Follow Me @snm.yana

Thursday, February 28, 2013

Kad Rekod Latihan 2013

Thursday, February 28, 2013 1 Comments

Salam (^^,)

Semalam tak sempat nak update pape. Kesahnya semalam ada mesyuarat untuk semua PA di ofis. Nama je mesyuarat, tapi sebenarnya Latihan Pra Persediaan Bagi Peperiksaan Kenaikan Pangkat Setiausaha Pejabat. Semua PA dah apply ker? Tahun ni ada 5 sesi. Yana dah apply bulan lepas, dapat Sesi 1 pada 13 Mac 2013 ni. Kalau belum apply, sila apply kat Web Kompetensi JPA ney okay... Lulus ke gagal ke soal no.2, yang penting jadikan pengalaman yer!

Owh yer....latihan semalam dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. So..dalam 8 jam. Boleh dikira sebagai 1 hari kursus. So...hari ni begitu eksaited nak update Kad Rekod Latihan, kira 1st day kursus untuk Tahun 2013 ney...balance lagi 6 hari la!



PEACE (^^,)


Wednesday, February 27, 2013

Craving For Sushi

Wednesday, February 27, 2013 0 Comments
Adoyaiiii....mata tak mao lelap plak! Dahla esok kena sampai awal kat ofis... Flight Officer nak kena settle lg...kalau dah kuar waran mati dia kena bayar penalti. Hamekkk....sape suruh last minute tak jadi nak pergi? Kan menyusahkan semua orang?!?!

Tengah2 malam macam ni lapar Lah pulak! Maghrib tadi dah pekena sushi....banyak ketui jgklah! Dah lama btol x makan sushi...jadi mengidam plak! Tak dpt Sushi King, p bantai sushi kat Carre4, express kan! Cuma tak banyak choice Jer... Tapi bolehla utk ubat mengidam! Eh...mengidam ke mengada? Ha3....



Sent From [Yana_Mohamed] iPad


Tuesday, February 26, 2013

B2B : Part 1

Tuesday, February 26, 2013 2 Comments
Salam uolsss...

Mulai hari ni korang jangan muak untuk baca entri2 kat sini yer...becoz after this more and more story mory pasal "Kerja Kawen" bakal menyusul okeiii. Nak kena mula serius buat preps utk BIG DAY!!! June 1st, 2013 will be our Big Day. Masa tulis entri ney...ada lagi 3 bulan 3 hari sebelum ketibaan BIG DAY. Rasanya macam2 benda lagi x buat...

Part 1 : Yesss...lepas dah tetapkan tarikh, terhasil la buku ni. Buku untuk mencatat segala2 nya berkaitan Kerja Kawen ney. Buku ni Yana buat sendiri k...printing, compiled, binding. He3... Sebenarnya dah lama kot buat buku ni...bulan November 2012 lagi. Dalam ni ada kalendar, ada senarai checklist persiapan mula 6 bulan sebelum majlis sehingga selesai, ada senarai untuk bajet majlis..dan banyak lagi. Complete la untuk rujukan Yana.

Jom kita buat simple checklist untuk persiapan :-

Kursus Perkahwinan
Kad Jemputan
Barang Hantaran
Bridal/Juruandam
Photographer
Jurunikah & Wali
Borang Nikah
Blood Test
Goodies/Doorgift
Honeymoon

| PART 1 | PART 2 |

Take 5...Listening Music

Tuesday, February 26, 2013 1 Comments

Salam.

Hari ni aman sikit nak buat kerja. 'Orang tua' xde memanggil2 macam hari-hari biasa. Tak tahula apa yang dia sibukkan hari ni. Haha...biasa ofis ni dah macam trek olahraga daa....berlari ke sana, ke sini. *Okay...Yana sorang jer yang biasa berlari dalam ofis ney*.

Kehkeh..ni take 5 dulu, jam 1.12 pm. Time lunch hour kan. Walaupun biasa xde istilah lunch hour kat ofis ni... Orang lain nak lunch, kite baru ngadap bekfes. Bila orang lain dah nak dinner, kite baru nak jamah lunch. Dasaatttt kan! Siyesly, itulah rutin kami di pejabat dot dot dot... (^^,)

Owh yer...dah lama nak share pasal music tengahari kat ofis ney. Memang rutin kementerian ni, beberapa minit sebelum baca doa jam 8.30 am, memang akan ada muzik yang dipasang (muzik islamik la!). Then kalau lunch hour, start 1pm-2pm, pun ada music...tapi music time lunch hour ala2 music tradisional gitu...music yang guna seruling gitewww. Memang harmoni dan sayu2 jer... Memang boleh mendodoikan sape2 yang nak lena di waktu ni. Muahahaha...

Okay...nak sambung kerja dulu. Nak kena arrange untuk bos pergi outstation lagi next week!!!

p/s : Last week bos pergi outstation K.Terengganu, dapat baju batik free! Thanks bosss! Next time belikan lagi okay ^^,

PEACE (^^,)


Friday, February 22, 2013

Part 5

Friday, February 22, 2013 0 Comments

22-FEB-2013: Last week dapat result untuk Part 4, hari ni pulak dah boleh daftar course. Ayuhhhh...mendaftar sebelum terlambat. Tarikh tutup lambat lagi...tapi nak dapatkan group pilihan tu, takut x sempat. Yeayyy....dah selamat mendaftar. Yana and the geng dapat 1 group (5A)! Semester ni kena hadap Mandarin lagi la... Adoiiii...

Pejam celik......pejam celik, dah masuk Part 5 dah! 24-Mac-2013 nanti dah start untuk 1st seminar. Rasa macam baru Part 2/3 gitewww. Semoga terus tabah untuk teruskan PJJ ney...

Credit : Mr. Gugel


PEACE (^^,)


Saturday, February 16, 2013

Alhamdulillah (^^,)

Saturday, February 16, 2013 0 Comments

Alhamdulillah....perkataan pertama yang keluar bila menghadap result untuk semester 4. Sebelum ni tengok jadual dalam 18-Feb-2013 baru keluar result...tup3 member sume duk heboh2 katanya result dah keluar. Bila check emel...memang btol la result dah keluar pada 15-Feb-2013.

Ekceli untuk Part4 ni memang tak target tinggi pun, sebabnya...tidak boleh dinafikan ia adalah semester yang paling M A L A S...s w e a r!!! Huhhh...so, dapat pun sebanyak mana yang kita buat la kan. Orang putih kata "What you give, you get back!" Cewahhhh....tapi apa pun syukur...pass with flying colors. Then masih lagi dapat maintain pointer 3.0 & above. Yehaaaa....try harder and harder for next semester hokey...

Hepy juge sebab sume member yang 1 group lulus juga, so maknanya...semester depan boleh 1 group sama2 lagi (^^,) Congrats darlssss....



PEACE (^^,)

p/s : Muak pula tengok shoutbox penuh dengan iklan merapu² tu... (0.o)
Please jangan buat tempat iklan kat situuuuu......!!!


Thursday, February 14, 2013

130213 ~ Newborn Boboy

Thursday, February 14, 2013 0 Comments

Salam. Peace yooo!!!

14-Feb-2013 ~ Kakak Yana yang sulung telah selamat melahirkan baby boy beliau yang ke-2, tapi dalam ranking...anak yang ke-3 dah pada 130213, jam 6.53am. Cantik juga tarikh tu kan. Yeayyy...tepat pada waktunya...balik kampung sempat sambut baby baru.

Jeng3...ni lah boboy tu. Tapi ni pic pada hari ke-2, sebab masa 1st day x sempat nak ke hospital sebab jadi driver x berbayar untuk Mommy a.k.a mak saudara Yana yang nak uruskan pasal pertukaran nama tanah. 3 hari berturut2 jadi drebar x berbayar....huhuhu. Ok, berbalik pada cerita baby, So far...xde nama yang official lagi, ayahnya belum buat keputusan muktamad lagi. Hahaha...tapi kami suka nama DANISH. Buat sementara ni still panggil baby Danish lagi. Biasa Yana orang paling sibuk cari nama untuk anak2 buah ney...tapi yang ni xde idea plak. Yelah bukan senang nak cari nama yang cantik & ada makna yang baik, lagipun nak samakan konsonan I + D macam yang lain2 tu. Sekarang dah ada 4 orang anak buah...bertambah lagi bajet duet raya untuk tahun ni...Wahaaa.... (^^,)

Kesayangannnnn2 Yana:-
  • 1st ~ Muhammad Irfan Danial Bin Mohd Fadzli
  • 2nd ~ Nur Irdina Damia Binti Mohd Fadzli
  • 3nd ~ Norfarisya Amani Binti Norezwan
  • 4th ~ 'Danish'

PEACE (^^,)


Friday, February 8, 2013

2nd ~ Akhirnya...

Friday, February 08, 2013 0 Comments
Salam semua...

Akhirnya...8Feb2013, jam 2.45am...siap semua kerja!!! 

Dah lama btol x update belog...bersawang, berkulat, segala macam dah ada klu belog ni ada expired date kan? Kebetulan malam ni terpaksa stay up nak siapkan sume keje2 ofis yang di'hangkut' ke rumah. Yelah, esok last day kerja sebab minggu depan nak cotiiiii lik kampung... Seminggu nok I cuti, sila jangan jeles....

Sejak pindah ofis baru...memang kerja double triple bertambah. Suasana dah tak sama macam ofis lama yang lebih aman dan damai. Huhhh.... Lately, tekanan dan bebanan kerja bertambah-tambah. Time2 macamni lah, saat2 kenangan di ofis lama terawang2 di fikiran. Rasa nak balik ofis lama... Hahaha...boleh tak?! *Manyak cantik...ingat ofis ni bapak awak punye ker?*

Itu adalah sebab yg paling utama dah lama x update belog sendiri. Kalau dulu FB jadi peneman time buat kerja kat ofis. Boleh kata setiap 20min tu bolehla amik masa 5min untuk baca status member2 kan. Tapi skrg...dalam sehari nak login FB sekali pun susah taw x? *Ok...stress lagi.* Lunch hour orang lain 1pm-2pm...kite plak? Kul 3pm pun blum tentu dapat hadap lunch! *Complaining again*

To be honest, pernah sampai tahap pergi menangis dalam bilik air sorang2 sebab terlampau stress, pressure... Perempuan...ada hari2 yg sensitif bila emosi takleh nak tahan kan! Walaupun kita dah cuba buat sehabis baik, tapi still ada orang persoalkan. *Emosi lagi*   

Kalau bukan memikirkan tanggungjawab, dah lama daaaa &%#$@%*... Tapi sabar jelah, kita mencari rezeki yang halal. Selagi boleh sabar...

Credit : Mr.Google


...XoXo...


2013...1st Entry!

Friday, February 08, 2013 0 Comments

08 Feb 2013 on 12.46am ~ Masih berusaha menyiapkan kerja-kerja ofis. Ni OT  xberbayar namanya...  Even dah minum kopi 'dabel kawww'...tp still menguap2 lagi ney... Haishhh...weh banyak lagi ney..

Sent from [Yana_Mohamed] iPad