Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 2

Wednesday, February 26, 2014


Continued from Part 1

Hari Ke-2, kami tiba di Kota Kinabalu dalam 5.00 lbh petang macam tu.
Dari Pekan Menumbok ke Kota Kinabalu, naik van sewa, perjalanan tu jauh juga. Dah lupa tempoh yang betul, tapi lebih kurang dalam 2-3 jam juga. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah beli ikan bilis.
Gerai2 kecil di tepi jalan...jual ikan bilis, seaweed, sotong kering, udang kering...bermacam2 jenis, murah2 lagi tu...
Kami borong banyak2...nak bagi family kat kampung, adik beradik...masa tu memang ingat kat dorang jer.
Sebab di Semenanjung, harga barang2 kering ni, memang berbeza...jauh lebih mahal yerrr...

Sampai je di Kota Kinabalu, kami terus pergi ke hotel untuk check-in dan letak barang-barang.
Di Kota Kinabalu, kami menginap di Gaya Centre Hotel. Kami memang dah book siap2 melalui Agoda.com. Masa tu amik Deluxe Room jer. Tengok dalam gambar, berpatutan lah dengan harga dia.
 Hotel ni memang sebelah dengan Suria Mall je.

Sekali lagi, Alhamdulillah....bertuahnya Yana dan Mr.Hubby, bilik yang kami booking kononnya Deluxe Room tu, tetiba di upgrade pula kepada Suites Room. Againnn....FOC. Kami terkejut juga masa tu...baru je nak pergi check-in. Banyak kali juga tanya receptionist tu samada betul ke diupgrade tanpa sebab, dengan FOC lagi tu. So, dengan senyum sampai ke telinga...terus naik ke bilik masing2. Hahahaha.....

Gaya Centre Hotel ni tepi laut. Pemandangan daripada hotel pun memang cantik, boleh nampak kepulauan Gaya.
Bilik yang kami dapat tu pun sangat besar, ada bilik yang berasingan siap tv, ruang tamu yang berasingan pun ada tv, ada tempat almari dan meja solek di ruang berasingan.


Lepas dah dapat bilik cantik, letak barang-barang, lepas tu terus p survey tempat dekat2 area hotel tu.
Dekat juga dengan pasar kraf, pasar Filipina, pasar Gaya. Kami jalan kaki je pergi sana. Sempat lagi ha bergambar tepi laut ni. Memang ramai orang time petang macamni. Angin laut sepoi2 bahasa...hihihi...

Ni Pasar Gaya. Pasar Malam Gaya agaknya orang panggil. Kat cni pun banyak btol seafood okay. Rambang mata tengok.
Kat cni pun boleh pilih seafood fresh, boleh suruh masak ikut pilihan kita. Kat cni seafood mahal cket kalau nak dibandingkan dengan Labuan, tapi still murah lagi kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung yerr...
Lepas survey2 kat Pasar Gaya tu, kami jumpa macam pasar kering kot, otw masa nak pergi survey Pasar Filipina.
Macam2 makanan kering ada kat cni. Gamat kering pun berlambak. Nampak je dorang mcm lambak2 macam tu, tapi ada yang mahal, sampai beratus ringgit/kg. Waaa...geli tengok walaupun dah kering. Mr.Hubby ciap main2 lagi...

Malam tu makan seafood di Pasar Malam Gaya tu. Sedappp....
Lepas tu rehat jer...sebab keesokan hari tu jadual kami pack untuk seharian.


Will be continued.....PART 3


You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. kebanyakan hotel d sabah mmg suka bagi upgrade tiba2....untunglah yg kena upgrade kan hehe

    ReplyDelete
  2. @Precious Cla , Owhh...betul ker? Hihi...xtaw, sebab ni 1st time datang ke Sabah. Itulah...rezeki dapat upgrade. Hihi...

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa.. :) puas la shopping2 kat sana kan..

    ReplyDelete
  4. @Sya Mimie , Hihi...tips bercuti dengan jimat, jgn pergi tempat melancong yang banyak tempat shopping. Hahaha...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe