Follow Me @snm.yana

Friday, February 28, 2014

STICKY POST : Giveaway (Promo)

Friday, February 28, 2014 8 Comments

THIS IS A STICKY POST UNTIL 02nd MAC 2014 


Assalamualaikum w.b.t.


 Ehem2....tujuan entri ni dibuat adalah untuk membuat survey. Yana berhasrat untuk mengadakan Giveaway (GA) yang pertama, julung2 kalinya di yanapinkblossom.blogspot.com. Tapi keyakinan tu belum ada. So, sudi2 kanlah rakan bloggers yang baik hati, cun lagi hensem untuk menjawab simple survey (POLL) di sidebar ni. Kalau dapat sambutan menggalakkan, insyaAllah...Yana akan teruskan GA ni, tapi kalau tidak mendapat sambutan, Yana kira nak batalkan niat untuk buat GA ni.

So, sokongan anda untuk menjawab survey tu amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. *Skema* Hehehe.... TQ in advance (^^,)


Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversary

Friday, February 28, 2014 3 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Jom pakat join ramai2... Boleh klik BANNER @ SINI untuk info lanjut yer.

*Happy 3rd Anniversary to Nazirah & Spouse, beautiful couple.
May the freshness of your love will remains...till Jannah.

Thursday, February 27, 2014

Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 3 (Last)

Thursday, February 27, 2014 4 Comments

Continued from Part 1 | Part 2

Tiba hari ke-3 di Sabah. Kami bangun awal pagi. Breakfast dulu di hotel..
Sempat lagi selfie2 di pagi hari...best breakfast sambil menghirup udara laut yang segar ni...
Lepas dah siap breakfast, kami minta pihak hotel dapatkan sebuah van sewa. Masa tu dorang bagi yang harga RM500/day. Mahal btol...sebab katanya weekend. Lepas tu kami cari inisiatif sendiri, ada van2 yang datang ambil orang depan hotel tu....kami tanya je driver van tu kalau2 taw ada van sewa. Nasib kami baik, ada sorang brother tu sudi tolong. Katanya dia ada member yang masih ada van untuk disewa, tapi pemandu xada. Tapi tu tak jadi masalah...Mr.Hubby meng'offer'kan diri untuk drive, walaupun Yana taw dia x pernah ada pengalaman drive van tu. Hahaha... Harga yang dia bagi pun murah juga, RM350.00/day.

Hari tu program kami untuk ke Kinabalu Park. X sah kalau pergi Sabah, tapi x pergi tengok Gunung Kinabalu kan? Dah lupa berapa lama perjalanan ke sana...tapi boleh tahan jauh juga la...siap tertido2 lagi semua penumpang...hihihi. Pilot n Co-pilot je xboleh tido...
Alhamdulillah....dengan bantuan teknologi GPS, kami selamat sampai di Kinabalu Park lebih kurang jam 11 pagi macam tu. Rezeki kami juga la sempat tengok puncak Gunung Kinabalu. Sebab dalam jam 12.00tgh macam tu, puncak tu dah x nampak, lindung dengan awan daaa... So, sesapa yang nak pergi tengok Gunung Kinabalu, better pergi awal pagi yer. Kalau x, memang rugi laa....



Nak masuk Kinabalu Park ni pun kena bayar tiket juga yer. RM2/person kalau tak silap.
Di Kinabalu Park ni, ada Taman Negara Kinabalu. Boleh masuk tengok macam2 khazanah negara dalam tu.
Korang percaya tak...dalam tu ada kapsul masa? Agak2 apa la yang ada dalam tu eh?
Nampak tak kat bawah ni dia tulis 
"STOP! OPEN ONLY ON OCTOBER 1ST, 2020"





Bergambar kenangan sebelum balik...hihi. Entah bila pulak datang sini lagi yerrr... Dalam perjalanan balik, kami singgah di satu lagi tempat pelancongan. Jeng...jeng...

Ni haa...RUMAH TERBALIK yang orang duk cerita2 tu kan... AKhirnya sampai jugak kat ctu. Tiket RM10/adult.
Kami bergambar di luar rumah jer. Sebab kat dalam Rumah Terbalik tu memang langsung tak dibenarkan ambil gambar yer. Tour guide tu memang dah warning awal2 lagi...hihi. Silap2, kena halau yer. Garang betul tour guide tu. Tapi yang memberi penerangan pasal rumah tu tour guide yang lain, perempuan. Baik sangat n cantik pula tu... Dia bercakap ada pelat2 Sabah tu, tapi saya still boleh faham, sebab bos saya lagi pekat pelat Sabahannnyaaa. (^^,)

Petang sampai malam, program kami shopping jer dekat bandar KK tu. Pergi shopping sourvenirs dan yang paling penting pergi shopping Pearl (mutiara). Perghhh....serius, lepas ni kalau jejak lagi KK, xmau lagi dah shopping pearl tu. Habis duit beribannnm yerr kat kedai tu... Hehe...serik Yana. Duit sendiri dah beribannn, x termasuk yang Mr.Hubby belanja lagi..kih3. Masuk jer rambang mata terus, banyak sangat dan cantik2 yer. Owh...kedai pearl yang paling famous di Kota Kinabalu ni ialah kedai Jamilah Jewellery. Kat kedai ni, kualiti lebih terjamin. Kat Pasar Filipina pun banyak pearl ni...tapi Yana lebih suka di Jamilah Jewellery ni, harga dia senang runding dan pilihan pun banyak.

Bila dah datang KK ni, banyak dapat taw pasal mutiara ni. Rupa2nya, mutiara ni ada 2 jenis...air tawar dan air masin. Mutiara air tawar lagi murah berbanding mutiara air masin yer. Mutiara air masin pula ada 2 jenis lagi, yang laut cetek dan laut dalam. Memang harga sangat berbeza lah. Yang korang pernah jumpa pearl yang harga beriban2 tu, tu maknanya pearl air masin la tu. Size pun mempengaruhi harga pearl tu. Pekerja di kedai Jamilah Jewellery tu siap ajar  lagi cara nak bezakan pearl asli dan tiruan. Hihihi...

Sempat pegang pearl yang berharga RM18,800. Hihihi...mak mampu pegang jer, mak x mampu beli ye anak2. Hahaha....Yana minta nak tengok pearl ni, pekerja tu bagi tengok...siap tangkap gambar lagi.
Bersinar2 mata tengok ni....sepertimana bersinar nya pearl ni.

Gambar pearl yang kami borong x sempat snap, hihi...tapi serius memang banyak kami borong.
Borong sakan....beribann melabur kat kedai ni. Tapi puas hati sangat2... 

Okay...ni Part yang terakhir untuk entri percutian ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Hari ke-4, kami dah nak balik. Huahuahua...banyak lagi tempat x sempat nak pergi kat cni. Tapi best...pengalaman tu dah ada. Next time kalau ada peluang, boleh datang lagi...Insyaallah.


Selamat sudah percutian kami selama 4 hari 3 malam (2 ~ 5 November 2013) ke Sabah.
Alhamdulillah....rezeki tahun ni kemana pula yer (^^,)

PART 1 | PART 2 | PART 3


Wednesday, February 26, 2014

Guardian : Shop & Win Beauties Most Wanted Gadgets

Wednesday, February 26, 2014 0 Comments

Salam.

Siapa ye regular customer kat Guardian? Hihihi...Guardian Malaysia tengah anjurkan 
"My Date With Beauty Contest"
Jom join ramai2...sebab hadiah dia memang gempakkkk sangat2.


Ni hadiah-hadiah yang ditawarkan. Best kan...sebab tu ditulis Beauties Most Wanted Gadgets. Hihihi... 

HOW TO ENTER :
  • Step 1Purchase RM20 and above in a single receipt, inclusive of any 1 item from participating brands as Proof Of Purchase (pop) ;
  • Step 3Keep the original POP for winners' verification and prizes redemption.
*Proof of purchase for each entry is the original Guardian receipt which contains the Receipt No., Store Code., Date & Time of Purchase and Purchase Amount [”POP”].

Untuk info lanjut, boleh KLIK SINI
Tarikh Contest : 14 Feb ~ 2 Apr 2014.


FEBRUARY 2014 GIVEAWAY

Wednesday, February 26, 2014 2 Comments

Giveaway again...hihihi...


Follower blog Mai yang ke-198, Maishoppe Likes ke-104.
Jom join ramai2...dah dekat sangat dengan tarikh tutup.

Nak join, klik BANNER @ SINI.
Tq & good luck kepada semua peserta GA ni yer..


Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Wednesday, February 26, 2014 5 Comments
Assalamualaikum,

Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.

Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.

Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.


SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini

CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.

Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)

*Nota: Agaknya bila la baru Yana berani nak buat segmen/giveaway/bloglist agaknya. Hihihi... Berdoa la suatu hari ni nanti terbuka hati nak buat semua ni. Tapi ada ke yang nak support yer? 

 

Apa itu PLU Codes?

Wednesday, February 26, 2014 4 Comments

Selamat Malam.

Siapa taw apa itu PLU codes? PLU stand for Price Look-Up. Siapa yang selalu shopping buah/sayur di mall? Kalau beli yang packet tu memang jarang nak nampak. Kalau beli yang sebijik2 tu mungkin selalu jumpa. Tengok kod bar kat bawah ni...

Sampel di buah epal

Hahhh...kod tu lah orang panggil PLU codes. Hihihi....tapi korang taw tak macamana nak baca kod tu? Atau apa maksud kod-kod tu? Jom baca ni...

Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar. Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu? Ni adalah perkara asas yang perlu kita tahu apabila membaca label :
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.
2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.
3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.


Sekarang korang pandai baca @ bezakan kod ni tak? Hihihi.....so, yang mana pilihan anda?
Sharing is caring. Kbai (^^,)


Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 2

Wednesday, February 26, 2014 4 Comments

Continued from Part 1

Hari Ke-2, kami tiba di Kota Kinabalu dalam 5.00 lbh petang macam tu.
Dari Pekan Menumbok ke Kota Kinabalu, naik van sewa, perjalanan tu jauh juga. Dah lupa tempoh yang betul, tapi lebih kurang dalam 2-3 jam juga. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah beli ikan bilis.
Gerai2 kecil di tepi jalan...jual ikan bilis, seaweed, sotong kering, udang kering...bermacam2 jenis, murah2 lagi tu...
Kami borong banyak2...nak bagi family kat kampung, adik beradik...masa tu memang ingat kat dorang jer.
Sebab di Semenanjung, harga barang2 kering ni, memang berbeza...jauh lebih mahal yerrr...

Sampai je di Kota Kinabalu, kami terus pergi ke hotel untuk check-in dan letak barang-barang.
Di Kota Kinabalu, kami menginap di Gaya Centre Hotel. Kami memang dah book siap2 melalui Agoda.com. Masa tu amik Deluxe Room jer. Tengok dalam gambar, berpatutan lah dengan harga dia.
 Hotel ni memang sebelah dengan Suria Mall je.

Sekali lagi, Alhamdulillah....bertuahnya Yana dan Mr.Hubby, bilik yang kami booking kononnya Deluxe Room tu, tetiba di upgrade pula kepada Suites Room. Againnn....FOC. Kami terkejut juga masa tu...baru je nak pergi check-in. Banyak kali juga tanya receptionist tu samada betul ke diupgrade tanpa sebab, dengan FOC lagi tu. So, dengan senyum sampai ke telinga...terus naik ke bilik masing2. Hahahaha.....

Gaya Centre Hotel ni tepi laut. Pemandangan daripada hotel pun memang cantik, boleh nampak kepulauan Gaya.
Bilik yang kami dapat tu pun sangat besar, ada bilik yang berasingan siap tv, ruang tamu yang berasingan pun ada tv, ada tempat almari dan meja solek di ruang berasingan.


Lepas dah dapat bilik cantik, letak barang-barang, lepas tu terus p survey tempat dekat2 area hotel tu.
Dekat juga dengan pasar kraf, pasar Filipina, pasar Gaya. Kami jalan kaki je pergi sana. Sempat lagi ha bergambar tepi laut ni. Memang ramai orang time petang macamni. Angin laut sepoi2 bahasa...hihihi...

Ni Pasar Gaya. Pasar Malam Gaya agaknya orang panggil. Kat cni pun banyak btol seafood okay. Rambang mata tengok.
Kat cni pun boleh pilih seafood fresh, boleh suruh masak ikut pilihan kita. Kat cni seafood mahal cket kalau nak dibandingkan dengan Labuan, tapi still murah lagi kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung yerr...
Lepas survey2 kat Pasar Gaya tu, kami jumpa macam pasar kering kot, otw masa nak pergi survey Pasar Filipina.
Macam2 makanan kering ada kat cni. Gamat kering pun berlambak. Nampak je dorang mcm lambak2 macam tu, tapi ada yang mahal, sampai beratus ringgit/kg. Waaa...geli tengok walaupun dah kering. Mr.Hubby ciap main2 lagi...

Malam tu makan seafood di Pasar Malam Gaya tu. Sedappp....
Lepas tu rehat jer...sebab keesokan hari tu jadual kami pack untuk seharian.


Will be continued.....PART 3


Tuesday, February 25, 2014

Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 1

Tuesday, February 25, 2014 4 Comments

Hye.

Ermmm...Yana nak update, tapi tatau nak cakap apa. Sebab mood tgh fikir pasal holiday ni... 
So, nak story pasal percutian kami tahun lepas, ke Sabah, bersama keluarga sebelah mertua. 
Agak2 dah basi lah kot eh? Hihihi... Jangan buat muka + jangan cebik2 yer.. 

1st & 2nd DAY : KUALA LUMPUR => LABUAN


Lucky me, Alhamdulillah....maybe rezeki orang baru kahwin....tetiba flight pergi Labuan dapat upgrade kepada business class, FOC yer. Hahaha....tapi masa tu mood orang baru kawen, tamo nyer berpisah dengan Mr.Hubby. So, business seat tu kasi kat mak mertua. Hihi....gembira dia boleh duduk business seat dengan free. 
We both....selfie on board. Hihi~
Di Labuan, kami menginap di Hotel Aifa. Best juga hotel ney....harga pun berpatutan.
Boleh kata kat Labuan, tu lah hotel paling okay kot. Kami stay 1 malam jer di Labuan. 


Sebab Labuan x besar...so memang pusing2 kat c2 jelah.
Nak jalan2 pun, xperlu nak sewa transport. Jalan kaki je, x sampai berapa jam, dah habis pusing.
Macam Langkawi juga la, kebanyakan kedai free duty. Mewah dengan coklat.
Tapi yg Yana x suka, kat Labuan ni memang jual minuman beralkohol macam jual air biasa jer. Setiap kedai wajib ada semua tu... So, kena hati2 la masa pilih barang. Macam coklat, ada sesetengah kedai tu memang letak label non-halal, tapi ada sesetengah tu x letak pun. So, memang kena baca btol2. Silap, boleh terbeli coklat yang beralkohol yerrrr...

Nampak tak kat tepi2 tu? Huhuhu....tu semua non-halal okay.

Gambar ni pulak ambil masa pergi melawat Water Village (Kampung Air). See...sweet nya MIL & FIL, berpegangan tangan tu. Hihihi....semoga hubungan romantik tu kekal hingga Jannah. Teruja jap tengok rumah2 atas air ney...teruja ke batak agaknya yerr? Hihihi...depan rumah ada sampan/bot okay. Hihihi....

 Ni hari ke-2. Masa ni di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Kami decide nak merasai pengalaman naik feri ke Kota Kinabalu. Hihihi....unfortunately, nasib kami x berapa baik kot. Walaupun dah pergi awal, tapi tiket feri (Expressway) dah habis hari tu. So, alternatif lain...kami dapat jugak pengalaman naik speed boat (bot laju), tapi terpaksa transit kat Menumbok.

Atas : Feri Expressway yang kami berangan nak naik tu...
Bawah : Bot Laju tu ha yang kami dapat naik...hehehe. Tapi memang laju, melambung2 kami kat dalam tu.

Ni keadaan dalam bot. RM7.50/pax. Boleh muat dalam 12-15 orang dalam 1 trip.
 Maaf kualiti gambar yang tak berapa okay,
sebab bergegar2 je duk dalam tu, nak amik pic pun susah. Abaikan pic Mr.Hubby yang terlebih eksaited naik speed boat ni, siap duduk sebelah driver lagi....hahaha~
Dari Labuan ke Pekan Menumbok, ambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Sampai je di Pekan Menumbok, ada macam2 alternatif nak ke Kota Kinabalu. Ada bas, teksi, van sewa, dll. Kami decide untuk sewa van sebuah termasuk pemandu, sebab kami masa tu ramai, dalam 10 orang. Muat2 la satu van tu.

*Highlighted experience di Labuan adalah makanan yang sangat2 murah. Syurga makanan laut.
Yana lupa la nama kedai yang kami pergi tu, dan x sempat nak snap pic. Memang murah giler n sedap2 masakan dia.
In future, pasti jejak lagi di Labuan ni....hanya untuk makan seafood yerrr...

Will be continued........PART 2