Jauhi Sifat Pemarah (PART 1)

Monday, January 27, 2014


Assalamualaikum.

Hari ni sampai lewat di ofis. Permulaan minggu yang x berapa baik. Semalam tak boleh nak lelapkan mata. Jam 4.00 pagi baru mata beransur-ansur kuyu. Pagi tadi mula la kelam kabut bangun. Nasib baik dalam tempoh 'cuti', kalau tak subuh dah ke laut. 

Sekarang jam 10.49 pagi, masih mencari mood yang baik, mencari ketenangan dalam hati. Dalam hati cuma mampu beristighfar je sejak buka mata pagi tadi.


Dugaan datang bertandang lagi. SEDIH? Hanya Allah yang tahu...kadang² give up dengan diri sendiri. Tidak tahu hala tuju, tidak tahu mampu bertahan. Subhanallah... Selalu hilang motivasi untuk meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain.

Tadi men'google' info-info pasal MARAH. Sebenarnya Yana paling tidak suka orang pemarah a.k.a panas baran. Yana susah berhati 'panas', tetapi bila dicucuk cukup sekali....hati terus meledak, dan sangat susah untuk 'disejukkan'. Bukti IMAN di dada masih belum utuh. 

 Kekuatan marah itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
  • Tafrith (Ketiadaan sifat marah).
  • Ifrath (Sifat marah yang melampau).
  • I’tidal (Pertengahan antara marah dan tidak marah).   
TAFRITH

Tafrith ialah tidak adanya kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu orang itu dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Imam Syaf’ie berkata:” Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai”.

IFRATH

Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampui batas kebijaksanan akal dan agama. Orang seperti ini buta dan tuli dalam menerima setiap pengajaran.  Apabila dia diberi nasihat, nescaya tidak akan didengarnya, bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahaya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya.

Di antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak geri tidak menentu arah, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam dan lubang hidung kembang kuncup.

Adapun tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah ialah kelancangan lidah ketika mennyebutkan caci maki. 

I’TIDAL

I’tidal adalah sifat marah yang sederhana. Maka siapa yang marahnya terlalu lemah, sewajarnyalah dia mengubati dirinya sehingga menjadi kuat marahnya iaitu sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama, dan siapa yang marahnya terlalu berlebih-lebihan, maka sewajarnyalah dia mengubati dirinya supaya berkurang kemarahannya sehingga dia berada di tengah-tengah di antara marah yang sangat lemah dan marah yang berlebih-lebihan, dan marah yang sederhana ini adalah jalan yang lurus.

TINGKATAN-TINGKATAN MARAH

Tingkatan marah itu ada tiga menurut Ibn Al-Qayyim, iaitu :-
 

  • Marah taraf permulaan iaitu sekadar marah sahaja : Orang yang marah di peringkat permulaan masih menyedari apa yang diucapkannya dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan akibat-akibat yang akan timbul.
  • Marah yang bersangatan : Marah di peringkat ini sudah sama dengan orang kemasukan syaitan atau orang gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari akibat yang akan timbul.
  • Marah taraf pertengahan : Orang yang betul-betul marah, tetapi masih menyedari perbuatan dan percakapannya. Dengan perkataan lain marah yang mempunyai rasa malu dan rasa takut.

JENIS-JENIS MARAH

Marah mengikut sebab-sebab penggeraknya kadang-kadang dipuji dan  kadang-kadang dicela. Sifat marah yang terpuji ialah marah yang diluahkan kerana membela kebenaran dan agama, dan marah kerana menegah kemungkaran dan perkara-perkara haram.

Sementara marah yang tercela itu pula ialah marah pada jalan yang salah, yang dinyalakan oleh kesombongan dan keangkuhan.


KESAN-KESAN MARAH DALAM TINDAKAN ORANG MARAH.

Kebanyakan ulama fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala perbuatannya semasa dia marah, dan diambil kira apa-apa saja perbuatan yang lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir, membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya. Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya :

Hadith Khaulah binti Tha’labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan “Suaminya telah marah lalu dia menziharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi berjumpa Nabi lalu memberitahu kepada Baginda perkara itu dan berkata:

“Dia tidak bermaksud untuk menthalaqku”.

Maka nabi bersabda:

“Aku tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menhadi haram ke atasnya”.

Di dalam hadith ini Allah telah menjadikan thalaq sebagai zhihar, dan thalaq itu jatuh walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku thalaq kerana hilang akalnya. Dalam keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh thalaq yang lahir dari seorang gila.

Oleh yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah merosakkan sesuatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada perbuatannya itu. Lain-lain contoh diantaranya:

-          Sekiranya dia melafadzkan lafadz kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah dia bertaubat.

-          Sekiranya dia membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan qishah.

-          Sekiranya dia menthalaq isterinya, maka jatuh thalaqnya itu.


BERSAMBUNG.... PART 2

 

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe