Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 1

Tuesday, February 25, 2014


Hye.

Ermmm...Yana nak update, tapi tatau nak cakap apa. Sebab mood tgh fikir pasal holiday ni... 
So, nak story pasal percutian kami tahun lepas, ke Sabah, bersama keluarga sebelah mertua. 
Agak2 dah basi lah kot eh? Hihihi... Jangan buat muka + jangan cebik2 yer.. 

1st & 2nd DAY : KUALA LUMPUR => LABUAN


Lucky me, Alhamdulillah....maybe rezeki orang baru kahwin....tetiba flight pergi Labuan dapat upgrade kepada business class, FOC yer. Hahaha....tapi masa tu mood orang baru kawen, tamo nyer berpisah dengan Mr.Hubby. So, business seat tu kasi kat mak mertua. Hihi....gembira dia boleh duduk business seat dengan free. 
We both....selfie on board. Hihi~
Di Labuan, kami menginap di Hotel Aifa. Best juga hotel ney....harga pun berpatutan.
Boleh kata kat Labuan, tu lah hotel paling okay kot. Kami stay 1 malam jer di Labuan. 


Sebab Labuan x besar...so memang pusing2 kat c2 jelah.
Nak jalan2 pun, xperlu nak sewa transport. Jalan kaki je, x sampai berapa jam, dah habis pusing.
Macam Langkawi juga la, kebanyakan kedai free duty. Mewah dengan coklat.
Tapi yg Yana x suka, kat Labuan ni memang jual minuman beralkohol macam jual air biasa jer. Setiap kedai wajib ada semua tu... So, kena hati2 la masa pilih barang. Macam coklat, ada sesetengah kedai tu memang letak label non-halal, tapi ada sesetengah tu x letak pun. So, memang kena baca btol2. Silap, boleh terbeli coklat yang beralkohol yerrrr...

Nampak tak kat tepi2 tu? Huhuhu....tu semua non-halal okay.

Gambar ni pulak ambil masa pergi melawat Water Village (Kampung Air). See...sweet nya MIL & FIL, berpegangan tangan tu. Hihihi....semoga hubungan romantik tu kekal hingga Jannah. Teruja jap tengok rumah2 atas air ney...teruja ke batak agaknya yerr? Hihihi...depan rumah ada sampan/bot okay. Hihihi....

 Ni hari ke-2. Masa ni di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Kami decide nak merasai pengalaman naik feri ke Kota Kinabalu. Hihihi....unfortunately, nasib kami x berapa baik kot. Walaupun dah pergi awal, tapi tiket feri (Expressway) dah habis hari tu. So, alternatif lain...kami dapat jugak pengalaman naik speed boat (bot laju), tapi terpaksa transit kat Menumbok.

Atas : Feri Expressway yang kami berangan nak naik tu...
Bawah : Bot Laju tu ha yang kami dapat naik...hehehe. Tapi memang laju, melambung2 kami kat dalam tu.

Ni keadaan dalam bot. RM7.50/pax. Boleh muat dalam 12-15 orang dalam 1 trip.
 Maaf kualiti gambar yang tak berapa okay,
sebab bergegar2 je duk dalam tu, nak amik pic pun susah. Abaikan pic Mr.Hubby yang terlebih eksaited naik speed boat ni, siap duduk sebelah driver lagi....hahaha~
Dari Labuan ke Pekan Menumbok, ambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Sampai je di Pekan Menumbok, ada macam2 alternatif nak ke Kota Kinabalu. Ada bas, teksi, van sewa, dll. Kami decide untuk sewa van sebuah termasuk pemandu, sebab kami masa tu ramai, dalam 10 orang. Muat2 la satu van tu.

*Highlighted experience di Labuan adalah makanan yang sangat2 murah. Syurga makanan laut.
Yana lupa la nama kedai yang kami pergi tu, dan x sempat nak snap pic. Memang murah giler n sedap2 masakan dia.
In future, pasti jejak lagi di Labuan ni....hanya untuk makan seafood yerrr...

Will be continued........PART 2

  

You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. wah beznye sis jln2 mkn angin kat labuan. byk kwn yumida kat labuan sana. aah coklat murah kat sana. cuaca panas kan..
    owh sis pun ade tgk yg majalah 3 semalam. sedih kan pasal mangsa terkorban 11 org tu. yg video tu buat rasa sebak. ramai yg terkorban. jalan utama hanya jalan air. xde pilihan. nak tak nak kena naik perahu jugak. dah bertahun2 penduduk mintak jln raya. mungkin faktor bentuk muka bumi permohonan tu belum dilaksanakan. kesian penduduk kat sana. kwn yumida pun ada jugak berasal dri sana.

    ReplyDelete
  2. @Yumida Huda Tulah...ni tahun lepas punya cerita. Baru je nak share. Yang paling best di Labuan ni memang seafood lah. Insyaallah...in future wajib jejak lagi di Labuan ni...

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat jalan2 kat sabah... saya tak pernah jejak kaki ke sana lagi..

    ReplyDelete
  4. @Sya Mimie , masukkan la dalam list bercuti tahun ni yer...hihi.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe