Bulan baik, kena banyakkan berbuat baik. Semoga segala ibadah kita di bulan Ramadhan ni akan diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah...amin~

Sebenarnya dah lama mood nak mengarang / mengepost / mengupdate / kat belog ni menghilang. X pasti la melarikan diri ke, diculik ke, menyorok ke, pergi holiday kerr...ha3! Tapi bila dah lama stop, then nak mulakan balik macam susah. Tak tahu nak mula dari mana.

Selama hampir 26 tahun hidup di bumi Allah s.w.t. ni, rasanya tahun ni tahun yang paling cepat masa berlalu. Mungkin kerana terlalu banyak peristiwa bersejarah dalam tahun 2013 ni kan. Sejak bertukar status kepada puan, dah hidup berdua...rasanya masa lagi pantas berlalu. Mungkin dah tak sama hidup macam masa bujang dlu. Hidup berdua ni, lagi banyak aktiviti yang kena dan perlu buat kan. 

Masa bujang, nak makan ke tak nak makan ke....nak masak ke xnak masak ke....nak basuh baju ke, xnak basuh baju ke...nak kemas rumah, xnak kemas rumah....nak tido awal ke, nak tido lambat ke.....dan banyak lagi, sumenya kita yang tentukan 100%. Tapi sekarang dah berubah, setiap tindakan yang kita buat tu, mesti mengambil kira keperluan incik suami kan. Nak tak nak, kena buat jugak....dah jadi tugas seorang isteri.

Sekarang dalam proses menyesuaikan diri untuk hidup dalam fasa baru. Banyak lagi yang kurang, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Semoga Allah merahmati hidup kami berdua dan memudahkan setiap urusan kami. InsyaAllah...

Wassalam (^^,)




Monday, April 22, 2013

Promosi Sempena PRU13

Monday, April 22, 2013 15 Comments

Salam & Selamat Petang.

Sekarang jam 4.53petang, tapi dah macam jam 7.00petang. Mendung, mau hujan. Minta maaf pada semua readers, sbb Yana jarang sangat update. Alhamdulillah, masih ada yang sudi singgah walaupun Yana jarang update. 

Petang ni nak share pasal promosi DY Green Boutique. Tempias PRU13 ni.....so, DY Green Boutique telah mengadakan Jualan Promosi Sempena PRU13. Harga promosi ni hanya sah sehingga 05 Mei 2013 (Hari Mengundi) sahaja! So...jom cepat, selagi stok masih ada k...

DY Green Boutique : FB Page / Blog Rasmi


Monday, April 15, 2013

DY Green Boutique

Monday, April 15, 2013 0 Comments

Salam.

Dah lama sangat Yana x update. Kemalasan tahap tertinggi rasanya... *Berdoa dalam hati semoga semua kekusutan ni cepat² berlalu. Terlalu banyak dah yang berlaku, sampai x sempat nak bercerita. Minta maaf sangat kat readers semua...agaknya korang sume pun dah muak sebab Yana asyik duk merungut erk? Ha3...

Selagi semua ni belum berlalu, keadaan akan berterusan macamni lah kan. Busy yang teramat² untuk settlekan persiapan kahwin + kena hadap assignment & classes. Semester ni agak berat berbanding semester lepas. Seriusss...'berat' dengan tekanan tugasan & presentation. Setiap subject ada presentation, siap dengan roleplay and report. Penat sehhh...

Apa pun, Yana cuba amik dugaan ni sebagai dugaan daripada Allah s.w.t. Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan." [65:7]

Owh..hari ni sebenarnya nak share pasal DY Green Boutique. Ni butik online Yana sendiri. Baru nak berjinak² dengan online business. Kalau ada masa, jemput²la cuci mata sambil shopping k... Boleh tengok di FB Page DY Green Boutique @ Blog DY Green Boutique


Semuanya murah² & cantik². Sekarang ni memang tengah popular dengan baju manik² kan. Tapi nak tempah jahit manik, of course sangat mahal, belum campur kos beli kain + upah jahit. Betul x? Harga yang Yana tawarkan ni rasanya memang dah berpatutan. Baju kurung moden (Cotton + Beading), diimport dari Vietnam. Stok dah tak banyak...ada beberapa saiz saja yang tinggal. Jangan lupa singgah k... Have a happy shopping.




Monday, March 25, 2013

Back To School

Monday, March 25, 2013 3 Comments

Salam.

Yana nak update entri ni sekejap...curi masa lunch cket. Kalau x, mmg x ada masa nak update. Hari tu dah selamat daftar course untuk semester 5. Dapat group EOSM5A untuk semua subjek. Alhamdulillah....tak payah nak tukar² kelas. Settle part daftar course Part 5!

Lepas tu dah selamat bayar yuran. Semester ni credit hour x banyak sangat, 10.0 jam kredit jer, so..yuran xdela mahal sangat. Awal² lg dah ketepikan untuk duit yuran. Risau last² minute x cukup duit kan. Al-maklum la, x amik pinjaman, semua tanggung sendiri. Check kat Bursary UiTM, dalam masa 24 jam dorang dah update da status bayaran, "Telah Dibayar". Settle part yuran...
Then, Jumaat lepas pagi² lagi 'lari' pergi INED, nak pergi amik modul & Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk tahun 2013. BB1M 2012 dah selamat guna yer... 
Ada member² yang dah guna BB1M 2013 ni.. Katanya tahun ni BB1M ni strict cket la. Kalau dulu, beli je apa² pun kat kedai buku tu...kalau nak borong RM250 untuk beli stationery saja pun boleh! Tapi tahun ni, sorry la... 80% untuk buku², dan lebihan 20% lagi baru boleh beli menda merapu². termasuk stationery. Ha3...tapi tengok kedai juga lah. Ada yang ok, ada yang tak. So...skrg tengah menimbang tara nak beli apa guna BB1M ney... Korang macamana plak?

Owh yer...semalam dah mula 1st seminar untuk semester ney. Semester ni macam berat cket la...walaupun credit hour x banyak, tapi berat tang assessment tu, hampir semua subject ada presentation plak dah. Ada yang siap kena buat roleplay lagi. Haishhh...hati ni dah risau lah! Memikirkan Seminar 5 (2 Jun 2013 ) nanti kena skip 1 kelas, sebab kenduri 1 Jun 2013. Mana sempat nak rushing balik Putrajaya untuk attend that class. Mood : SEDIH!!!




Renungan Bersama

Monday, March 25, 2013 0 Comments

Renungan bersama...

  • Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
  • Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Tuesday, March 19, 2013

B2B : Part 5 [ DIY TASBIH ]

Tuesday, March 19, 2013 15 Comments

Salam.

Hye...seperti yang dijanjikan, Yana nak cerita pasal projek DIY. Owh...ni DIY yang pertama Yana nak cerita. Last week survey barang² yang sesuai untuk letak dalam goodies bag tetamu. Yana tak letak berapa bajet untuk 1 goodies tu, asalkan berpatutan. Lama juga fikir nak letak barang apa, sebab nak cari barang yang orang selalu guna dan of course bermanfaat la kan.

Kebetulan hari tu ada singgah kat GM Klang, memang ramai kot orang yang jual batu², glass pearl tu. Macam² kaler, macam² design ada. Tapi masa tu tak singgah pun kedai² macam tu, sebab rambang mata. Atlast, terfikir nak hadiahkan TASBIH untuk tetamu. Tengah trend sekarang kot...bagi cenderahati TASBIH. Yesss....dapat idea. Dalam goodies bag letak gula², jajan & TASBIH. Dah ramai guna Yassin letak dalam doorgift kan? So...Yana pilih TASBIH. Okay...memang hajat di hati nak buat sendiri semuanya. Perghhh...standby dalam 800pcs. Untuk VIP pulak, standby dalam 50pcs. 

Yana tak survey banyak kedai pun. Dalam otak macam fikir...mesti harga lebih kurang sama je semua. Lastly kaki ni terus melangkah ke sebuah kedai sorang pak cik ni. Sebelum ni pernah lalu depan kedai dia, dengar dia bercakap...menarik perhatian! *Kah²...okay, ikut kata hatimu!*

Pak Cik & Isteri dia sangatla peramah, terus membahasakan diri dia dan isteri sebagai Abah & Mak. Alahaiii...pandai dia amik ati. Meh tengok harga² yang Yana survey kat Abah tu...

  • TASBIH biasa tu dijual dengan harga RM8.00/pcs. Kalau nak buat tempahan | 500pcs ke bawah = RM5.50/pcs | 500pcs ke atas = RM3.50/pcs | 1000pcs ke atas = RM2.50/pcs. 
  • TASBIH special dijual dengan harga RM50.00/pcs. Jumlah lain x tanya pun sebab mahal sangat! Ha²...
Oleh sebab tu, Yana terus buat keputusan nak buat sendiri. Mak dah tolong buat kira², kalau nak buat 800pcs, kos modal untuk DIY tasbih tu hanyalah RM1.50/pcs. See??? Banyak gile beza harga kan? Sebab bila dah beli banyak², setiap barang tu dapat 1/2 harga. Yang lagi best..sape² yang tatau nak buat, Abah boleh terus ajar buat sampai pandai! *Free Rapid Lesson* Simple je step dia...Incik Tunang cuba buat, terus menjadi. Abah cakap LULUS!!! (^^,)

Detail Abah & Mak explain satu persatu bahan² yang perlu untuk buat tasbih. Terus borong barang² nak buat TASBIH. Glass Pearl, Pendant, Stopper...macam² istilah baru kenal. Ni semua hasil borong kat kedai Owh...Yana rasa tak perlu kot nak tunjuk cara² nak buat, sebab dah banyak tutorial DIY TASBIH ni, just google & search jer. Dalam Youtube pun berlambak dah tutorial. Salah satu kat belog Kriyalea ni, simple and easy step...boleh cekedout sendiri okey. 


Yang ni hasil usaha semalam, lepas balik terus buat sambil tengok tv. Dapat siapkan 25pcs TASBIH. Lenguh juga nak buat ni...espc tang nak masuk stopper yang kecik tu. Perlu ada tahap  K E S A B A R A N yang tinggi. He3... Cantik kan? Hopefully akan digunakan sebaik mungkin oleh tetamu yang terima cenderahati ni. Amin...

Blood Test

Tuesday, March 19, 2013 0 Comments

Salam.

Hari ni baru masuk kerja, semalam EL (Emergency Leave). Ha3...EL tanpa kebenaran kot erk? Kebetulan badan memang betol² penat lepas travel balik ke 2 buah kampung weekend lepas. Seriusss...penat sebab perjalanan yang jauh sangat. Paling kecian Incik Tunang la terpaksa menjadi drebar, driver berjam² tanpa henti. Plus...banyak betul dugaan sepanjang perjalanan. Dengan hujan lebat sepanjang jalan, tayar buat hal...pecah kat tengah² highway. Owh...sebut pasal tayar, aritu baru je lepas buat Major Service, bayar RM500++ , tapi boleh plak pusat servis tu tak check tang tayar. Pusat servis yang dimaksudkan adalah, Proton Service Centre @Rawang. Seriuss...dorang buat dajal. Selama 4 tahun pakai kereta Proton, selama 4 tahun juga servis kat pusat servis Proton, tak pernah dapat service yang seteruk kat Rawang. Tulah kali pertama dan kali terakhir nak servis kat Rawang. Sebelum ni biasa pergi kat Pusat Servis Proton @Shah Alam tu, dan boleh kata pusat servis yang terbaik pernah Yana guna. *Nasi sudah jadi bubur...dah selamat tukar tayar dah pun*.  

Okay..berbalik pada cerita...alang² sudah amik EL, Yana pun buat keputusan untuk pergi ke klinik untuk amik darah. Hari tu kan Yana ada cerita pasal 'Darah Tak Stabil'. So, semalam pergi amik darah. Nasib baik nya pergi lewat sikit, dalam pukul 12.00 tengahari. Kalau pergi awal pagi, memang tua la menunggu turn. Sbb semalam ramai betul buat ujian darah. Ditemani Incik Tunang, bila taw Yanak nak pergi klinik...dia pun sibuk nak hantar, terus amik EL jugak. Ha3...dah la masa amik darah tu, macam² di tanya kat nurse tu. Mengalahkan suami yang risaukan bini yang tengah pregnant jerk! Feuhhhhh....semalam dapat lagi lebam inject, tapi yang ni tangan sebelah kanan plak. Tapi...keputusan ujian darah tu akan dapat dalam tempoh sebulan sebab darah tu akan dihantar ke makmal Hospital Serdang. Lambat lagi la... Terpaksa tunggu jela... *Sebelum terlupa, buat reminder kat fon dulu*! Hopefully...takde apa² masalah dengan darah Yana. Amin~

Okay...setakat ni dulu. Next entry...Yana nak cerita pasal projek DIY yang Yana tengah buat sekarang ni. Tunggu yer... (^^,)





Friday, March 15, 2013

B2B : Part 4 [ Dummy Kad Kawen ]

Friday, March 15, 2013 0 Comments

Salam.

Yahooo...harini dah Jumaat. Lepas kerja terus balik kampung with Incik Tunang. X sabar...walaupun balik sekejap jer... Malam ni dah boleh tido atas tilam empuk di kampung halaman. Cewahhhh...esok pagi kena settelkan appoinment dengan Bridal, petang terus balik ke Terengganu, rumah Mama a.k.a my future mother in law...bermalam kat sana pula! Hu3...beria mengajak tido kat rumah, tak sampai ati pula untuk say 'No'. Lagipun kena bersikap adil dengan Incik Tunang. Dah dikira nasib baik beliau sudi jadi 'drebar' untuk balik kampung. *Okay_lembut_ati*.Katanya Ahad pagi nak pergi beli barang, set bilik tidur semua tu. Alahaii..Mama belum pape lagi dah suruh bakal menantu dia pilih semua benda tu *Blushing*

Opss...ni nak cerita pasal kad kawen. Kitaorang pegi tempah kat Pesona Z'Kay, kedainya kat Plaza Metro Kajang, level LG. Hurmm..sebenarnya main terjah je kedai tu. 1st, pergi terjah kedai Kad-Kadkahwin.com yang dekat Bangi tu. Tapi kat kedai tu x buat design yang Yana nak tu. Design kad yang guna 'inlay' (yang 2 lapis tu). Dia hanya buat printing kad kahwin yang macam kartun tu, macam2 design kartun dia buat. Lastly...pergi terjah kedai Pesona Z'Kay tu. Alhamdulillah, hajat tercapai. Lepas dah pilih design, dalam masa seminggu...dapat dummy. Lepas dah confirm dummy tu...dalam masa 18 hari bekerja, siap la kad tu. Cekedouttt...


Inilah semua draf (dummy) yang akak kedai tu buat. Adalah silap 1/2 benda, tapi dah betulkan balik. Jangan terkejut, Yana dan Incik Tunang memang buat asing² kad jemputan, sebab tempoh masa yang agak jauh antara 2 majlis. Tak sabar rasanya nak tunggu kad ni siap awal bulan depan. Yuhuuuu....




Thursday, March 14, 2013

B2B : Part 3 [ Wedding Checklist ]

Thursday, March 14, 2013 0 Comments

Salam.

Hari ni bermalas2an je kat ofis sejak pagi. Ni amik masa dulu nak update entri, before nak pegi solat zuhur plak. Masa ngah menaip ni, azan baru berkumandang di corong speaker ofis. Sebelum terlupa, nak buat full wedding checklist. Risau, setiap hari berlalu dengan pantas. Banyak lagi persiapan yang belum siap. Kadang² jeles jgk ngan cerita B2B yang banyak buat DIY untuk majlis dorang. Siyess jeles...tapi Yana xdpt la nak buat banyak DIY, sbb kekangan masa..

Jom buat Full Wedding Checklist :-
  • Warna Tema : Baby Blue & Purple ~ Done
  • Lokasi Majlis : Masjid Kampung & Home Sweet Home ~ Done
  • Wali : Ayah & Abang ~ Done
  • Tok Kadi : Tok Imam kampung ~ Done (Booked already)
  • Kursus Kahwin : 2010 ~ Done
  • HIV Test : 07 Mac 2013 ~ Done
  • Borang Kebenaran Nikah ~ Menunggu Borang Encik Tunang siap
  • Kad Jemputan : Tempah di Pesona Z'Kay ~ Done on April 5th, 2013
  • Doorgift (Tetamu) : 700pcs ~ DIY ( Masih dalam proses..assist by Angah )
  • Doorgift (VIP) : 100pcs ~ (1/2 Done) Masih dalam proses 'survey'
  • Doorgift Box (Tetamu) : 700pcs ~ Done
  • Doorgift (VIP) : Masih dalam proses survey
  • Bridal (Baju Sanding/Pelamin/Meja Beradap) : Gee Bridal ~ Done (Booked already)
  • Photographer : Rasydan Ishak ~ Done (Booked already)
  • Khemah : Ayah & Umi punye task ~ Done
  • Catering : Gotong-royong (keluarga & jiran tetangga) ~ Done
  • Kain Pasang (Family) : 5x2pasang (10pasang/orang) ~ Done
  • Kain Pasang (Pengapit) : Belum pilih pengapit ????
  • Bilik Pengantin : DIY beberapa sebelum majlis
  • Guest House / Homestay (Family Incik Tunang) : Belum boooked

Majlis Akad Nikah ( 01 Jun 2013 : 11.00 pagi )
  • Baju Nikah : Tempah with my tailor ~ Done on early of April
  • Tudung : Masih dalam proses 'survey'
  • Make-up : Gee Bridal ~ Done
  • Hantaran : DIY (9 dulang) ~ Done (couple day before majlis)
  • Veil : Bridal pinjamkan ~ Done

Majlis Persandingan ( 01 Jun 2013 : 12.30 tengahari )
  • Baju Sanding ( 1 pasang ) & Aksesori : Gee Bridal ~ Done
  • Pelamin : Gee Bridal ~ Done
  • Meja Beradap : Gee Bridal ~ Done

Majlis Bertandang ( 11 Ogos 2013 )
  • Segala persiapan masih belum dibuat. Majlis pada 11 Ogos 2013. Hoyeahhh....banyak masa lagi untuk buat persiapan.     

Hantaran (From Bride to Groom)
  1. Jam Tangan ~ Done
  2. Kasut ~ Done
  3. Belt / Wallet ~ Done
  4. Buku (Ilmiah/Agama) ~ Done
  5. Perfume / Bodycare ~ Masih dalam proses 'survey'
  6. Gadget : iPhone5 ~ Beli pada Mei 2013
  7. Cookies : Famous Amos ~ Akan dibeli before balik kampung
  8. Coklat/Manisan : Ferrero Rocher ~ Akan dibeli before balik kampung
  9. Pulut Kuning ~ Tempah di kampung

Hantaran (From Groom to Bride)
  1. Mas Kahwin + Barang Kemas ~ Done
  2. Tepak Sirih ~ Done
  3. Al-Quran ~ Done
  4. Handbag : Guess ~ Done
  5. Jam Tangan : Guess ~ Done
  6. Perfume / Skincare : Masih dalam proses 'survey'
  7. Gadget : iPhone5 ~ Beli pada Mei 2013

Okay...setakat ni dulu checklist yang ada. Masih memikir kalau² ada yang tercicir. Hadoiii...tengok pada list, banyak lagi yang tak settle. Tak campur dengan doorgift yang kononnya semua nak DIY. Hahaha... wait up for Part 4. Daaa...