Follow Me @snm.yana

Thursday, January 30, 2014

Hoorayyy

Thursday, January 30, 2014 0 Comments


Hoot...Hoot...Hooray! Belog dah kembali kepada asal. Hasil usaha gigih dan kesabaran. Sebenarnya xada error apa2 pun. Tergerak hati tadi nak cuba buka melalui Google Chrome, semua widget menjadi plak. Sebelum ni biasa guna Mozilla okay je pun. Alkisah nya, nasib baik juga sempat buat backup yang template lama tu. So, download template lama, dapat la semua widget lama tu. Hihi....kelakar dengan diri sendiri!!! (^________^) 
Boleh la bercuti dengan aman esok. Tapi masih dalam dilema mau balik kampung ke x.
Uhukkk...

Selamat Bercuti semua (^^,)

Rosak...ERROR!

Thursday, January 30, 2014 0 Comments

Salam & Selamat Petang.

Update entri sebelum start cuti esok. Huhu...dalam 2 hari ni asyik duk godek² belog ni. Bila nak add widget, dah siap copy code, tapi bila nak save....kaku je kat c2. Xboleh nak save. Xada respon, nak kata error...xada keluar pape. Pegun je kat page tu... Sampai give up dah ni. Widget followers yang asal pulak hilang...

Wahhh...panjang ni. Ini belog yang asal...sebelum edit, sempat capture the whole page. Bila tetiba rasa nak edit....baru taw ada widget yang tak berfungsi. Maknanya error before edit lagi lah. Sape ye boleh tolongggg. Tatau tang mana ada error. Sob...sob...sob...

Happy holiday (^^,)


Wednesday, January 29, 2014

Korang Macam Ni Tak??

Wednesday, January 29, 2014 0 Comments

Salam & Selamat Pagi.

Hari ni baru hari Rabu, tapi macam semangat datang ofis, sebab tau pagi ni bos masuk lambat...ada program kat luar. Maybe esok lagi semangat sebab malam ni bos & officer dah fly balik kampung, so...esok heaven la kat ofis. Ofis ni kami yang punya...Lusa plak coti...x sabar nak balik kampung. 

Semangat, semangat jugak...tapi Azam 2014 belum tercapai. Tiap2 ari datang ofis lambat...kui 8.30 - 8.45 pagi baru sampai ofis! EVERYDAY! Huhhh...dissapointed dengan diri sendiri. Camno nak ubah peel (sikap) yang suka datang lambat. Even bangun awal, still seronok², relax² kat rumah... Kui 8.30 baru kelam kabut. Ha3... Seb baik ada pegawai yang tak kisah sangat, sebab dia taw tiap² ari kalau balik lambat, den x pernah claim OT. Hihihi... Tapi Azam2014 ni macam nak claim OT. Kena datang ofis awal la bulan depan.

Tapi datang ofis pagi tadi, kerusi x sempat panas pun lagi....tapi dah datang 'masalah2'!!! Huhhh....nak kena settle cepat! Bodyguard bos plak tiba² MC, satu hal nak cari pengganti, pastu nak urus tiket ikut bos balik malam ni, pastu dengan permit bibik yang dah nak expired! PSM plak duk asyik push sebab LNPT my officer x buat lagi. Sebab dia nya LNPT sorang, satu kementerian kenaikan gaji xleh jalan! Waaaa.... tetiba mood semangat terus 'merundum'.

Okay la...nak sambung buat kerja.
Kbai~


Tuesday, January 28, 2014

Tumpang Kegembiraan

Tuesday, January 28, 2014 2 Comments

Alhamdulillah, penutup tirai 2013 dan pembuka tirai 2014....ramai sahabat², teman² rapat bakal menerima orang baru dalam keluarga.

Kepada yang masih menanti kewujudan orang baru, macam Yana ni...terus bersabar, ikhtiar, berdoa dan tawakal pada Alla s.w.t saja. InsyaAllah kalau sudah sampai masa. Hihi...hanya itu yang mampu.

Apa pun, Yana tumpang gembira untuk sahabat semua.

===================================================================


Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”

Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”

Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”

Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”

Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.

Doa Nabi Zakaria. a.s.


Surah Al-Imran 3:38

Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. 


*Sumber : www.mudahhamil.com


*Nota : Tengah geram...Shaklee x sampai lagi!!!



Monday, January 27, 2014

Perbezaan Peniaga & 'Bukan' Peniaga

Monday, January 27, 2014 2 Comments

Ada tak antara uols yang memang suka online shopping? Hehe...ada kan?? Yana pun salah sorang la. Memang dah jadi habit suka online shopping . Dah macam² ragam peniaga dah pernah kenal. Uols tax x ape perbezaan peniaga yang betul² bersungguh nak berniaga dengan peniaga yang berniaga ala² kadar jer.

Beria promote produk masing² kan... Lepas dapat payment arini, ada yang terus dapat barang esok. Ada plak yang dapat payment arini, minggu depan belum tentu dapat barang. Ermm...kadang² beli barang tu untuk sokong member buat business, tapi bila dah dapat customer...main² plak kan.

Minggu lepas Yana beli Sabun Al-Razi tu kan, ptg ni buat payment, esok pagi dah received barang tu. Cepat kan? Macam tu lah baru btol berniaga, customer pun happy, silap²...bulan depan siap re-order lagi.

 Ni Yana ada beli produk Shaklee, untuk supplement... Nama dirahsiakan, tanak mengaibkan orang, cuma petang ni sesi meluahkan perasaan. Konon nak tolong member, beli lah dengan member. Tapi dah seminggu buat payment, barang x smpai pun lagi. Katanya minggu lepas, hari Khamis petang dah pos, biasa pos laju sehari je pun. Tambah pulak dalam area yang sama. Ari Jumaat x sampai, hari ni dah Isnin, x smpai juga... Msj pula x reply... Dari minggu lepas lagi duk think +ve, nak sedapkan hati + tanak berprasangkan buruk kat orang. Ermm...bila dah jadi macamni, time camni lah mula nak berfikiran -ve kan?

Hopefully, kalau betul nak berniaga, biar jujur dan bersungguh²lah.
Daku hanya mampu berdoa, dan menunggu parcel daku.

PARCEL, AKU TUNGGU MU DATANGGGGG.....!!!
Cheers (^^,)


  

Review Sabun Al-Razi

Monday, January 27, 2014 0 Comments

Selamat Petang.

Catat sejarah bila hari ni paling banyak update entri di belog ni. Hehehe...saja nak hilangkan stress yer. Petang ni nak buat review pasal Sabun Al-Razi. Tak pasti la klu uols pernah dengar atau pernah guna sabun ni.

Actually, Yana baru try sabun ni. Baru la dalam beberapa hari, tu pun masih belum teratur guna. Kadang² guna sekali sehari, kadang² 2x sehari. Bau sabun ni wangi sangat, macam bau tiger balm tu, tapi kalau masuk dalam mata, tersangatlah pedih. Hehe... Tapi alhamdulillah, walaupun baru lagi, tapi boleh nampak kesan penggunaan sabun ni. 

Antara kesan ketara :-
  1. Kulit rasa lebih bersih
  2. Kulit rasa lebih licin
  3. Jerawat susah nak tumbuh
  4. Jerawat yang baru nak tumbuh, terus hilang
  5. Pori-pori mengecil (kesan yang paling ketara)
So...Yana cadang nak teruskan penggunaan sabun ni. Mana taw parut² yang lama ni boleh hilang. Yana sangat² mengesyorkan sabun ni. Tapi ini kesan yang Yana sendiri nampak, tatau lah kesan pada orang lain. 


Nak lebih info? Boleh lawati Laman Web Sabun Al-Razi @ FB Sabun Al-Razi
Have a nice day (^^,)



Sakit Itu Tanda Allah Sayang

Monday, January 27, 2014 3 Comments

Semalam diri sendiri pi hantuk kepala kat dinding, sape suruh? Dah bertambah² sakit pulak kepala. Macam orang gila dah pi hantuk kepala kat dinding, lagi gila bila amik lesung hantuk kepala!!! Ha3... Semalam bagai nak pecah kepala dibuatnya. Len kali tanak buat macam tu lagi... Alahai Yana...bila la kamu nak matang. 

Kenapa eh ada penyukat suhu je? Termometer? Bila la nak wujud penyukat pelbagai sakit lain lagi? Uhukkk....ridiculous!!! Cetttt....

Hari ni mata pulak pedih aja sejak bangun pagi tadi... Mata yang dah sedia rabun, macam bertambah² rabun pulak. Aduiiiii...ni kes x cukup tido smlm kot.

 
Sekian.


Jauhi Sifat Pemarah (PART 2)

Monday, January 27, 2014 0 Comments
( SAMBUNGAN DARIPADA PART 1 )


MENAHAN DIRI DARIPADA MARAH

Seorang ulama fiqh, Nur bin Muhammad berkata: seorang muslim hendaklah bersifat lemah lembut dan sabar kerana ia adalah salah satu sifat orang-orang bertaqwa.

Sebagaimana firman Allah:

 “Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)”.

Ayat ini memberi maksud bahawa orang-orang yang sabar di atas kezaliman yang dilakukan ke atasnya dan dia memaafkan orang yang menzaliminya itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang amat besar daripada Allah.

Allah juga telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya bersifat sabar dan lemah lembut dan Allah mengkhabarkan kepada Baginda bahawa nabi-nabi yang terdahulu sebelum Baginda adalah orang-orang yang memiliki sifat demikian.


Sebagaimana firman Allah:

35. (jika demikian akibat orang-orang kafir Yang menentangmu Wahai Muhammad) maka Bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulil-Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah Engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab Yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan Yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang Yang mahu insaf). maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik – derhaka.

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W supaya bersifat sabar di atas pembohongan orang-orang kafir dan di atas penyiksaan mereka sebagaimana bersabarnya para nabi sebelum Baginda.

Sementara itu ada hadith-hadith Nabi yang menyebutkan :

“Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi. “Berpesanlah kepadaku”. Nabi bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulang lagi, lalu Baginda menjawab: “Jangan marah!”


KESAN-KESAN MARAH YANG DICELA.

Sifat suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah kesan-kesan yang memudaharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat umumnya.

Adapun kemudaharatan terhadapa dirinya, dapat diketahui apabila kita menggambarkan keadaan seseorang yang sedang marah. Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggotannya menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata-kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata-kata haram yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti lafadz kufur, mencela agama dan seumpamanya. Selain daripada itu, seseorang yang cepat marah itu akan melakukan tindakan-tindakan yang diluar dugaan yang berkemungkinan akan melibatkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.

Adapun kemudahratan terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki di dalam diri dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang. Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah.

Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebecian di antara sesama manusia. Dengan itu juga, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat.

Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain. Mungkin kita menyedari bahawa perbuatan itu salah, tetapi oleh kerana terlalu terpengaruh oleh marah tadi, sehingga kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah. Kata-kata itu seperti melaknati orang, menyundal-nyundalkan irang mencelakakan irang dan sebagainya. Sebab jika kita menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita telah menuduhnya dengan ucapan kita itu. Andaikata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita telah melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi.

Ada setengah ulama menganggap ucapan-ucapan seperti “sial”, “laknat”, “celaka” dan seumpamanya sebaga doa, kerana ada sebuah hadith saripada Rasulullah yang melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu.

Diriwayatkan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Anshar merasa tidak selasa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Anshar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan”.

BAGAIMANA MENGENDALIKAN MARAH.

Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan amal.

Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara:

Pertama: Dengan bertafakkur memikirkan kisah-kisah teladan yang menyentuh tentang buruk baiknya bersifat marah, berfikir tentang keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut. Dengan cara ini, akan menjadikannya gemar dan suka kepada pahala yang bakal diperolehinya dari menghiasi diri dengan sifat-sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah.

Kedua: dengan cara seseorang itu menakutkan dirinya kepada siksaan Allah dengan berkepercayaan bhawa kekuasaan Allah keatas dirinya lebih besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain.

Ketiga: Dengan mengingatkan diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam.

Keempat: Dengan berfikir tentang bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir tentang betapa kejinya sifat marah itu.

Kelima: Dengan berfikir tentang sebab yang membawanya kepada kemarahan.

Keenam: Dengan menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.

 
Sementara itu mengubati marah dengan amal perbuatan pula di antaranya ialah:

Dengan membaca:
Yang bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.

Inilah ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah ketika marah.

Begitu juga sunat dibaca doa ini ketika marah:
Ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.

Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca yang demikian, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring jika dia marah dalam keadaan dia sedang didik, dan dekatkanlah diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia menlekatkan dirinya ke bumi”.

Dan sabda Rasulullah  yang bermaksud:

“Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan juka tidak maka hendaklah di berbaring”

Selain daripada itu, cara mengilangkan penyakit marah itu juga ialah dengan mendiamkan diri, Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.

Oleh kerana kesan-kesan yang tercela yang ditimbulkan oleh sifat marah itu, maka Rasulullah telah menganjurkan kepada umat manusia supaya jangan suka marah. Sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa yang baik kepada diri. Malah ia akan menyebabkan berbagai-bagai bencana terutama sekali perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya.

Selain itu, orang yang suka marah itu sering di tunggangi oleh syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
Doa Menghilangkan Rasa Marah :

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”


Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :

  Ertinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”


Doa Menjauhkan Permusuhan :

Ertinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan bermaharajalela atasku,wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.

Info : Blog "izwandeizleeyn"

~ Syukran Jazilan ~



Jauhi Sifat Pemarah (PART 1)

Monday, January 27, 2014 0 Comments

Assalamualaikum.

Hari ni sampai lewat di ofis. Permulaan minggu yang x berapa baik. Semalam tak boleh nak lelapkan mata. Jam 4.00 pagi baru mata beransur-ansur kuyu. Pagi tadi mula la kelam kabut bangun. Nasib baik dalam tempoh 'cuti', kalau tak subuh dah ke laut. 

Sekarang jam 10.49 pagi, masih mencari mood yang baik, mencari ketenangan dalam hati. Dalam hati cuma mampu beristighfar je sejak buka mata pagi tadi.


Dugaan datang bertandang lagi. SEDIH? Hanya Allah yang tahu...kadang² give up dengan diri sendiri. Tidak tahu hala tuju, tidak tahu mampu bertahan. Subhanallah... Selalu hilang motivasi untuk meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain.

Tadi men'google' info-info pasal MARAH. Sebenarnya Yana paling tidak suka orang pemarah a.k.a panas baran. Yana susah berhati 'panas', tetapi bila dicucuk cukup sekali....hati terus meledak, dan sangat susah untuk 'disejukkan'. Bukti IMAN di dada masih belum utuh. 

 Kekuatan marah itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
  • Tafrith (Ketiadaan sifat marah).
  • Ifrath (Sifat marah yang melampau).
  • I’tidal (Pertengahan antara marah dan tidak marah).   
TAFRITH

Tafrith ialah tidak adanya kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu orang itu dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Imam Syaf’ie berkata:” Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai”.

IFRATH

Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampui batas kebijaksanan akal dan agama. Orang seperti ini buta dan tuli dalam menerima setiap pengajaran.  Apabila dia diberi nasihat, nescaya tidak akan didengarnya, bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahaya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya.

Di antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak geri tidak menentu arah, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam dan lubang hidung kembang kuncup.

Adapun tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah ialah kelancangan lidah ketika mennyebutkan caci maki. 

I’TIDAL

I’tidal adalah sifat marah yang sederhana. Maka siapa yang marahnya terlalu lemah, sewajarnyalah dia mengubati dirinya sehingga menjadi kuat marahnya iaitu sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama, dan siapa yang marahnya terlalu berlebih-lebihan, maka sewajarnyalah dia mengubati dirinya supaya berkurang kemarahannya sehingga dia berada di tengah-tengah di antara marah yang sangat lemah dan marah yang berlebih-lebihan, dan marah yang sederhana ini adalah jalan yang lurus.

TINGKATAN-TINGKATAN MARAH

Tingkatan marah itu ada tiga menurut Ibn Al-Qayyim, iaitu :-
 

  • Marah taraf permulaan iaitu sekadar marah sahaja : Orang yang marah di peringkat permulaan masih menyedari apa yang diucapkannya dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan akibat-akibat yang akan timbul.
  • Marah yang bersangatan : Marah di peringkat ini sudah sama dengan orang kemasukan syaitan atau orang gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari akibat yang akan timbul.
  • Marah taraf pertengahan : Orang yang betul-betul marah, tetapi masih menyedari perbuatan dan percakapannya. Dengan perkataan lain marah yang mempunyai rasa malu dan rasa takut.

JENIS-JENIS MARAH

Marah mengikut sebab-sebab penggeraknya kadang-kadang dipuji dan  kadang-kadang dicela. Sifat marah yang terpuji ialah marah yang diluahkan kerana membela kebenaran dan agama, dan marah kerana menegah kemungkaran dan perkara-perkara haram.

Sementara marah yang tercela itu pula ialah marah pada jalan yang salah, yang dinyalakan oleh kesombongan dan keangkuhan.


KESAN-KESAN MARAH DALAM TINDAKAN ORANG MARAH.

Kebanyakan ulama fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala perbuatannya semasa dia marah, dan diambil kira apa-apa saja perbuatan yang lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir, membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya. Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya :

Hadith Khaulah binti Tha’labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan “Suaminya telah marah lalu dia menziharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi berjumpa Nabi lalu memberitahu kepada Baginda perkara itu dan berkata:

“Dia tidak bermaksud untuk menthalaqku”.

Maka nabi bersabda:

“Aku tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menhadi haram ke atasnya”.

Di dalam hadith ini Allah telah menjadikan thalaq sebagai zhihar, dan thalaq itu jatuh walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku thalaq kerana hilang akalnya. Dalam keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh thalaq yang lahir dari seorang gila.

Oleh yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah merosakkan sesuatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada perbuatannya itu. Lain-lain contoh diantaranya:

-          Sekiranya dia melafadzkan lafadz kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah dia bertaubat.

-          Sekiranya dia membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan qishah.

-          Sekiranya dia menthalaq isterinya, maka jatuh thalaqnya itu.


BERSAMBUNG.... PART 2

 

Friday, January 24, 2014

Fuhhhh...Pening

Friday, January 24, 2014 0 Comments
Salam Jumaat.

Fuhhhh...walaupun hari ni dah hari Jumaat, tp masih lagi pening². Hari tu start cuti 7 Jan ~ 18 Jan, dekat 2minggu kan. Masuk je ofis...macam² jenis call kena jawab. Macam² benda lagi pending.

Nasib baik la, quiry² Local Order semua dah siap on time. Ni payment dengan travel agent, catering....rupanya banyak lagi yang officer I x settle kan. Dah pening dah nak bagi alasan apa kat dorang ni. Kalau kita yang kuarkan cek untuk buat payment tu semua...x kisah la, small matter, settle on the spot jugak kan!

Hurmmm....tatau la. Macam² lah. Officer I ni, muda lagi...lelaki, stylo, good looking, baik sangat². Cuma kekurangan dia, hidup dia nampak "messy". Ha3..sangatla x terurus. Bilik ofis dia merangkap rumah dah. Hurmm...mula² kenal dia, dia mmg dah cakap awal², "I ni x suka mengemas, sorry lah kalau I akan sepahkan meja you nanti..."! Nampak??? Sampai hari ni, mmg terbukti lah...meja I pun x penah kemas, asal kemas...sepah balik, asal kemas, sepah lagi..... X heran kalau dia selalu hilang barang, selalu misplaced any important things! Harta berharga, xberharga semua sama taraf...ada je kat mana². Ha3~



 Have a nice weekend bloggers (^^,)




Tuesday, January 21, 2014

Max & Bella

Tuesday, January 21, 2014 2 Comments
Assalamualaikum & Selamat Petang.

Dah lama x update. Sebenarnya baru masuk keje semalam, selepas hampir 2 minggu cuti. Dah 2 minggu jugak x pakai baju keje, tetiba semalam sarung baju keje, rasa dah janggal. Hehe...padahal bukan lama sangat cuti, n baju keje bukan uniform pe, baju kurung je pun. *Ngada lebey* Cuti bukan pergi berholiday pun, tapi nak kena hadap 4 final exam paper. Truly, sume paper rasa macam tough gile semester ni. Tawakkal jela.... Xnak target lebih, cukup untuk lulus pun dah bersyukur sangat. Macam lagu tu...What u give, u get back!!! Kalau sejemput study, sejemput jugak lah dapat hasilnya. 

Dah membebel pasal exam. Nak cerita pasal kucing² kesayangan daku. Sejak kecik lg memang suka kucing, tapi parents x bg bela. Huhu... Lepas dah besar, dah duk sndiri...x berani plak, risau xreti nak jaga. Lepas dah kahwin, baru la dapat fully support drpd incik suami, itu yang terus bela kucing. 16 Januari 2014 aritu, genap 9 bulan dorang dua ekoq ni. Mula bela dorang masa dorang umo 3 bulan. Makin besar, masing² makin manja pulak! Dah pandai menjawab bila orang marah. Kiut sangat²...xpela, teman setia ketika suka duka.... Belum ada anak sendiri, menumpang kasih dengan anak² kucing jelah.

















Love them so much ♥ Rindu masa dorang kecik², telinga lagi besar daripada kepala. He3...
Tak sabar nak tunggu generasi ke-2 daripada dorang. 




Friday, January 3, 2014

Happy 6th Coupled Anniversary

Friday, January 03, 2014 0 Comments

♥ 30 Disember 2013 ♥
To my love, my heart, my soul, my nyawa, my syurga, all mine...Mr. Yogi.
Hepy 6th Coupled Anniversary. 

Ehekkkk...dah kahwin pun tapi sibuk lagi nak sambut anibeseri kapel kan. Takper, the most important, he still the same person....was~now~ever after....till Jannah. InsyaAllah.

Love you so much...incik asben (^^,)



Isma E-Day ~ 28 Disember 2013

Friday, January 03, 2014 0 Comments

Ini tahun lepas punya cerita (macam lama je kan...)
Majli Pertunangan BFF Isma pada 28 Disember 2013 (Sabtu), lokasi : Taman Perwira Indah, Gombak.
Alhamdulillah, selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati beliau. 
Congrats dear...you look so gojes on dat day...truly.
Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin yer...jgn tunggu lama² (^^,)

Isma E~Day : 28 December 2013
Me, Isma & Zue

Us again ♥
♥ Mr. Yogi and Me ♥

 Lepas ni menunggu turn Mek Zue pulak... Bila nak bertukar status? Hehehe...wish the best for her. Dah tahun baru ni..umo pun dah meningkat, cepat² cari pasangan yerp. Yipiiiii~

Salam Jumaat (^^,) Have a nice weekend.


Thursday, January 2, 2014

Entri 2014 Yang Pertama

Thursday, January 02, 2014 0 Comments

Salam & Selamat Pagi.


Rasanya masih belum terlambat untuk wish Happy New Year 2014. Hehe... Selamat memulakan tugas bagi yang baru masuk kerja selepas bercuti hujung tahun lepas. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjejakkan kaki ke tahun 2014. 

Selamat tinggal 2013 yang penuh memori, suka duka pahit manis...macam² telah berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tutup buku lama, buka buku baru. Selamat Datang 2014. Mulakan tahun baru dengan azam yang baru. Apa azam 2014 yer???

  • Jadi isteri yang lebih baik, taat, rajin masak & mithali;
  • Lebih rajin untuk study. Muehehehe...;
  • Nak pastikan solat 5 waktu sentiasa cukup...tanpa ada alasan tertido, terlajak, atau segala ter²;
  • Usaha untuk dapatkan 'penyeri rumah tangga' kami (^^,) ;
  • Nak kurangkan 5kg a.k.a DIET :p ;
  • Menjadi pekerja yang lebih cemerlang & efisien ;
  • Cukupkan kursus sebanyak 7 hari atau lebih;
  • Dah 2 ta0n x claim OT. Tahun ni nak claim banyak² & banyak lagi....

Apa pulak azam korang yer? Hurmmm.....
Have a nice day (^^,)