Follow Me @snm.yana

Monday, March 31, 2014

ABPBH2013 Ditangguh Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370

Monday, March 31, 2014 8 Comments

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang bakal diadakan pada 06 April 2014 (Ahad) di Arena Stars, Genting Highlands ni akan ditangguhkan bagi menghormati tragedi #MH370.


Tarikh yang baru belum ada lagi, masih dalam perbincangan. Yana sokong sangat2 keputusan Jawatankuasa Pengelola ABPBH ni. Malaysia masih lagi terkesan dengan tragedi ni. So...memang patut ditangguh dulu. 

*Nota: Semoga Allah permudahkan pasukan petugas2 SAR untuk mencari MH370. Semoga Allah berikan petunjuk kepada kita. Hilang secara misteri...memang buat kita tertanya2. Ya Allah, kau tunjukkanlah kebenaran kehilangan misteri MH370 ni. (-.-)  

Sumber : GUA.COM

Sunday, March 30, 2014

DIY : Rak Kasut

Sunday, March 30, 2014 4 Comments

Wanita & Kasut memang tak boleh dipisahkan. Btol tak? Hehehe... Kasut tu berpasang2. Kalau boleh setiap bulan pun nak beli kasut baru, sampai rak kasut pun penuh.

So, hari ni nak share cara DIY Rak Kasut.



Design DIY ni memang paling sesuai untuk kasut2. Jimat space...boleh susun bertingkek-tingkek. Hehehe....ada lagi 1 design yg sesuai untuk sandal @ selipar.



Kreatif kan? Selamat Mencuba.

sharing is Caring (^^,)


Lagi Mimpi Ngeri Ustaz bertemu penumpang pesawat MH370 di sebuah pulau!

Sunday, March 30, 2014 6 Comments


Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar.. Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..


Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun
Link: Mimpi ke2

*Nota : Teruskan berdoa untuk keselamatan & kesejahteraan krew kabin & penumpang #MH370. Semoga dipermudahkan misi mencari #MH370. Apa2 pun boleh berlaku. Keajaiban sentiasa wujud dengan kuasa Allah s.w.t.

Saturday, March 29, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Saturday, March 29, 2014 16 Comments

MR & MRS HAFIEZY MINI GIVEAWAY


Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

"Ya Allah Ya Rabb, sempurnakan kebahagian mereka, dengan jadikanlah pernikahan mereka berdua itu sebagai ibadah kepada-Mu, dan bukti ketaatan dirinya pada sunnah Rasul-MU Amin…"

"Barakallah ukhti, Barakallah Akhi, semoga mendapat keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah, dan sentiasa jadi penghias kehidupan rumahtangga, dan mengantarkan kamu berdua menuju syurga".

HAPPY 2ND ANNIVERSARY TO MR & MRS HAFIEZY (^^,)



Friday, March 28, 2014

Tazkirah Jumaat : PERINGATAN

Friday, March 28, 2014 0 Comments

KIAMAT MENURUT AGAMA ISLAM DITANDAI DENGAN :-

  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Terbitnya matahari  dari Barat ke Timur
  • Pintu Pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
  • Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lain
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • Pemusnahan/Runtuhnya Kaabah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Tiupan sangkakala pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • Tiupan sangkakala kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati
  • Tiupan sangkakala ketiga kalinya akan membuat setiap makhluk bangkit kembali

Nabi Muhammad saw telah bersabda : "Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak".

Allah swt berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu".

NASIHAT KUBUR :-
  1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD.
  2. Aku adalah tempat yg paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURRAHIM.
  3. Aku adalah tempat yg paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan bacaan AL-QURAN.
  4. Aku adalah tempat binatang2 yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH.
  5. Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
  6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
  7. Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah  jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap kalimah 'LAILAHAILLALLAH'.

Salam Jumaat (^^,)


Segmen : Review Blog by Apple Mints Part 3

Friday, March 28, 2014 5 Comments

Selamat Petang.

Dah lama rasanya x join segmen review blog ni. Petang ni ada masa cket, boleh la join Segmen : Review Blog by Apple Mints Part 3 yang dijemput sendiri oleh penganjurnya, Apple Mints. Terima kasih sudi jemput... (^^,)


Done click 'Apple'
Done click 'Mints'
So, Apple Mints....tolong klik link Kak Yana juga yer (^^,)
( LINK 1 | LINK 2 )

Jom ramai2 join segmen ni. Klik Banner untuk join yer.



6th Putrajaya International Hot Air Balloon

Friday, March 28, 2014 12 Comments

6TH PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON


Datang lagi belon2 panas yang bermacam2 rupa tu. Hehe...setiap pagi kalau nak pergi kerja tu, sepanjang jalan dah boleh nampak belon panas berterbangan di Putrajaya. Datang ramai2...bermula 27 ~ 30 Mac 2014. Hujung minggu ni memang penuh la dengan orang-orang luar dari Putrajaya.


ITINERARY | INFO 


Thursday, March 27, 2014

[PENANGGUHAN] PURPLE WALK 2014

Thursday, March 27, 2014 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Yana tak pasti kalau korang ada baca atau masih ingat entri Yana pasal PURPLE WALK 2014 haritu. Sepatutnya program ni pada 29 Mac 2014 (Sabtu). Yana nak inform ni....sebenarnya program ni ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Keputusan ni diambil selepas pengumuman daripada PM pasal #MH370 haritu.


HARAP MAKLUM !!!


Si 'A'

Thursday, March 27, 2014 8 Comments

Saya selalu berdoa untuk mendapatkan 'A'. Saya juga cuba berusaha seboleh mungkin untuk mendapatkan 'A'. Tapi sehingga sekarang, 'A' belum lagi Allah rezekikan kepada saya. Saya bukan mahu merungut, tetapi saya sangat inginkannya. Kadang-kadang, mungkin Allah mahu menguji....sengaja memberi kita harapan, tetapi pada akhirnya, kecewa yang dapat.

Tapi...saya tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa untuk meminta...dan meminta lagi. Hanya Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani dan Memberi. Saya tahu....tiada siapa lagi yang boleh memberi 'A' kepada saya kecuali Allah swt. 

Tapi...saya hanya wanita biasa, penuh dengan emosi dan perasaan. Kadang2, tidak mampu untuk bertahan....akhirnya bertakung kolam mata. Dia selalu kata saya tidak sangat inginkannya sepertimana dia inginkannya. Padahal dalam hati ni, hanya Allah yang tahu betapa saya inginkannya. 

Tapi....saya cuba pendam dalam hati sedalam yang boleh. Supaya tiada siapa yang dapat menjenguk, meneka apa yang tersirat di hati. Bibir sentiasa tersenyum...tapi hati tiada siapa yang tahu. Tapi saya hidup saya kini masih bahagia bersama suami tercinta dan ahli keluarga tersayang. Semoga berkekalan hingga syurga.

Itu semua dugaan. Dalam hidup duniawi ni, saya sudah ada segala2nya...saya cuma perlukan bekalan hidup ke akhirat nanti. Allah Maha Adil, dia lebihkan rezeki saya di bahagian lain, di satu bahagian lagi...rezeki saya belum sampai lagi. Insyaallah...semoga Allah tunaikan permintaan saya suatu hari nanti.


“Allaahumma innii a’udzubika min ‘ilmin laa yanfa’u wa qolbin laa yakhsya’u du’aain laa yusma’u wanafsin laa tasyba’u” : Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tak berguna,dari hati yang tak pernah tenang, dari do’a yang tak didengar , dan dari nafsu yang tak pernah kenyang. 

Happy Birthday, Boss (^^,)

Thursday, March 27, 2014 0 Comments

YB DATUK HAJAH AZIZAH DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN

27 Mac 2014 : Selamat Hari Lahir Yang Ke-59 kepada boss.

Hari ni birthday boss, x sempat nak planning surprise celebration pun untuk boss sbb semalam cuti. Sorry boss. Sempat wish je pagi tadi. Tapi beliau tersenyum2 jer sambil ucap terima kasih. Tak sampai setahun lagi berkhidmat dengan boss, tapi saya tahu boss seorang yang baik, adil walaupun tegas.

Hari ni ramai btol yang call cari boss, konon semua nak buat surprise....tapi semua x jadi sebab boss xada kat ofis hari ni. Hehehe...kecian korang. Yang penting I dapat buat ucapan face to face kat boss pagi tadi (^^,)

"Semoga Datuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati oleh Allah swt dan bahagia di samping ahli keluarga tersayang"

GALAXY Grand 2

Thursday, March 27, 2014 6 Comments

Salam & Selamat Tengahari.

Terang lagi bersuluh kan tajuk tu. Hihi... Semalam teman kakak Yana pergi beli hp baru. Waaaa...jeles lah. Dah lama x merasa beli hp baru. *Mengada* 

Survey punya survey, last sekali beli jugak Galaxy Grand 2 ni. Kira okay la sebab model ni baru lagi kan, dalam sebulan macam tu. Harga pun okay. Nak suggest beli Note III, macam was2 jer...sebab takut anak² buah p campak. Hahaha...hari tu Tab dah retak seribu sebab kena baling dengan anak dara kesayangan dia. Hehehe...

Syok la pulak sebab skrin dia besar juga....Yana pakai S3 Mini jer, screen kecik jer. S3 Mini ni okay je pun...cuma x puas hati sebab memory phone tu kecik sangat. Memory asyik full saja... Memory Card tu support gambar² jela. Tapi tetap bersyukur sebab tu pemberian daripada Encik Suami. Hehehe... Tapi Iphone5s & Note III tetap di hati. Bila la plak nak beli hp baru.



Nak taw info lanjut pasal GALAXY Grand 2 ni, boleh baca di website SAMSUNG.

Baik hati tak? Klik icon kiut kat bawah ni sekali....dan tinggalkan komen, nanti Yana balas balik (^^,)
    


Redha...

Thursday, March 27, 2014 6 Comments


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Pagi Khamis...
Sekarang mood macam meow kat atas, anytime boleh tersengguk kat meja ofis ni. Ya Allah...kenapa lah mengantuk sangat pagi ney? Semalam memang tido lambat sebab xboleh nak tido. Kul 12 lebih siap bangun tengok tv lagi. Huhuhu....

Ada apa2 berita yang terbaru ke pasal #MH370 ? X ada apa² penemuan baru ker?
Semalam x sempat nak follow berita lgsg...tapi masih banyak spekulasi lagi. Macam² berita yang sedap dan tak sedap di dengar. Ada yang redha, ada yang tak puas hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan. Tapi...apa pun kita kena redha lah dengan takdir, qada' & qadar. Xada orang yang nak semua ni berlaku. Semua rakyat Malaysia yang ada kaitan @ tiada kaitan dengan semua mangsa tu pun turut terkesan dengan tragedi ni. Kita yang masih kat sini, teruskan berdoa je...semoga ada keajaiban yang berlaku & kebenaran pasti akan muncul jua nanti. Hurmmm....semoga dipermudahkan SAR team untuk teruskan misi mencari.

Keep praying for those on board #MH370. May Allah bless u all.
~Have a nice day genk~



Tuesday, March 25, 2014

17 Hari: Di Situ Akhirnya MH370

Tuesday, March 25, 2014 6 Comments

"Hopefully the truth will come out soon.
Ya Allah, please make more easier for searching team to find that 'BLACK BOX'.

MIRI: Puisi ini dikirimkan oleh pengguna Facebook Chin Jun Kui Shiniteruyo di Facebook Astro AWANI. Bertajuk 17 Hari : Di Situ Akhirnya MH370, puisi ini dinukil oleh kakitangan Green Summit Corporation Sdn Bhd, Miri, Srawak.

17 hari
Di situ akhirnya MH370
Selatan Lautan Hindi
Kedalamannya tiada terkata

Doa......
Yang tak pernah putus
Akhirnya membawa pertunjuk
Walaupun jawapan kepada persoalan
Masih lagi dicari

Kecurigaan dan kerisauan kita itu
Akhirnya inilah jawapannya
Walau tiada apa lagi sandaran
Namun biarlah kesedihan ini
Kita selami dan tanggung bersama

Iringan doa
Akan selamanya bersama
Wira wirawatiku MH370
Perjalanan berakhir di tengah lautan
Episod sedih mengusik jiwa
Suratan takdir penentu segalanya
Moga akan damai kalian di sana

Sumber : ASTRO AWANI


Monday, March 24, 2014

Takziah Buat Keluarga Mangsa MH370 : Pesawat MH370 Disahkan Terhempas Di Kawasan Selatan Lautan Hindi

Monday, March 24, 2014 4 Comments
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:14 (MYT) | Sumber : ASTRO AWANI


Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew kabin MH370. Nantikan PC esok.
Innalillahiwainnailaihirojiun.




Khasiat KOKO

Monday, March 24, 2014 6 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Entri ni sebenarnya susulan daripada entri bergambar bersama semug hot cocoa Yana yang pagi tadi. So, tercetus idea nak share pasal khasiat-khasiat koko ni. 

Sejak dulu masa bujang, Yana memang addicted dengan coffee yer. Pagi petang siang malam suka minum coffee. Kalau Starbucks coffee, Yana paling suka Iced Americano. Dan Yana boleh minum without sugar. Kalau sesapa kaki Starbucks tu, taw la apa rasa Black Americano tu kan. Hihihi.... 'Orang cakap', kalau minum kopi pada waktu malam...susah nak tido eh? Tapi kalau Yana biasa minum coffee waktu malam pun, lepas tu boleh tido dengan aman jer... Tatau la, mungkin sebab badan dah imun dengan kafein atau hanya mind set semata². 

Milo pulak, 'orang kata' minum milo tu menggemukkan. Betul ke eh? Huhu...so, Yana memang jarang sekali minum Milo. Hehe... Teh pula...teh o panas memang sedap. Tapi Yana pula jenis xboleh minum teh o panas ketika perut kosong. Kalau tak, memang datang mual @ loya. Mungkin sebab banyak sangat angin dalam badan.

Berdasarkan sebab² yang tersebut di atas, *ecehhh* Yana mula minum koko. So far, xada apa2 masalah bila minum koko. Sedap jer! Biasa buat koko + gula je, kadang2 koko + low fat milk. Memang lagi2 sedap kalau koko + susu pekat yer. Tapi Yana x berapa suka susu pekat manis, perut memang 'alergic' dengan susu pekat manis. Kalau minum...memang perut memulas jer. Hikhikhik... *Perut.sape.yang.mengada

Cuba baca hasiat @ kebaikan koko :-

1. Makanan lengkap dan seimbang Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.
2. Benteng kerosakan gigi Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
3. Bukan penyebab kegemukan Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
4. Baik untuk jantung Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.
5. Mengawal tekanan darahCoklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.
6. Mengawal kencing manis Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.
7. Menghalang jerawat dan parut Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.
8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.
9. Baik untuk kulit Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan. Dengan kata lain, melambatkan proses penuaan (kulit).

Yana biasa buat minuman koko ni guna cocoa powder jer. Bancuh sendiri. Brand yang paling Yana suka, Van Houten. Hehe...serbuk koko ni biasa orang bakery guna buat kek / biskut. Koko ni rasa macam pahit2 sikit....sebab tu sedap.

VAN HOUTEN : Old Packaging 
VAN HOUTEN : New packaging

Sesiapa yang nak cuba, boleh try yer.
Sharing is Caring (^^,)



Havoc Giveaway by Isabella Idura

Monday, March 24, 2014 3 Comments


Selamat Petang (^^,)

Goin GA dulu sebelum nak balik rumah. Nak penuhi jemputan si adik manis lagi comel Eyqa Yushaiza, beliau dah tag nama Yana, so....terus join lah.

Haaa....nampak tu? *Anda.sudah.ditag* Hehehe....

Okayla...GA ni anjuran Isabella Idura sempena birthday BELLA.

Klik BANNER untuk join @ SINI .

Jom join ramai2. Tarikh Tutup : 30 April 2014
Mangsa TAG seterusnya : KUCENKUCENBLOG | PUTERI | AINZA


Selamat Pagi Isnin (^^,)

Monday, March 24, 2014 18 Comments

Beberapa hari lagi Mac 2014 bakal berakhir, April 2014 bakal menjelma.
Cepat nya masa berlalu. Banyak kerja-kerja yang tergendala lagi..

Apa pun...semoga ceria2 sahaja di pagi Isnin ni yer...
No Monday Blues...hehehe


Breakfast dengan hot coco je dulu. Nak pergi bw jap~

Peace (^^,)


Sunday, March 23, 2014

#Untitled

Sunday, March 23, 2014 2 Comments


Huarghhh....huarghhh... *Menguap.sopan*
Huhuhu...nak buat short entry, dah 2 hari x update kan. Hari ni jam 7am dah keluar rumah, jam 7pm baru sampai kat rumah. Seharian berkampung kat UiTM Puncak Alam. Huhu...hari ni 1st class untuk semester baru.

Uhukk...pinggang pun sakit dah ni. Asyik duduk jer seharian + driving Putrajaya -> Puncak Alam -> Putrajaya. So, sambung esok plak...dah penat sangat daaa... Promise esok Yana bw ke blog korang semua k (^^,)

Good Nite (^^,)


Friday, March 21, 2014

The Big Bad Box Sale ~ Borong Buku Lagiiii....

Friday, March 21, 2014 6 Comments

Nak share pasal sale buku2 lagi ni. Siapa yang tahu 'The Big Bad Box Sale' ni?
Hehehe...jualan buku yang ni special cket, nak taw kenapa? 

Cekedout banner di bawah.

Dah mula hari ni 21 Mac hingga 30 Mac 2014.


Ini lah yang specialnya. Kena beli box ni dulu baru boleh borong buku tu.
Beli box, then pergi la pilih buku apa yang korang nak.

Baca ni kalau tak faham yang Yana cakap yer.

Kakak ipar Yana yang di Johor, awal2 lagi call suruh pergi beli buku untuk anak dia. Hehehe...kat cni banyak juga buku kanak2 tu. Yang jenis hard cover + ada lagu2 tu rasanya...

Siapa yang ada BB1M (Baucer Buku 1Malaysia) tu, boleh la shopping kat cni juga. Tapi make sure buku ilmiah, baru lah berkat guna BB1M tu. Hahaha (^^,)




Tazkirah : Fadhilat Jumaat

Friday, March 21, 2014 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.



  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, 'Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
  • Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Sumber : Mr. Google

*Nota : Sama² kita doakan semoga pasukan SAR (Save And Rescue) dipermudahkan untuk mencari MH370. Semoga dimakbulkan doa tersebut pada pagi Jumaat yang barakah. Insyaallah.




Giveaway Simple-Simple by Shad

Friday, March 21, 2014 4 Comments
Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.


Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014


2NGIVEAWAY BY CN

Friday, March 21, 2014 4 Comments

Salam..

tekan banner untuk join!

Due Date : 1 April 2014
Annouce Winners: 3 April 2014


 By Random ->Hadiah Menanti Untuk 3 pemenang:  :

Keychain Felt Craft couple x 1




Topup RM5 x 2



Jemput kawan-kawan memeriahkan lagi GA ini.
 Terima Kasih.

SCREENSHOT UNTUK IKLAN DI BAWAH:

Dah KLIK satu iklan 8shared untuk Nad (^^,)

*Nota : Terima kasih Nad sudi datang jemput untuk join GA ni.



Thursday, March 20, 2014

Selamat Malam Semua Kesayangannnn...

Thursday, March 20, 2014 2 Comments

Eceh....sejak bila plak wish gudnyte kat sini.
Huhuhu...niat hati nak blogging, tapi dah sampai tersengguk2 dah ni... Mengantuk sangat.
Sambung esok lah yer... (^^,)


Goodnite (^^,)



Hari Ke-13 #PrayForMH370

Thursday, March 20, 2014 2 Comments

Day 13, 302++ hours has passed.

The internet reminds us how small our world is. 
But a missing plane shows us how big our universe is. *fly*

Prayers for all the people on the missing Malaysian Flight.

#PrayForMH370


"Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu." ~Petikan dari Astro Awani



[Movie] Need For Speed 2014

Thursday, March 20, 2014 4 Comments

Setelah sekian lama x tengok wayang, semalam keluar berdetim dengan Incik husband.
Kami tengok movie Need For Speed. Yer...orang lain dah lama tengok agaknya eh. Tapi kami baru ada masa nak pergi. Besttttt story .... walaupun hero2 + heroin tu x familiar, kecuali watak Dino tu, very familiar indeed. Overall...movie tu best jugak. Rate 4.5 / 5 stars yer.

Sesapa yang belum tengok, masih ada masa lagi. 
Sebab minggu depan 27 Mac, waiting for "CAPTAIN AMERICA: The Winter Soldier" pulak yer.
Captain America ni Yana memang follow, xpernah lagi miss mana2 part.

Official Trailer 'NEED FOR SPEED'



Official Trailer CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER


Selamat Menonton genk.... (^ ^,)


SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Thursday, March 20, 2014 26 Comments

Nak join segmen, nasib baik sempat lagi...hehe.


Syarat segmen ni simple jer...klik Banner untuk info lanjut yer.

Btw, Ayu Insyirah...I'm Kelantanese. Peace yea (^^,)

Hehehe..jom pakat join, masih ada masa sampai esok, jam 10.00 malam.
Nak pergi bw peserta lain pulak. Bye~






Tambahan BR1M Sebanyak RM300

Thursday, March 20, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

BR1M

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan. 

"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP. 

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi. ~Sumber : Berita Harian


*Nota : Untungla siapa yang dapat BR1M tu. Kalau tak ada perubahan, yang bujang dapat RM600 tahun depan yer. Apa pendapat korang semua??