7 Petanda Kucing Sedang Mengandung

Wednesday, February 12, 2014


Sape ye antara korang yang merupakan 'cat_lover'?? Hehehe...boley jadi geng. Actually, 16 Februari 2014 nanti, genapla 10 bulan umur Max & Bella. Hehe...kitten lagi, belum umur 12 bulan. Tapi doc cakap biasa kalau kucing kampung, lepas dah cecah 6 bulan, dah mula nak mengawan. Ni Max & Bella maybe lambat cket, baka pure Maine Coone. Tapi walaupun baru 9 bulan, size nya besar yang amat...kalah kucing kampung yg umur 6 tahun. Hehehe...

Minggu lepas lagi, Bella dah banyak menunjukkan simptom-simptom bunting. Hehe...Yana n Incik Suami kemain la eksaited. X lama lagi, kami bakal jadi 'datuk & nenek' kucing. Hahaha... Gigih mengoogle tanda-tanda kucing bunting, banyak page yang kami jumpa, tapi lebih kurang jelah isi kandungan. Antara simptom-simptom Bella, dulu kurus...sekarang dah gemok, dulu x 'mesra alam', sekarang asyik nak suruh orang belai jer...manja terlebih, suka gesel2, dulu makan cikit...skrg selera makan bertambah2. Dan bila pegang perut Bella, macam ada berlekuk2....puting membengkak.

Ni Yana nak share 7 Tanda Kucing Sedang Mengandung. Info ni dapat daripada page Kucingsehat.com :-

Kucing mengandung selama 9 minggu (60 hingga 67 hari) dan petandanya dapat dilihat bermula dari minggu ke3 atau ke3..

Ikuti kupasan 7 tanda kucing anda sedang hamil:

1) Tidak lagi in heat..
Kalau setiap 2 minggu sekali bunyi..dan tetiba sj tidak lagi berbunyi mengerang..ini tanda kucing anda mungkin sedang hamil..

2) Puting bengkak..
Inilah yang paling senang..puting akan bengkak dan bertukar warna menjadi merah jambu..juga sensitif bila disentuh..

3) Kuat makan..
Ibu kucing akan kuat makan kerana kandungnya gunakan sebahagian zat makanan yg dimakan oleh ibu kucing..

4) Terlebih manja..
Manja lebih2 dengan menggeselkan badan kepada kaki anda, perabut, barang mainan..juga minta dibelai..

5) Suka muntah..
Macam manusia..kucing pun ada morning sickness hehe

6) Perut membesar..
Perut mula membuncit pada minggu ke4 atau ke5..

7) Ingin bersendiri..
Apabila mau bersalin..ibu kucing akan mencari tempat yang paling sesuai..biasanya di satu sudut yang senyap dan tidak boleh dilihat oleh orang..

Tidak perlulah menghantar kecing berjumpa doktor untuk pemeriksaan sepanjang kehamilannya kecuali ada sesuatu yang tidak kena (seperti muntah2 dengan kerap dan banyak)..berilah makanan berzat secukupnya dan juga lebih kasih sayang..miao miao miao..

Owh yer...hujung minggu ni ada Festival Kucing Putrajaya 2014. Mesti banyak gile kucing yang comel2, gebu2, manja2...geram je tengok  nanti. Jom pergi beramai2.... Info lanjut, KLIK SINI


Kbai (^^,)


You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe