Nasi Berlauk Gulai Ikan Tongkol

Thursday, February 13, 2014


Salam.

Hari ni sebenarnya banyak betul masa free okay. Bos dan pegawai semua dah fly balik Sabah.Tapi sejak pagi tadi tak jadi2 nak update blog. Mood malas menguasai...hanya bw je dari pagi tadi.

Tadi baca newspaper Berita Harian, ternampak pula 'Nasi Berlauk Gulai Ikan Tongkol'. oh ye, kami di Kelate panggil ikan tongkol ni, ikan aya. Hehehe...pernah dengar? Korang pernah makan x? Huhu...menu sarapan pagi yang paling femes kat Negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelantan selain daripada nasi kerabu. Tetiba...rasa teringin sangat nak makan. Sedap dimakan dengan nasi panas + sambal belacan.


Nak cari yang sedap kat cni yang rasanya macam kat kampung, memang susah la nak cari. Eh..betul ke susah? Ke Yana je yang tatau lokasi jual makanan ney? Hihihi...takpela, cadang nya nak cuba masak sendiri jer weekend ni. Kena pergi beli ikan tongkol jerk kat pasar. Dalam BH tu ada share resepi buat Gulai Ikan Tongkol.

Ni saja nak share, mana taw ada sesapa yang teringin nak makan jugak kan. Hihihi...

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan tongkol (1 ekor dikerat bulat)
  • Timun (dipotong 4 memanjang)
  • 4 biji lada hijau
  • 4 biji lada merah
  • 1/2 liter santan
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

  • 3 batang lada merah
  • 8 biji bawang merah
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup

CARA MEMASAK :
  1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati
  2. Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah
  3. Masukkan ikan, lada merah, lada hijau dan timun
  4. Siap untuk dihidang

Simple dan mudah je kan nak masak. Dalam resipi BH tu, siap tambah kacang panjang, terung lagi. Ikut selera masing-masing yer. 




You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe