Khasiat KOKO

Monday, March 24, 2014


Assalamualaikum w.b.t.


Entri ni sebenarnya susulan daripada entri bergambar bersama semug hot cocoa Yana yang pagi tadi. So, tercetus idea nak share pasal khasiat-khasiat koko ni. 

Sejak dulu masa bujang, Yana memang addicted dengan coffee yer. Pagi petang siang malam suka minum coffee. Kalau Starbucks coffee, Yana paling suka Iced Americano. Dan Yana boleh minum without sugar. Kalau sesapa kaki Starbucks tu, taw la apa rasa Black Americano tu kan. Hihihi.... 'Orang cakap', kalau minum kopi pada waktu malam...susah nak tido eh? Tapi kalau Yana biasa minum coffee waktu malam pun, lepas tu boleh tido dengan aman jer... Tatau la, mungkin sebab badan dah imun dengan kafein atau hanya mind set semata². 

Milo pulak, 'orang kata' minum milo tu menggemukkan. Betul ke eh? Huhu...so, Yana memang jarang sekali minum Milo. Hehe... Teh pula...teh o panas memang sedap. Tapi Yana pula jenis xboleh minum teh o panas ketika perut kosong. Kalau tak, memang datang mual @ loya. Mungkin sebab banyak sangat angin dalam badan.

Berdasarkan sebab² yang tersebut di atas, *ecehhh* Yana mula minum koko. So far, xada apa2 masalah bila minum koko. Sedap jer! Biasa buat koko + gula je, kadang2 koko + low fat milk. Memang lagi2 sedap kalau koko + susu pekat yer. Tapi Yana x berapa suka susu pekat manis, perut memang 'alergic' dengan susu pekat manis. Kalau minum...memang perut memulas jer. Hikhikhik... *Perut.sape.yang.mengada

Cuba baca hasiat @ kebaikan koko :-

1. Makanan lengkap dan seimbang Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10 peratus lemak, 22.4 peratus protein, 46.7 peratus karbohidrat, 2.8 peratus theobromina dan pelbagai vitamin A,B, D dan E.
2. Benteng kerosakan gigi Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
3. Bukan penyebab kegemukan Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
4. Baik untuk jantung Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.
5. Mengawal tekanan darahCoklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.
6. Mengawal kencing manis Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.
7. Menghalang jerawat dan parut Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.
8. Mengawal kerosakan sel dan tisu badan Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalan kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.
9. Baik untuk kulit Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan. Dengan kata lain, melambatkan proses penuaan (kulit).

Yana biasa buat minuman koko ni guna cocoa powder jer. Bancuh sendiri. Brand yang paling Yana suka, Van Houten. Hehe...serbuk koko ni biasa orang bakery guna buat kek / biskut. Koko ni rasa macam pahit2 sikit....sebab tu sedap.

VAN HOUTEN : Old Packaging 
VAN HOUTEN : New packaging

Sesiapa yang nak cuba, boleh try yer.
Sharing is Caring (^^,)



You Might Also Like

6 person(s) poked me!

  1. Assalamualaikum yana, wahh banyak khasiat koko ye. sheila dulu selalu pergi amik buah koko dekat pokok. sedap makan begitu saja. sekarang dah tak jumpa pokok koko tu~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheila. Btol2....kecik2 dulu pernah makan buah koko fresh tu kat kebun, sedap. Sekarang memang dah susah kan nak jumpa org tanam pokok koko tu...kecuali yg btol2 ladang koko punya. Hehehe.

      Delete
  2. banyak kebaikan koko ni. nasib baik saya suka minum koko, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeker Mazni? Sama la kita... Kena teruskan minum. Berkhasiat koko ni...kcuali yg instant. Dah kurang khasiat dia...

      Delete
  3. Koko memg byk khasiat die kan...

    ReplyDelete
  4. Salam Perkenalan.
    Come & join:
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/happy-hour-giveaway_5.html

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe