B2B : Part 2 [ Darah Tak Stabil ]

Wednesday, March 13, 2013


Salam. Sekarang dah masuk bulan Mac dah. Macam2 perkara dah berlaku. Then memang tersangat banyak benda nak story, tapi x berkesempatan. Semalam dengan hari ni, bos masih di Lahad Datu. So, relax and peace je nak buat kerja, even sometimes my officer suka sangat call tanya itu dan ini. Padahal saja nak spotcheck kite ada kat ofis atau tak jer...

Oh yer...harini nak story pasal Darah Tak Stabil. Last week pergi buat Ujian Saringan HIV + Talasemia di Klinik Kesihatan Dengkil. Kat KK Dengkil ni, Isnin-Khamis boleh buat ujian ni, kecuali hari Jumaat. Tak macam Klinik Kesihatan Putrajaya, hanya hari Isnin dan Jumaat sahaja. Dan KKDengkil ni senang sikit nak buat appoinment, orang x ramai. Tapi waktu ujian hanya sebelah petang. 

So, pergi la hari Khamis, last week dengan Mr.Yogi. Actually...kami pasangan yang 1st sampai aritu. Lepas lunch je terus heading ke klinik. On time, 2pm  kami dah terpacak kat klinik tu,

Borang semua dah siap isi...cuma nak tunggu nombor giliran naik tu kemain lagi, hampir sejam lebih baru muncul no.giliran kat skrin. Padahal, kul 2 lagi kami dah sampai. Okay...sebab syarat wajib nak kahwin punya pasal kan, kami tetap sabar jer... Menonong je tunggu giliran.

Nasib baik la misi yang akan amik darah Yana tu, sangat la baik. Ramah pulak tu, siap melawak lagi. Dia brief satu persatu...so, mudah faham. Dalam kepala macam bajet, alah...amik darah kat hujung jari jer.. Skali misi cakap kena amik dekat lengan! Terus jadi gugup...berdebar2. Seriau jer...sebab x pernah lagi selama 25 tahun hidup ni amik darah kat lengan. Katanya kalau setakat nak buat HIV test, cukup amik darah kat hujung jari, tapi  sebab nak buat ujian Talasemia sekali...kena amik banyak sikit, kat lengan la maksudnya. Tapi nasib baik nya misi tu pandai btol mengambil ati, x la takut sangat... Jeng3...

Ni la...lepas kena inject, misi amik darah dalam 3ml...sedut guna picagari. Misi cakap urat darah halus sangat...tapi dia sebut 'Bismillahirrahmirahim' sebelum inject...lega skit dengar. Hi3...sebenarnya tak sakit langsung kena inject masa ni. Lepas tu misi suruh bawak darah tadi ke Lab (dekat blok sebelah, sama blok untuk 'Ibu dan Anak'). Tak sampai 5min lab proses darah, lepas tu kuar result. Tak faham sepatah haram pun bacaan result yg kat kertas tu. Result tu kena pergi anta balik kat misi tadi. *Nasib baik blok dekat2*

Lepas tu tunggu turn Mr.Yogi siapkan ujian darah dia skali, misi pun panggil. Kali ni misi lain pulak yang assist, sbb misi tadi dah abis shift. Misi yang ni pun okay, baik. 
  • HIV Test = Negatif (Hoorayyy...memang bersih daripada virus tersebut)
  • Tapi yang tak OK nye... Thalasemia Test : Lepas misi explain satu2...misi cakap 'Darah awak ada 1 ni bacaan rendah, darah pun tak stabil, so...next week kena datang lagi untuk amik darah & buat pemeriksaan lanjut. *Terus je downnnn..tidakkkk!*

Nasib baik result Mr.Yogi semua okay. Lulus dengan jayanya. Haishhh...hari ni dah Rabu, memang tak sempat nak pergi minggu ni. Insyaallah....next week akan pergi. Takut juga, mana taw ada penyakit Talasemia ni. Bahaya juga..boleh effect pada baby in future.

Okay...pic ni diambil tengahari tadi. Kalau perasan, ada lagi bekas lebam kat lengan tu, dah nak masuk seminggu, lebam x hilang2. Hu3... Takut betol nak menghadapi hakikat sebenarnya nanti. Apa pun...semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

PEACE (^^,)
| PART 1 | PART 2 |



You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe