17 Hari: Di Situ Akhirnya MH370

Tuesday, March 25, 2014


"Hopefully the truth will come out soon.
Ya Allah, please make more easier for searching team to find that 'BLACK BOX'.

MIRI: Puisi ini dikirimkan oleh pengguna Facebook Chin Jun Kui Shiniteruyo di Facebook Astro AWANI. Bertajuk 17 Hari : Di Situ Akhirnya MH370, puisi ini dinukil oleh kakitangan Green Summit Corporation Sdn Bhd, Miri, Srawak.

17 hari
Di situ akhirnya MH370
Selatan Lautan Hindi
Kedalamannya tiada terkata

Doa......
Yang tak pernah putus
Akhirnya membawa pertunjuk
Walaupun jawapan kepada persoalan
Masih lagi dicari

Kecurigaan dan kerisauan kita itu
Akhirnya inilah jawapannya
Walau tiada apa lagi sandaran
Namun biarlah kesedihan ini
Kita selami dan tanggung bersama

Iringan doa
Akan selamanya bersama
Wira wirawatiku MH370
Perjalanan berakhir di tengah lautan
Episod sedih mengusik jiwa
Suratan takdir penentu segalanya
Moga akan damai kalian di sana

Sumber : ASTRO AWANI


You Might Also Like

6 person(s) poked me!

  1. Semoga roh anak kapal n penumpang beragama Islam akan diletakkan di sisi org2 yg beriman. Amin...

    P.S. Tak boleh follow blog Abe Kie n kawan2 lain? Jgn bersedih. Bacalah tutorial penyelesaiannya di blog Abe Kie dgn segera. Pasti masalah ini akan selesai. Kalau sudi follow back la blog Abe Kie. TQ.

    ReplyDelete
  2. sedih..satu perkataan yg tak mampu nak ungkap.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. sedihnya.. semoga dikuatkan semangat ahli keluarga mangsa menerima dugaan ini. semoga dipermudahkan pencarian pesawat serta kotak hitamnya dengan izin Allah SWT.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. Sedihnya baca puisi nih...tersirat di sebalik tersurat

    ReplyDelete
  5. takziah kepada keluarga mangsa..semoga tabah menghadapinya

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe