Tazkirah : Fadhilat Jumaat

Friday, March 21, 2014


Assalamualaikum w.b.t.



  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, 'Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
  • Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Sumber : Mr. Google

*Nota : Sama² kita doakan semoga pasukan SAR (Save And Rescue) dipermudahkan untuk mencari MH370. Semoga dimakbulkan doa tersebut pada pagi Jumaat yang barakah. Insyaallah.




You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. insyaAllah akan amalkan sebaik mungkin... thanks share

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat ilmu baru lagi hari ni. hehe.. thanks for sharing ya. =)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe