Teh 'O' Ais

Thursday, February 06, 2014


Salam Tengahari.

Burkkk...alhamdulillah. Tadi lunch dengan sup je, sup daging tapi lauk ayam, sayur lebih, tambah fishball. Korang dapat bayang tak macamana? Hehehe... Sebab perut x lapar sangat, so...makan alas perut jer. 
Kakak yang jual sup kat cafe tu pun dah cam aku agaknya eh. Sebab demand je selalu, lain daripada orang lain. Apapun, syukur...rezeki hari ni. Alhamdulillah.

Jenguk ke tingkap, panas terik kat luar tu. Nampknya 'musim sejuk Malaysia' dah berakhir eh?
Aritu balik kg (Kuala Krai), memang serius...sejuk macam 'Musim Bunga Di Kota London'! Hehe..tu cilok tajuk berita Metro okey. Tapi memang sejuk, malam x pyh pasang kipas time tido...tu pun dah berebut2 selimut. Pagi menggigil mandi...pagi2 mandi kobau (kerbau) jelah. Almaklum, rumah kampung...mana ada pakai water heater kan. 
Jam 7-8 pagi, kat luar berkabus lagi macam waktu subuh. Macam tinggal di Cameron Highlands plak rasanya.

Kat ofis ni sejuk jer, tapi tiba2 teringat kat Teh O Ais la...
Sedap jugak dapat minum tengahari macamni...

Sumber : Pak Cik Google
Tetiba nampak gambar, terus rasa dahaga. Xde ke delivery teh o ais eh? 
Hehehe...okla, nak pergi cari Teh O Ais dulu.

Kbai (^^,)



You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. Ohohoiii, teh o ais sedap !
    Buat sendiri tak sedap. Beli sedap pulak. kikiki

    ReplyDelete
  2. @Lollipop Manis, kan3? Padahal kat rumah boleh je minum. Kat luar pun nak order jgk teh o ais. Ngade...ha3~

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe