Salam
15 Syawal 1434H bersamaan 22hb Ogos 2013,
Rasanya masih belum
terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lagipun masih ramai lagi
yang tgh busy buat open house kan? Sape yg buat open house area Putrajaya, jgn
lupa jemput taw!!! (^^,)
Tahun ni tahun pertama
berhari raya sebagai Puan Yana. Eceh2… Alhamdulillah, masih mampu menangani
semua masalah yang datang. 2 hari berpuasa di rumah Family In Law (FIL), dan 2
hari berpuasa di rumah family sendiri.
1st & 2nd
day of Syawal…masih di rumah family di Kelantan. Petang hari raya ke-2, incik
husband balik ke rumah family di Terengganu untuk tolong family buat persiapan
majlis kami pada hari raya ke-4. 3rd
day of Syawal, malam tu balik ke rumah FIL, dihantar oleh Kak Ngah dan abang
ipar. Pergi sehari sebelum majlis, sebab booked jurumekap a.k.a Zul MUA jam
8.00 pagi. Risau tak sempat sampai. Lagipun musim raya ni, biasa jalan jem.
Paham2 sudeee…. Traffic jammed di tempat lain nothing to compare dengan traffic
jammed di Kelantan. Betol x??? Especially musim perayaan dan musim cuti
sekolah! OMG…mengalahkan KL hokeyy… Sesape yang pernah mengalami pasti tawww….
Alhamdulillah 4th
day of Syawal, berlangsung majlis di rumah pihak lelaki. Semuanya berjalan
lancar. Seawal 10.00 pagi dah ramai yang datang ‘Sesi Mengenal Menantu’! Itulah
yang dorang panggil kat Terengganu. Majlis ni secara sederhana saja sebab FIL
buat bersekali dengan majlis tahlil untuk arwah atuk dan nenek. So…kira majlis
ni dipanggil Majlis Kesyukuran bukan Walimatul Urus. Family sampai selepas
waktu Zohor, sebab jalan jammed lah!!! Gerak jam 9.00 pagi tapi sampai lepas
Zohor… Biasa dari Kuala Krai ke Kuala Terengganu hanya amik masa 2 jam sahaja.
Again….Alhamdulillah, semua majlis sudah selesai.
Hilang 1 beban di bahu. Lepas ni focus pada keluarga dan study jer… Doakan yang
terbaik untuk Yana yer (^^,)
![]() |
Dean & Yana | 01 Jun 2013 |
TQ & Have a nice day genk...
tahniah!
ReplyDelete=)