Entri 2014 Yang Pertama

Thursday, January 02, 2014


Salam & Selamat Pagi.


Rasanya masih belum terlambat untuk wish Happy New Year 2014. Hehe... Selamat memulakan tugas bagi yang baru masuk kerja selepas bercuti hujung tahun lepas. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjejakkan kaki ke tahun 2014. 

Selamat tinggal 2013 yang penuh memori, suka duka pahit manis...macam² telah berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tutup buku lama, buka buku baru. Selamat Datang 2014. Mulakan tahun baru dengan azam yang baru. Apa azam 2014 yer???

  • Jadi isteri yang lebih baik, taat, rajin masak & mithali;
  • Lebih rajin untuk study. Muehehehe...;
  • Nak pastikan solat 5 waktu sentiasa cukup...tanpa ada alasan tertido, terlajak, atau segala ter²;
  • Usaha untuk dapatkan 'penyeri rumah tangga' kami (^^,) ;
  • Nak kurangkan 5kg a.k.a DIET :p ;
  • Menjadi pekerja yang lebih cemerlang & efisien ;
  • Cukupkan kursus sebanyak 7 hari atau lebih;
  • Dah 2 ta0n x claim OT. Tahun ni nak claim banyak² & banyak lagi....

Apa pulak azam korang yer? Hurmmm.....
Have a nice day (^^,)


You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe