Throwback# Bercuti Ke Sabah ~ Part 3 (Last)

Thursday, February 27, 2014


Continued from Part 1 | Part 2

Tiba hari ke-3 di Sabah. Kami bangun awal pagi. Breakfast dulu di hotel..
Sempat lagi selfie2 di pagi hari...best breakfast sambil menghirup udara laut yang segar ni...
Lepas dah siap breakfast, kami minta pihak hotel dapatkan sebuah van sewa. Masa tu dorang bagi yang harga RM500/day. Mahal btol...sebab katanya weekend. Lepas tu kami cari inisiatif sendiri, ada van2 yang datang ambil orang depan hotel tu....kami tanya je driver van tu kalau2 taw ada van sewa. Nasib kami baik, ada sorang brother tu sudi tolong. Katanya dia ada member yang masih ada van untuk disewa, tapi pemandu xada. Tapi tu tak jadi masalah...Mr.Hubby meng'offer'kan diri untuk drive, walaupun Yana taw dia x pernah ada pengalaman drive van tu. Hahaha... Harga yang dia bagi pun murah juga, RM350.00/day.

Hari tu program kami untuk ke Kinabalu Park. X sah kalau pergi Sabah, tapi x pergi tengok Gunung Kinabalu kan? Dah lupa berapa lama perjalanan ke sana...tapi boleh tahan jauh juga la...siap tertido2 lagi semua penumpang...hihihi. Pilot n Co-pilot je xboleh tido...
Alhamdulillah....dengan bantuan teknologi GPS, kami selamat sampai di Kinabalu Park lebih kurang jam 11 pagi macam tu. Rezeki kami juga la sempat tengok puncak Gunung Kinabalu. Sebab dalam jam 12.00tgh macam tu, puncak tu dah x nampak, lindung dengan awan daaa... So, sesapa yang nak pergi tengok Gunung Kinabalu, better pergi awal pagi yer. Kalau x, memang rugi laa....



Nak masuk Kinabalu Park ni pun kena bayar tiket juga yer. RM2/person kalau tak silap.
Di Kinabalu Park ni, ada Taman Negara Kinabalu. Boleh masuk tengok macam2 khazanah negara dalam tu.
Korang percaya tak...dalam tu ada kapsul masa? Agak2 apa la yang ada dalam tu eh?
Nampak tak kat bawah ni dia tulis 
"STOP! OPEN ONLY ON OCTOBER 1ST, 2020"





Bergambar kenangan sebelum balik...hihi. Entah bila pulak datang sini lagi yerrr... Dalam perjalanan balik, kami singgah di satu lagi tempat pelancongan. Jeng...jeng...

Ni haa...RUMAH TERBALIK yang orang duk cerita2 tu kan... AKhirnya sampai jugak kat ctu. Tiket RM10/adult.
Kami bergambar di luar rumah jer. Sebab kat dalam Rumah Terbalik tu memang langsung tak dibenarkan ambil gambar yer. Tour guide tu memang dah warning awal2 lagi...hihi. Silap2, kena halau yer. Garang betul tour guide tu. Tapi yang memberi penerangan pasal rumah tu tour guide yang lain, perempuan. Baik sangat n cantik pula tu... Dia bercakap ada pelat2 Sabah tu, tapi saya still boleh faham, sebab bos saya lagi pekat pelat Sabahannnyaaa. (^^,)

Petang sampai malam, program kami shopping jer dekat bandar KK tu. Pergi shopping sourvenirs dan yang paling penting pergi shopping Pearl (mutiara). Perghhh....serius, lepas ni kalau jejak lagi KK, xmau lagi dah shopping pearl tu. Habis duit beribannnm yerr kat kedai tu... Hehe...serik Yana. Duit sendiri dah beribannn, x termasuk yang Mr.Hubby belanja lagi..kih3. Masuk jer rambang mata terus, banyak sangat dan cantik2 yer. Owh...kedai pearl yang paling famous di Kota Kinabalu ni ialah kedai Jamilah Jewellery. Kat kedai ni, kualiti lebih terjamin. Kat Pasar Filipina pun banyak pearl ni...tapi Yana lebih suka di Jamilah Jewellery ni, harga dia senang runding dan pilihan pun banyak.

Bila dah datang KK ni, banyak dapat taw pasal mutiara ni. Rupa2nya, mutiara ni ada 2 jenis...air tawar dan air masin. Mutiara air tawar lagi murah berbanding mutiara air masin yer. Mutiara air masin pula ada 2 jenis lagi, yang laut cetek dan laut dalam. Memang harga sangat berbeza lah. Yang korang pernah jumpa pearl yang harga beriban2 tu, tu maknanya pearl air masin la tu. Size pun mempengaruhi harga pearl tu. Pekerja di kedai Jamilah Jewellery tu siap ajar  lagi cara nak bezakan pearl asli dan tiruan. Hihihi...

Sempat pegang pearl yang berharga RM18,800. Hihihi...mak mampu pegang jer, mak x mampu beli ye anak2. Hahaha....Yana minta nak tengok pearl ni, pekerja tu bagi tengok...siap tangkap gambar lagi.
Bersinar2 mata tengok ni....sepertimana bersinar nya pearl ni.

Gambar pearl yang kami borong x sempat snap, hihi...tapi serius memang banyak kami borong.
Borong sakan....beribann melabur kat kedai ni. Tapi puas hati sangat2... 

Okay...ni Part yang terakhir untuk entri percutian ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Hari ke-4, kami dah nak balik. Huahuahua...banyak lagi tempat x sempat nak pergi kat cni. Tapi best...pengalaman tu dah ada. Next time kalau ada peluang, boleh datang lagi...Insyaallah.


Selamat sudah percutian kami selama 4 hari 3 malam (2 ~ 5 November 2013) ke Sabah.
Alhamdulillah....rezeki tahun ni kemana pula yer (^^,)

PART 1 | PART 2 | PART 3


You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. Salam sis, nice journey :). Kita belum sampai lagi ke sana . Huhu.. Jemput singgah di blog saya ye :D

    ReplyDelete
  2. Aku belum pernah sampai sana. Tapi seronok juga melihat-lihat negeri orang. Tambah lagi kalau bab makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka seafood, Labuan la the best....
      Ada rezeki lagi nanti, wajib pergi Labuan untuk makan seafood semata2....
      Berbaloi...

      Delete

Google+ Followers

Subscribe